Terjebak

Assalamu’alaikum

Di sini aku ingin menceritakan bagaimana aku boleh terjebak dengan cerita-cerita misteri dan mistik.

Sebelum tu aku nak maklumkan latar belakang aku, aku dulu pernah bersekolah agama. Sedikit sebanyak amalan di sekolah dulu membantu menjadi pertahanan diri aku.

Tapi cerita-cerita yang aku alami ni bukan berlaku immediate aku habis sekolah tetapi selepas aku tamat diploma.

Kisah 1

Mase ni tahun 2007, aku masa ni balik kampung, rehat di kampung sebab aku jenis aktif masa belajar dulu, setiap cuti sem paling lama aku duduk kampung 4 hari. Selebihnya aku dengan aktiviti aku samada berniaga atau join mana-mana program, jadi fasi dan sebagainya. Jadi kali ni aku nak berehat lama sikit di kampung sebab dah habis belajar.

Mak cik aku yang tak jauh dari rumah aku datang bagitau mak aku mengenai menantu yang duduk di KL telah dirasuk. Suaminya (iaitu anak mak cik aku) susah nk keluar bekerja dengan keadaan isterinya begitu. Sementara menunggu mak cik aku datang, menantu mak cik aku (aku namakan Kak Ija, bukan nama sebenar) dijaga mak dan pak cik Kak Ija. Tapi terpaksa pulang ke kampung di pantai timur sebab adik-adik Kak Ija masih bersekolah.

Mak cik minta pada mak aku untuk aku temankan mak cik aku ke KL. Kami menaiki bas. Daripada cerita mak cik aku tu, pak cik Kak Ija tu seorang bomoh. Masa ni aku tak tahu, tapi pikiran aku rasa aku kena berwaspada. Kak Ija dimasukkan ke wad sakit jiwa sebab asal kejadian berlaku dia meronta-ronta dan menyatakan ada makhluk bertanduk di depan katilnya. Doktor membenarkan dirawat secara alternatif dan Kak Ija dibenarkan pulang.

Masa kami sampai ke rumah abang sepupu (aku namakan Abg Mus,) tu, pak cik Kak Ija tu mengatakan dia ada membuat air jampi untuk Kak Ija minum. Abg Mus juga ada menceritakan pak cik ada duduk dalam bilik air lama diam dan tak bunyi apa-apa samada buka air atau mandi. Hari aku dan mak cik sampai, hari yang sama mak dan pak cik Kak Ija balik kampung. Sempat berbual tapi tak lama.

Semasa kami berada rumah Abg Mus, segala senjata tajam pisau parang semua disorok kerana Kak Ija pernah ambik pisau nak tikam Abg Mus.

Aku nak mandi, bila dalam bilik air aku rasa tak sedap hati bila teringat cerita yang pak cik tu dulu lama-lama dalam bilik air tak bunyi apa. Apa perhatikan dalam bilil air tu pelik, ada banyak anak lipan, aku buang semua air kolah dan tadah air semula.

Malam tu, tinggal aku dan mak cik menjaga Kak Ija. Kak Ija hanya tidur dibilik selepas diberi ubat penenang. Dia menjadi seperti kanak-kanak yang sangat manja. Abg Mus shift malam. Hujan diluar lebat tapi aku pelik seolah-olah hujan depan rumah saja, mencurah-curah macam air paip besar.

Aku sms abang aku (masa ni takda lagi whatsap) yang duduk sama blok dengan Abg Mus. Abang aku menyewa dengan abg sepupuku (Abang Min) juga merupakan anak mak cik aku di Tingkat 3, Abg Mus tingkat 1. Aku tanya abg aku hujan memang lebatkah? Lama aku tunggu, aku check status sms tu tak berhantar, aku pelik. Tiba-tiba aku mendengar suara seorang lelaki berkali-kali panggil nama aku. Aku kenal suara tu, suara pak cik tu (tapi pak cik tu dah balik semalam). Suara tu datang dari dalam rumah. Aku pandang mak cik aku yang asyik bercerita, aku pelik mak cik aku tak dengar suara tu. Aku dah nak nangis ketakutan. Aku terus telefon abg aku suruh turun. Abang aku tanya kenapa, aku tak boleh nak cerita sebab aku takut sangat.

Abang aku turun bersama Abg Min, sampai je aku terus cerita apa yang jadi. Abg aku check sms dia memang tak masuk sms aku. Masing-masing cuak. Mak cik aku terkejut sebab aku tak cerita apa-apa pada dia. Aku tak nak dia takut. Malam tu kami semua tidur sebaris di ruang tamu sambil buka ayat quran.

Keesokannya, Abg Mus balik kerja bagitau pak cik Kak Ija minta duit sebab nak beli gas. Abg Mus tak dapat nak bagi sebab banyak duit keluar mengubat Kak Ija sebelum aku sampai. Abg Mus bagitau pak cik marah-marah. Aku rasa benda yang jadi malam tadi ada kena mengena dengan kemarahan pak cik tu.

Kisah 2

Setelah berubat banyak tempat di KL, mak cik decide untuk berubat di kampung di utara, balik kampung menggunakan kereta Kak Ija. Aku, mak cik, Abg Mus dan Kak Ija. Kak Ija ada bagitahu mak dia yang kami nak berubat di kampung.

Kami keluar dari KL pukul 3 petang. Baru nak masuk hiway, enjin kereta tiba-tiba berasap. Abg Mus terus pandu ke bengkel, padahal kereta tu baru saja buat major service seminggu sebelum tu. Bila diperiksa tak ada apa-apa yang pelik. Pomen kereta test drive dia kata break terlebih makan.

Selepas dibetulkan serba sedikit kami kami mulakan perjalanan semula, sama seperti tadi, sebelum masuk hiway enjin kereta berasap. Kami kembali ke bengkel, pomen check lagi dan bagitahu tak ada masalah pada enjin.

Aku tarik tangan mak cik, aku bagitahu dia, ni ada benda yang tak kena. Aku cakap pada mak cik kita balik je terus, aku akan baca yasin sepanjang perjalanan. Mak cik duduk depan, aku dan Kak Ija duduk belakang risau dia buat sesuatu ketika Abg Mus memandu. Pukul 6 petang baru kami dapat keluar KL.

Sepanjang perjalanan aku tak berenti baca yasin. Perjalanan empat jam terasa lama, mulut aku pun dah kering. Ada juga bau-bau yang tak enak seperti bau bangkai sepanjang aku baca tu. Sehingga lagi satu jam nak sampai kampung, aku berhenti baca yasin.

Sampai di satu jalan, berdekatan kilang papan, laluan dihadapan kilang tu besar kiri kanan 6 lane. Tiba-tiba Abang Mus mengelak sesuatu secara mengejut. Kami semua terkejut. Mak cik tanya kenapa, dia kata ada pokok besar tengah jalan. Kami semua cuak. Takkan ada pokok tengah-tengah jalan. Aku baca ayat qursi, mak cik baca tiga qul tak lepas asyik tersalah sebab takut sangat. Jam dah menunjukkan pukul 9 malam.

Kami berhenti makan di pekan sebelum masuk kampung. Ketika makan, tiba-tiba Kak Ija menggigil kuat. Kelam kabut dibuatnya. Kami cepat-cepat keluar dari kedai dan terus masuk kereta. Sampai di kampung Abg Mus hantar aku balik rumah aku sebelum ke rumah mak cik.

Kisah 3

Esoknya kami ke daerah lain, jiran kami ada menyatakan satu tempat untuk berubat. Aku takda idea tempat yang di bawa tu. Kitorang ikut saja. Kak Ija menjadi semakin manja, dia akan memeluk lelaki tak kira siapa pun laki tersebut termasuk ayahku haha. Dia akan bercakap ikut suka hati dia. Boleh dia cakap mak aku banyak anak sebab kuat s**. Kami pergi 2 kereta kalau tak silap, mak ayah aku dan jiran pun ikut sekali.

Sampai ditempat berubat, orang mengubat tu berpakaian seperti pendekar. Semua hitam termasuk tengkolok. Agak lama kami menunggu dia keluar, kata nya dia baru lepas solat hajat. Dia ambil quran dan baca beberapa ayat, dia mengubat menggunakan ayat quran, tiba-tiba dia kata, syaitan yang dalam badan Kak Ija ni kuat, ayat quran tak jadi, syaitan kena lawan dengan syaitan jugak. Dalam hati aku ‘aikk’. Bomoh tu tengok aku, tapi aku buat-buat biasa walau aku tak setuju langsung dengan cakap dia tu.

Semasa proses berubat tu Kak Ija kena mandi bunga. Aku tak berapa suka tengok sebab Kak Ija dikehendaki berkembang dengan kain batik dan dimandikan oleh bomoh tu walau depan mata kami semua. Lepas mandi Kak Ija baring, masa ni aku rasa benda-benda yang biasa baca dalam mastika tu benar-benar wujud rupanya. Bomoh tu ambil sebiji telur bacakan sesuatu, digolek-golek atas perut Kak Ija, bila dipecahkan telur tu yang keluar bukan isi telur tapi penuh ulat besar-besar.

Bomoh tu bagitahu lagi Kak Ija dibuat guna kaedah siam, ada patung puteri yang dipuja dengan nama Kak Ija. Itu yang Kak Ija manja semacam dengan orang laki.

Bomoh tu keluarkan pedang panjang, sambil menjulang ke atas, dia minta bukakkan hijab. Tiba-tiba bomoh tu cakap dia terpaksa hentikan sebab orang yang buat Kak Ija tu menentang dia secara ghaib. Orang yang buat Kak Ija tu adalah keluarga dia sendiri. Lama dah dia buat Kak Ija, sejak Kak Ija 5 tahun lagi. (Semua fikir pak ciknya).

Bomoh tu sambung, sambil mengayakan tangan seperti menelifon seseorang, katanya pengantara di timur tengah. Tak lama lepas tu terbang satu kain kuning, bomoh tu ambil kain tu, ada sekali satu botol minyak kecil. Minyak tu dia sapu pada Kak Ija. Sebelum kami pulang diberi satu bunjut batu dalam balutan kain kuning. Bomoh tu pesan pada mak cik rendam bunjut tu dalam air kosong dan bagi Kak Ija minum sebelum maghrib.

Selepas habis semua proses berubat tu, kami semua balik ke kampung.

Kisah 4

Petang tu aku ke rumah mak cik. Mak cik kata nak rendam bunjut tu nak bagi Kak Ija minum. Aku cakap jangan sebab apa yang bomoh tu cakap dan buat semuanya syirik. Dia merendah-rendahkan quran dengan mengatakan syaitan hanya boleh lawan syaitan. Mak cik ikut apa aku cakap. Dia buang batu tu keluar.

Maghrib tu mak cik minta aku tengok-tengokkan Kak Ija sambil dia bawa Abg Mus berubat tempat lain. Aku cuba ajar Kak Ija baca yasin. Setiap sepuluh ayat baca dia gatal satu badan dan sengeh-sengeh kat aku. Cukup 20 ayat dia dah tak nak ikut. Mak cik pun dah balik.

Aku nak solat isyak, bilik air mak cik aku belakang dia bata bunga. Dari celah-celah bata bunga tu ada tandas yang dibuka lampu. Dari celah-celah tu aku nampak belakang badan manusia. Menyerupai pak cik Kak Ija. Aku rase nak menjerit dan menangis. Aku terus keluar bilik air dan bagitahu mak cik. Semua orang terkejut. (Mana mungkin dia kan di pantai timur, kami di utara). Abang Mus cerita adik ipar dia, suami pada adik Kak Ija pernah bagitahu dia yang pak cik Kak Ija ni cerita boleh terbang, dia boleh pergi indonesia balik hari.

Mak cik temankan aku ambik wuduk, aku solat pun tak tenang, selepas solat aku minta air tawar, aku nak buat air yasin.

Malam tu aku tidur dengan mak cik dan Kak Ija di bilik atas. Pak cik tidur dibilik bawah. Abg Mus dan sepupu-sepupuku yang lain tidur di ruang tamu.

Aku ajar Kak Ija baca doa. Selepas tu dia kata dia tak boleh nak tutup mata. Dia tutup je dia nampak pak ciknya . Semua orang tak boleh tidur dibuatnya. Pak cik aku kat bawah rupa-rupanya dah tak boleh bergerak. Seolah-olah ada benda menindihnya. Diluar anjing bersahut-sahutan (ini memang pelik sebab kampung aku kampung melayu dan tak ada anjing). Aku teringat orang kata kalau anjing bersahutan tu bermakna dia nampak syaitan, kalau ayam berkokok disubuh hari tu dia nampak malaikat, wallahua’lam.

Semua orang berkumpul di ruang tamu, aku minta adik sepupu azan 2 kali. Selepas tu baru keadaan reda. Kami semua tidur sebaris di ruang tamu. Esoknya aku balik ke rumahku. Aku demam.

Selepas pada tu mak aku tak bagi dah aku tidur rumah mak cik.

Kalau dikira lebih daripada 10 tempat kami pergi berubat. Ke mana saja orang bagitahu kami pergi.

Kak Ija masih begitu juga. Kak Ija kata dia hanya happy bila bulan puasa sahaja. Bulan puasa sahaja takda gangguan tu semua.

Masih banyak kisah-kisah lain yang mistik dan misteri yang aku hadapi dengan orang sekeliling. Tapi dengan kisah-kisah di atas ni la aku belajar mengenal perkara-perkara jahat ni, percaya wujud alam ghaib dan menilai mana yang boleh mana tidak dalam perubatan islam.

Aku harap semua pembaca tak boring baca kisah ku ini.

25 thoughts on “Terjebak”

  1. bez bez bez.. sambung lagi.. nape tak pergi Darus Syifa.. kan dah nampak mcm pak cik kak ija yang buat.. ape motif dye ekk.. geram lak.. jahat

    Reply
    • Sy xpasti sgt..cuma seingat sy mse tu Abg Mus ada ckp darul syifa sntiasa penuh..pkul 5 pgi pn dh ada org tgu kt luar premis nk brubat..wallahua’lam..

      Reply
    • Kali terakhir jumpa 2012..blom..tp mereka brdua dh brpisah 2015..ketika tu pn k.ija msih sedikit tidak waras (bukan gila,tp lebih keanak2 kan)..dia tiggalkn abg mus n blik kg

      Reply
  2. Aku puji ko AMI, sebab ko alert dan tak percaya benda2 syirik. Betul apa ko cakap. Ayat Al-Quran tu memang dapat kalahkan syaitan asalkan betul caranya. Ayat Al-Quran tu kalam Allah. Iblis pernah bercakap dengan Allah, iblis tak takut dengan ayat Al-Quran. Yang menakutkan syaitan dan iblis ialah iman dan akidah orang yg membaca ayat Al-Quran. Bila kita ada iman, bertambahlah malaikat-malaikat yg menjaga kita. Malaikat-malaikat ni la yg menghalau syaitan. Paling penting mohonlah pertolongan Allah. Semuanya dengan izin Allah jua.

    Reply
    • Slpas pd sy ikut teman mk cik n abg mus brubat sana sini…sy smbug blaja (dlm 4 bulan kmudian)..bila dh balaja crita2 ditempat balaja n rumah sewa pulak…

      apa yg sy dpt tahu..pk ciknya meninggal beberapa tahun kemudian..hari ni meniggal..2 mggu kmudian ahli keluarga dtg melawat, kuburnya ghaib..tmpt ditanam nama org lain…

      Reply
  3. korang ni kawin sesama korang ke, asyik berkait sana-sini antara korang.. berbelit-belit jadinya.. cerita pun berbelit-belit tapi tak habis-habis

    Reply
  4. kalau still x pulih..boleh berubat dekat sorg pak cik ni blah utara..aku berubat kt situ masa kena santau.adik aku pernah kena buatan org pun berubat di situ. kes adik aku parah juga sebab xboleh ‘bersama’ dengan suami. mesti nampak kelibat kalau nk bersama. bila p berubat baru taw ada org ‘kunci’ ‘tempat’ adik ipar aku

    Reply

Leave a Comment