Tragedi Cinta

Salam admin dan pembaca semua. Sudah lama saya tak berkarya. Harap dapat kepuasan dari pembaca. maaf kalau ada cacat cela.
Sudah lama Meor asyik memerhatikan Hayati. Gadis bertudung biru yang telah berjaya membuatkan jantung Meor berdebar-debar. Tertarik Meor dengan senyuman Hayati bila berbual dengan rakan-rakan. Terdetik di hatinya ingin berkenalan dengan Hayati tapi dia terpaksa memendam perasaannya bila melihat ada kumbang lain yang menghampiri Hayati….

“ Mungkin Hayati sudah mempunyai kenalan tapi kenapa kenalannya datang berbual hanya sekejap saja. Esok aku akan cuba berterus terang dengan Hayati. Tolak atau terima itu cerita lain ” Bisik hati kecil Meor. Seusai solat, Meor kerap berdoa moga Allah permudahkan urusannya. Jika berjaya, ingin sekali Meor menjadikan Hayati sebagai isterinya. Meor semakin resah bila memikirkan adakah Hayati akan menerima perkenalan darinya.
“ Ya Allah. Moga Hayati menerima perkenalanku ini.” Meor sempat lagi berdoa sebelum matanya terlelap.

Pagi itu Meor mengenakan pakaian yang cukup kemas. Berkemeja lengan pendek dan seluar slack. Dia memandu ke tempat bertugas. Sepanjang dia bertugas, kadang-kadang matanya asyik melirik ke arah Hayati. Hayati pula dapat merasai seperti Meor sedang memerhatikannya. Hanya senyuman manis di lemparkan kepada Meor.
“ Ya Allah. Hayati senyum dekat aku.” Gembira Meor seorang diri bila Hayati senyum kepadanya. Tak sabar Meor menanti waktu rehat dan ingin berterus terang dengan Hayati. Waktu rehat tiba, Meor melihat Hayati keseorangan sedang menikmati makanan. Ini peluangnya.

“ Assalamualaikum Hayati. Boleh saya duduk sini.” Meor memberi salam
“ Waalaikumussalam. Duduk la. Bangku ni tak ada nama pun.” Gurau Hayati. Manis sungguh senyumannya. Meor terpukau.
“ Awak ni kenapa Meor. Tercegat pandang Yati. Wajah Yati ni pelik ke.” Tanya Hayati bergurau
“ Tak…tak. Senyuman Yati buat saya terpukau.” Gurau Meor. Ketawa Hayati
“ Yeke ni. Entah-entah awak nak mengurat Yati kut.” Gurau Hayati seperti memberi bayangan kepada Meor.

“ Yati. Sebenarnya Saya suka Yati dan nak berkenalan dengan Yati. Itupun kalau tidak keberatan.” Suara Meor terputus-putus. Ketawa Hayati.
“ Kenapa ni Meor. Sampai berpeluh awak nak mengatur ayat.” Tersengih Meor. Malu juga dia terhadap Hayati.
“ Sebenarnya Yati tak berkawan dengan sesiapa pun. Siapa lah yang hendakkan gadis hodoh ni kan.” Gurau Hayati.
“ Saya suka Yati dan ingin berkawan dengan Yati. Saya janji akan jaga Yati.” Terdiam Hayati mendengar kata-kata Meor yang serius.

“ Meor. Boleh tak jangan berjanji jika kita tak dapat tunaikan segala janji-janji yang di buat.” Kata Hayati. Serius wajahnya. Meor terdiam. Adakah Hayati menolak persahabatannya.
“ Baiklah. Yati terima perkenalan kita.” Gembira Meor bila Hayati menerima perkenalan darinya. Terasa ingin saja Meor menjerit gembira. Gadis yang dia idamkan kini telah menerima perkenalan darinya.
“ Ya Allah. Kau permudahkan segala urusanku. Aku ingin jadikan Hayati isteriku. Aku ingin menjaganya” Itulah doa Meor sepanjang perkenalan mereka. Meor begitu menjaga adap pergaulan. Mereka tidak pernah keluar berjalan berduaan. Mereka hanya bertemu ketika waktu makan tengahari dan selebihnya mereka hanyalah berbalas mesej. Biarlah mereka dikatakan kolot janji adap pergaulan di pelihara.

“ Bawalah Yati keluar jalan-jalan. Ni setiap hari berjumpa di cafe saja. Tak romantik la.” Usik rakan-rakan Meor. Meor dan Hayati hanya tersenyum mendengar gurauan rakan-rakan. Mereka tidak pernah mengambil hati dengan gurauan tersebut.
“ Ti…Abang ingat nak bawa rombongan ibu dan ayah abang untuk pinang Ti. Abang nak jaga Ti dan abang tak akan tinggalkan Ti.” Gembira Hayati menerima kata-kata dari Meor. Inilah saatnya yang di nanti Hayati. Tiba waktunya rombongan perminangan datang membawa hajat dari Meor. Meor ingin menjadikan Hayati teman hidupnya. Hayati begitu gembira bila ibubapanya menerima perminangan dari pihak Meor. Bermula saat itu persiapan untuk majlis perkahwinan di adakan.

Bunyi pukulan kompang begitu riuh memecah keriuhan di rumah kenduri. DJ mengumumkan ketibaan pengantin lalu memutarkan lagu dari Saloma.
Selamat pengantin baru
Selamat berbahgia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera
Meor dan Hayati berjalan berpegangan tangan. Terukir senyuman di kedua-dua wajah mereka. Kelihatan mereka begitu anggun bagai pinang di belah dua. Usik mengusik dari sahabat handai membuat majlis bertambah meriah.Sesekali Meor menjeling kearah Hayati.
“ Ti. Abang akan jaga Ti. Abang tak akan meninggalkan Ti.” Hayati tersenyum mendengar bisikan Meor.
“ Ti juga tidak akan meninggalkan abang.” Berjalan sambil membisikkan kata-kata kepada Meor.

Seminggu sudah perkahwinanan mereka berlangsung. Kini mereka sedang membuat persiapan untuk honeymoon. Hayati merupakan orang yang paling sibuk. Dia merupakan penggerak utama bahagian pakaian.
“ Bang..Baju ni untuk hari pertama kita. Ini untuk hari kedua kita. Biar sedondong kita pakai.” Kata Hayati. Meor hanya tersenyum. Dia tidak kisah pakaian apa yang di pakai. Yang penting baginya Hayati gembira.
“ Abang tak kisah Ti. Janji Ti gembira dah la.” Hayati tersenyum mendengar kata-kata Meor. Memang dia bersyukur bersuamikan Meor.
“ Abang tidurlah dulu. Esok abang kan nak drive.” Kata Hayati
“ Takpa. Abang nak teman Ti. Nanti rasa rugi pulak.” Kata Meor
“ Apa yang rugi tu bang.” Tanya Hayati
“ Ya la. Nanti tak dapat tengok wajah Ti dah. Abang nak tengok sepuasnya. Kan abang dah janji tak akan meninggalkan Ti.” Gurau Meor.

Hayati terdiam mendengar kata-kata Meor. Dia terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Meor.
“ Kenapa abang cakap macam tu. Kan setiap hari abang boleh lihat wajah Ti.” Masam Hayati.
“ Ehh Betullah tu Ti. Bila abang drive mana boleh abang pandang wajah Ti. Abang kena pandang depan. Kan terbabas kereta. Siapa yang susah.” Gurau Meor. Hayati tersenyum sumbing mendengar gurauan Meor. Keesokan harinya mereka bergerak keluar dari rumah. Sepanjang memandu, Meor hanya mendengar radio saja.
“ Bang. Ti mengantuk. Ti nak lelap sekejap. Abang bawa hati-hati ya.” Kata Hayati
“ Yalah. Ti tidurlah dulu. Nanti bila sampai abang kejutkan. Abang tak akan tinggalkan Ti” Hayati terus melelapkan mata. Meor terus mendengar alunan nasyid yang di mainkan di radio. Hujan pula begitu lebat di luar. Pandangan Meor sedikit terganggu.
Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi
Meor mengikut alunan nasyid sambil matanya memandang ke hadapan. Tiba di satu selekuh, tiba-tiba satu cahaya terang menyuluh mata Meor
“ Allahhhhhh…..” Kedeboomm. Hanya kedengaran hentaman kuat.

Perlahan-lahan Hayati membuka matanya. Terasa kepalanya begitu sakit
“ Tit..tit..tit…” Terdengar bunyi mesin di sebelahnya. Perlahan-lahan Hayati membuka matanya. Suaminya Meor berada di sisinya
“ Abangg…Ti ada di mana ni.” Tanya Hayati
“ Ti ada di hospital. Kita kemalangan.” Ucap Meor
“ Syukurlah kita selamat bang.” Kata Hayati. Meor hanya mendiamkan diri.
“ Kan abang dah janji tak akan tinggalkan Ti.” Kata Meor
“ Puan Hayati…Puan Hayati. Sila pandang ke sini.” Ucap doktor Lokman. Di suluhnya mata Hayati. Perlahan-lahan Hayati membuka matanya. Doktor Lokman terus menyuluh mata Hayati.
“ Abang nak ke mana tu.” Tanya Hayati bile melihat Meor berjalan meninggalkannya.
“ Abang ke depan sekejap. Abang tak akan tinggalkan Ti.” Jawab Meor. Hayati tersenyum.

“ Errr..Maaf. Puan berbual dengan siapa tadi.” Tanya Doktor Lokman
“ Suami saya Meor doktor.” Doktor memandang jururawat Fida di sebelahnya. Di ajaknya jururawat Fida ke tempat lain.
“ Kerap ke patient ni berkeadaan macam ni selepas tersedar dari koma.” Tanya doktor Lokman.
“ Ini baru pertama kali saya lihat doktor. Kan patient baru tersedar.” Jawab jururawat Fida. Doktor Lokman meminta jururawat Fida menjemput keluarga pesakit. Datang Pak Mansur dan Puan Hamidah
“ Anak tuan dan puan telah sedar tapi kami mengesyaki kemungkinan ada sedikit gangguan di ingatannya. Siapa tu Meor.” Tanya doktor Lokman
“ Meor tu suami kepada anak kami Hayati. Dia terkorban semasa kemalangan tempuh hari.” Doktor Lokman memandang wajah jururawat Fida.
“ Errr…Maafkan saya. Tadi kami melihat anak puan sedang berbual dengan seseorang. Kami tanya dengan siapa dia berbual. Katanya dengan suaminya Meor.” Terang doktor Lokman

Kesemua mereka melihat ke arah Hayati. Kelihatan Hayati sedang berbual dengan seseorang.
“ Abang ke mana tadi. Lama Ti tunggu.” Tanya Hayati
“ Abang kan dah janji tak akan tinggalkan Ti. Abang ke depan sekejap.” Jawab Meor. Bergegas Pak Mansur dan Puan Hamidah ke arah Hayati.
“ Ti…Ti berbual dengan siapa tu.” Tanya Puan Hamidah
“ Ni abang Meor mak. Setiap hari dia temankan Ti. Kan abang. Abang dah janji. Jangan mungkir janji.” Kerling Hayati ke arah Meor yang hanya diam membisu.
“ Tapi Ti…Meor kan….” Doktor Lokman terus mencuit bahu Puan Hamidah lalu mengajak mereka ke tempat lain. Di biarkan saja Hayati berbual seorang diri.
“ Kalau boleh jangan di beritahu lagi tentang Meor kepada isterinya. Dia baru saja tersedar dari koma. Kami takut dia tidak dapat menerima kenyataan.” Terang doktor Lokman. Puan Hamidah sayu melihat dari jauh anaknya Hayati sedang bergelak tertawa seorang diri. Staff nurse Kisha melaporkan diri. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Pengunjung sudah beransur-ansur beredar. Kelihatan pengawal keselamatan sedang membuat rondaan untuk memastikan kesemua pelawat telah beredar. Hamidah masih lagi bergelak ketawa berbual dengan Meor. Staff nurse Kisha memerhati gelagat mereka dari kejauhan.

“ Apa yang staff nurse perhati tu. Patient tu memang suka bercakap seorang diri semenjak tersedar dari koma.” Kata jururawat Norma
“ Dia tak bercakap seorang diri. Memang ada yang menemaninya.” Jawab staf nurse Kisha.
“ Staff nurseee….Jangan takutkan saya.” Jerit jururawat Norma. Tersenyum staff nurse Kisha mendengar jeritan jururawat Norma. Staff nurse Kisha berjalan menuju ke arah Hamidah. Matanya menjeling ke arah Hamidah.
“ Ehh…Abang tak pulang lagi. Dah malam ni. Nanti pengawal datang.” Kata Hamidah.
“ Tak apa. Kan abang dah janji tak akan tinggalkan Ti.” Jawab Meor. Staff nurse Kisha terus menghapiri mereka.
“ Abang pergilah mandi dan tukar pakaian. Nampak kusut sangat abang ni.” Kata Hayati. Meor hanya mendiamkan diri.

“ Maaf staff nurse. Suami saya tak keluar lagi. Ini suami saya Meor. ” Kata Hayati
“ Jangan lama sangat berbual. Nanti ada yang marah.” Kata staff nurse Kisha sambil matanya memandang ke arah Meor. Terkejut Meor bila staff nurse dapat melihatnya. Staff nurse terus menuju ke arah jururawat Norma.
“ Apa la patient Hamidah dok cerita dekat staff nurse tadi.” Kata jururawat Norma
“ Norma. Kamu percaya tak pada roh yang datang selepas kematian.” Kata staff nurse Kisha. Jururawat Norma terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut staff nurse Kisha
“ Apa yang staff nurse gurau ni. Saya ni jenis penakut.” Kata jururawat Norma
“ Saya tak bergurau. Sebenarnya pesakit Hayati sedang berbual dengan seseorang. Katanya Meor suaminya.” Kata staff nurse Kisha.
“ Ya Allah seramnya staff nurse. Apa yang staff nurse nampak.” Tanya jururawat Norma
“ Suami pesakit amat uzur. Matanya cengkung. Pipi berdarah. Pakaiannya lusuh.” Cerita staff nurse Kisha

“ Mereka masih berbual. Bergelak ketawa.” Cerita staff nurse Kisha.
“ Benda tu tak ganggu ke pesakit lain staff nurse.” Tanya jururawat Norma
“ Saya rasa tak sebab dia sentiasa berada di sisi pesakit.” Kata staff nurse Kisha
“ Kita kena maklumkan perkara ni dekat doktor.” Kata jururawat Norma. Terdiam staff nurse Kisha sambil matanya memandang pesakit dan suaminya sedang berbual denagn gelak ketawa.
“ Mungkin pesakit tidak melepaskan suaminya dan suaminya pula seperti ada sesuatu perjanjian.” Bisik hati kecil staff nurse Kisha.

Di katil pesakit….
“ Abang. Ti ucap terima kasih kerana abang pegang janji abang tak akan tinggalkan Ti.” Meor hanya tersenyum mendengar pujian isterinya
“ Kalaulah abang tak ada di sisi, entahlah Ti rasa macam hidup ini kosong.” Murung wajah Hayati
“ Kan abang dah janji tak akan tinggalkan Ti.” Kata Meor
“ Itu Ti faham tapi takkanlah abang nak teman Ti saja di sini. Nanti apa kata doktor,nurse dan pengawal keselamatan bila melihat abang sentiasa berada dengan Ti.” Meor hanya diam mendengar keluhan Hayati. Hayati seperti dapat merasai sesuatu bakal terjadi.

Dimeja jururawat…
Kelihatan staff nurse Kisha sedang berbual dengan doktor Lokman
“ Staff nurse pasti apa yang staff nurse nampak.” Tanya doktor Lokman
“ Betul doktor. Suaminya masih berada dekat pesakit. Wajahnya semakin teruk. Mungkin pada pandangan pesakit tiada perubahan pada wajah suaminya.” Kata staff nurse Kisha sambil menjeling kearah pesakit.
“ Insyaallah nanti akan saya jemput Ustaz Hamdan kemari. Biar dia yang uruskan. Minta staff nurse jangan hebuhkan. Takut pula ganggu ketenteraman pesakit yang lain. Saya akan jemput ibubapa pesakit juga” Staff nurse Kisha akur pesanan doktor Lokman.

Di katil pesakit….
“ Bang. Kenapa Ti tengok abang diam saja. Tak ceria macam selalu.” Tanya Hayati kepada Meor
“ Mungkin hari ni hari akhir kita berjumpa.” Kata Meor dengan nada sedih
“ Abang nak kemana. Abang kan dah janji tak akan tinggalkan Ti.” Hayati menangis. Meor hanya diam membisu
“ Abang minta maaf sebab terpaksa mungkir janji.” Meor seperti dapat merasai akan perpisahan.
“ Abang jangan cakap macam tu. Ti tak boleh hidup tanpa abang.” Kata Hayati.

Dari kejauhan, Meor melihat doktor Lokman bersama ustaz Hamdan. Pak Mansur dan Puan Hamidah turut sama datang.
“ Ibuuu….Abang Meor nak tinggalkan Ti. Abang Meor dah janji.” Tangis Hayati sambil memeluk ibunya.
“ Ti. Sebenarnya Meor dah meninggal sewaktu kemalangan.” Kata Puan Hamidah
“ Ti tak percaya. Ni abang Meor ada di depan kita.” Sambil menunjuk kearah Meor
“ Benar Ti. Ayah sendiri yang hadir sewaktu jenazah di kembumikan.” Jelas Pak Mansur
“ Abang. Tolong jelaskan dekat ibu dan ayah. Abang tak mati. Abang masih hidup. Ibu…ayah..ni abang Meor.” Hayati menepuk-nepuk bahu Meor. Pak Mansur dan Puan Hamidah saling berpandangan
“ Apa pandangan ustaz.” Tanya doktor Lokman
“ Kita kena pisahkan.” Ringkas jawapan ustaz Hamdan.
“ Kami serah pada pak ustaz.” Kata Pak Mansur

Ustaz Hamdan mula berkumat kamit.
“ Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum. La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,lahu ma fis-samawati wa tiwama fil-‘ard Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnih. Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a. Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem “
Ustaz Hamdan terus membaca surah Al Fatihah. Meor hanya diam membisu. Kemudian Ustaz Hmdan terus membaca…..
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.” (QS. Al-Fajr: 27-30). Di hembusnya ke arah Meor. Sedikit demi sedikit pandangannya kabur dari penglihatan Hayati..
“ Abang. Abang jangan tinggalkan Ti. Ti tak boleh hidup tanpa abang.” Menangis terisak-isak Hayati. Ibunya terus memeluk Hayati.
“ Biarlah Meor pergi dengan dengan tenang. Lepaskan dia Ti.” Kata Puan Hamidah
“ Abang Meor…Abang dah janji tak akan tinggalkan Ti. “ Menjerit2 Hayati dan akhirnya atas arahan doktor Lokman, Nurse telah memberi ubat suntikkan untuk merehatkan Hayati

Staff nurse Kisha terus berlalu ke satu tempat. Di keluarnya talipon bimbit lalu menalipon seseorang
“ Abang….Ayang cinta abang. Abang jangan tinggalkan ayang.” Rupanya staff nurse Kisya menalipon suaminya Azmi. Azmi hanya mendengar esakkan tangis dari isterinya. Staff nurse Kisya terlalu sebak melihat percintaan pesakitnya. Depan matanya dia melihat Meor hilang dari pandangan. Jiwanya amat terkesan dengan apa yang di lihat. Keesokkan harinya Hayati membuka matanya. Dia seperti mencari sesuatu
“ Puan cari siapa.” Tanya jururawat Fida
“ Mana abang Meor. Kenapa abang Meor tak datang.” Tanya Hayati. Jururawat Fida dah maklum apa yang berlaku tapi tidak dapat menjawab pertanyaan dari Hayati. Jururawat Fida terus membuat laporan kepada doktor Lokman.
“ Puan. Puan kena terima hakikat yang Meor sudah meninggal.” Amat berat bagi doktor Lokman bercakap kebenaran. Biar dia terima kenyataan walaupun amat perit.
“ Siapa cakap abang Meor matiiii….” Menangis mendayu2 Hayati. Dia betul2 merindui suaminya Meor
” Kita nak buat macam mana doktor.” Tanya jururawat Fida kepada doktor Lokman
“ Biar masa yang akan merawatnya.” Jawab doktor Lokman. Kesihatan Hayati semakin merosot. Dia tidak banyak bercakap. Matanya asyik melihat di atas. Kadang2 airmatanya mengalir.

Tekanan darah Hayati semakin menurun. Cepat2 doktor Lokman menalipon kedua2 ibubapa Hayati agar segera ke hospital.
“ Ti. Kenapa jadi macam ni.” Puan Hamidah memeluk anaknya
“ Saya rasa lebih elok sedekah ayat2 suci Al Quran kepadanya. Itu yang dia perlukan ketika ini.” Kata doktor Lokman. Pak Mansur terus mendekatkan mulutnya di telinga Hayati…
“ Laaa ila Haillallah….” Sebak Pak mansur ketika ini
“ Laaa ila Haillallah….” Dada Hayati semakin berombak. Akhirnya Hayati kaku dan tidak bernafas lagi.
“ Doktor…Kenapa saya sedih sangat kali ini.” Kata staff nurse Kisha. Jururawat Fida juga tidak dapat menahan sedih. Terlalu agung cinta mereka hingga akhir hayat. Doktor Lokman juga menyeka airmatanya. Baginya patient ini telah menjentik hatinya dan staff yang lain. Cinta yang di bina hingga ke akhir hayat. Tapi percintaan ini berakhir dengan tragedi. Tragedi yang menyayat hati.
SEKIAN TERIMA KASIH.
Ariff Budiman Zainal Abidin

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Tragedi Cinta”

  1. Karya dah ok, the idea is there. Tapi sebelum publish semak dulu kot ada silap mana2, especially nama watak. Apa pun, good luck!

    Reply

Leave a Comment