Kisah benar ini terjadi pada aku dan kawan-kawan pada tahun 2003. Bulan berapa aku dah tak ingat. Masa tu aku dan kawan-kawan aku ni semua kaki camping. Aku (wan), Bear, Jem dan Yus, sebut sahaja pasal ‘camping’, mesti kami semua on!
Kisah ini bermula pada hari jumaat, sedang aku bekerja tiba-tiba dapat panggilan dari Bear , “Woi, balik kerja ni kita pergi camping, aku ambil kau dekat office’ katanya. Aku tanpa bantahan terus bersetuju tanpa bertanya tempat kami nak camping. Tepat jam 6.00 petang, mereka dah ada di bawah pejabat aku berdekatan dengan Mid Valley. Semua dah tak sabar nak pacak khemah.
“Ke mana kita? Tak balik rumah dulu? Aku nak tukar baju, tak kan nak pergi dengan baju kerja ni?” Tanyaku kepada mereka, dengan spontan Jem menjawap, “Tak payah, kita pergi dekat je, area Templer Park”. Dalam masa yang sama hatiku sedikit marah sebab nak kena redah kesesakan lalulintas, sudah pasti kami akan lewat sampai dah hari akan gelap.
Tepat jam 7.15 petang kami sampai di Templer Park. Sebelum masuk hati aku agak risau sebab hari dah gelap di tambah pula dengan hujan renyai. Aku cuba buat buat tak ada apa yang terjadi, padahal dalam hati ada rasa nak balik. Aku bertanya, “Tak nak tunggu lepas Maghrib baru masuk?”, aku tak pasti sama ada idea masuk lepas maghrib ni bernas atau tak, itu yg mampu aku terfikir masa tu. Dengan selamba Yus menjawap, “Lambat”.
Kisahnya bermula di sini, masa kami nak masuk ke tapak nak pacak khemah, aku berjalan di belakang sekali dan aku berselisih dengan seorang RELA atau Ranjer Hutan, macam-macam dia tanya, antara soalan yang aku ingat “Nak ke mana hujan-hujan ni?”, aku balas nak berkhemah semalaman. Dia anggukkan kepala dan pesan, jangan bising-bising. Macam pelik kenapa dia pesan jangan bising. Tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil, macam pelik juga siapa yang tau nama dan kenal aku kat situ. Rupa-rupanya kawan-kawan aku menjerit panggil sebab aku lambat. Buat suspen jer diorang ni.
Sampai di tapak yang kami nak pacakkan khemah, seperti yang aku jangka, kayu dan ranting untuk buat unggun api semua basah sebab hujan. Nak dijadikan cerita, lantern (Lampu utk camping) pun tertinggal. Yang ada cuma lampu suluh dan lilin jer. Dah siap pasang khemah, aku terus masak untuk makan malam. Kebetulan hujan pun dah berhenti.
Malam makin sejuk, kami sepakat nak duduk dalam khemah jer sambil baring dan berbual. Sebelum masuk khemah, kami pasang 4 batang lilin di setiap penjuru khemah. Lebih kurang 2-3 jam, satu lilin terpadam, kami undi siapa yang kena keluar untuk tukar lilin, nasib aku tak baik, aku kena keluar. Aku tengok lilin mmg dah pendek dan memang kena tukar. Masa aku mencangkung nak nyalakan lilin, aku ditolak dari belakang dan tersungkur ke depan. Hati aku panas ingatkan kawan-kawan aku yang tolak, bila toleh kebelakang, semua dalam khemah. Serta merta bau sangat busuk menerpa hidung.
Dari dalam khemah terdengar ada yg menjerit, “Siapa kentut ni, bau telur!”. Aku dah tau siapa yang cakap kalau bukan si Jem, memang dia jenis celupar dan tak makan saman. Cepat-cepat aku masuk dalam khemah, dan suruh jangan bising, balik-balik aku kena sound dengan Jem, “Ko ingat ni dalam library nak kena senyap?”. Semua gelakkan aku. Aku bgtau diorang yang aku kena tolak, baru semua senyap dari gelak. Bau busuk dari tadi tak hilang-hilang. Kami masing-masing duduk rapat-rapat sambil baca segala ayat Al_Quran yang kami hafal. Khemah untuk 4 orang dah boleh muat 8 orang, semua penakut rupanya.
Sekali lagi lilin di penjuru lain terpadam. Bukan kata undi, keluar berempat pun kami tak sanggup. Kami dalam khemah dah macam dalam masjid, ada yang berzikir, ada yang mengaji. Aku dari tadi tak berhenti baca ayat Qursi. Lebih kurang setengah jam, bau pun dah hilang, kami agak tenang. Bear ajak balik, semua setuju. Kami sepakat untuk tinggalkan khemah, esok baru datang semula untuk kemas. Masa kami sia-siap nak keluar khemah, tiba-tiba lilin yang terpadam kat luar menyala semula!
Masa tu muka aku kalau ditoreh, memang tak ada darah yang keluar. Pucat lesi sambil menggigil. Sekali lagi khemah kami boleh muat untuk 8 orang. Bukan setakat dia main dengan lilin kami, tapi siap baling pasir ke arah khemah kami. Lama juga khemah kami dibaling pasir. Bila keadaan sedikit reda, kami sepakat untuk balik juga. Apa nak jadi, jadilah.
Kami berempat berpegangan tangan sambil berlari ke arah kereta mengikut jalan yg kami lalu masa mula-mula sampai tadi. Hampir 20 minit kami berlari tapi masih tak sampai di tempat parking kereta. Kami ambil keputusan untuk berehat seketika. Yus menjerit dengan tiba-tiba “Wey, tu bukan khemah kita ke? Kenapa kita masih kat sini?” Aku rasa seperti nak menangis bila melihat khemah tak sampai 10 meter dari kami. Kenapa aku masih di kawasan yang sama? Arghh….
Tak semena mena, Jem berbogel sambil laungkan azan. Dalam ketakutan aku nak tergelak pun ada. Ini mana petua dia pakai. Lepas 2-3 kali dia laungkan azan, Kami seakan akan nampak trek yang kami masuk tadi. Tanpa berfikir panjang, kami terus ikut trek dan Alhamdulillah kami sampai di kereta. Jam waktu tu hampir pukul 4 pagi. Kami terus balik ke Subang. Dalam perjalan pulang, aku membebel supaya kami tidak buat bising masa di templer park tadi, sebab pakcik Rela atau Ranjer yang berselisih dengan kami semasa mula-mula sampai dah pesan dengan aku. Jem dengan Yus bertanya serentak, “Pakcik mana?”
hahahahah konpius nak gelak ke nak seram
gelak sambil tutup mata…
“Kami dalam khemah dah macam dalam masjid, ada yang berzikir, ada yang mengaji”-
seram+kelakar ๐
Dulu seram. Skrg bila teringat jadi kelakar… hehe
๐
rasanya bukan di baling pasir kt khemah..slalunya kalau mcm tu rambut cik ponti..hish seramm
serious ke bro? iee macam seram, naik bulu rome aku..
Cik ponti ke hantu raya?
Setiap kali cubaan nak keluar, mesti bunyi khemah kena baling dgn pasir. Rasa menyesal dtg situ pun ada…
cerita yg best…ade kelakar ade seram
Kelakar bila dah sampai rumah, masa kejadian mmg xleh nak fikir waras.. hehe
ok kensel nk p templer minggu ni -_-
Siang ok, ramai org. untung2 leh jumpa dgn pakcik ranjer tu. hehe
siap berbogel tak menahan! x’D lawak part korg jalan berpegangan tangan haha
Bab berbogel tu sampai hari ni dia xnak cerita dari mana dia dapat idea tu. Pecah perut kalau cerita balik.
Hahahaa…dalam seram ada lawak…tergamak pulak member tu ye berbogel….kena bahan tak lepas lepas tu?
Sampai hari ni kena bahan. Bila cerita nie tersiar, dah start bahan balik sambil gelak guling2
Aduhai..seram ada kelakar ada..
Seram time kat sana, bila balik semua jadi kelakar…
Nak gi mana2 pastikan bwk radio yg leh pasang bateri dan cucuk pendrive pasang rukyah sampai pagi..lagi satu elok la berzikir dan mengaji..waktu mlm dlm hutan rekreasi ni mcm2 ada…
Zaman tu kalau x salah, still belum ada pendrive. Tapi mmg x terfikir nak bawak, maklumlah, remaja n fikir nak enjoy jer…
peh siap ngaji….yg berbogel sambil laungkan azan paling rare…hahahaha
Bab bogel tue sampai skrg dia xmo bgtau dr mana dia dapat idea. Tapi menjadi plak tu. hahaha…
“Kami berempat berpegangan tgn ”
Part ni aku tergelak hahaha
Takut terpisah time lari. memula jer pegang tangan, lepas kluar khemah, kau hal kau, aku hal aku… hehehe
yg bogel sambil azan tu sah ke tak azan dia ? hahaha . takut punya pasal , bogel pon bogel laa . hahahahhaa
Sah tu dah belakang kira. Saya ingat dia bogel sebab nak bagi benda yg kacau kami tu takut atau malu… hahaha
Kat templer park memang seram..ada ketika dulu aku gi camping pun kena gak tapi ngan renjer situ la. Pakcik yang tegur aku sembang baik layan sampai isyak tu ropenyer dah tak kejer situ hahaha…
Ntah2 ranjer yg sama…. huhuhu…
hahaha..penat aku gelak..da kenape azan sambil bogel..
best..seram2 lucu..kalo ade story lagi sila share..
Saya ingat dia bogel sebab nak bagi benda yg kacau kami tu takut atau maluโฆ Tgu pengalam next masa camping kat janda baik… tgh amik mood nak menaip
hahaha..petua mana la die ikut tu..tp pape pun cerita best..
cpt2 submit cerita janda baik tu ye..
“Sekali lagi khemah kami boleh muat untuk 8 orang.”
Yang ni kelakar… hahaha…
masing2 dah duduk berhimpit. Nama jer lelaki. hahaha
seram lawak ni. hai riana bunga
weh.. asal bogel??? hukum azan tutup aurat la bang oi.. aduhai takut punye pasai eh.. ๐
Sampai skrg still misteri kenapa dia bogel. Dia pun xmo cerita mana dia dpt idea… Mana na pikir aurat dah time tue… hahaha
kalau nak azan tu teruskn lh azan. Yg kau berbogel dlu tu dah knaper??
Mungkin dia pernah dengar mana2 petua kot, smpi skrg dia xbgtau kenapa dia bogelโฆ
Seram kena tolak..mana petua dia bogel smbil azan tu…
Masa kena tolak ingatkan bebudak ni yg tolak. Toleh belakang xder org.. hmm
Citer lagi…mmg best..
Tunggu kisah kami masa di Janda Baik pulak. Pelik+Seram
Suka
cepat2…x sbr nk baca kisah seram lg ni..best
templer park kalau nasib x baik mmg mendapat.. sya nk masuk hutan mlm tu disambut dgn hilaian sapa tak seram wey
ye ke cerita ni betul bang, ke ko tulis masa kat office…
ko jangan kacau aku menaip. yang penting esok kita g gabai…
My cousin pun kena benda yang sama, tak dapat jumpa jalan balik .. balik rumah macam macam benda jadi ..
Mungkin dia bogel sbb dia ingat hantu tu malu kot nk tgk dia..boleh jadi jugak kan..sbb dlm hantu kapcai zizan buat centu..hahaha
Mungkin dia bogel sbb ingat hantu tu malu nk tgok dia kot..dlm cita hantu kapcai pun zizan buat centu ..haha
Pernah dgr citer jgk cik pon (bkn pondan, ye!) malu tgk lelaki berbogel. Tapi cik pon dlm bracket tu lagi eksaited kot.
Seramedi. part khemah muat 8 org tu kelakar..dari rasa seram terus hilang..asik ketawa je..hahahaha
haishhh….kalau diri sendiri kene camtu xtaw laa boleh lari ke takk…nk kuar ke mana2 pun takut agaknya…mahu tido 8 orang satu khemah sampai pagi mungkin…hahhahaha
Best..terbaik
weyy wak ang . pengalaman ko g janda baik dah post belum?
Hahahha lawak+seram plak…part lawak bila member tu ckp “spa yg kentut,bau telur!”๐๐