The remade of Congkak

#Bewareyourself

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum, aku aiman ( nama rekaan ) and thanks if admin published-kan this. [ BASED ON THE REAL STORY ] Reminder – Shouldn’t read this alone !

Setelah selesai menunaikan solat asar kedengaran suara ibu ku memanggil.

” man .. man .. ”

Seusai melipat sejadah lalu aku pun turun kebawah dan menyahut panggilan ibuku sebentar tadi

” Ya bu? Ada apa panggil man tadi ”

Llalu bermula lah sesi bebelan ibu ku terhadap aku yang lupa bahawa sebentar nanti kami sekeluarga bakal bertolak ke Johor melawat nenek yang sakit. Dengan pantas aku mengemas baju-baju dan barang-barang yang hendak dibawa, lalu seseorang mengetuk pintu bilik ku dengan ganas.

“Oi.. oi cepat arr siap sikit ibu tu dah membebel dah, dari tadi tak nak packing awal-awal ni nak pergi baru terhegeh hegeh ! ” kata kakak ku.

Ringkaskan cerita – Perjalanan dari Perak ke Johor memakan masa lebih dari 10 jam dan kami sekeluarga bertolak pukul 6 petang lebih kurang begitu. Kakak dan ayah ku bersilih ganti memandu supaya kedua dua nya berasa tidak keletihan, dan kami berhenti di Hentian rehat Pagoh (Hentian gerai makanan yang ada dua tingkat ber-escalator) di bawah bangunan itu kedapatan kedai buah buahan dan jadi kami sekeluarga menjamu selera.

Sesudah makan, aku pun menemani adik ku bermain buaian di kawasan taman permainan hentian rehat tersebut. Semasa bermain aku terjumpa congkak plastic buatan kilangĀ  yang sudah agak terkoyak dan apabila melihat aku memegang congkak tersebut adik ku menangis menangis supaya aku memberikan nya congkak itu. Aku bagi dia main sebentar selepas itu aku hendak membuang nya akan tetapi adik aku memekik menyuruh ku agar menyimpan mainan congkak terbabit. Lalu aku pun mematah kan congkak plastik itu dah menyimpan nya dalam bag agar ibu dan ayah tidak tahu kalau kedapatan mahu nahas aku dibuatnya.

Kami pun tiba di Johor dan bermalam di rumah ibu saudara aku selama 2 hari dan kami pun pulang ke rumah. Selama di rumah ibu saudara ku, aku mahupun adik tidak pun mengusik congkak tersebut. Kami pun sampai di rumah, dan adik aku pun sudah lupa mengenai congkak itu lalu aku pun meletakkan congkak yang terbelah dua itu di bilik store depan bilik ku.

Kejadian pelik mula menghantui aku, aku sering dengar suara tangisan bayi dan perempuan kadang juga aku terdengar suara ngilaian perempuan bukan aku seorang bahkan kakak, ibu dan ayah ku juga mendengar nya. Lebih menghairankan apabila kami sering melihat adik yang selalu bercakap seorang diri dan bila kami menanyakan siapa yang bersembang dengan dia. Dia cuma menjawab seorang budak perempuan kecil dan juga seringkali aku melihat adik aku melekatkan semula congkak plastik tersebut dengan berkata dia mahu main congkak itu dengan budak kecil tersebut.

Aku juga pernah melihat dan mimpi mengenai budak perempuan itu. Budak perempuan itu memakai baju merah dan seluar hitam serta memegang congkak yang berwarna ungu sama persis congkak yang aku jumpa di hentian rehat itu! Wajah budak perempuan itu kelihatan sangat teruk dengan rambut nya yang agak kusut. Semasa maghrib, kedengaran suara jeritan kakak ku serta tangisan nya , dia sudah dirasuk! Melalui percakapan dia semasa dia dirasuk aku sudah menyangka yang merasuknya dia adalah si budak perempuan itu!

“Pulangkan apa yang engkau telah ambil! Pulangkan! Aku nak mainan aku balik!”. Ayah aku memanggil ustaz untuk merawat kakak ku dan alhamdullillah kakak aku sudah sedar kan diri kemudian ustaz itu berkata kepada kami semua kalau kalau ada barang bukan kami punya pulang la ke tempat asal dia. Tapi aku hanya diamkan diri sebab takut dimarahi ibu dan ayah ku.

Pukul 2 pagi begitu, aku bangun ingin solat tahajud aku pun turun ke bawah dulu ingin minum tapi apabila aku turun ke dapur aku, aku terdengar suara budak perempuan itu menangis. Seakan kenal dengan suara itu aku pun dengan pantas mengambil congkak itu dan meletakkan di depan budak perempuan itu, budak perempuan tu suara nya makin perlahan dan tiba tiba dia toleh ke belakang dengan berkata dekat aku.

Jadi kamu yang ambil congkak aku? Hehehe ” aku pun menjerit dan mulut ku seakan dikunci aku hanya mampu membaca surah surah suci al quran dalam hati sahaja. Perasaan takut aku makin hilang bila bersemuka dengan budak perempuan itu walaupun muka nya agak ngeri. Aku boleh bercakap, aku meminta maaf dan berkata bahawa aku tidak tahu yang congkak itu miliknya dengan suara yang kecil dia membalas.

“Kau pergi letak balik di tempat asal mainan itu nanti aku akan pergi” dan tiba tiba budak perempuan itu hilang. Esok hari nya aku beritahu perkara sebenar dekat ibu dan ayah ku. Mereka agak marah namun benda sudah terjadi lalu aku dan ayah pun pergi ke hentian rehat itu dan letak kan balik congkak itu sediakala di tempat nya. Selepas itu, kami pun balik selang sehari pula ibu dan ayah buat majlis doa selamat serta doa untuk arwah budak perempuan itu. Selesai semua, aku pun tidur kerana keletihan dan aku bermimpi budak perempuan itu mengucapkan terima kasih dekat aku dan keluarga.

Alhamdullah. Aku memendekkan cerita ini sebab ianya agak panjang, kami pun tidak diganggu sudah.

Pengajaran – jangan gatal sangat tangan kacau barang atau benda bukan milik kita lagi lagi di tempat awam dan lain lain.

Sekian itu sahaja cerita dari aku maafla if tak seram sangat tapi mohon jangan kecam okay penat aku type ni hehe berdasarkan pengalaman aku dan family insha allah mulakan dengan bismillah akhirkan dengan alhamdullillah Assalamualaikum.

.

Amir Ryan
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.