Assalamulaikum semua pembaca Fiksyen Shasha, pertama sekali terima kasih FS sebab siarkan cerita ni.
Okay saya mulakan, saya ni ibu kepada 2 orang anak..kerja saya jenis tak tentu. Kadang-kadang sampai kena balik malam. Kebetulan masa kerja saya kenal dengan 3 orang kawan lain. Boleh dikatakan kami berempat ni cepat get along lah. Kawan kawan saya yang 3 orang tu, 2 orang tu bujang sorang lagi dah kahwin tapi belum dapat anak).aku kenalkan kawan aku sebagai nini, kaka dan fafa ye.
Kami ada planning satu trip outing. Saya yang cadang. Biasalah mak mak ni nak me time katanya. Dapat pula kawan kawan yang menyokong dan suami pon offer diri untuk jaga anak weekend tu. Kami berempat plan untuk ke Melaka.Plan untuk tidur satu malam.
Aku kena cerita satu satu supaya korang faham kenapa benda ni menimpa kami. Paling banyak kena kat aku lah. So, kami bertolak pagi dari KL, check in kat hotel The ****** ( hotel ni ada tempat amik gambar yang kita diri atas kaca) dah boleh teka kan? lepas cek in kami lepak kat swimming pool, masa ni kami turun bertiga je. Fafa stay kat bilik sbb ngantuk sangat.nanti aku cerita apa yang kena kat dia masa kami kat pool.
So petang tu kami ke Jonker, masa maghrib aku ngan kawan kawan naik basikal pusing bandar melaka tu..selesai semua aktiviti dan makan malam sekitar 2 pagi macam tu sampai hotel.
Masa ni aku yang paling terkinja sekali sebab sebenarnya tengah lawan ngantuk. Biasalah mak mak mana reti tidur lambat kan. So masa nak masuk bilik tu aku lah yang paling kuat bagi salam. Pastu mulut ni pulak tak reti senyap, mulut cepat je pergi tanya…”eh floor ni memang kita je ke ada?”..kaka jawab “ko ni diam lah kang ada yang menjawab naya je..”
Kami berempat masuk dalam bilik tu..so kami gilir gilir guna bilik air. Yang masuk first fafa. So kami bertiga ni keluar ke beranda sebab nak amik baju pergi pool yang kami sidai petang tadi. Ok beranda ni ada dinding pemisah antara bilik. Dinding dia tinggi jugak lah sebab kalau kita berdiri pon ade lagi suku dinding tu lepas tu dinding ni sampai ke dopant sampai pagar beranda tu. So kalau org jengah pon either org tu setinggi dinding atau badan dia panjang..yang penting masa ni aku still ingat “orang” tu orang..masa aku keluar ke beranda aku depan sekali..tiba tiba ade orang kat bilik sebelah tegur “Assalamualaikum, baru balik ke dik?”yang peliknya aku gelak gelak je..aku tak jawab pon salam org tu.Sebab dalam kepala aku still perasan yang ni dah tengah malam takkan la aku nak jawab salam..mana ada orang datang rumah malam malam kan? Aku gelak gelak sambil ambil baju aku tu Yang best tu, figure orang tu gelap aku tak nampak mata mulut ke kening ke apa semua. Dia macam bayang bayang hitam pekat. Lepas tu aku nampak kepala sampai dada je..tak perasan pulak dia ada tangan ke tidak sebab sekali pandang..tapi seriuslah aku memang tak tau masa tu benda tu adalah ‘bukan orang’.
Pastu aku cakap la kat nini dengan kaka,”weh, korang ade orang la kat situ..dia bagi salam pulak”aku gelak lagi..yang best nya nini dengan kaka gelak gak weh.pastu kami pon masuk balik bilik macam xde apa berlaku.
Bila masuk bilik, tunggu giliran untuk guna bilik air, dia kacau lagi, kali ni ketuk pintu bilik pulak.masa ni serius tak perasan yang dah nak masuk 3 pagi tau. kami stil macam “siapa pulak main ketuk-ketuk malam malam ni”..yang pelik, kami takde seram sejuk apa pun..just rasa macam kena kacak dengen orang betul.kami masih buat rileks je.3-4 kali juga dia buat macam tu.lepas tu kat depan hallway depan pintu kami ni meriah sangat macam ramai betul orang.so kami berbual sama sendiri cakap “baru balik kelab lah ni adoi,pastu mabuk duk ketuk pintu bilik orang lain”..tapi kami pelik sebab hotel ni 4 star.takkan lah orang orang tak bertamadun duduk sini..hahah cakap orang aku pon bising gak tadi tapi tak adalah sampai ketuk pintu bilik org sedangkan bilik hotel semua boleh pakai doorbell.ketuk mengetuk ni berlarutan sehingga semua dah siap untuk nak tidur..masa ni aku macam still bertenaga lagi, aku jengah kat lubang pintu tu nak tengok hallway..ada orang!!sorang tengah diri.sorang tengah cangkung.pakai baju apa semua..so confirm la orang..bukan hantu.tapi pukul 3pagi?ko buat apa depan pintu bilik weh?masa tu ok lagi..sembang sembang lagi dengan kawan kawan aku..so aku ni curious lagi,aku jengah lagi depan pintu..tak ada sesiapa dah..masa tu badan dah rasa lain.
Nini..dia ni penakut sikit.kalau tidur ramai ramai, dia jenis nak tidur tengah tengah tak nak tidur hujung..dia suggest kat aku..”kita telefon frontdesk nak?kita tanya sebelah billik kita ni betul ke ada orang?”aku cakap “tak payah la mengada, kalau betul bilik sebelah ni tak ada orang..tak ke semua tak senang tidur malam ni?”
So malam tu kami tidur macam biasa dan cek out awal dalam kul 11 macam tu sebab nak kejar roti canai arang…masa nak cek out, kaka yang pergi check out, kami tunggu dalam kereta kat lobi.dia masuk masuk je kereta terus dia cakap
“koraaaaaannnggggg….”
aku terus celah “BUKAN ORANG EH SEMALAM?”
“iya bukan sebab frontdesk cakap bilik tu memang takde orang..lepas tu dia tanya kenapa kak?”
“takde apa…”
pastu frontdesk tu cakap lagi “maaf ye kak kalau akak ada dengar apa apa sebab bilik tu dah lama kami tak ‘bersihkan'”
Dah pulakkk,masa tu aku nak nangis rasa weh..nasib baik yang jengah kat beranda tu susuk lelaki.kalau benda tu jenis ada rambut mengerbang.agaknya kami tak tidur dah hotel tu malam tu.lagi pulak tu nak tau tak, rupa rupanya dua dua kawan aku yang kat beranda dengan aku tu rupanya dua dua tak nampak susuk tu.diorg just dengar je suara.yang nampak benda tu aku sorang.dan aku sorang jugak yang nampak orang kat hallway yang ramai ramai tu.lepas tu Fafa tambah, masa kiteorg semua kat pool, dia dah puas tidur, dia dengar ada orang ketuk bilik..dia keluar jalan sampai hujung bilik (bilik kami second last dari hujung jalan) dan tak jumpa siapa siapa..tapi dia diam je lah tak beritahu kami sebab tak nak kami semua takut.
Itu lah lain kali jangan suka sangat bila kat tempat orang.memang lah kena kacau.lepas ni memang tak buat dah lah. itu sahaja ceritanya.memang bukan cerita hantu hardcore.maaf lah kalau tak seram ye.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Teruknya typo. Nak faham pun payah ceritanya.
Tu hantu miang…sajer nk nyakat korang…tau semua dlm bilik tu pompuan…tu psl deme tertarik nk kaco
Hotel mana tu eh
The shore
Meremang baca hm.. Btw, Nini mmg penakut pun hahah
Nsib bkn nina ank pak hassan yg sy knal.. Tp melaka mmg byk….
So apa jadi kat Fafa masa korang semua kat pool? Kata nak cerita
kan dah cerita kat perenggan last tu
rse dkt melaka mmg banyak kot.nsb aku dgn kwn2 lagi la ktorg xtau pon kwn ktorg tu preggy..tp suami kwn aku pasan dia ckp dkt kwn aku ni dia kata aku rasa ko preggy ni mati2 kwn aku ckp x.yela anak first we lgpon msg2 mse tu mmg xda pengalaman ktorg sume bru kawen.bende tu xtahu la ikot dr mane tp aku rse dr klebang sbb ktorg pkl 3 pg pegi cri kedai makan sbb lapo sgt.mlm tu msg2 gtl nk tido lmbt sume dok gelak2 kuat bende tu elok je dudok blkg aku.hahah bila dh smpai kl bru la suami kwn aku tu bgtau ape yg dia nmpk blkg aku.ermm
nak duduk hotel 4 bintang ke 5 bintang ke janji ada duit. bukan tunggu bertamadun baru boleh duduk hotel mahal.