Tenggelam Di Jurang Yang Dalam

Seminggu sebelum perginya makcik Senah (nama samaran), Makcik senah tiba-tiba jatuh sakit yang mana ramai tidak tahu apa penyebab makcik Senah jatuh sakit. Boleh dikatakan hanya beberapa orang kampung sahaja yang membantu makcik Senah. Ini kerana makcik Senah hanya hidup bersendirian setelah suami tercintanya pergi buat selamanya.

Sehari sebelum kematian makcik Senah, orang kampung sudah mula bercakap mengenai keburukkan makcik Senah. Aku yang cukup mengerti dan mengetahui disebalik apa yang makcik Senah lakukan sebelumnya hanya mampu terdiam, kerna yang sudah berlalu biarkan jadi satu pengajaran.

Mesti ada yang tanya dan nak tahu siapa sebenarnya makcik Senah ni sampai orang kampung kurang senang dan tak suka dengan makcik Senah. Okay kita cerita sedikit mengenai makcik Senah.

Dulu makcik Senah hidup berdua dengan arwah suami dia dalam kehidupan yang serba ada. Pekerjaan suaminya tidak diketahui tapi ada yang mengatakan pekerjaan arwah suami makcik senah adalah jadi agent seludup barangan terlarang. “Sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh ke tanah juga” yang mana arwah suami makcik Senah tewas di tikam di perut disebabkan barang terlarang tersebut.

Kehidupan makcik Senah mula kelihatan berubah setelah suaminya meninggal dunia. Seminggu berlalu, ada yang melihat makcik Senah bercakap sorang-sorang, ada pula yang melihat makcik Senah seperti orang gila. Namun semua itu adalah satu permainan makcik Senah. Ya makcik Senah sudah hilang kewarasan sehingga bertemu dengan dukun atau bomoh diluar sana.

Makcik Senah mula berhias seperti anak gadis yang begitu mempersona dan mengoda, ramai jejaka kampung yang terpikat dengan makcik Senah tak lupa juga dengan yang tua mula terasa tergoyah keimanan mereka hingga ada yang hampir nak menduakan isteri disebabkan makcik Senah.

Namun lain yang di tanam lain pula yang dituai, kelebihan yang ada pada makcik Senah digunakan pada jalan yang salah, ramai lelaki diluar sana hanya untuk dijadikan persinggahan untuk melepaskan nafsu, dan yang penting makcik Senah dapat duit untuk meneruskan hidup serta dapat membeli apa yang diinginkan. Lupa akan akhirat hingga dunia di jadikan syurga, ya begitulah manusia bila mata dikaburkan dengan kemewahan yang ada. Sebenarnya banyak lagi perbuatan yang tidak baik yang dilakukan makcik Senah.

Berbalik pada cerita, aku teruskan dengan perginya makcik Senah. Setelah perginya makcik Senah buat selamanya, ramai orang yang mengalami kejadian-kejadian yang pelik dan menyeramkan begitu juga dengan aku yang tak terlepas oleh keseraman yang dilakukan oleh makcik Senah.

Seminggu berlalu setelah kepergian makcik Senah, ada seorang remaja yang mengatakan nampak makcik Senah berada diluar rumah sambil memanggilnya. Ya mungkin cerita pertama membuatkan orang kampung kurang mempercayai dan membuat rekaan cerita mengenai makcik Senah disebabkan kelakuan silam makcik Senah.

Namun, tidak seorang yang telah diganggu tapi ramai yang menceritakan kejadian-kejadian seram iaitu ada yang ternampak makcik senah, ada yang memanggil bersuarakan makcik senah, ada yang melihat rumah usang makcik senah berlampu waktu malam, kelibat bayangan yang berjalan di kawasan rumah usang makcik senah dan macam-macam lagi.

Apa yang aku lalui pula adalah salah satu cerita apa yang diperkatakan oleh orang kampung. Pertamanya aku melihat kelibat hitam yang berjalan diluar rumah usang makcik Senah, masa tu aku naik motor dan lalu di kawasan jalan rumah usang arwah makcik Senah, apa yang mengejutkan aku adalah melihat kelibat seorang yang berjalan, tapi bila aku perhatikan sekali lagi sambil motor berhenti sekejap tiada pula kelibat tersebut. Apa yang aku fikirkan adalah mungkin perasaan takut saja masa tu. Dan aku teruskan perjalanan seperti biasa.

Dua hari selepas kejadian itu baru lah aku melalui sekali lagi kejadian yang sangat seram aku rasa. Melihat makcik Senah?.. Ya aku melihat makcik Senah sekali lagi setelah kepergiaan beliau. Aku melihat dengan mata kepala aku sendiri.

Masa tu aku lewat balik dari rumah kawan rasanya dalam jam 11 malam begitu. Aku masih lagi menaiki motor kesayangan aku dengan sendiri ditemani dengan bunyi cengkerik di gelap malam. Masa dekat dengan rumah usang makcik Senah, tiba-tiba rasa sejuk dia lain macam bukan sebab angin malam masa tu juga. Bila dekat dekat rumah usang makcik Senah entah apa yang aku fikirankan sampai aku berani tengok rumah makcik Senah masa tu. Apa lagi tiba-tiba pintu depan rumah tersebut terbuka dan keluarlah seorang perempuan berambut gerbang tidak terurus.

Ya.. itulah arwah makcik Senah yang membuatkan d***h aku tiba-tiba naik dan menggigil sehingga dirumah. Aku terus mengucap panjang dengan perasaan takut dan tanpa memikir panjang terus memecut laju ke rumah.

Jelas dipandangan raut wajah makcik Senah sampai terpahat di otak kecilku ini sehingga sekarang. Selepas kejadian itu aku tidak lagi mengalami gangguan sebab aku dah kurang keluar malam.

Sekian lamanya… gangguan makcik senah terus berlalu dan membuatkan kampung kembali seperti normal.. Aku pula masih tidak lagi keluar lewat malam. Rasanya samapi disini sajalah.. ada masa jumpa lagi… Assalamualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 20 Average: 3.7]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.