TINGKAT 4 PART II

Assalamualaikum dan hai, kalini ira nak sambung tentang kisah yang lepas iaitu tingkat 4, sapa yang belom baca lagi TINGKAT 4 PART 1 , boleh laa pergi baca untuk korang lebih memahami pasal penceritaan kali ini, okey let’s go~

Second Story: Bilik Muzik

Seperti yang korang tau bangunan tersebut mempunyai 4 tingkat, dan kali ni aku nak cerita pasal bilik muzik yang terletak di tingkat dan bilik Keshi yang terletak di tingkat 2.

Kita mulakan dengan peristiwa yang pernah berlaku di bilik muzik. Masa tu mata pelajaran muzik jadi Cikgu Hamidah bercadang untuk melangsungkan proses pembelajaran di bilik muzik kerana bilik tersebut lengkap dengan alatan muzik sesuailah dengan idea pengajaran topik kali ini.

Kitorang diarahkan untuk mengambil satu jenis alat muzik bagi seorang murid, masing-masing memilih mengikut citarasa mereka, ada yang memilih clarinet, ada yang memilih flute, dan aku memilih untuk bermain ukelele.

Separuh masa pembelajaran berjalan lancar namun, tiba-tiba kami terdengar bunyi piano yang dimainkan dengan agresif, ianya datang dari bilik store penyimpanan alat muzik.

Pada awalnya kami hanya beranggapan itu adalah tikus tetapi alunan piano itu semakin lama semakin kuat berbunyi seperti ada yang sengaja memainkan piano tersebut.

Oleh kerana pintu bilik store penyimpanan alat muzik itu tertutup Cikgu Hamidah mencadangkan kami semua turun secara senyap-senyap meninggalkan bilik muzik tersebut.

Baru sahaja ingin melangkah keluar BBAMMM!!! Pintu bilik tersebut telah tertutup. Cikgu dan beberapa murid lelaki cuba untuk membukanya namun ia seperti terkunci dari luar.

Lampu yang tadinya terang benderang kini sudah menjadi ibarat lampu disco yang sedang berklip klip, kedengaran tangisan perempuan sayup-sayup membuatkan kitorang yang berada di dalam bilik tersebut panik dan tidak keruan.

Aku yakin mereka hanya ingin memberi tahu tentang kehadiran mereka disitu tetapi sangkaanku meleset apabila seorang murid perempuan memekik seperti terkena histeria.

Aku ingin mencari jejak suara pekikan tersebut kerana ingin tau empunya suara tersebut namun aku dijalan oleh Su. “Weh jangey gerok, duduk jah sini diye diye”( Weh jangan bergerak, duduk je kat sini diam diam). Aku akur.

Sudah ditetapkan bagai takdir murid perempuan tadi yang datang menerkam aku, eh Farah? . Cikgu Hamidah dan murid lelaki cuba untuk menarik Farah dari terus menyerang aku tapi kekuatan Farah sekarang ibarat 12 orang lelaki dan mustahil untuk ditempis.

Memang sahlah dia histeria, untuk pengetahuan korang, Farah ni budak baru dalam kelas kitorang, dia ni jenis yang tak bergaul dengan masyarakat, dia hanya duduk menyendiri buat hal dia je, walaupun kami sekelas jumlah aku bercakap dengan Farah boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja.

Bukan aku tidak mahu berkawan dengan dia tetapi jika ditanya sepatah , dia hanya menjawab sepatah. Mula-mula aku hanya berfikiran dia seorang yang introvert tetapi rupanya dia sudah mempunyai ‘kawan’ tersendiri.

Jika rehat di kantin dia pasti makan bersama ‘kawannya’ lokasi ‘strategik’ yang selalu Farah duduk ialah di meja tepi longkang. Persahabatan mereka bagaikan isi dengan kuku, dimana Farah berada disitu juga ‘temannya’ berada.

Pada mulanya aku hanya menghiraukan saja kehadiran ‘kawan’ Farah tu. Tetapi peristiwa dalam tandas minggu lepas menyedarkan ‘kawan’ Farah bahawa kehadirannya diketahui oleh aku.

Aku sedang menilik cermin di hadapan singki setelah selesai membasuh tangan sambil-sambil menunggu Su keluar dari salah satu kubikel tandas. Mataku melirik dari dalam cermin mengekor segala gerak-geri Farah yang sedang mengomel sendirian.”mg jahak, mg jahak, sebab mg laa takdok orey nok saing nge aku”( kau jahat, kau jahat, sebab kau laa takde orang nak kawan dengan aku) kedengaran Farah seperti memarahi seseorang.

Aku dengan perasaan ingin tau berjalan menuju ke kubikel akhir sekali untuk melihat dengan siapakah Farah sedang berkomunikasi.Setelah aku berdiri betul-betul di hadapan kubikel yang tidak ditutup pintu, kelihatan Farah dan ‘kawannya’ sedang menghadap antara satu sama lain,kehadiran aku disitu membuatkan mereka terkejut dan Farah berlari keluar tandas meninggalkan aku dengan ‘kawannya’.Sejak dari sinilah ‘kawan’ Farah tahu aku perasan tentang kehadiran dia. Dia selalu menjeling tajam tepat ke mata aku semasa di dalam kelas mahupun di kantin.Oleh itu aku sering mengelak dari terserempak dengan Farah.

Farah cuba mendorong aku ke dinding, dia menarik kedua-dua lengan aku dan melemparkan aku ke dinding, “Bakpo mg dok kalut caro hal orey heh” (Kenapa kau sibuk nak tau hal orang) Farah bersuara. Aku tau , itu bukan Farah, mungkin benda tu marah sebab aku nampak dia. Makhluk halus memang benci apabila kita tahu tentang kehadiran mereka.

Aku membaca ayat kursi dan beberapa p****g ayat surah lain seperti yang diajar oleh ayah aku untuk melindungi diri dan aku hembus lembut dimuka Farah setelah selesai membaca surah tersebut.Dia pengsan, mungkin lelah kerana badannya bertarung dengan makhluk tersebut.

Sementara itu kedengaran seperti benda dilempar di dalam bilik store penyimpanan alat muzik. Aku beranggapan mungkin pendamping Farah dengan makhluk yang mendiami bilik muzik tersebut sedang bertarung.

Alhamdulillah tidak lama selepas itu ustaz datang dan memulihkan semula keadaan. Pintu bilik muzik terpaksa dibuka secara paksa dari luar dengan memecahkan tombol.

Aku terpaksa duduk di dalam hospital selama seminggu kerana kecederaan dalaman yang terjadi setelah aku terhentak di dinding haritu.

Setelah aku kembali ke sekolah aku tidak nampak batang hidung Farah , aku dengar dia telah berpindah sekolah kerana berasa malu dan bersalah terhadap aku, dia meminta Su menyampaikan permohonan maafnya kepadaku. Tidak mengapalah benda tu bulan kau boleh kawal, kalau kau terbaca cerita ni , aku dah maafkan kau Farah.

Bilik muzik tersebut sampai sekarang terkenal dengan angker. Ada kelas yang terkurung hampir dua hari di dalam bilik muzik tersebut dan selalu sangat kedengaran piano yang sangat kuat hingga ke ground floor sudah dianggap perkara biasa sekarang.

Sebenarnya ira ingat nak combined je cerita Bilik Muzik dengan Bilik Kesihatan tapi kalau cerita terlalu panjang mungkin akan membuatkan korang semua bosan untuk membaca, jadi cerita Bilik Kesihatan tu ira buat dalam part III okey~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 4.5]
Ira

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.