Terima Kasih Temankan Saya

Hi and Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca FS. Terima kasih kepada admin kalau cerita saya ni disiarkan. Cerita ni merupakan kisah benar yang saya sendiri lalui pada pertengahan tahun lepas. Bagi memudahkan pembaca FS untuk memahami cerita, saya menggunakan “aku” sebagai ganti. Maaf kalau cerita yang bakal disampaikan tidak terlalu seram atau tidak seram seperti yang diharapkan. Tetapi bagi saya yang melalui perkara ini, ianya agak seram.

Setiap tahun, dah jadi kebiasaan untuk aku dan kawan yang lain menyambut hari jadi masing masing dan tahun ini seperti yang dirancang, aku, Lysa, Lana dan Kiki telah bercadang untuk membuat kejutan untuk kawan kami iaitu Ika. Setelah semua perbincangan selesai, aku dengan Lysa telah sukarela untuk pergi membeli barang persiapan. Padahal waktu tu, ramai adik beradik mama yang pulang ke rumah kampung yang terletak di Perak dan ingin pulang ke kampung tokma di Kedah. Namun, aku tidak mahu mengikut keluarga aku kerana mempunyai sikap lebih mementingkan kawan. Setelah selesai membeli segala persiapan, aku dan Lysa pulang setelah hampir pukul 6.30 petang dan nasib kami tidak baik, kerana kereta Lysa telah dilanggar. Oleh kerana takut dimarahi oleh makcik Nor, kami pun berhenti entah dimana tempat untuk cari idea dan Lysa menghantar aku pulang hampir maghrib.

Keluarga aku memang tinggal di rumah pusaka kampung di Perak dan tinggal bersama arwah tokwan (Al-fatihah untuk arwah tokwan yang baru meninggalkan kami minggu lepas) dan tokma aku. Rumah ini merupakan rumah peninggalan dari nenek moyang dan jika dilihat agak suram bila tiada orang dirumah terutama sekali jika tiada tokma dan arwah tokwan. Rumah yang asalnya diperbuat dari kayu (aku panggil rumah atas dan tiada siapa rajin naik keatas melainkan jika terlalu penuh di bawah dan tiada ruang untuk tidur) dan bawah ditambah dengan batu dari ruang tamu hingga ke dapur. Jadinya rumah ini agak besar kerana telah ditambah. Mama, tokma dan adik beradik mama yang lain selalu bercerita tentang “saka” (kalau ada yang mahu tahu aku akan ceritakan latar belakang saka keluarga aku). Ada juga aku pernah dengar cerita katanya ada beberapa orang pernah ternampak yang rumah kami ni dijaga oleh sesuatu yang besar di luar rumah. Mama cakap, “benda tu memang ada dari dulu, tujuannya untuk menjaga anak cucu dan keturunan.”

Tapi ini bukan cerita yang aku nak sampaikan.

Setelah sampai, rumah aku gelap. Seperti sedia maklum bahawa keluarga aku dan adik beradik yang lain ingin pulang ke kampung tokma di Kedah. Aku pun masuk setelah memberi salam tetapi tiada sambutan. Aku berjalan untuk masuk ke bilik dan ternampak arwah tokwan (ketika ini dia masih hidup) dan yang sentiasa setia di sisi iaitu tokma di ruang tamu (bilik aku bertentangan dengan ruang tamu) menonton televisyen menunggu waktu maghrib mungkin kerana kelihatan tokwan sudah kacak berbaju melayu dan kain pelikat. Aku hanya duduk sebentar menceritakan perkara yang terjadi semasa pulang dan menerangkan kenapa aku balik lambat. Tokwan telah bergerak untuk pergi ke masjid memandangkan tokwan tidak banyak bercakap, Tokma hanya tersenyum dan cakap mahu masuk bilik dah solat maghrib. Aku pun masuk bilik terus mandi dah siap untuk solat. Biasanya aku akan duduk didalam bilik sehingga selesai solat Isyak terus kerana malas membuka telekung. Namun solat aku pada hari itu seperti tidak kusyhuk, terasa seperti diperhatikan dari tingkap dan arah katil. Aku tidak endahkan.

Usai solat Isyak, aku melepak didalam bilik bermain phone seperti biasa. Lebih kurang pukul 10 aku keluar ke dapur kerana lapar dah ternampak tokma masih lagi mengemas didapur. Aku menegur tokma, tetapi tokma tidak layan atau mungkin tidak dengar kerana tokma kadang kadang berada dalam dunia dia. Aku pun buka tudung saji, tiada apa boleh dimakan. Seperti biasa, menu mudah aku, maggi. Sementara memasak, aku bersembang dengan tokma dan menyatakan aku takut tidur seorang dan mahu tidur dengan tokma. Tokma pun mengiyakan dan membebel anak anaknya tidak pulang lagi. Selesai makan, aku teman tokma didapur. Kesian pula nak tinggalkan dia keseorangan walaupun aku malas menolong, aku temankan sambil main phone.

Jam telah berganjak ke pukul 12 lebih. mata pun sudah mengantuk. Tokma masih tidak mahu tidur walau diajak berulang kali. Aku tidak mahu terus masuk ke dalam bilik tokma kerana risau mengganggu arwah tokwan kerana arwah tokwan tidak suka aku atau sesiapa yang tidur didalam bilik itu bermain phone kerana cahaya lampu telefon. Tokma masih sibuk mengemas didapur dari satu sudut ke satu sudut. Melihat tokma yang tak berhenti mengemas. Aku pun bangun dari duduk dan mengambil penyapu untuk membantu. Aku mulakan menyapu dan mengemas dari ruang tamu. Di ruang ramu terdapat 2 bilik iaitu bilik Aunty Nini dan bilik arwah tokwan dan tokma. Ketika mengemas, aku masih merasakan seperti ada yang memerhati dan tanpa ada angin atau apa, tiba tiba pintu bilik Aunty Nini tertutup dengan sendiri dengan bunyi yang sangat kuat seperti dihempas.

Aku masih lagi tidak mengendahkan. Bagi aku, aku tidak mengganggu sesiapa dan hanya mahu menolong tokma memandangkan sudah lewat malam dan tokma masih tidak tidur.

Aku beralih mengemas bahagian lain sehingga la ke dapur semula. Aku terdengar diatas bumbung rumah seperti ada yang membaling batu. Aku memandang tokma, dan tokma pesan jangan dilayan kerana dia mahu bermain. Aku sangka setelah selesai menolong, tokma mahu tidur namun tidak juga. Dia masih lagi mahu mengemas didapur. Tidak tahu la apa yang dikemasnya. Kelihatan seperti semua sama, melainkan kerja aku nampak kemas.

Aku mula fedup dan duduk di ruang dimana keluarga aku selalu melepak dan melipat kain. Sambil layan youtube, aku pun melipat kain yang menimbun. Tiba tiba tokma datang dan menyatakan kerja didapur sudah selesai nak mahu membantu aku melipat kain tetapi ternyata aku seorang sahaja yang melipat kain kerana tokma tidur di depan aku. Mungkin penat. Itulah orang ajak tidur tadi tak mahu sangat. Jenis aku pula kalau dah mula buat kerja aku tak akan berhenti sehingga selesai.

Antara pukul 2:00 – 2:30, tokma bangun dan ingin kedapur, aku pun mengiyakan. Aku menyambung melipat kain, dan diluar kedengaran bunyi kereta. Tahu la aku bahawa mereka semua sudah pulang. Oleh kerana tidak mengunci pintu, mudah lah mereka masuk. Dan antara yang masuk kerumah ialah arwah tokwan dan tokma. Aku tergamam. Dan aku merasakan seperti ada angin yang lalu dan aku memandang ke arah dapur, kelihatan seperti ada bayang yang naik ke rumah atas.

Aku menceritakan segalanya kepada mama tentang apa yang terjadi dan mama cakap mereka hanya mahu temankan aku. Hmm… macam tak kelakar je teman. Sejak dari tu, aku tak pernah mahu tinggal dirumah sendirian.

Terima kasih kalau anda baca sehingga habis dan maaf sekali lagi jika tidak seram

43 thoughts on “Terima Kasih Temankan Saya”

  1. *thank u admin klu post cerite ni
    *aku gune “aku” jelah sng nk smpi kn cerite
    *sorry klu x seram
    *tok aku dh meninggal, mse ni die idup lg
    intro je meleret2, tak boleh bukak mate bce cite kau ni. bosan. cliche cliche cliche

    Reply
    • tak payah nak mengutuk orang lah. kau tu belum tentu bagus kalau buat cerita seram. tak payah menghina orang yang susah payah mengarang cerita ni. boleh kan cakap dengan ayat membina. tak susah pun nak jadi baik. hati tu betulkan dulu.

      Reply
        • lain kali tak payah komen. budak baru nak up betul. kalau betul kau dah matang, mesti kau tau sebagai seorang yang dah dewasa, kita boleh fikir dan cakap dengan baik walaupun nak menegur orang. kau boleh cakap, lain kali intro kurangkan dan isinya harus lebih untuk menarik pembaca baca cerita yang dikarang. tak payah nak tambah dosa yang sedia ada dengan menyakitkan hati orang yang penat mengarang cerita untuk dibaca. segala yang dicerita sekadar hiburan. kalau tak suka, tak payah nampak sangat tak matang tu menghina orang macam tu. ada faham adik manis?

          Reply
  2. 1. jadi maknanya tokwan yg memula tgk tv pastu boring gi surau solat maghrib tu tahu ke tak tokma sebelah dia tu bukan tokma?

    2. atau tokwan tu bukanlah tokwan sebenar, tapi yg duk main baling batu atas bumbung?

    3. takkanlah tokwan keluar waktu maghrib, 230 pagi baru balik? jadi, itu mjawab soalan di atas.

    4. rasanya tu bkn saka, tapi lebih kpd khadam atau mgkin qarin. mujurlah makan megi je, klu tokma tu masak utk kau entah apala dia masak.

    5. sbb tula klu dah bagi salam 3 kali tak berjawab, eloknya jgnlah masuk rumah tu.

    6. tokwan n tokma tak pelik ke nampak kau sorg2 kt rumah, dorg takde tanya apa2 ke? atau air muka dorg takde berubah ke bila nmpak kau sorg2? sambunglah part 2 pulak ye.

    Reply
    • yg sy faham la..
      tokwan n tokma tu bkn yg sbenar.satu family balik kpung tokma.cuma penulis je yg tak ikut.ms family bertolak ke kampung penulis xtau yg semua skali pergi.

      Reply
    • yang sebenarnya memang saya sorang dekat rumah. saya tktahu semua orang takada. tokwan tokma yang saya nampak petang tu bukan dorang. tokwan saya yang konon pegi masjid tu entah kemana peginya. InsyaAllah saya akan sambung lagi

      Reply
    • aduh. satu sampai enam semua lawak, tapi nak petik sikit no 5 tu, lawaknya double ooo0… maksud pengomen mgkin bawak makna y berlainan tapi dengan sedikit tambahan imaginasi dr otak sy ia menjadi sgt lawak, rumah sy selalu sy jer y balik awal. dan konpom xdak org kat rumah, dah bg slm klu xdak org jwb xleh masuk eh? haha. tapi kot mana pun masa bg salam sy berharap sy x dengaq sora menjawab slm tu balik. klu kat umah sy la. bukan tempat lain.

      Reply
  3. Either my understanding is different from everyone or whatever it is, reader comments just too funny
    Dian, your story was nice.
    Take the negative comments as a challenge to write a story much better
    Keep it up!!

    Reply
  4. Hmm mcm arwah tok wan sy jgk,,sama mcm ni..antaranya arwah tok wan di bilik tp temannya p potong kayu kt tepi rumah aku.,siap aku g tolong lg..bila tegur xckp..smpai kesudah xckp..pelik jgk la sbb nmpk arwah tok wan kuat sgt potong kayu la..angkat kayu la..tp ms tu budak2 lg xpikir pape..

    Reply
  5. so maksud nya semua org including tok wan and tokma ikut keluarga balik kedah ke? kenapa time balik tu hg tak tanya tok wan and tokma awat tak ikut sekali? kalau aku la tobat lahom nak dok sorang2. nasib la aku ni jenis penting kan keluarga. dok elok bawah ketiak makpak. tapi tula.. sampai bila kan?

    Reply
  6. “Aku pun masuk setelah memberi salam tetapi tiada sambutan.”
    Ni ayat ni aku confuse. Beri salam dalam rumah takde orang, ok.
    Tapi kalau kau dah tau ko sorang apa kejadahnya ko nak expect ada orang sambut salam?

    Reply
    • Rasanya dia nak maklumkan yang dia bagi salam tapi tiada sambutan.namun bila dia masuk ke dalam rumah,ada tokwan dan tokma dalam rumah.agaknyalah.

      Reply
    • saya taktahu pun yang saya duduk rumah seorang. saya ingat tokma dengan tokwan saya ada. pelik jugak kenapa dorang tak jawab salam tapi buat biasa je. Lepas semua orang balik baru saya tahu yang saya duduk seorang kat rumah 😊

      Reply
      • Memang patut pun tiap kali nak masuk rumah kena beri salam walaupun tak ada org. Supaya tak ada benda yg tak baik ikut masuk ke dlm rumah.

        Reply
        • Yep betul… Aku slalu blek akhir mlm2 BG salam jgak wlaupn tau org smua dh tdo…
          Bf aku ckp spaya mkluk yg ikut blek x msuk rmah..
          Tau rumah tu rumah org Islam… N pg mna2 tmpt bru mcm port mancing pn BG salam jgak.. SBB DLM dunia ni bkn ada kta je

          Reply
  7. Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:

    “Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim)

    Reply
    • Powerlah makcik bawang, saya pun setuju dengan semua.. Kalau kata pergi ke mana2 pun, walau xde orang, tak salah bagi salam. For some, ni pun pengetahuan juga.

      Reply
  8. basic knowledge ler masuk rumah ada org bg salam pada org, dah tau rumah tu xda org bg salam pada malaikat. malaikat akan menjawabnya. even lalu kat kubur pun bg salam pada ahli kubur, mendengar salam itu, malaikat akan memberi laluan kepada ahli kubur untuk menjawab salam hatta ketika itu mereka sedang mendapat seksaan kubur pun akan selamat seketika utk menjawab salam.
    apa y kita x tahu tu tak semestinya benda tu salah, banyakkan menuntut ilmu, ini x, sdri x pernah tau dah hukum org lain sesat.
    ish3.

    Reply
  9. Ada sikit fenin laa … tp aku paham je cite ko. kdg2 apa yg kita nk ceritakan x sama dgn apa yg kita tulis .. susah wooo nk kembangkan satu2 cerita klu x de bakat menulis. btw nice try sis …

    Reply
  10. Saya pon dah lemah semangat nk duduk sorg2 dkt rumah. Saya ni dah laa jenis suka duduk rumah sorg2 malas nk bersiap pergi mana2. Huhuhuhu. Serammmmmm.

    Reply

Leave a Comment