Tinggal Serumah Dengan Makhluk Lain

Tinggal Serumah Dengan Makhluk Lain….

Assalamualaikum dan selamat malam saya ucapkan kepada pembaca semua. Sekiranya email saya dibaca alhamdulillah.

Nama saya Ahmad (bukan nama sebenar). Pengalaman yang saya ingin ceritakan kepada pembaca ni berlaku pada saya pada umur saya 25 tahun pada 10 tahun yang lepas. Pada masa ini, saya baru menerima kerja pertama saya dan sebagai seorang fresh grad dari universiti sudah tentunya saya sangat teruja dan bersemangat untuk bekerja.

Alhamdulillah. Kerja yang saya baru dapat ini, syarikat saya berbaik hati untuk menyediakan sebuah rumah syarikat dan kereta untuk saya. Namun, saya tak sangka rumah tersebut bakal mengubah diri saya selama-lamanya. Terus terang saya katakan, 10 tahun yang lalu saya adalah seorang yang jahil agama. Saya tak pernah mendirikan solat. Kalau saya solat pun cuma hari jumaat untuk mengelakkan orang dari mengata.

Pada hari pertama saya melaporkan diri di pejabat, saya telah diarahkan oleh majikan saya untuk tinggal di rumah syarikat yang disediakan. Saya bekerja sebagai seorang site engineer dan projek yang saya bina adalah projek dikawasan pendalaman. Disana syarikat memberikan pekerja rumah kerana kawasan yang pendalaman agak sukar untuk mencari rumah sewa. Walaupun saya diminta untuk tinggal bersama dengan staff syarikat yang lain, namun saya berasa pelik kerana staff yang sepatutnya tinggal dengan saya enggan tinggal di rumah yang saya duduki itu. Tapi, rumah ini bukannya sebuah saja, kiri dan kanan ada juga rumah yang lain.

Bila dah bertemu dengan staff-staff yang lain, biasalah mereka ceritakan yang rumah yang saya tinggal itu berhantu. Bagi saya itu adalah kepercayaan yang kolot! Saya tidak percaya. Bila saya tiba di rumah tersebut, semuanya nampak ok. Rumah nampak cantik dan kemas. Saya pun tinggal di rumah tersebut buat pertama kalinya. Keseorangan.

Pada hari pertama, walaupun hari masih lagi cerah seawal waktu zohor, rumah tersebut walaupun cantik dengan perabot yang baru dengan hiasan yang agak mewah, namun saya tetap merasakan seakan suasana yang suram. Cahaya matahari tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana kawasan tersebut ditutupi dengan semak dan pokok-pokok yang tinggi.

Malam pertama saya beristirehat seperti biasa. Santai menonton tv diruang tamu. Namun hati saya rasa tidak tenteram kerana setiap kali saya menonton tv mesti mata saya akan mengintai di luar tingkap rumah. Terasa seperti ada yang mengintai. Ah! Perasaan aku je tu. Bila terasa lewat, saya pun tidur.

Pada malam pertama saya tidur di rumah tersebut, tidur saya tidak aman. Pada tengah malam, saya secara tiba-tiba terjaga kerana saya rasakan seperti ada benda bergerak di hujung katil saya. Saya tengok jam, baru pukul 12 lebih. Saya fikir perasaan saya saja. Tak ada apa2 lah. Fikir saya. Saya pun sambung tidur.

Kemudian saya terjaga lagi. Kali ini saya terjaga kerana mimpi ngeri. Saya terjaga dari tidur sambil termengah-mengah dan sedikit ketakutan. Astarfillah.. saya istifar beberapa kali untuk tenangkan diri kemudian saya tengok jam, pukul 1 dan kemudian tidur semula.

Pukul 2 pagi, saya terjaga lagi, kali ini terdengar bunyi orang mengetuk pintu sayup2. Ish! Sapa yang ketuk pintu malam2 ni! Fikir saya. Saya berasa tidak nyaman dan malas nak fikirkan dan saya ambil bantal dan tekup kepala saya dan sambung tidur.

Pada pukul 3 saya terjaga lagi. Kali ini terdengar bunyi orang mengasah pisau dan terdengar ada orang ketawa. Astarfillah.. saya tak mahu hiraukan. Saya cuba sambung tidur lagi. Bergitu lah berulang-ulang sampai ke pagi saya berasa tidak nyaman. Walaupun agak ketakutan, namun saya kuatkan diri. Saya selalu cuba untuk think positif. Mungkin perasaan saya saja. Walaupun bilik tidur saya sejuk dengan aircon namun saya seringkali terjaga ditengah malam.

Malam pertama, malam kedua dan malam-malam seterusnya berlaku perkara yang sama. Walaupun badan saya penat macam mana pun, tidur malam saya tetap tak nyaman. Dan setiap malam, tidur saya tak pernah tenteram dimana setiap kali saya tidur, saya mesti bermimpi perkara-perkara seram dan kemudian terjaga diwaktu lewat malam. Perkara ini berlaku berulang-ulang.

Bunyi-bunyian dah jadi perkara biasa. Pada awalnya, cuma ada bunyi-bunyi seperti orang ketuk-ketuk pintu dan tingkap. Bunyi-bunyi ini biasanya terjadi pada waktu malam lewat pada pukul 10 hingga lewat malam. Kadang-kadang bila saya terjaga waktu malam akibat mimpi ngeri saya akan terdengar bunyi orang mengetuk pintu dan tingkap dan diikuti dengan bunyi orang ketawa.

Ya Allah! Masa itu baru saya ingat pada Allah swt. Walhal saya ni bukan nya orang yang selalu solat.

Setiap malam saya akan mimpi ngeri. Setiap malam tidur saya tidak tenteram. Setiap malam saya akan terjaga pada pukul 12, 1, 2 & 3. Dan setiap kali saya tidur mesti mimpi seram. Sampaikan saya berasa takut nak tidur.

Pada suatu malam, saya tidur sambil memeluk bantal peluk. Bantal peluk saya berwarna putih, saya sedang memeluk erat. Tiba-tiba saya merasakan bantal yang saya peluk itu terasa keras, seperti memeluk sebujur badan.

ASTARFILLAH, ASTARILLAH, ASTARFILLAH!

Tercampak bantal peluk saya tu ke hujung katil. Sumpah! Saya waktu ni takut sangat nak tidur. Kemudian saya buka semua lampu dalam bilik dan bilik air serta cuba bertenang. Bantal peluk saya dah tercampak sampai ke hujung bilik. Nak ambil semula pun dah takut.

Tiba-tiba pintu bilik air dalam bilik tidur saya terbuka dengan sendiri! Saya terkejut dan terus memandang pintu tersebut.

Astarfillah… astarfillah… astarfillah… banyak kali saya istifar.

Tiba-tiba muncul sebujur tubuh berbalut dengan kain putih sedang menjenguk dari bilik air.

Ya Allah!!!! Terpekik saya. Berlari saya keluar rumah sambil istifar. Saya bacakan surah-surah lazim yang saya hafal. Mengeletar lutut saya.

Saya nak masuk rumah saya ketakutan, bila fikir balik dekat luar rumah ni lagi menyeramkan. Depan rumah saya ada semak dan pokok-pokok yang tinggi-tinggi dan menyeramkan. Saya istigfar banyak-banyak. Bila saya dah bertenang, perlahan-lahan saya masuk semula ke dalam rumah. Saya ambil wuduk dan saya baca Al-Quran dari handphone sampai saya terdengar azan subuh.

Keesokkan harinya saya mintak kawan saya temankan saya. Tapi kawan-kawan saya semua tak mahu tinggal di rumah tersebut. Malam tersebut saya putuskan yang saya akan tinggal beberapa malam di hotel murah.

Saya tak boleh pindah rumah. Sebab saya masih belum dapat gaji. Kawan-kawan saya pun ramai yang dah berkeluarga. Takkan nak menyusahkan keluarga lain. Nak taknak saya terpaksa tinggal di situ. Saya pun hubungi mak saya. Bila saya hubungi mak saya, saya pula kena bebel dengan mak saya.

“Kau ni mesti tak pernah solat dekat rumah tu kan? Umur dah 25 tahun pun nak suruh mak ingatkan kamu untuk solat. Ingat sikit, solat lah Ahmad. Kamu bukan budak kecik lagi. Bila jadi macam ni solat lah, mintak lah pertolongan pada Allah swt. Mintak perlindungan dari Allah swt. Nak semah rumah tak payah keluar duit atau panggil orang masjid. Kau tu boleh buat sendiri. Rajin-rajin mengaji dalam rumah. Elok engkau tu yang kena bersihkan dulu baru bersihkan rumah.”

Betul kata mak saya, saya memang tak pernah solat pun sepanjang saya duduk rumah tu. saya call mak saya ingat nak pinjam duit nak cari rumah sewa baru last-last saya kena bebel pulak. Tapi ada betul apa yang mak saya cakap. Jadi saya pun cuba lah berubah. Mula-mula saya ubah diri saya dulu. Saya mula solat 5 waktu dalam rumah. Kemudian setiap kali saya balik dari kerja, selepas mandi saya akan baca Al-Quran sampai waktu maghrib dan setiap kali saya nak tidur saya akan baca surah2 3 Qul dan ayat Qursi. Saya juga tambah surah-surah Al-Quran jadi perhiasan didalam rumah dan kadang kala saya bacakan surah-surah tersebut supaya ianya bukan sahaja jadi hiasan, namun menjadi amalan saya.

Benda ni nak hilang sekali gus memang susah. Namun saya perasan, bila saya berubah, saya tambah amalan saya, saya rajin solat dan banyak mengaji, gangguan terutamanya mimpi ngeri saya sudah berkurang. Tidur saya pun semakin lena.

Pernah sekali semasa saya sedang stay up untuk siapkan urgent report yang saya tak sempat siapkan di pejabat saya bawakan di ruang tamu saya dan buat report sampai lewat malam. Saya ternampak sekali lagi sebujur badan sedang mengintai dari arah dapur.

Astarfillah! Saya terkejut!

Tetapi kali ni saya tak lari. Saya capai buku saya lemparkan ke arah lembaga pocong tersebut. Saya jerit Allahuakbar!
Kali ni saya tak lagi takut. Bagi saya benda ni dah jadi biasa bagi saya. Saya pasangkan surah-surah lazim dari handphone saya sambil buat kerja.

Alhamdulillah sedar tak sedar saya tak lagi takut dan tidak ingin mencari rumah baru. Gangguan dari rumah itu lama kelamaan berkurang. Akhirnya projek saya di kawasan perdalaman tersebut telah habis dan syarikat mendapat projek lain dan pihak pengurusan mahu pindahkan saya ke projek yang baru. Saya sangat bersyukur dan alhamdulillah.. pengalaman ini mengajar dan mengubah saya mengenal Allah swt. Alhamdulillah sedar tak sedar dah 10 tahun berlalu.

Terima kasih FS sekiranya menyiarkan cerita saya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Tinggal Serumah Dengan Makhluk Lain”

  1. Serammm kannn… mcm aku ni pun bukn berani sngt. Klu stkat bunyi2 aku bole buat tak tau je… tp ni klu sampi da munculkn dri main cak2 mmg aku geram. Buknnya ape… benci btul klu die buat aku tkjut. Bole gugur jntung.
    Lg satu mmg btul, ayat lazim kita kn amal. Bukn bc time nk tkotkn hntu je. Kn amal hari2.
    Ada skli kena kacau. Muka pompuan pucat muncul melekap kat dinding bilik hotel aku di tingkat 35. Terkejut aku. Time tu aku nak tarik langsir tutup tingkap. Aku jerit maki dia sekuatnya… Baaaaab******* la kau niiii settta******!!!!!!!
    Terus dia hilang.
    Satu lagi main jenguk2 kat bilik air hotel. Terkejut baiii!!! Kali kedua dia jenguk lagi, aku g bilik air, aku ckp dlm blik air kosong tu, kau jenguk lagi aku hempuk kau ngn kerusi. Lepastu aku buka shower dgn suhu air paling panas skli. Aku ckp kt bnda tu… mampu***& kepanansan la harapnyer engkau…😆😆

    Reply
  2. Jgnkn solat..istighfar pun bunyi lain maciam..ke mmg asli pelat ko nih hahaha..klu dekat mmg aku jentik telor ko biar hilang astarfillah ko tu haha,,😚😂

    Reply

Leave a Comment