Tinta Sukarelawan

Assalammualaikum admin dan para penggemar blog FS ni. Terima kasih kerana sudi memuat naik kisah saya sekiranya dikeluarkan. Aku seorang pelajar Universiti di Johor dan minat aku memang ke arah program sukarelawan, namun sepanjang aku join aktiviti macam ni tak pernah aku hadapi perkara seganjil ini. Kami pelajar pada kali ini ditugaskan untuk adakan satu program bersama pelajar sekolah menengah sains di Johor, tapi sebelumnya memang Pengetua sekolah dah pesan awal-awal “hotspot” yang kami lansung tak boleh jejak dan adakan aktiviti di kawasan itu.

‘DIA’ KLON KAMI
Program kami 3 hari di sekolah tuh dan kami diberi penginapan sementara di asrama guru. Pada malam hari pertama selepas aktiviti kami tamat dalam pukul 10 malam bersama budak budak sekolah tuh (waktu asrama), tinggal kami saja fasilitator sukarelawan yang berada di bangunan perpustakaan dan makmal komputer untuk kami membuat persediaan aktiviti esok hari. Dalam pukul 12 lebih, lepas kami kemas tempat di perpustakaan kami turun ke bilik monitor untuk sesi post mortem, namun ada beberapa orang dari kami yang pergi ke tandas berdekatan.

Tina, Awin dan Jagatish tegur kami di bilik monitor selepas balik dari tandas.

“Wei korang, pehal eh tadi kitorang nampak si Kamal, Faiz dengan Zakwan tuh masam gila doe muka dorang ! Pehal doe? Kitorang panggil dorang menonong je jalan pergi kelas, kan cikgu pesan jangan pergi blok kelas tuh!”, Awin melenting.

Aku tengok Tina dan Jagatish diam je. Selang beberapa minit, si Zakwan, Faiz dengan Kamal pun masuk bilik monitor.

Zakwan bersuara, “wei pasaipa ampa semua ni dok senyum ja kami panggil? Wei Jagatish, Tina, Awin korang ni keluar tandas tadi terus diam je depan blok kelas pahal? Lepas tu memasing senyum sinis. Dah kenapa. Kitorang panggil tadi berdiri kaku je!”.

Bukan dengan Jagatish, Tina, Awin je terkedu, aku dengan fasi lain dalam bilik monitor semua dah lain macam.

Aku pun bersuara memandangkan semua senyap, “Zakwan, kenapa korang tadi pergi blok kelas? Cikgu larang kan pergi kawasan tuh, Awin korang pula kenapa tak tegur zakwan masa dia tegur korang tadi?”.

Dah masing-masing berpandangan.

Tina kata “wei, kitorang cuma nampak zakwan, kamal dan faiz pergi blok kelas je, kitorang panggil dorang tak toleh lansung! Dan bila pula si zakwan ni tegur kitorang?”.

Faiz balas tenang “aku rasa Dia tuh seronok dah bergurau dengan kita malam ni. Hmm dia menyerupai kita pula tuh”.

Malam tuh juga post mortem kami habis awal.

‘DIA’ TINGGAL DI SINI
So, cukuplah dengan kisah semalam kitorang fikir nak senyapkan je hal ni tak nak heboh tapi tak sangka malam kedua hadir dengan pelbagai cerita. Yang lelaki paling banyak disapa penghuni asrama guru tuh. Asrama guru lelaki ni rumahnya dua tingkat, jadi bebudak lelaki ni syoklah dapat rumah luas daripada kami perempuan yang dapat rumah guru satu tingkat. Tapi, bebudak lelaki ni masing-masing semua tidur kt aras satu, dorang jejak naik atas bila nak mandi atau tidur je. Waktu malam kedua lepas kami habis post mortem, dorang ni baru je buka pintu tapi dorang semua dengar orang berlari kt ruang atas.

Dorang buat bodoh je tapi, masa Darwis nak pergi mandi kt aras atas dia nampak benda tuh tengah dalam bilik air dan biarkan paip air terbuka. Darwis tak kata apa dia terus cabut turun bawah mandi kt bawah. Next story, Fazil ni tengah mandi kt aras atas, disebabkan aras atas ada 3 bilik air dan dua bilik air sebelah-sebelah je, si Fazil ni ingatkan si Darwis mandi kt sebelah dengan menyanyi lagi. Bila Fazil keluar tandas dia nampak pintu tertutup kt sebelah, dia pun cakaplah “wei Darwis sengau doe kau nyanyi!”. Darwis yang kt bawah dah clueless, dia pun menyahut, “eh Fazil aku kt bawah doe!”. Meremang si Darwis tak cakap banyak terus pecut turun bawah, malam tuh semua 7 bebudak lelaki semua tidur kt bawah. Nak naik atas memang mimpi.

‘DIA’ TUMPANG TIDUR
Kami yang perempuan pun tak terlepas gangguan sebenarnya. Malam kedua tuh juga iaitu malam sama bebudak lelaki kena ganggu, aku pun kena. Sebab kami dapat asrama guru perempuan yang ada tiga bilik dan tiga tandas yang tandasnya masing-masing dalam bilik tidur. Malam tuh member aku tidur awal tapi aku masih tak tidur walaupun dah 230 pagi, then, aku dengar lah pili air terbuka dan macam ada orang mandi. Aku tak cakap banyak terus tidur tak nak fikir apa dah. Lain pula dengan member aku yang lain. Elina dengan Zafura alami katil kena duduk sebab dorang rasa macam ada orang tidur sekali kt tengah tengah antara dorang. Awin dengan Tina pula pintu bilik dorang asyik diketuk setiap 30 minit, bila dibuka takde orang, akhirnya dorang abaikan dan pekakkan telinga sebab nak elak kena ganggu lagi.

Walaupun, aku bernasib baik tak nampak cuma dengar tak macam member aku yang lain kena tapi, dugaan kami berprogram sukarelawan bukan sahaja yang nyata tapi yang ghaib juga. Sekian, terima kasih.

.

Fareesha
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.