Tepi Kubur

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca dan terima kasih kepada admin yang sudi menyiarkan cerita yang tak seberapa ini

kejadian ni berlaku pada zaman bujang abah aku pada bulan Ramadhan
bulan Ramadhan adalah bulan suci bagi umat islam dan bulan ni jugalah di mana semua syaitan diikat
tapi tak tahulah kejadian ini berlaku di mana abah aku bercakap dengan hantu di tepi perkuburannya orangĀ² islam , mungkin ia tidak sangat masuk akal bagi segelintir pembaca

abah aku dulu dia bekerja sebagai pemandu lori yang hantar barang ke tempat-tempat yang di tetapkan , ni tk da kena mengena dengan cerita aku sebenarnya

jadi cerita dia begini abah aku dengan kawan dia diperintahkan kena hantar barang kat satu tempat ni dan tempat tu jauh dari tempat kerja diorang mahu tak mahu terpaksalah diorang gerak selepas sahur

jadi lepas sahur tu diorang geraklah macam biasa abah aku pandu lori dia sendiri kawan dia pandu lori sendiri
Kira dua lori diorang bawak waktu

“adi kau dulu lah dulu aku belakang”

(Adi tu bukan nama sebenar)
kira cam tulah abah aku kata dengan kawan dia tu jadi si adi ni pun iyakan sahaja dan pandu lori dia

setelah kawan abah aku jalan
abah aku pun menyusullah tapi jarak lori antara mereka berdua terlalu jauh sampaikan abah aku tertinggal dekat belakang
bukan abah aku tak nak kejar kawan dia tu tapi waktu tu kan subuh gelap gelita kereta pun tak da yang lalu lalang jadi abah aku kenalah pelan-pelan

abah aku pun fokus dengan pemanduannya sambil dengar-dengar radio tiba-tiba dari jauh dia nampak orang berdiri tepi jalan tangan dia sengaja dilambai-lambai supaya abah aku berhenti..ehm macam yang orang nak kasih berhenti taksi hah cam tu lah..hahaha

mula-mula tu abah aku ni ragu-ragu juga nak berhenti tapi bila dia fikir balik abah aku kata cam ni kt diri dia
“Ini kan bulan Ramadhan..mana ada hantu..”
aku pun tak tahulah macam mana abah aku boleh fikir cam tu sekali

jadi abah aku pun buat keputusan berhenti nak tengok-tengokkan orang tadi kot’ perlukan bantuan
setelah pastikan keadaan sekeliling dia okey dia turun dari lori dan pergi dekat orang tadi

di belah kanan ayah aku kawasan perkuburan orang-orang islam dan sebelah kiri pulak gaung menjunam ke bawah kalau jatuh tak tahulah hidup ker lagi tak
abah aku berdiri di hadapan orang tadi muka dia tak nampak tau sebab gelap gelita baju yang orang tu pakai baju kemeja batik dan abah aku lupa bawah lampu suluh dan tak jauh dari abah aku ada jenis
kereta kancil warna putih yang tersadai

abah aku pun tanyalah kat orang tu lebih kurang cam ni lah perbualan mereka berdua

“pakcik ada apa-apa yang saya perlu tolong?”

“dek boleh tolong..kereta pakcik terkubur dalam lumpur..”

abah aku pun pergi jenguk-jenguk kereta tu memng teruk giler lah bayangkan pakcik tu hilang kawalan dan hentam pagar besi tepi kuburan habis roboh pagar tu di hentam , tayar dia pula terbenam di lumpur

abah aku memang terdetik nak tolong tapi apakah daya dia lupa membawa tali

“ehm..maaflah pakcik saya bukan tak nk tolong tapi tali nak tarik kereta pakcik tiada tali tu ada dengan kawan saya pakcik..”

yang pakcik ni pun kata tak apa
setelah tu abah aku minta izin nak pergi maklumlah perjalanannya masih jauh nak sampai

sampai kat destinasi kawan dia yang si adi ni terus datang kat abah aku

dengan dahi yang mengalir keringat kat dahi mungkin dia tahu yang abah aku berhenti maklumlah abah aku seorang yang pemberani

“ben kau berhenti kah?”

ben nama semaran abah aku . abah aku seperti faham dengan soalan duduk seketika

“aku berhenti..mana ada hantu bulan Ramadhan ni adi.”

“kau berhenti!?”

disebabkan rasa terkejut kawan abah aku tu sampai melompat dari duduknya perlakuannya itu cukup membuatkan ayah aku kehairanan

“kenapa??”

“kau tahu tak orang tu bukan manusia..”

“cam na kau tau dia tu manusia atau hantu?”

Adi ni pun ceritakanlah kisah yang berlaku
ditepi kuburan tu dulu ada kemalangan berlaku dan disebabkan hentakan yang kuat berlaku di kepala dia meninggal disitu jenis kereta yang digunakan kereta kancil putih

tapi abah aku tetap tak nak percaya
disebabkan abahkan aku ni tak nak percaya dengan cerita si adi ni
adi pun kata

“Bila balik nanti kau tengok tempat kejadian..”

setelah siap kerja diorang kat situ
dorang pun balik macam biasa kawan abah aku akan pergi dahulu

sampai kat kawasan perkuburan abah aku berhenti dan tengok kawasan tu kembali
pagar tak roboh
lumpur yang dilihatnya semalam langsung tiada bahkan kesan-kesan seperti kereta terbenam disitu juga langsung tiada

abah aku pun teruskan perjalanan sambil otak dia penuh persoalan siapa yang ditemuinya tadi subuh
dari sisi kanan cermin abah aku melihat satu sosok tersenyum memandang dirinya dan orang sama persis seperti yang dijumpainya semalam . seketika bulu tengkuk abah aku meremang dan teruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lagi .

maaflah kalau cerita ini tak seberapa seram..sekian dari saya..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Tepi Kubur”

  1. Cerita nie ok tapi itulah, apasal tak guna koma dan noktah. Abah kamu jumpa hantu waktu subuh, tiba-tiba jadi semalam. Sila baca dan betulkan karangan dulu sebelum upload. Terima kasih berkongsi cerita. Hantu bila-bila masa ada, mungkin kurang sket waktu Ramadan.

    Reply
  2. Serius la… Ak da la pandu kancil 660…tp nsb baik bkn warna putih la… Sbb klu warna cerah, kotor, senang sgt nmpk… So, ak pilih warna gelap…

    Reply

Leave a Comment