Termasuk Alam Bunian?

Hai semua. Nama aku Bunga. Harini aku nak cerita pengalaman seram tapi tak berapa nak seram la. Cerita ni berkaitan dengan bunian… Nak di pendekkan cerita, aku dgn adik aku ni kiranya hampir nak termasuk dalam alam bunian…

Aku tak ingat tarikh kejadian ni bila tp kejadian ni berlaku masa berlansungnya hari perkahwinan kakak aku yg diadakan di kampung. Kampung aku dkt Pontian, Johor. Agak agak aku kejadian ni berlaku dalam tahun 2016.

Biasalah kalau ada majlis, confirm rumah penuh dgn orang. Saudara lah, jiran lah, family lah. So at that time rumah nenek aku ni memang meriah. Bising. Rumah nenek aku ni nak di jadikan cerita takdelah “keras” sangat, tp pakcik aku da selalu ingatkan rumah nenek aku ni tempat laluan “benda” tu. Aku sendiri tak pernah nampak apa apa before this walaupun mak, kakak, nenek, pakcik aku dah pernah nampak “something”.

So, waktu tu around 6:30 p.m. something, aku dengan adik aku decided nak mandi dulu sebab taknak berebut toilet. (biasalah kat kampung mesti ada yg cop cop toilet). So, lepas kitaorg dah siap mandi tu, apa lagi, kitaorg masuk la bilik nak pakai baju. For your information, bilik tetamu dkt rumah nenek aku ni dkt dapur. Pintu bilik memang betul betul menghadap meja makan.

So, time aku dgn adik aku jalan nak ke bilik tu, memang lalu dapur lah sbb toilet pun dekat dapur, so at that time, memang meriah la dapur tu. Riuh gila. Sumpah bising. Ada mak aku, nenek, makcik, jiran semua. Kira memang penuh lah dapur. Aku dgn adik aku pun salin baju semua and part seram nya start kat sini.

Lepas dah siap pakai baju semua, aku pun bukak lah pintu bilik sbb nak sidai towel apa semua and guess what? Aku terkejut gila. SUMPAH. Apa yang aku nampak ialah KOSONG. GELAP. SUNYI. Seolah-olah macam takde orang. Korang bayangkan, tadi rumah punyalah bising riuh rendah tp tak sampai beberapa minit, dah kosong.

Aku tak nampak sesiapa weh. Aku toleh dekat adik aku. Adik aku pun tergamam. Aku try jenguk kepala nak tengok dekat ruang tamu, tp sama. Apa yang aku nampak cuma gelap. Sumpah weh, d***h aku berderau gila masa tu. Suasana masa tu, macam tengah malam weh. Dengan takde lampu apa semua. Ya Allah.

Lepastu, aku tutup balik pintu. Aku selawat, aku baca ayat Kursi, dan segala macam doa aku baca. Lepastu, aku bukak balik pintu and everything back to normal. Aku nampak semua orang. Semua orang buat mcm biasa je. Like there’s nothing happen. Aku terus cepat cepat sidai towel semua.

Yang peliknya dekat sini, lepas kejadian tu, aku dengan adik aku tak pernah bukak mulut pasal kejadian tu. Kitaorg masing masing macam lupa. Kitaorg langsung tak cerita dekat family kitaorg pasal tu. Sampailah haritu, tahun ni 2018 tengah borak borak dgn family, tiba tiba adik aku tanya aku, “Weh, kau ingat tak yang masa kakak kahwin tu?” and masa tu lah aku dengan adik aku start cerita. Semua orang terkejut. Lama kan weh? Dari 2016 sampai 2018. Mak aku cuma cakap maybe memang betul tu dunia lain, sbb time tu pun dah nak maghrib so maybe laluan “benda” tu terbuka… Mak aku cakap dia bersyukur aku dgn adik aku tak langkah kaki keluar dari bilik tu. Kalau tak, entah sekarang ni aku dgn adik aku ada lagi ke tidak…

Ha ok sampai sini je la pengalaman aku. Seram ke? Pada korang, maybe tak. Tapi kalau batang hidung sendiri yang kena, baru lah rasa nt. Assalamualaikum.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
Bunga

25 thoughts on “Termasuk Alam Bunian?”

  1. KOSONG GELAP SUNYI?? Kn gelap, camne ko boleh Ko toleh adik engko pdahal ia nya gelap n ko tak nampak ape2 kn.. Apa2 pun ceta bagus, n guna penulisan tu biarlh cun..

    Reply
    • maksud dia, luar dari pintu tu keadaan gelap. bukan keadaan dia dengan adik dia dalam bilik. aku rasa macamtu. kena paham kan bebetul.

      Reply
  2. Rasanya si bunga ni kena mcm aku…aku masa tu kuar rumah…langsung takde sapa gelap gelita mcm kat dunia lain.padahal masa tu baru pukul 10.selalunye ramai lalu lalang depan rumah tapi masa tu takde..aku ada post cerita aku kat sini..pengalaman seram aku…nasib baik aku masuk rumah balik..kalo tak…takde dah aku kot

    Reply
  3. kalau saya, akan melangkah keluar dari bilik disebabkan perasaan ingin tahu ke mana semua orang pergi. Saya selalu fikir logik sebelum fikir mistik walaupon 2,3 kali kena ‘kacau’.

    Reply
  4. walaupun cara penceritaannya xmenepati citarasa korang, bgi aku budak ni seorang yg baik, sbb dia msih igt berselawat semasa ttup balik pintu tu, mmg kalau bunian ni dia aim org yg baik2 utk dia kidnap..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.