Aku adalah seorang remaja yang sangat nakal,atau ada orang gelarkan JAHAT.Bagi aku tiadalah jahat mana,sekadar nakal sahaja.Biasalah manusiakan suka menghukum,tak apalah kita abaikan tentang manusia lain,kerana ada juga yang baik dan aku sememangnya Nakal.Cerita ini sekadar mengingatkan kepada semua.bahawa dunia kita ini bukan hanya nyata.
“Fadhil….tolong pergi kedai kejap nak,belikan gula dengan tepung.”-kedengaran mak aku memangilku.
“Alaahhh makk…nanti la..tengah tengok tv ni…”-Jawab aku seakan marah,ye memang aku marah kerana menganggu waktu aku menonton rancangan aku gemari.
“Apa salahnya pergi kedai sekejap dil,mak letak nama fadhil harap ko nanti jadi orang berguna,dengar cakap mak ayah,kau tahu tak maksud nama kau tu,? Maksudnya yang berbuat kebaikan atau mulia.”-ibu ku sudah mula membebel,tanpa banyak bicara mahupun melawan aku terus bangun dan mengambil wang lalu terus kekedai.
Benar juga kata mak aku,nama bagus harapkan dapat anak yang bagus tapi susah benar aku membantunya,malah hanya aku sahajalah anaknya.Anak zaman sekarang macam aku ni,memang banyak derhaka.Kadang tanpa kita sedar kita banyak berdosa pada mak ayah atau mungkin senang kata anak akhir zaman.bukan kata orang lain tetapi kata diri sendiri.
“Mak,nah ni gula dengan tepung.Baki duit ada dalam beg plastic ni sekali”-aku menghulurkan beg plastic yang mengandungi gula dan tepung kepada mak ku.
“Terima kasih.tapi kenapa lambat kamu balik dil,kamu pergi kedai mana?”-Tanya ku,sambil mencapai barang yang ku berikan pada nya.
“Kedai biasa la mak,wak hasan”-balas aku sambil melabuhkan tubuhku di hadapan television
Aku terus menyambung menonton rancangan ku,nasib baik belum tamat.Tanpa aku sedari aku tertidur dihadapan talevision.Pada jam 8.10 pm aku terjaga dari tidur,aku lihat keadaan rumah sunyi sepi.Tiada sesiapa suara mak atau pun ayahku,pantas aku bangun dan menuju ke bilik..gelap semuanya gelap.Aku terus buka lampu dapur dan bilik agar rumah aku terang,kemudian aku terlihat sehelai kertas diatas meja makan.
“Fadhil….Mak dan ayah pergi kerumah pak ayob,bini dia meninggal kemalangan tadi petang,kamu tidur tadi mak tak mahu ganggu,ini mak sediakan makan untuk makan malam sekali,nanti malam mak dan ayah balik….JANGAN TINGGAL SOLAT..”nota yang ditinggalkan mak mesti ada ayat pesanan terakhir tu.
Setelah selesai membaca nota yang ditinggalkan emakku,aku terus membuka tudung saji yang ada diatas meja,”Wow….” Hati aku separuh teruja apabila melihat seekor ikan siakap masak merah terhidang,baunya sungguh sedap membuatkan perut ku berkeroncong.pantas aku mengambil pingan dan menjamu selera seorang diri.Selesai makan aku terus duduk diruang tamu menonton television,Solat magrib isyak semua habis aku langgar pesanan mak aku langsung aku tidak hiraukan,aku selalu berkata “Alah..nanti dah tua taubat la,”sedangkan aku sendiri tidak tahu bila ajal aku tiba.Sedang leka aku menonton TV aku teringat sesuatu,iya barang yang diberikan oleh orang tua tadi.Kerana itu aku lambat balik beli barang yang mak aku suruh.
Imbas kembali-…………
Sewaktu aku hendak sampai kekedai aku terlihat seorang lelaki tua berumur dalam lingkungan 80 tahun sedang jalan kaki ditepi jalan,kerana kasihan melihat orang tua itu,aku memberhentikan motorku.
“Assalamualaikum pak cik,nak kemana?”-aku menyapa hormat,sebab mak aku selalu pesan hormat dengan orang tua.
“wasalam,atok nak pergi pondok depan simpang sana tu,”-balas orang tua itu sambil tangannya mengangkat tunjuk kearah hadapan.
“saya hanatrkan nak pak cik,..? sebab saya pun nak kekedai sebelum simpang tu”-pelawa aku penuh ikhlas.
“boleh juga,”-balas orang tua itu sambil terus membonceng motorsikal ku.
Setelah aku yakin orang tua itu duduk dengan selamat,aku terus memecut motor ku ke lokasi yang ditunjukkan,aku lihat hanya ada pondok usang dan terbiar sahaja disitu.Orang tua itu pun turun dari motorku.
“Pak cik duduk sini ke?”-tanya ku pelik kerana pondok itu usang dan terbiar.Tidak mungkin orang tua itu duduk disitu.
“tidak lah,pak cik duduk dibelakang sana,selepas kebun durian tu,nak masuk susah jalan tak elok.pak cik jalan kaki je ke dalam.”-balas pak cik tadi sambil menunjukkan kearah kawasan kebun yang ada dibelakang pondok usang itu.
“hati-hati ya pakcik,”
“iya nak,ehh sekejap,ni pak cik ada benda nak bagi kamu,Ucapan terima kasih dari pakcik”-sambil menghulurkan sesuatu yang dibalut dengan serpihan kain batik.barangnya hanya sebesar ibu jari dan panjang dalam dua inci lebih.
Aku menerima pemberian orang tua itu dengan ucapan terima kasih,tidak sangka dengan bantuan yang tak seberapa itu aku dapat hadiah.Aku menyimpan bungkusan itu didalm poket seluar jeans aku dan terus menuju ke kedai Runcit wak hasan.Sebenarnya aku sendiri lupa tentang hadiah tu,kerana itulah aku tidak buka masa sampai dirumah petang tadi.
Aku terus bangun menyeluk poket seluar jean aku,”Haaaaa” hati aku berbisik sendirian teruja dalam masa yang sama aku tidak sabar membuka balutan tu,Perlahan-lahan aku buka ikatan yang terdapat pada balutan dan kemudian aku membuka gulungan kain bati itu.
“Eh… apa ni”-hati aku berkata sendiri setelah melihat ada pula kertas yang dilipat bersama sebotol minyak seakan minyak atar.Aku membuka lipatan kertas yang agak usang itu dengan perlahan,bimbang terkoyak atau rosak.Rupanya kertas itu hanya sebuah nota bertulis bahasa jawi.
“Sapukan di kening kiri dan kanan tapi ingat minyak ini harus dicalitkan di jari kelingking kedua-dua belah tangan kemudian silangkan tangan,dan sapukan pada kening…Lakukan dengan mata terpejam sewaktu menyapu kening,”
“HIJAB MU AKAN TERBUKA”
“Apalah mengarut,mana ada hijab boleh bukak.hahahah”-aku memperlekehkan apa yang baru aku baca dan sememangnya aku tidak mempercayai Dunia alam Ghaib.Demi membuktikan pada diri sendiri dan sememangnya aku adalah budak yang degil.Aku ingin melakukan perkara yang tertulis didalam kertas itu.Apabila botol minyak dibuka aku dapat mencium bau nya sangat lembut tapi seakan bau kayu yang usang adakala macam bau tanah tetapi bila diamati bau minyak itu seperti bau ditempat yang lama atau barang-barang lama.Aku lakukan dengan teliti dan berhati-hati kerana tidak mahu tersalah langkah.
Selepas selesai,aku membuka mataku dengan harapan dapat melihat alam ghaib,tapi hampa dan sebetulnya memang aku sendiri tidak percaya.Nota kertas tadi aku ronyokkan lalu aku buang kedalam tong sampah,manakala minyak tu aku balut kembali dan simpan didalam bilik.Sewaktu aku ingin tutup lampu bilik dan ingin keluar dari bilik aku dpaat melihat guna anak mata aku,seakan satu lembaga duduk diatas almari bilik aku yang berada dikanan pintu.Pantas aku buka lampu kembali dan melihat kearah almari,tetapi tiada apa-apa.
“Ishhh….mainan perasaan je kot.”-bisik hati aku sendirian walaupun sebenarnya jantung aku sudah berdebar kencang.Tanpa menutup semula lampu bilik aku terus ke ruang tamu dengan niat untuk menyambung kembali menonton TV,Tetapi aku dikejutkan dengan sesuatu bunyi seakan barang terjatuh diluar rumahku.Aku melihat kearah sliding door hadapan rumah ku gelap.Perlahan-lahan aku memetik suis sambil menguak besarkan sedikit langsir yang menutupi sliding door.Kebetulan atau pun tidak aku sendiri tidak tahu kerana lampu luar rumah aku tidak hidup mungkin terbakar,Mata aku masih melilau dan cuba mencari apa yang jatuh tiba tiba “Dammmmmmm” Sliding door aku bagai dihentak sesuatu.Aku mula takut dan teringat tentang minyak tadi.
“Huuuu….huuuuuu….huuuuu”tangisan halus kedengaran,suara itu sayu,aku memberanikan diri membuka pintu kerana kiri dan kanan rumah aku ada jiran dan ketika itu jam baru pukul 9.40pm.Perlahan-lahan aku buka lock sliding door aku dan membukanya sedikit setelah pintu terbuka terasa kulit muka aku diterpa angin malam.
“Ohhhh patutlah bunyi terhentak la,,terjatuh la..bunyi sayuuuu la..angin kuat rupanya”-Aku berkata dengan diri sendiri atau sebenarnya cuba menenangkan diri.
Aku terus menutup pintu dan menarik langsir ingin menutup sliding door tiba tiba jelas di pintu kaca rumah aku itu sesusuk tubuh berbungkus putih,wajahnya gelap mengerutu menjengkilkan mata yang putih kearah aku kedudukannya terlalu dekat seakan melekat di pintu kaca aku,kaki aku terus lemah bagaikan sendi lutut aku tiada.Aku terus menutup sliding dengan langsir dan dengan kudrat yang ada aku menuju kebilik,tiada tempat yang aku mampu fikir,tangan kaki semua mengigil dan aku sedar ketika itu darah aku seakan sudah terhenti,sejuk dingin terasa menyusup tubuh badan ku.Aku terus baring diatas tilam sambil dengan lampu yang masih terbuka serba sedikit keberanian aku ada untuk ke bilik.Sedang terbaring aku dikejutkan lagi dengan dua ekor lembaga seakan berbaju putih labuh sedang duduk bertengek diatas almari bilik aku,Tiada apa aku mampu lakukan.
“Alllllll……llaa……..aahhh”-perkataan Allah yang aku ingin sebutkan pun tidak mampu terluah.Makhluk-makhluk itu seakan melihat aku.Aku memalingkan tubuh dan muka aku kesebelah kiri dan ini menyebabkan aku terus rasa dunia gelap apabila lembaga yang dinamakan pocong terbaring disebelah aku.Semuanya gelap sunyi.Aku pengsan pada malam itu,dan ketika emak dan ayah aku pulang mereka sangkakan aku sedang tidur.Tetapi sebenarnya aku telah pengsan.
Esok harinya aku menceritakan kepada emak dan ayahku,mereka membawa aku pergi berubat dan apa yang memeranjatkan aku ialah,ustaz di pusat rawatan itu mengatakan hijab aku tidak terbuka,tetapi makhluk itu sengaja menganggu aku,Selepas diberi air dan beberapa biji limau untuk mandi.Aku pulang ke rumah dan melakukan apa yang disuruh oleh ustaz tadi.selepas siap mandi aku duduk di katil ku sambil memandang kearah meja tulis aku,ia meja itu tempat aku menyimpan minyak itu.pantas aku bangun dan membuka laci meja,aku lihat minyak itu masih ada,perlahan aku ambil dan buka kain batik itu,sangkaan aku mungkin sudah tiada botol minyak itu namun botol itu masih ada dan masih mempunyai saki minyak nya.kain itu aku buang dan minyak itu aku simpan.
Sejak peristiwa itu aku tidak lagi meninggalkan solat,kerana aku masih teringat lembaga didalam bilik aku dan yang sedang terbaring disebelah aku.manakala minyak itu sehingga sekarang masih didalam jagaan aku.Adakah benar minyak itu membuka hijab aku,atau memang minyak itu mempunyai gangguan sampai sekarang aku tidak tahu.Tapi yang aku tahu waktu itu HIJAB aku seakan terbuka dan itu pengalaman yang sangat menakutkan bagi aku,tidak mungkin aku ingin laluinya lagi sekali.
*P/S-Cerita ini adalah dari sahabat saya yang telah kerahmatullah…pertama sekali aku ingin kalian pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada Nurhaziq semoga Allah Menempatkan dia dengan orang beriman,Arwah adalah sangat baik orangnya dan suka membantu orang,dia adalah sahabat baik saya dan banyak perkara yang dialaminya saya tahu dan diceritakan pada saya.sejak peristiwa itu arwah selalu kerap juga diganggu sehingga meninggal setelah sakit hampir 11 tahun.Manakala Minyak yang diceritakan itu sekarang Disimpan oleh saya,Nama didalam cerita tiada kene mengena.dan saya sebagai penulis menceritakan sebagai saya wataknya adalah kerana saya cuba memasuki apa yang arwah alami.maaf jika cerita ini tidak sehebat cerita lain,,namun kepada semua reader ingat lah “JAGA SOLAT..JANGAN TINGGAL SOLAT”kerana itu tiang agama.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Al-fatihah….
Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan Ahli syurga, Aamiin,,,
best…
Al fatihah untuk arwah Nurhaziq, terima kasih untuk ingatan JANGAN TINGGAL SOLAT
cerita yg bagus.. aku berkira nak baca atau x tadi..since aku sangat bosan dengan story yg berkait pada “hijab terbuka” but this one punya story line lain dr entri2 yg sblm ni..
7/10 Al-Fatiha buat Arwah
Al-Fatihah
seramnya….
aku tertarik nak baca sebab gmbr mata tu terlalu besar dan menggamit aku untuk click kat entry ni.
Sempatlah juga aku sedekahkan al-fatihah buat sahabat penulis ni, semoga Allah mengampunkan dosa2nya dan menerima segala taubatnya..aamiin.
Nasihat tu sangat2 berguna “JANGAN TINGGAL SOLAT!”
Sebelum submit cerita, pastikan selangkan setiap perenggan. Walaupun ada perenggan bila dalam word, tapi bila copy paste, perenggan akan hilang.
Takziah
Al Fatihah..
arwah sakit, ade kaitan dengan ape yg terjadi ke?