Tiga Malam

Hai korang. Aku Cik Orked. Ini penulisan pertama aku dalam FS. Thank you admin sekiranya kau approve cerita aku. Selama ni aku silent reader je dalam FS, baca cerita korang, baca komen korang, sikit pun aku tak menyampuk. Hati ni terpanggil jugak la nak kongsi pengalaman yang tak berapa banyak ni tapi aku sejenis tak pandai nak buat ayat. Tapi aku try laaa. Dah jom.

Pengalaman ni bukanlah pengalaman pertama, tapi pengalaman ni yang paling aku ingat sebab sampai demam kena kacau tiga hari berturut-turut dengan kaum syaiton ni. Benda ni terjadi antara 2010-2012 (aku tak berapa pasti) semasa aku sambung pengajian diploma aku di salah sebuah universiti awam di utara tanah air. Masa tu biasalah, 1st time aku duduk jauh dengan family so awal awal tu hati aku ni cengeng sikit. Mudah tersentuh, maklumlah perempuan. Aku ditempatkan di kolej (asrama uni aku dipanggil kolej) yang dinamakan sempena nama seorang wanita lagenda yang terkenal di salah sebuah pulau di utara tanah air. Mungkin sesetengah korang dapat tangkap universiti mana aku belajar & kolej mana aku tinggal.

Kolej aku ni kolej paling dekat nak ke kelas, ke dining, ke foodcourt, senang kata semua dekat sebab kolej aku kolej perempuan yang paling depan. Untuk pengetahuan korang, kolej lelaki terletak di bahagian depan sekali dan kolej perempuan jarak dalam 300 meter kebelakang dari kolej lelaki. So belakang kolej aku, ada 2 lagi kolej perempuan Awal semester aku sebilik dengan roommate asal utara, kami duduk level 4. Aku ni jenis suka buat hal sendiri sikit dan susah nak ngam dengan orang cecepat. Kira amek masa jugak la aku nak adapt dengan suasana, member baru kat sana. Tapi semua okay takde masalah.

DAY 1
Aku ni suka muzik dan memang dari zaman sekolah lagi aku dah join brassband. So uni aku ni kira aku 1st batch untuk kelab brassband (time aku masuk, brassband adalah kelab yang baru nak tubuh). Awal sem biasalah belajar note semua tu dan dalam pertengahan sem baru kami boleh pegang instrument. Bila dah start pegang instrument, kami training siang malam untuk few events and competition yang ada. Bila midsem break, aku tak balik rumah, aku stay kolej untuk training. Kebiasaannya memang training sampai lewat malam tapi langsung takde timbul perasaan seram atau takut pun. Ada satu malam ni, aku training dari siang bawak ke malam, break sekejap dalam 8pm. Jadi aku pun balik kolej lah kejap nak bersihkan badan yang dah merecik peluh training dari siang. Disebabkan masa tu midsem break, kolej ada la beberapa ketul je manusia yang dok jauh tak balik rumah macam aku ni. Level aku pulak rasanya ada dalam 3-4 orang je termasuk aku. Aku pun lenggang kangkung je la pergi toilet nak mandi. Masa tu memang takde rasa takut pun, baru 8 lebih, orang dok lepak lagi masa ni.

Aku pun mandi la sorang sorang dalam toilet, lek lek je sabun badan gosok gigi syampu rambut semua. Time tengah aku syampu rambut, aku dengar perempuan menangis dekat jamban tandas hujung sekali. Bunyi dia sayup sangat and macam merintih sedih gila. Tapi serious aku takde fikir bukan bukan lagi masa tu walaupun aku macam pelik sikit sebab aku takde dengar orang masuk toilet pun selama aku mandi. Aku masih fikir positif lagi cakap dalam hati sorang sorang “Gaduh dengan bf ke apa perempuan ni” dan terus sambung syampu rambut. Tapiii….. rintihan menangis perempuan tu lama lama bertukar menjadi hilaian. Dari huuuuuu huuuuuuu huuuuuu dia terus hiiiiiii hiiiiiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiii. Aku punya takut takyah cakap la tapi aku try relax taknak bagi gabra sangat. Dengan syampu masih ada atas kepala tu, aku bukak paip, aku cuci rambut aku tapi faham je la kalau dah takut tu aku sekadar bagi air lalu kat rambut, aku tarik towel, terus berkemban jalan sepantas mungkin keluar tandas. Kalau ikut hati memang nak lari je tapi taktau kenapa kaki ni tak mampu nak berlari. Perasaan aku masa tu walaupun dah keluar tandas, bulu tengkuk aku berdiri macam perempuan tu dok ikut aku sampai bilik. Nak baca ayat pedinding memang tak ingat dah, aku cuma ingat azan je masa tu. Nasib baik aku tak azan dalam toilet tu hahaha. Alhamdulillah untuk malam tu aku kena setakat tu je. Aku terus bersiap and keluar semula untuk sambung training. Aku diamkan benda ni dari pengetahuan family & member, aku taknak family risau dan member takut.

DAY 2
So, lepas kejadian malam pertama tu, aku still relax takde rasa fobia nak masuk tandas ke demam ke memang nan hado. Taktau la aku ni sejenis hati kering ke kuat semangat ke aku pun taktau. Kebetulan hari tu aku takde training, so siang aku lepak bilik malas keluar. Makan-mandi-movie-tidur. Lepas maghrib aku macam dah bosan gila asyik movie makan tidur je. So aku angkut buku, aku turun lepak bilik study kat bawah kolej. Kononnya nak baca la sikit sikit sebab habis midsem break terus ada quiz presentation bagai.

Bilik study tu takde besar mana pun lagipun tengah cuti so takde orang dalam bilik tu. Aku pilih meja hujung penjuru bilik. Situ ada tingkap menghadap ruang jemur baju. Nama je nak study tapi aku banyak main hp je sebenarnya. Kah! Korang faham tak keadaan yang korang tengah tunduk main hp then tiba tiba korang rasa nak dongak jenguk luar tingkap. Yesss itu yang aku buat. Tengah kusyuk main hp, aku secara spontan je angkat kepala nak jenguk luar. Masa aku jenguk tu, aku Nampak kain putih besar woi terbang tapi sekilas je. Aku kelip mata sekali lepastu aku tak Nampak dah kain tu. Aku macam blur fikir kain selimut siapa la yang jemur tak clip betul betul sampai terbang. Lama sikit tu baru aku macam boleh fikir logic sikit. Angin takde, ribut takde, macam mana kain boleh terbang? Dan takkan selimut punya besar boleh terbang setinggi atap bumbung kolej aku. Bila dah terfikir camtu, aku pun apa lagi, tak kemas dah buku atas meja, aku kaut peluk terus chow naik bilik. Dan alhamdulillah aku still gagah tak demam.

DAY 3
Hari ketiga ni cam hard core sikit la aku kena. Actually aku dengan kawan aku yang kena. Siang tu aku tak ingat apa aku buat tapi malam tu aku lepak bilik member aku. Aku panggil dia Melur la. Bilik Melur ni memang jadi sarang lepak aku dan member lain sebab bilik dia tak tinggi tak payah panjat tangga banyak banyak and bilik dia sejuk gila weh. So malam tu kitorang lepak berempat ke berlima aku tak ingat sangat. Dah tengah malam, member aku si Kemboja lapar. Dalam bilik ada maggie je so bedal je lah apa ada.

Kemboja pun turun la kat level 1 nak amek air panas (bilik Melur takde kettle). Kemboja turun sorang je and masa tu ngam ngam 12am. Lepas Kemboja dah siram maggie dengan air panas, dia pun nak naik la bilik Melur. Kemboja baru selangkah naik tangga, dia dengar suara panggil dia – ‘Cu, tunggu nenek cu’. Si Kemboja ni pun tengok la belakang kot ada makcik cleaner yang panggil dia ke. Tapi takde orang. Nak sedapkan hati, Kemboja fikir mungkin dia salah dengar. So naiklah kaki lagi selangkah dekat tangga tu dan Kemboja dengar lagi sekali suara yang sama – ‘Cu, tunggu nenek cu’. Si Kemboja ni apa lagi, takde dah nak pusing belakang, dia pecut terus lari naik bilik Melur. Aku yang memang ada dalam bilik Melur ni dengar la bunyi selipar dia berlari kat koridor luar bilik tu. Sampai depan pintu dah tercungap cungap muka cuak. Aku nak sedapkan hati sendiri dengan lain lain aku cakap “kau silap dengar kot Kemboja. Bunyi angin kot”. Gila weh masa tu dah tengah malam, aku kejap lagi nak balik bilik aku. Kalau sama blok takpe jugak. Ni tak, aku kena lintas ruang jemur baju yang aku Nampak kain putih malam semalam tu baru sampai blok aku.

Aku pun tawakal je lah balik bilik sorang sorang sebab yang lain malas balik bilik, semua tidur bilik Melur. Aku pulak sejenis kena ada katil bantal sendiri baru lena. Tapi kadang-kadang tu dah penat sangat aku bantai je tidur bilik Melur. Atas lantai pun jadiii. So masa dah sampai blok aku, masa aku panjat tangga nak naik level 4, dalam kepala ni macam macam jugak fikir tapi aku buat lek lagi. Sampai level 1 okay clear takde masalah. Sampai level 2 pun cantik clear jugak. Sampai je level 3, aku dah naik separuh tangga tu, bahu aku semacam kena tarik kuat dari belakang. Nasib baik tak tergolek je aku sempat pegang besi tangga tu kuat kuat. Cuma kaki je la tergeliat sikit. Masa tu aku dah mencarut dah kurang asam la 3 hari direct kena kacau siapa tahan weh. Walaupun tak seberapa gangguan gangguan yang aku terima tapi leleh jugak la malam tu sebab badan dah start rasa sakit.

Bila macam ni, baru aku start call mak aku cerita apa jadi 3 malam berturut-turut ni. Aku mintak mak aku bagitau arwah atok aku dan mintak di baca-baca sikit la sebab aku dah mula nak demam. Esoknya mak aku call semula bagitau arwah atok aku cakap ‘dia’ saje mengusik nak berkawan, tak lebih-lebih pun. Kalau dah sampai demam kau buat aku, memang tak laaaa nak berkawan dengan kau. Biadap punya hantu. Nasib baik demam dalam 2 hari je lepastu aku elok dah. Lepas kejadian tu, alhamdulillah takde apa apa yang seram ganggu aku dah. Sem 4 aku start menyewa luar kampus dan haaaaa ada cerita tentang jiran aku. Tunggu next entry okay. Feedback baik, aku cerita. Feedback tak baik, taknak cerita dah. K gurau. Maaf kalau penceritaan tak berapa kemas, sesungguhnya aku sangatlah tak reti nak bahasa berbunga bunga ni. Banyak cerita aku ada especially daripada cerita arwah atok aku, nanti aku cerita satu satu. Kbai gais.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Cik Orked

15 thoughts on “Tiga Malam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.