The Hysteria

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca FS. Terima kasih kepada FS sebab dah publishkan cerita aku yang pertama iaitu Pelaris. Sekarang aku nak ceritakan kejadian yang berlaku pada tahun lepas. Kiranya kejadian tulah paling legend dan paling teruk yang pernah terjadi dekat sekolah aku sehingga aku sendiri mengalami demam sebab tolong orang yang nak ‘kena’ dan dah ‘kena’.Kata guru-guru di sekolah ni, setiap satu tahun ni, memang akan ada kejadian histeria tapi tak lah seteruk tahun lepas di mana jumlah yang kena tu hampir 20 orang.

Dalam kelas

Ceritanya macam ni, masa tu waktu sesi pembelajaran dan nak masuk tengahari. Disebabkan cikgu masuk lambat , maka aku dan Aisya pun minta kebenaran nak pergi cari cikgu sebab bosan yang teramat dan kami berdua memang suka merayau. Mulanya pelajar perempuan tak bagi kami keluar disebabkan aisya tu hampir ‘kena’ manakala aku pula ‘demam’ sebab pernah tolong aisya .Sebab kedua, gangguan hampir setiap minggu ada di sekolah disebabkan ada seorang dua pelajar ni pergi dating kat kawasan‘dia’ .

Jadi mereka tak bagi, tapi aku pandai pujuk sebab aku ni pantang benar kalau subjek kegemaran aku ni, cikgu tak masuk . memang wajib aku cari cikgu tu sampai lubang cacing.kalau bukan cikgu kegemaran takpe la juga. Hehe.akhirnya mereka pun bagi la aku dan Aisya pergi cari cikgu. Aku dengan Aisya apalagi , tersenyum lebar la kami dibuatnya sebab dapat merayau.haha. Aku bawa minyak kasturi dalam poket aku sebagai langkah hati hati.Takut terjadi apa-apa nanti.

Niat nak cari cikgu, lain pula jadinya

Begitulah peribahasa direka yang mengambarkan Izz ketika itu .hehe. Tengah-tengah nak mencari cikgu.tiba-tiba seorang cikgu ni gelabah minta kami tolong carikan Zul (pelajar yang pandai ubatkan orang) sebab nak suruh dia azankan. Aku dengan Aisya apalagi pandang sesama sendiri sebelum gelabah cari orang tu.

Aku dengan Aisya pergi la cari Zul . lepas cari dalam kelas dan tak jumpa. Cikgu tu suruh kami cari pula 3 budak asrama untuk azankan. Kami pun cari lah budak asrama dalam satu kelas ni dekat aras 2 ni. Masatu semua pelajar dalam kelas tu pandang kami pelik. Ye la tiba-tiba ja nak 3 budak asrama suruh azankan.pastu ustazah yang masa tu mengajar kelas tu tanya la dekat kami.

Ustazah: awat? Ada apa-apa yang berlaku ke?

Aku: nampaknya.macam tulah ustazah.huhu.

Selesai tu, kami cakap dekat 3 budak asrama tu suruh jumpa dengan cikgu tu dekat surau. Kami pun turun guna tangga lelaki sebab kes darurat. Tiba-tiba dengar sesuatu yang pecah. Kami berdua turun dengan laju nak tengok apa yang berlaku. Aku pandang pintu pusat sumber sekolah sudah pecah dan seorang pelajar perempuan histeria yang dipegang oleh kawan-kawan dia tu tengah jilat darah dekat tangan dia. Macam orang psiko gitu. Dan yang membuatkan aku hampir terketar-ketar adalah ‘benda hitam’ di belakangnya. Allahu, lemah woi segala sendi-sendi ni. Ustazah yang pandai berubat dekat situ teruskan baca ayat ruqyah dan calit sedikit minyak kasturi.

Aku nampak Aisya bersembang dengan Yana (kawan pelajar histeria) yang berada jauh sedikit dari pelajar histeria tu. Aku pun join sekali nak dengar cerita dari Yana . kata Yana, tiba-tiba sahaja kawan dia ni menjerit dan diikuti kawan yang lain. sudah hampir 5 otang yang kena. Yang lain sudah bawa dia surau. Masih ada 2 orang lagi yang ada di dalam.Aku hanya mengangguk faham.

Pergi semula ke kelas

Kami berdua pergi semula ke kelas. Sampai sahaja di kelas, mereka memandang ke arah kami. Aku menyuruh mereka agar membaca ayat al-quran.mereka menjadi pelik. Tiba-tiba kedengaran azan berkumandang. Aina melihat jam, baru pukul 12: 15 tengah hari. Solat zohor apanya. Aku menceritakan kejadian kepada mereka. Pelajar lelaki yang bising menjadi senyap seketika. Tiba-tiba terdengar orang menjerit dari luar.

Memandang kelas kami area bawah , kami ternampak seorang Pelajar histeria dengan keadan terjerit-jerit dibawa turun ke surau.aku melihat kawan aku iaitu Aida (ada sixth sense) dan Nureen sedang menangis. Aku menghampiri Aida membacakan ayatul kursi dan menghembus ke arahnya manakala Una pula bantu menenangkan Nureen.

Bilangan pelajar lelaki di dalam kelas semakin lama semakin sikit disebabkan mereka keluar nak tengok apa yang berlaku.aku mengajak mereka keluar ke surau sebab takut perkara yang tak diingin terjadi kat sini.sebelum keluar, aku mencalitkan setiap seorang minyak kasturi .

Saffa : kenapa kena calit minyak kasturi?

Aku: sebab ‘benda-benda’ tu tak suka wangi-wangian.

Di luar surau

Kami semua berada di luar surau di mana tempat-tempat sebahagian pelajar perempuan sesi petang berkumpul. Tiba –tiba sahaja Aida menangis semula apabila seorang pelajar histeria lalu di depan kami. Aku menyuruh mereka mengelilingi Aida supaya dia tak nampak ’benda’ yang ada kat pelajar histeria tu. Selepas tu, Aida berhenti menangis dan kata “ dah la aku tak takut.” Dengan kuat. Kami hanya gelak sahaja kepoyoan Aida. Nasib baik kawan.

Selepas itu, kami mencari port yang sesuai buat sementara. Tiba-tiba aku berasa badan aku lemah.aku lihat banyak ‘benda’ di sekitar sekolah ni . ada yang terbang . ada yang jalan. Merangkak .semuanya ada. Aku memegang lengan Aisya sambil menutup mata dan menyuruh dia membacakan ayatul kursi kepada aku. aku mengikuti dia membaca ayat kursi tersebut.
Apabila keaadan aku menjadi tenang sedikit, aku membuka mata semula.okay sikit berbanding tadi.

Aina: Izz okay ke?

Aku hanya tersenyum sahaja. Memang gila la kalau aku kata okay. Tiba-tiba aku terdengar salah seorang dari sesi petang menangis.

Aku: weyh aku nak calit minyak kasturi ni dekat budak tu jap tau.

Mereka benarkan aku dan menyuruh aku agar berhati-hati. Walaupun aku boleh merawat orang tetapi kalau dah dalam keadaan lemah . tetap tidak boleh.aku hanya mencalitkan minyak kasturi tersebut. Dan mengajaknya duduk hampiri surau.

Dah okay dah tapi

Aku menghembus ayat kursi dan beberapa surah ruqyah ke arah budak tersebut.Apabila keadaan pelajar tu dah tenang dan berhenti menangis.aku menasihati dia agar lawan ‘benda’ tu dan baca ayat-ayat kursi sekurang kurangnya.

Tiba-tiba Sofea (pelajar histeria) keluar dari dalam surau kemudian menghampiri aku dengan pelajar sesi petang .

Sofea: aku ‘ketua’. Kau keluar dari budak ni cepat. (sambil tepuk bahu pelajar sesi petang ni)

Lepas Sofea ni pergi dan ditarik semula oleh pelajar lain. Masa tu juga pelajar sesi petang ni menangis dengan kuat semula. Aku menghembus nafas sambil kata dalam hati “ elok-elok budak ni okay dah.pi tambaq bahu dia pula kang dah menangis dah ni.kurang asam betul.”

Kemudiannya, seorang pakcik ni minta kami pindah ke kantin sebab takut ada yang kena lagi . aku pun bawa pelajar sesi petang sambil bacakan ayat ruqyah dekat dia.

Di kantin

Pelajar sesi petang berkumpul di sini.Aku lihat ada sebahagian pelajar menangis dan ditenangkan oleh kawan mereka. Selepas aku dapat menenangkan pelajar tadi barulah aku membeli air kat kantin sebab memang haus gila. Kemudiannya aku mencari adik aku takut takut dia kena.Alhamdulillah, dia tak nangis dan kuat macam aku.hehe. kemudiannya cikgu buat pengumuman pelajar sesi pagi balik awal sebagai keselamatan.

Walaupun boleh balik awal, tapi aku kata kat ayah aku balik lambat sebab ada kelas tambahan.jadi aku dan 3 orang kawan aku yang balik dengan parents terpaksa stay sampai pukul 3.


Masa aku keluar dari tandas. Aku tersempak dengan Siti (pelajar yang hampir kena) sambil dipegang oleh beberapa orang pelajar. Mata dia merah sangat duk tenung mata aku. aku larikan pandangan. Lepastu, salah seorang pelajar yang pegang dia tu cakap tolong bacakan yasin untuk Siti sebab mereka tak cukup orang. Aku pun offer la nak baca. So aku ajaklah Aisya tapi dia taknak sebab dia tak boleh dekat dengan Siti tu. Aku pun okay la dan tolong baca .
Masa dekat surau tu ustaz dah sampai . dia ubatkan sorang sorang.Sorang-sorang buat macam macam ragam. Aisya duduk dekat luar sahaja bersama dengan 2 orang lagi kawan kami.lepas dah tamat sesi berubat , aku tengok jam hampir pukul 3.aku ajak la mereka pergi ke pondok takut parents dah tunggu.

Balik dari sekolah aku cerita dekat parents aku dan aku mengalami demam. Malam tu , ayah aku bacakan manzil untuk aku dan lumur aku dengan air 30 juzuk al-quran dekat muka aku.perlahan aku rasa demam aku makin kebah.keesokannya , aku pergi perubat untuk pulihkan semangat aku.


Itulah secebis kisah histeria yang aku rasa teruk sebab selama sebulan kena ganggu dan pada hari tu juga la paling teruk sebab ramai yang kena. Apa-apa pun kita mestilah buat pendinding kepada diri kita. solat tu paling wajib , dan jangan tinggal.

Baca Al mathurat/manzil buat pendinding diri ataupun sekurang-kurangnya bacala al-quran walaupun satu ayat. satu lagi jangan terlalu takut bila berhadapan dengan situasi macamni dan banyakkan baca ayat al-quran.

Kalau kita takut , benda macamni akan senang masuk. Bila dah masuk, kemungkinan benda tu akan masuk dengan mudah bila situasi histeria berlaku balik sebab dah ada lubang atau jalan untuk mudahkan dia masuk.

Wallahu’alam..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 thoughts on “The Hysteria”

  1. Pelik.Kenapa saya rasa cerita awak sama dengan cerita saya?Awak budak sekolah sabar ka?Apa pun cerita awak best.

    Reply
  2. Tahun 2015,pernah terjadi kejadian histeria..masa tu saya form 2 lg..time tu kene cuti 2 hari..mmng ramai jugak yg kene..sbb ade budak perempuan ngn lelaki main spirit of the coins..time tu nk gi tandas pon takut..tp sbb tak tahan pegi jugak sorang ii sbb tak nak susahkan kawan..time tu pihak sklh pasang ayat suci Al Quran mmng satu sklh akan dengar..

    Reply
  3. first time masuk sekolah menengah time tu ada kejadian histeria..ramai jugak ler,semua kena bawak pegi surau..kita dah ler jakun,x pernah tgk org histeria,dgn innocent nye pegi ler jenguk gk…sekali salah seorg budak tu elok je pndg kita tepat..mujur xde kena apa2..kena halau ngn cikgu2 suh masuk kelas balik je..hihi

    Reply

Leave a Comment