Tersepak ‘Batu’ Milik ‘Orang’

Assalamualaikum WBT. Hai. Aku kenalkan diri aku sebagai B. Dah nikah. Apa yang aku nak cerita ni kisah yang tak seram yang pernah jadi kat aku dulu. Aku tak pasti tahun bila. Kisahnya bermula masa aku mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti sekolah hujung tahun di Bandar S untuk carik duit poket. Aku kerja kilang papan. Duduk dengan sepupu-sepupu aku dekat rumah yang disediakan oleh boss kilang tu. Kilang tu terima budak under age keje masa tu.

Aku lupa kejadian tu hari apa. Tapi aku ingat lagi masa kejadian tu petang. Sekitar pukul 4. Aku balik awal dari kilang sebab ada hal. Aku pun balik rumah, siap-siap mandi dan pakai baju. Aku nak pergi bandar beli inhaler kat farmasi. Dari rumah nak pergi bus stop jalan kaki ambil masa 10 minit. Aku jalan seorang diri sambil makan keropok durian yang dulu harganya 20sen je sebungkus. Mesti korang tahu keropok durian tu. Cuaca cantik masa tu. Cerah tapi berangin.

Aku pun jalan, jalan dan jalan. Sampai dekat satu selekoh, tepi dia ada bukit. Aku tak tahu apa atas bukit tu. Aku ternampak batu dalam besar penumbuk. Tapi berbentik segitiga tak berapa nak jadi. Aku pun gatal kaki, pergi sepak batu tu sampai simpang jalan keluar ke jalan utama. Aku biarkan batu tu kat situ dan terus pergi bus stop tunggu bas. Mesti korang tertanya, aku berani jalan seorang diri. Yes. Aku ni diajar berdikari oleh mak ayah aku sejak usia aku 6 tahun lagi. Aku selalu ditinggalkan di rumah nenek sebab mak ikut ayah pergi kem di hutan. Aku dah melalut pulak. Aku sambung ye.

Aku duduk je kat kerusi bus stop tu, tiba-tiba hujan panas turun. Aku pun merungutlah. “Cis! Time ni pulak nak hujan panas. Kacau betul!”, rungut aku. Aku tak fikir apa-apa pun. Yelah. Siang hari kan. Bas sampai aku naik bas. Aku tengok kat simpang tak jauh dari bas stop, ada seorang apek cina pakai baju tradisional kaum cina warna hitam. Dia pandang aku dengan muka tak puas hati. Aku fikir mungkin pak cik tu duduk dekat perumahan sebelah kot. So, aku fikir. Abaikan.

Aku kat bandar tak lama. Tolak tambah bahagi darab naik bas, lebih kurang pukul 6.45 petang aku balik rumah. Maksudnya, dah nak maghrib. Bas turunkan aku kat seberang jalan. Aku pun menyeberang dan terus jalan kaki balik rumah. Sampai dekat selekoh yang ada bukit tadi, aku nampak batu tu lagi kat situ. Dalam hati aku, “banyak pulak batu bentuk segi tiga tu”. Dan lagi sekali, aku sepak batu tu. Hahahaha. Kaki memang gatal.

Sampai kat rumah, seperti amalan mak ayah aku ajar, cuci kaki sebelum baik rumah. Aku pun cuci kaki dekat tempayan yang ada di tepi tangga. Aku masuk rumah, kakak-kakak sepupu aku dah siap masak. Aku tinggal nak goreng jeruk kobis yang aku beli. Aku tak ingat apa yang jadi lepas tu. Sebab masa aku makan tu, aku tiba-tiba muntah dan meracau. Apa yang kakak sepupu aku cerita, aku meracau dalam bahasa Cina. Mujur jiran kitaorang, aunty Lim ada masa tu. Dia kerja kilang sekali. Masa aku dah sedar tu, ni yang kakak sepupu aku cerita.

*Kau dalam cerita tu adalah AKU tau.

—————-

Cerita kakak sepupu aku:

Masa tu lepas kau siap masak. Kau mandi. Kau jadi pendiam tiba-tiba. Bila suruh solat dulu, kau merengus. So, kitaorang ingat kau tak sihat. Kitaorang ajak makan. Kau datang makan. Tapi kau makan nasi pakai chopstik. Kitaorang pelik. Makan nasi pakai chopstik?? Bukannya kau reti pun. Yang buat kitaorang terkejut, kau makan pakai chopstik like a pro. Kau tak kekok. Macam dah biasa. Pastu kau makan gelojoh. Macam berhari-hari tak jumpa nasi.

Tengah makan, kau merengus. Dah aku ada suapkan daging masak kicap dekat kau. Kau geleng kepala. Kau cuma makan sayur jeruk kobis dengan ikan goreng je. Masa tu aku dah tak sedap hati. Mata kau melilau-lilau sambil makan. Tiba-tiba, kau bangun pergi bilik air dan muntah. Lepas tu kau meracau-racau dah. Masa aku bawak kau pergi ruang tamu, kau marah-marah dalam bahasa Cina. Aku tak faham apa kau cakap. Aku pun panggil Aunty Lim. Aunty Lim yang borak dengan kau.

Aunty Lim kata benda tu marah kau sepak serpihan batu nisan dia. Kau tak hormat roh dia. Lepas tu aku nampak Aunty Lim balik rumah dia. Ambil colok dan pergi ke selekoh yang ada bukit tu. Tak lama lepas tu dia suruh aku panggilkan orang mengubat.

Aku panggillah pak cik yang duduk dekat perumahan sebelah. Dia yang ubat kau. Masa berubat tu, kau cuba melawan. Tapi kau dah lemah sangat, benda tu kalah. Benda tu suruh kau pergi kubur dia, dan minta maaf. Dia suruh kau ambil batu yang kau sepak tu, dan letak kat kubur dia.

———

Itulah cerita dari kakak sepupu aku bersaksikan Aunty Lim. Dia kata, sebenarnya kat atas bukit kat selekoh tu ada jirat cina. Sebab tu malam-malam tak ada orang berani keluar. Nak masuk jirat cina tu, ada laluan dia. Esok tu, Aunty Lim bawak aku pergi ambil batu yang aku sepak tu dan pergi jirat┬ácina dan cari satu persatu kubur yang ada. Yang mana batu nisannya ada tersopek sama macam bentu batu yang aku sepak tu. 15 minit carik, last-last jumpa. Aku pun minta maaf dan letak serpihan batu tu atas kubur tu. Aunty Lim pulak bakar colok dan cakap, “Datuk maafkan ini budak. Dia tak tahu”.

Aku dengan Aunty Lim pun balik. Entah macam mana aku tergerak hati nak toleh balik ke kubur tu, aku nampak pak cik cina yang dekat simpang aku nampak petang semalam. Kali ni, muka dia ada sinyummm! Aku pun senyum sekali. Rupanya, batu yang aku sepak kali kedua tu adalah batu yang sama. Cuma aku pelik, kenapa dan bagaimana batu tu ada kat situ semula? Aku tak ada jawapan. Sampai sekarang ni, kaki aku dah tak gatal sepak batu atas jalan. Serik dah.

Untuk pengetahuan korang, sebelum aku makan tu. Aku rasa ada angin masuk langgar badan aku. Aku ada cium bau colok dibakar. Tapi sebab sebelah ada Aunty Lim, aku bayangkan dia yang bakar colok. Masa tu aku dan mula rasa panas dah. Rasa tak selesa. Rasa gelisah. Rasa nak marah. Dan aku ada nampak bayang-bayang hitam sekali imbas.

Apa-apa pun, kejadian tu masih lagi tak mampu menggugat prinsip hidup aku yang tak percayakan perkara-perkara mistik atau hantu. Bagi aku, kejadian tu hanya kerana aku penat. Tak sihat. Jadi aku berhalusinasi. Tapi sekarang ni, aku dah percayakan perkara mistik-mistik ni. Kenapa? Adalah punca dia. So, aku ucapkan thanks pada admin kalau dia siarkan cerita aku yang tak seram ni. Thanks jugak pada korang yang sudi membacanya. Tataaaaaa!!!!!

10 comments

  1. Ai aii aaiiii…
    Dh bgtau pastu nk berahsia plaaakkk…
    Sila explain punca yg buat ko percaya perkara2 mistik ni wujud yeeerrrr…

  2. Jangan risau. Takkan ada sambung-sambung cerita aku tu. Sebab bukan banyak mana pun kisah-kisah mistik atau misteri yang jadi dalam hidup aku. Kenapa aku boleh percaya benda mistik? Aku ringkaskan kat sini je lah ye. Ia berpunca daripada Arwah Atok aku. Dia pernah bukakkan hijab mata aku sekejap masa aku umur 18 tahun. Masa tu dia nak tunjuk sesuatu. Aku nampak apa yang selama ni aku tak boleh nampak. Itu je. Sekian, TK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *