Toilet Aras Empat

Assalamualaikum, disebabkan semua kerja dah settle so kali ni aku nak cerita pengalaman aku semasa Semester 3 diploma di pantai timur 3 tahun lepas.

Sem tu aku bernasib baik sebab dapat duduk sebilik dgn bestfriend aku dari zaman sekolah lagi. Aku namakan dia Sha. Dapat sambung belajar kos yang sama tapi berbeza semester ( dia senior satu semester ) sebab aku masuk matrik sekejap sebelum balik sambung diploma. Bilik tu untuk 4 orang, 2 lagi roomates aku tu adalah kawan sekelas Sha ( Nym & Ika).

Malam tu kami dua decided nak stay up sampai 4 pagi disebabkan tengahari esok ada test. Nym ngan Ika tido kat bilik kawan dorang, katanya study group. Dalam 3 lebih camtu, Sha ajak gi toilet cuci muka semua tu. Aku pun on la sebab memang dh mengantuk gila. Dalam satu kolej kediaman ni ada 4 blok kesemuanya. Kami dapat blok paling depan kat aras paling atas (aras 4), bilik pula paling depan sebelah tangga. Toilet ni berada kat tengah2 wing, dalam 3 bilik selepas bilik aku.

Kebiasaan toilet kolej kediaman kan ada pintu kiri kanan. Kat tengah2 antara pintu tu ada 4 sinki pakej sekali cermin. Reflect dari cermin tu kita boleh nampak apa kat belakang kita. Belah belakang tu ada 4 row toilet , tiap2 row tu ada 3 toilet.

Bilik aku tu berada kat belah kiri toilet. Tadi aku bagitahu ada ada 4 sinki kan? Haa aku guna sinki first (sebelah pintu kiri) n Sha kat sinki ketiga. Kami dok selang camtu sebab sinki kedua tu tersumbat. Tengah syok2 gosok gigi tu la aku terdengar orang masuk toilet belakang aku. Pelik bin ajaib lah kan sebab aku kat pintu belah kiri, Sha kat belah kanan tapi tak perasan pun ada orang masuk.

Malas nak fikir apa2 sebab dah mengantuk. Tiba tiba terdengar bunyi air dari dalam tandas mandi. Tengok Sha macam buat bodoh je, macam tak dengar apa2 so aku abaikan. Tengah nak kumur tu, tengok balik kat cermin, terperasan ada semacam kain putih kat dalam toilet. Seingat aku memang takde apa langsung kat situ sebab aku dah berapa kali tertengok reflection belakang tu. Perhati punya perhati tu, damn! Keluarkan rambut panjang dia pulak. Panjang cecah lantai.

Aku dah static gila kat situ, mata memang tengok reflection benda tu je kat belakang. Maybe Sha perasan kot aku macam tak bergerak langsung, dia tanya aku okay tak. Aku agak memang dia tak nampak apa yang aku nampak sebab terlindung dari row toilet bahagian dia. Aku tersentak bila dia tanya camtu, aku pandang dia dengan muka cuak. “Jom balik bilik” tu je aku mampu cakap.

Yang menjadi masalah nya, kaki aku takleh nak gerak langsung. Macam lemah. Sha tarik aku sambil lari keluar ikut pintu belah kanan. Bilik aku kan kat bahagian belah kiri, so nak taknak memang kena lalu semula depan pintu toilet belah kiri tu kan. Masa lalu depan pintu tu, aku terpandang dalam. Benda tu dah takde dah. Nasib si Sha ni tarik aku balik bilik, kalau tak memang tak keluar dah dok dalam toilet tu je.

Masuk bilik terus tido. Esok tu Sha tanya aku nampak apa. Betul jangkaan aku yang dia memang tak nampak langsung benda apa yang aku nampak. Dia dapat rasa ada benda tak kena bila aku semacam terpukau kat situ tak bergerak langsung.

Tapi Alhamdulillah benda tu takde tunjuk muka pun. Nampak rambut ngn baju pun dah rasa cuak nak mati apatah lagi nampak muka. Mintak jauh ler..

16 thoughts on “Toilet Aras Empat”

          • Oh..ak dok DO 2 blik 404,mmg masak la kene..msa tu femes lagu pontianak harum sundal mlm kt radio..dia humming sblah tingkap blik ak level 4 tu mmg lembik lutut xbleh lari..mcm2 kene sem tu..by the way ak penah stay THO msa MMS hihi..uitm dihatiku

          • banyak jgk THO tu sb aku mmg slalu tido lambat. Time dok sorang pun dia main baling2 hanger hahaha kadang main guli la, bukak tutup almari la. 2 tahun kat sana pastu transit kampus Raub, pun kena hahahahah

          • Uish siap baling hanger..ganas jgk dia..seb baik time ak stay tho dlu xkena..dia pn myampah kot tgok kena reging muka lebih kurang dia je🤣🤣🤣..tp sem last ak kena kaw2..dia tnjuk diri..nenek kebayan terapung haha..chaa ko tau x u kita ad segitiga..mula dkt klinik..tu area dia..sp lalu mmg kena la

          • serious ah wey? nanti ko cite ah yg nenek kebayan terapung tu. nak tahu gak kisah yg tu. Psal segitiga tu x penah tahu pun wey, dgr pun x penah. Nasib dah tggal dah. taknak la kena lagi. cukup la 2 tahun kat situ hahaha

          • THO berapa ? kita pon dulu pernah dok kolej THO gak, sem 4 THO 4,sem 5 THO 1. Masa THO 4 tu bilik betul betul mengadap tangki air kt blkg tu. Dorg kate tangko air tu keras,tp alhamdulillah tak pernah nmpk lagi. Cume jarang la bukak tgkap bile mlm. Mase dok THO tak pernah kene kacau, tp time dok kat kolej TDM pernah la kene kaco,bnda tu main main lampu tandas. Dah la time tu sorg sorg dlm tnds..

          • THO 1, aras 4.. bilik dirahsiakan hehehe aku 3 sem direct duk bilik yang sama, so dah terbiasa. Alahai main2 lampu tandas pulakk

  1. Selalu dengar cerita orang nampak kain putih dengan rambut ni kan. Jarang-jarang yang nampak muka. Malu agaknya ya. Anyway, tahank you for sharing.

    Reply

Leave a Comment