Teman Sepermainan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana sudi siarkan kisah aku ni. Kisah aku tidak lah seseram kisah-kisah yang lain. Ia lebih kepada pengalaman indah zaman kanan-kanak. Hahaha. Gitulah lebih kurang.

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Ayahku seorang pemandu teksi. Ibuku pula suri rumah sepenuh masa. Aku seorang anak tunggal. Keluargaku menetap di sebuah kampung pedalaman di terengganu. Ok, cukup serba sedikit latar belakang aku.

Dalam rumah aku tu, aku ada sorang kawan. Aku pun tak tau dia datang dari mana. Seingat-ingat aku, dia sudah ada. Masa tu umur aku dalam 4 atau 5 tahun. Aku namakan kawan aku ni Haida. Dia nampak sebaya je dengan aku. Sekali imbas, muka dia ada iras-iras aku. Haida ni selalu pakai baju kurung. Nampak ayu berbanding aku. Hehehe.

Setiap kali aku makan, dia mesti teman aku. Tapi dia tak makan sekali, dia bersimpuh je sambil tunggu aku makan. Mula-mula dulu aku ingatkan dia adik beradik aku, tapi rupanya tak. Ibu dan ayahku tak boleh nampak dia, hanya aku je yang nampak. Mereka macam syak jugaklah sebab selalu nampak aku bercakap sorang-sorang, ketawa, main teng teng sorang tapi mereka macam tak kisah. Mungkin sebab Haida tak menyusahkan kitorang, just datang berkawan. Aku pernah jugak tanya ibu aku, nampak tak Haida kat sebelah aku, ibu senyum je, dia cakap tak nampak. Pastu dia siap pesan, korang main elok-elok tau, jangan gaduh-gaduh pulak. Adoii, ibu, macam merestui persahabatan tak normal aku ni. Hahaha.

Aku bersekolah kat tadika kemas. Masa waktu persekolahan Haida tak dapat join aku, dia duk rumah je tunggu aku balik. Jadi, kat sekolah aku ada kawan lain. Tapi tak best macam kawan dengan Haida. Kat tadika, aku banyak mengelamun, asyik ingatkan Haida kat rumah, apa la dia buat, kesian dia takde kawan. Habis je waktu sekolah, cepat-cepat aku jalan balik rumah, tak sabar nak jumpa Haida. Rumah aku dekat je dengan tadika. Menapak tak lama dah sampai rumah. Dan Haida akan tunggu aku di muka pintu sambil senyum. Begitulah rutin kehidupan aku. Eh, Haida tidur sebilik dengan aku tau, aku tidur kat atas katil, dia tidur kat lantai, Takde alas dan selimut dan dia tidur dengan baju kurung dia tu lah. Huhu.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Aku sudah bersekolah rendah. Rutin masih sama, haida tetap setia berkawan dengan aku. Kitorang study sama-sama, baca buku sama-sama. Satu hal yang aku kagum, Haida pandai membaca walaupun dia tak sekolah.

Masa tu aku darjah 6, so banyak kelas tambahan tahun tu, UPSR kan. Aku jarang kat rumah, kalau takde kelas tambahan, aku lebih suka buat study group dengan kawan-kawan sekelas. Kadang-kadang aku ajak kawan-kawan aku study kat rumah aku. Haida akan memerap kat blik kalau kawan-kawan aku datang. Dia pun dah tak mesra macam dulu, jarang senyum kat aku. Aku ajak cakap pun macam acuh tak acuh je dia jawab. Mungkin dia berjauh hati sebab aku selalu abaikan dia. Aku pun malas nak ambik hati, aku fokus untuk UPSR je masa tu.

Ada satu hari tu, aku balik dari study group, waktu tu dah petang. Ibu aku takde kat rumah, mungkin ke kedai. Aku masuk bilik, nampak si Haida ni tengah termenung. Aku tegurlah macam biasa tapi dia tak jawab, dia tunduk je pandang lantai. Aku pun malas nak cakap banyak, aku tanggal tudung dan capai tuala nak pergi mandi. Sampai kat pintu bilik, dia bersuara.

Haida : Awak dah berubah. (Tenang je suara dia)
Aku : Berubah apa, mana ada (sambil pusing badan mengadap Haida)
Haida : Awak sibuk dengan kawan-kawan awak, awak dah tak nak kawan saya (Menangis)
Aku : Bukan, saya nak belajar, saya kan nak UPSR tahun ni.
Haida : Awak lupa diri bila ada kawan-kawan awak, awak lupa yang selama ni saya saja yang sudi temankan awak, awak lupa diri, saya benci awak !!! (Dia jerit pada aku, muka dia merah sebab marah)

Aku terkedu sekejap, tak pernah dia tengking aku macam tu. Aku pulak masa tu tengah stress dengan pelajaran aku, aku tengking dia balik. “Eh Kau jangan nak mengungkit bagai, kau ingat kau siapa??? Aku rimas tau hari-hari hadap muka kau. Aku nak jugak ada kawan lain. Kalau benci, kau berambuslah. Aku tak kisah lahhh” aku terus keluar dan hempas pintu kuat-kuat. Aku sempat dengar dia menangis, mendayu-dayu.

Dalam bilik air, aku fikir semula kata-kata aku tadi, agak kasar dan aku menyesal. Takpe, lepas mandi ni aku minta maaf. Kesian Haida. Aku bersuara dalam hati. Lepas mandi, aku masuk bilik, kosong. Haida dah takde. Aku dah gelabah. Mungkin kejap lagi Haida balik. Aku sedapkan hati sendiri.

Menjelang malam, Haida tetap tidak pulang. Aku suarakan pada ibu, ibu cakap biarlah, Haida tu cuma khayalan aku, biarlah dia pergi. Aku menafikan sekeras-kerasnya, aku cakap Haida tu kawan baik aku, aku sayang Haida. Aku menangis tersedu-sedu. Ibu peluk aku, usap kepala aku. Ibu suruh aku masuk tidur. Malam tu aku tidur sorang. Sangat janggal sebab biasanya Haida ada tidur atas lantai sebelah katil aku.

Malam tu, aku menangis je ingatkan Haida. Menyesal marah dia tadi. Aku pun tak sedar masa mana aku tertidur. Dalam pukul 3 pagi aku terjaga sebab bunyi orang ketuk pintu bilik aku, kemudian aku dengar bunyi macam orang buka pintu bilik aku, kreeeekkk. Aku pandang pintu, memang terbuka sedikit. Aku fikir Haida dah bilik, terus aku menuju ke pintu tapi takde sesiapa pun. Aku sambung tidur balik.

Hari demi hari, hidup aku suram. Aku rindukan Haida. Aku sudah jarang join study group kawan-kawan. Aku banyak habiskan masa dalam bilik. Ibu dan ayah aku risau dengan keadaan aku. Ibu selalu teman aku tapi aku masih tunggu Haida. Aku selalu mimpikan Haida, kadang-kadang dia senyum sinis pandang aku. Kadang-kadang dia menangis sayu. Dan kejadian pintu bilik diketuk pada pukul 3 pagi juga kerap terjadi. Aku biarkan je.

Lagi tiga bulan aku nak UPSR, ayah aku bawak balik kenalan dia untuk ubatkan aku. Seorang Ustaz. Ustaz sentuh kepala aku dengan tapak tangan dia (ustaz pakai sarung tangan) dia pejam mata. Mulut terkumat-kamit membaca sesuatu yang aku pasti ayat al-quran. Kemudian dia hembus tiga kali pada kepalaku.

Ustaz cakap, aku dah macam terikat antara dua hati dengan Haida ni. Kami pernah berjanji yang akan berkawan sampai bila-bila. Jadi bila dah berjanji secara automatik hati kami terikat. Ustaz kata, Haida dampingi aku sejak aku lahir lagi. Dia merupakan jin Islam. Aku dah melopong, aku berkawan dengan jin ke selama ni. Kata ustaz lagi, Haida ada bersama kami tapi dia tak menjelmakan diri dia. Dia mahu tengok aku menderita rindukan dia. Sampai hati Haida.

Ustaz nasihatkan aku supaya tinggalkan Haida dan dia boleh leraikan ikatan dua hati antara aku dan Haida, tapi ustaz memerlukan kerelaan hati aku. Aku tak sanggup, aku sayangkan Haida, walaupun dia jin, dia tak pernah apa-apakan aku, dia layan aku baik. Aku menangis. Ayah dan ibu pujuk aku, dan akhirnya aku setuju jugak. Aku relakan hati aku lepaskan Haida. Ya Allah, sedih gila masa ni.

Proses berubat pun bermula, ustaz bercakap-cakap dengan seseorang di satu sudut kat dalam rumah kami.

Ustaz: Manusia ini tidak perlukan engkau lagi, pergilah pulang ke tempat asalmu. Sesungguhnya persahabatan jin dengan manusia tidak akan abadi. Lupakan perjanjian kamu. Berimanlah kepada Allah, jangan Kau ganggu anak cicit Adam lagi. (Panjang jugak ceramah ustaz, yang lain aku dah tak ingat. He he)

Beberapa saat lepas ustaz habis berkata-kata, Haida jelmakan dirinya. Dia pandang aku sayu kemudian dia melangkah keluar ikut tangga rumah kami tu. Dia tak terbang tau, dia sopan. Huhu. Kemudian dia hilang dalam kegelapan malam.

Hidup aku tenang selepas tu tanpa Haida. Aku pun mampu fokus pada pelajaran. Alhamdulillah, mampu jawab UPSR dengan tenang. Dan lulus walaupun tak cemerlang.

Sekian cerita aku. Maaf kalau beterabur. First time bercerita melalui penulisan. Biasanya face to face. Ok baii.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 thoughts on “Teman Sepermainan.”

  1. Aku pun ada kawan dengan Jin islam/bunian, Dia keturunan raja. Pasal ape aku tau. Aku pernah mimpi pergi. Tapi tak dapat masuk dia suruh aku kuatkan amalan aku. Maksud amalan tu iman kita pada Allah. Panjang cerita aku malas nak cerita sini. Aku pernah cerita dekat portal Cari. Nanti aku rajin aku type. Tapi kawan aku ni baik. Dia nasihatkan aku sentiasa bersih. Maksud jaga kebersihan, mandi wangi, kemas, tak suka berselerak. Tak suka kotor. Kalau tengah dalam hadas dia suruh cuci tuala wanita bersih bersih. Dia suruh sembahyang 5 waktu tak tinggal. Dia suruh rajin baca Fatihah, zikir macam macam lagi. Tapi kadang aku tertinggal jugak. Dulu rajin pergi alam dia. Tapi kalau pergi alam dia mesti aku sembahyang subuh. Tapi kalau aku terjaga daripada mimpi tu belum subuh pun lagi. Korang faham tak?

    Reply
  2. Itu Qarin namanya… klau bhasa tmpat kami panggil ‘kimbaran’ bererti kembar jin, kurg lebih mcm ‘damping’ tp damping tu main seru2 atau saka turun temurun. Kimbaran tu mmg dr lahir sdh. Kadang kalo org yg xtau psl alam2 lain ni dorg anggap mcm org gila.. sbb ckp sorg2. Arwah Atuk sy mcmtu juga.. dia suru jaga anak cucu dia. Sy xda tp slalu sj nmpk makhluk2 hehe.. kdg klau dia bikin sy terkejut sy rsa mau sepak pula hahah, kdg waktu sy tido ada tu dia brdiri ditepi2 katil, sy ckp sj.. hmmm pergi la ko trmenung sana lama2.. mau tido aku, lg sedap.

    Reply

Leave a Comment