Telaga Misteri

Assalamualaikum,selamat sejahtera malaysia.

Terima kasih ADMIN fiksyen shasha sebab sudi siarkan kisah sekolah aku,harap-harap kisah ni menarik untuk korang semua, pertama kali aku menulis di fiksyen shasha selalunya baca je.

Kisah telaga sekolah menengah.
Umur sekolah tu dah 200 tahun.
Zaman moyang aku and zaman masa mak aku sekolah dulu masih famous lagi.Adik beradik aku semua sekolah dekat situ ikut keturunan turun temurun.

Moyang aku dulu dayang raja penari ulik mayang,jadi keturunan kami kalau bab menari memang akan jadi cekap tiba2.Pernah dulu ada lawan tarian peringkat sekolah,bila aku berlatih tarian kawan-kawan aku selalu tegur,bentuk tarian aku masa menari macam orang dulu2 ,nampak lembut setiap gerak geri.Bila lepas menari tangan aku jadi macam warna nak ke ungu,kadang ada hadir perasaan takut dan sangsi.Seolah misteri dekat diri sendiri,mungkin hanya perasaan aku sahaja.

Cerita dekat sini bukan pasal tarian,pasal sekolah. Sorry cakap panjang lebar pulak.

Waktu aku tinggal dekat asrama selama empat tahun alhamdulillah.takde masalah apa pun terjadi, kalau dari segi berlakunya histeria dekat asrama adalah, cuma tak kerap sangat.

Selalu jugaklah dengar cerita dari kawan2 aku yang duduk ditingkat satu,diorang dengar air berkocak masa dua dan tiga pagi gitu,dekat belakang asrama.

Cuma belakang asrama ni ada satu bangunan lama yang dah berlumut sikit.
Setakat aku tau dari kakak senior.Bilik air tu, sudah berkurun lama tak diguna dan dikunci bertahun-tahun.
Panjang jugaklah bilik air dia .

Aku dapat tahu pun dari kakak senior.
Sebab hairan ada bangunan kat belakang asrama,yang nampak usang gitu.Sebab sekarang semua pelajar asrama guna tandas setiap tingkat masing-masing.

Waktu aku tingkatan tiga,
Aku pernah tanya mak aku pasal bangunan lama tu,sebab tengok bilik air dah lah besar panjang pulak tu.Perbualan diantara mak aku dan aku.

Aku:”Ma.. kenapa dekat belakang asrama bilik air tu tak pernah guna.Sebab tengok bangunan tu nampak macam elok lagi dah lah panjang”.

Mama:ouh dekat bilik air tu,waktu dulu2 masa mama sekolah dekat situ, memang selalu guna bilik air tu.
Tapi time maksu kau sekolah dekat situ ada kes sikit.

Aku:sebab apa ma..Ceritalah,dalam hati berdebar debar nak tahu.

Menurut yang diceritakan oleh mak aku.
kisahnya bermula,
Telaga tu mula misteri selepas ada kejadian bunuh diri, seorang pelajar india bunuh diri dekat situ.
Dengar kabar pelajar tu bunuh diri sebab murung,selalu dipulau kawan.Mayat dia terapung dalam telaga.Polis yang keluarkan mayat dia.
Banyak cikgu2 dan pelajar tengok kejadian tu.Setiap hati masing2 ada perasaan sedih.Sebab pelajar perempuan tu pandai dalam pelajaran,baik pun baik,cuma dia pendiam saja.

Lepas kejadian tu,hari demi hari dan setelah setahun berlalu dan kejadian tu..telah luput di fikiran masing-masing.Suasana bentuk bilik air luas,tepi telaga ada kolah panjang dan depan kolah ruang tempat mandi,depan sikit tempat basuh baju panjang.sape-sape yang biasa duduk asrama akan faham bentuk camni

Maka bermulalah sesi kemasukan pelajar baru disitu,pada permulaan persekolahan xde apa-apa berlaku lagi.Dua minggu macam tu.Pelajar ada yang kena gangguan,biasalah bila time cuti, asrama sekolah dibiar sepi.

Mulanya gangguan tu,berlakunya dekat pelajar perempuan dalam tiga orang,diorang basuh baju masa malam.Biasalah lepas prep waktu tu free seketika.Waktu tu jugak semua pelajar dah masuk tidur.Dengan sunyi hanya ada dengar bunyi berus,ada sorang kawan diorang nyanyi lagu cindai,mungkin sebab boring.
Lepasnya dia nyanyi automatik ada orang sambung sambil suara tahan2,
Cindailah malam..
Diorang ape lagi sorang demi sorang lari lintang pukang.Ada kawan diorang yang terakhir duduk dekat posisi telaga.Bila dia terkalih ke tepi ternampak bentuk rambut yang panjang dalam telaga.Dia yang terakhir terketar lutut lari ikut kawan dia,esok tu demam tiga orang,kecoh satu asrama.

Lepastu dalam tiga bulan camtu terjadi banyak kes histeria,
Kebanyakannya nak masuk telaga.Ayat orang selalu kena rasuk seingat mak aku..ayat dia”aku nak bunuh dia sebab selalu kacau aku”.
Sampaikan terpaksa pegang kuat orang yang kena rasuk tu dan pintu dikunci.Sebab seriau pelajar tu terlepas.

Ada perkara lain lagi yang berlaku,waktu pagi pelajar yang terawal mandi akan ternampak mata merah dekat dalam telaga sedang renung diorang.last sekali diorang buat aduan dekat warden sebab selalu nampak ,akhirnya tindakan warden asrama tutup telaga tu dengan zink.

Masa maksu aku tingkatan enam masih ada gangguan lagi dekat bilik air tu,selalu diorang dengar bunyi cakar waktu malam.Awal waktu pagi ternampak bayang hitam lalu dekat bilik air.Pernah sekali tu waktu pagi subuh dekat kolah jugak,maksu aku ternampak lipan merah berjalan nak kearah kaki dia,dia cuba tanya kawan dia,”eh wan kau nampak tak lipan besar tu”…..”kawan dia tanya mana”,masatu maksu aku dah rasa lain macam dan maksu aku baca ayat qursi dalam hati.lagi sikit lagi lipan tu nak gigit kaki maksu aku,lepas maksu aku baca terus hilang.Memang tu bukan lipan betul.Kalau tidak tak tahulah jadi ape.

Dan mak aku ada cerita selepas asrama renovate baru tandas tu dah tutup.
Mak aku ada dengar berita, masa asrama renovate perkerja dekat situ kena ganggu diorang nampak macam pontianak duduk dekat balkoni asrama waktu maghrib,pondok sementara diorang tinggal, berhadapan asrama.
Ni warden yang cerita dekat mak aku.Mak aku rapat dengan warden dia.

Lebih kurang macam tulah kisahnya.Sorrylah cerita ni dah lama ada yang mak aku tak berapa nak ingat.aku pulak tak reti nak buat ayat yang menarik ,bm pun tak beberapa tersusun.
Doakan aku berjaya dan cepat2 graduate, rindu makanan malaysia,lama dah tak pulang ke tanah air.

Terima kasih kepada admin dan peminat fiksyen shasha yang sudi baca kisah ini.minta maaf atas kekurangan diri kalau cerita ni tak menarik.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ciklion
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

24 comments

  1. akk suka reader fiksyen sasha skarang, komen pun bagus2 je..sblm ni masya allah ….
    sampai akk stop baca fikyen sasha.. skrg baru mula semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.