The One Riding Me

Terima kasih Fiksyen Shasha kerana menyiarkan kisah Sirih Aksa. Kisah benar yang tak pernah aku lupakan walaupun telah 10 tahun berlalu. Tengah malam tu selepas semua selesai, aku pulang ke rumah macam biasa. Namun perjalanan terasa panjang, masa bergerak lambat tak seiring dengan gerimis hujan yang turun. Dari kejauhan kelihatan satu sosok gelap berdiri kaku di simpang masuk ke rumah. ‘Ahh…jangan lompat masuk dalam kereta sudah,’gumam aku dalam hati. Bayangan itu menghilang sebaik aku mendekat. Aku tak tahu hilang dek kerana ayat-ayat lazim yang aku baca atau ia sekadar khayalan mata.

Pagar rumah sewa aku bukanlah jenis mahal. Perlu turun kereta dan buka tutup secara manual. Sedang aku betulkan selak pagar, rasa ada sapaan angin halus dan tajam di telinga kiri. ‘Jangan ikut masuk dalam..aku letih nak tidur,’ desis aku perlahan. Malam itu memang melelahkan. Rasa energi aku habis, hilang entah ke mana. Aku melangkah longlai menaiki tangga untuk ke bilik aku di tingkat atas. Becky, kucing housemate aku menyoroti langkah aku dengan pandangan pelik. Pelik aku pulang lewat malam atau kerana lain, wallahualam.

‘Pranggggg, bunyi kaca berderai.’ Tak kuat tapi cukup jelas buat botol shampoo aku tercampak. Dengan mata penuh buih aku meraba-raba cari sudahnya aku biarkan ja. Cepat-cepat aku bersihkan diri dan mengintai dari tingkap bilik. Tingkap bilik aku ni positionnya sama aras dengan bumbung porch kereta. Bila aku mengintai nampak la sikit-sikit rumah jiran depan yang baru pindah. Ada lagi barang-barang yang family tu tak sempat pindah masuk. Tapi tak ada pula aku nampak kaca pecah. ‘Kucing kot….sekadar sedapkan hati.’

12.45 pagi usai solat isyak aku baring di katil yang letaknya rapat dengan tingkap. Kedudukan tingkap di sebelah kanan aku..boleh bayangkan? Malam tu aku tidur di hujung kiri katil. Katil queen rasa macam katil half single. Keras kejung aku dalam selimut berpeluh-peluh. Masa tu sumpah seranah tuan rumah yang kedekut taknak pasang aircond sama naik dengan marah hantu di luar tingkap. Mana taknya hampir nak bertukar alam, tiba-tiba ada bunyi yang aneh. ‘Srehh….srehhh….srehhhhh, bunyi tu macam sesuatu yang berat diseret, mundar mandir di luar tingkap.’ Tiga kali bunyi dan patah balik begitulah konsistennya seekor hantu sampai subuh, kalau ambil degree mesti dean list setiap sem. Macam-macam doa aku baca tetap tak hilang. Dan setiap kali aku nak terlelap ada bayangan hitam pekat menerjah muka.

Terkebil-kebil aku sampai azan subuh berkumandang. Nak scroll tiktok pun masa tu belum wujud. Bayangkan aku baring straight menghadap siling sampai pagi. Tak pusing kiri apatah lagi kanan. Bimbang nampak muka dia di celah-celah langsir. Tak habis fikir mana datangnya bunyi seretan tu sebab di luar tingkap aku tak ada lantai! Jadi bunyi apa yang sreh..srehh..srehhh? Tak mungkin dia seret kaki dia yang injured di bumbung porch parking. Sebab bunyi memang jelas di luar tingkap. Kalau terapung di luar tingkap mana datang bunyi seret? Pening fikir.

Syukur bunyi tu hilang sebaik saja azan subuh. Aku bersiap untuk ke sekolah. Masa keluar rumah, aku tak pandang langsung tingkap bilik. Takut kalau tiba-tiba aku keluar, dia pula ada dalam bilik hahaha. Masa aku berjalan dari kereta nak ke bilik guru aku dah rasa lain. Rasa letih dan badan aku berat yang amat sangat. Pagi tu ada raptai majlis anugerah cemerlang, itu yang aku gagahkan juga ke sekolah. Kerja aku hari tu ialah check perbarisan unit uniform. So ke hulu ke hilir la aku berjalan. Tapi lama kelamaan rasa berat yang luar biasa. Sampai sakit lutut, betis dan bahu. Seolah ada benda yang tengah bergayut di belakang badan. Masa makan pagi makcik kantin tegur kenapa muka pucat sangat. Aku just cakap tak cukup rehat..semalam balik lewat sebab aspuri ada kes. Tapi bila dah dua tiga orang tegur benda yang sama aku terus overthinking. Terus aku mesej Yusuf untuk minta bantuan isterinya scan.

Tengahari Yusuf reply mesej, ‘tunggu di kantin 2.30 petang.’ Aku terus rasa tak sedap hati. Berdebar sebab aku tak pernah ada dalam situasi macam tu. Tapi dek kerana dah rasa macam akak tentera jalan lasak bawa beg 70kg aku paksa juga. Sampai di kantin Anis, isteri Yusuf dah tunggu. Aku cerita dari A-Z apa yang jadi kat rumah malam tadi. Anis senyum dan tanya, ‘Semalam ada picit kaki Izati kan?’ Terus aku dapat rasa kening aku bercantum kehairanan. Menurut Anis, yang aku picit bukan kaki Izati, tapi kaki benda tu! Benda tu senyum gelak-gelak ja masa aku picit kaki Izati. Anis tak boleh nak bagitau aku masa kejadian sebab bimbang situasi bertambah teruk. Mana la tau kan jadi histeria ke..sebab murid lain masih di asrama malam tu. Untuk yang tak faham situasi ni korang kena baca cerita tentang Sirih Aksa dulu ok. Kening yang bercantum tadi kembali berpisah. Baru aku boleh link kenapa hantu di luar tingkap tu seret kaki. Sebab dia sakit kaki! Tapi takkan dia rasa aku boleh ubati kaki dia? Aku bukan doktor.

Tak lama kemudian Yusuf pun sampai. Tak cakap banyak Yusuf mula dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Dia minta Anis urut bahu aku sambil dia teruskan bacaan. Lepas 15 minit, bahu aku terasa ringan. Rasa macam ada batu besar dialihkan dari situ. Yusuf gelak terkekeh-kekeh. ‘Aku ingat hang nak bawak dia sampai esok.’ Aku masih dengan muka blur tak faham. ‘Dari pagi tadi aku nampak dia tergantung belakang hang..tapi aku tak boleh buat apa sebab hang tak minta tolong.’ Habis ja ayat Yusuf tiba-tiba aku rasa berat di lengan kanan. Berat sampai bahu aku senget sebelah! ‘Dia mai pulak dah…kata Yusuf. Anis sambung urut lengan aku. Dari lengan atas benda tu turun makin bawah. Boleh rasa macam ada serangga bergerak dalam urat aku. Anis tetap urut sambil Yusuf tak putus baca ayat-ayat suci. Ada satu ketika dia bergerak laju dan tiba-tiba pindah ke tangan kiri. Suasana jadi sunyi.

Yusuf cuba berdialog dengan benda yang ada di tangan kiri aku. ‘Hang mai dari mana? Kenapa kacau dia ni?’ Masa ni aku rasa macam nak jawab. Tapi mulut aku seolah terkunci. Rasa penat sangat lawan perasaan. Agaknya macam ni la orang yang kena rasuk? Penat lawan diri sendiri. Hampir 2 jam baru Anis berhenti urut. Penghujungnya Anis tarik benda tu keluar ikut jari. Lepas tu badan aku terasa ringan. Yusuf cakap benda tu nak menumpang. Dia datang dari dalam hutan tempat Sirih Aksa larikan Izati. Agaknya dia syok tergantung di belakang aku, tak payah susah-susah dia bergerak sendiri. So inilah kisah aku jadi grab hantu. Cukuplah sehari, kalau berhari mau bongkok tiga jadinya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Laila Umbara

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.