TELUR HABIS

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Fikiran aku entah mengapa teringin sangat hendak menjengah ke halaman seram ini. Sebelum ini aku hanya mendengar tentang FIKSYEN SHASHA. Bila aku sudah berada di halaman seram ini, banyak cerita yang memberi bulu roma sedikit meremang. Tiba-tiba teringat kisah seram yang pernah dialami oleh dua orang adik lelaki aku.

Kisah ini terjadi pada beberapa tahun yang lepas. Masa itu kami sekeluarga menetap di Ladang Cluny, Slim River. Suatu malam yang menyeramkan kedua orang adik aku ini berlaku hanya kerana, “angah, buat kek ngah malam ni”. Entah dari mana datangnya selera adik aku (acik) ini tiba-tiba teringin hendak makan kek. Angah adik perempuan aku memang suka buat kek. Tanpa berlengah angah ke dapur, “Acik. Kena pergi pekan la. Telur habis”. Angah memandang ke arah jam dinding. “Cepat acik dah pukul 9 malam ni”. Acik pun cepat-cepat bersiap dan terus mengajak seorang lagi adik aku (adang) untuk menemaninya ke pekan Slim River.

Setelah acik dengan adang memecut motor membelah kegelapan malam, angah terus ke dapur untuk menyiapkan dahulu apa yang patut. Emak aku memang tidak berapa suka malam-malam kalau kami hendak keluar ke pekan. Sebab macam-macam kisah menyeramkan yang didengar tentang jalan ke pekan Slim River. Ramai orang sekitar kawasan itu pernah diganggu dengan bermacam-macam penampakan.

Hati emak semakin risau. Pukul 10.30 malam adang dengan acik tidak sampai ke rumah lagi.
Pukul 11malam, masih tidak muncul-muncul. Memang jalan hendak ke pekan Slim River amat menyeramkan. Kiri kanan penuh pokok-pokok kelapa sawit. Yang paling menyeramkan ada dua tanah perkuburan di sebelah kanan jalan kalau arah kita hendak ke pekan Slim River. Arah dari pekan dua tanah perkuburan itu disebelah kiri. Satu tanah perkuburan orang cina dan satu lagi tanah perkuburan islam.

Hati emak makin risau. Pukul 11.30 malam acik dengan adang tidak sampai-sampai lagi ke rumah. Aku dengan angah pun mula risau. Ikutkan pukul 9 lebih keluar, dalam pukul 10.30 atau pukul 11 sudah boleh sampai ke rumah. Jam di dinding hampir pukul 12 baru dengar bunyi injin motor tanda acik dengan adang baru sampai kerumah.

Pada mulanya memang aku, angah dan emak tidak terfikir apa-apa yang menyeramkan telah dialami oleh dua orang adik lelaki aku ini. Ayah aku waktu itu sudah tidur. Adang mula-mula melangkah kaki masuk ke rumah. Emak tiba-tiba bertanya, “pasal apa lambat balik? Pergi mana?!” dengan suara sedikit marah. “Tak ada apa-apa lah, pergi beli telur la”, jawap adang sambil berlalu terus ke bilik air. Suara emak terus membebel. Lepas itu perlahan-lahan nampak acik masuk ke rumah dengan muka sedikit pucat. Bibir mulut acik aku nampak terketar-ketar macam nampak sesuatu. “Pasal apa ni acik?”, aku bertanya perlahan.

Tiba-tiba adang keluar dari bilik air dan bercerita apa yang mereka alami di tengah perjalanan balik dari pekan tadi. Acik terus terdiam waktu itu. Masih dalam ketakutan.

Pukul 9.10 malam.
Masa keluar dari rumah.
=======
“Adang, rasa lain macam ni”, acik bersuara. “Dok diam-diam dah la”, adang bersuara sambil terus memecut motor. Kenderaan lain langsung tidak kelihatan masa itu. Gelap sangat-sangat. Tidak tahu kenapa lampu jalan tidak menyala pada malam itu. Acik berbisik ke telinga adang, “kita nak pergi beli telur ni. Balik nanti macam mana?”. Adang diam dan terus memecut motor. Waktu itu memang betul-betul berada di selekoh kawasan tanah perkuburan islam. Motor terus membelah kegelapan malam dan selamat sampai ke pekan Slim River.

Pukul 10.15malam.
Hendak balik lepas membeli telur.
=======
Telur diletak di dalam raga motor. Acik bersuara lagi, “elok-elok adang telur tu”. Motor terus dipecut meninggalkan pekan Slim River dan mula masuk kawasan jalan gelap tadi. Kali ini motor dipecut untuk cepat sampai ke rumah. Sampai sahaja betul-betul di kawasan tanah perkuburan islam. Acik bersuara sambil tepuk-tepuk bahu adang, “adang, cepat sikit adang”. Adang terus memecut motor. Tiba-tiba adang terus perlahan kan motor. “Pasal apa ni adang motor tiba-tiba perlahan?”, acik ketakutan. “Lampu motor ni tiba-tiba terpadam. Gelap ni”, adang bersuara sambil menekan butang lampu isyarat ke kanan dan lampu isyarat ke kiri.

Motor terus dipandu perlahan sebab takut terlanggar anjing liar yang selalu melintas. Tiba-tiba adang bersuara, “acik. Lampu jalan kat situ menyala pulak. Tadi tak menyala. Pasal pa satu tu je menyala?”. Tengah berborak pasal lampu jalan itu, tiba-tiba sampai dibawah tiang lampu tersebut, ada lembaga hitam berbulu. Tinggi. Berdiri di sebelah kanan jalan. Lembaga itu mengangkat tangannya lurus melintang jalan. Masa itu adang dan acik lalu dibawah tangan lembaga itu.

Adang bercerita kejadian itu sambil menggosok-gosok tengkuknya. Acik terus diam. Adang bersuara, “pasal pa mu suruh aku bawa motor laju masa kat selekoh kubur tadi acik??”. Dengan suara terketar-ketar acik bersuara, “aku nampak ada sebuah rumah besar di atas bukit dalam kawasan kubur tu. Rumah tu terang benderang. Cantik rumah tu”. Kami semua terdiam. Sebenarnya mana ada rumah besar di situ.

TAMAT.

6 comments

  1. Soooo kirenye smpi umh lmbt sbb lampu motor matilah ekkk…
    Iye2 akk ingtkan deme tu dh kena prank ngan encik lembaga sampai x jumpe jln blk umah…
    Akk dlu penah dok Felda Sg Behrang tu…
    Kt mne ekkk Sg Cluny ni…????
    Bapak jauuuhhhhh nk g pekan semata beli telor…
    Sejam dik br nk smpi pekan, gigihnye nk mkn kek punye psl….
    Klu ikot kiraan akk sejam tu at least 30km dh tu…
    Mmg patotler emak tu bising…

  2. aik! xder kedai yg dekat ker…. kalau aku sanggup tunggu esok jer beli telur…. xpun pinjam kat jiran… ha.. ha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *