Bismillahhirahmanirrahim. . . . . .
Assalammualaikum semua, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada fiksyen shasha kerana telah memberikan saya peluang untuk share serba sedikit tentang kisah yang saya akan ceritakan nanti. Ini adalah kali pertama saya berpeluang untuk menulis cerita di fiksyen shasha dan saya ingin memohon maaf jika ada salah silap pada cerita ini atau ada berkait dengan ilmu halus . Tanpa membuang masa saya akan menceritakanya . Enjoy !
Harini adalah hari pertama kali aku datang bulan di asrama . Memang sukar bila datang bulan buat kali peryama di asrama bagi aku….
‘Apa yang lama sangat tu Bella, Kau ni buang air besar ke buang air kecil ?’ rungut kawanya sarah atau lebih dikenali sebagai “rara”
‘sabarlah lah jap ‘ kata Bella
Bella pun keluar dari tandas dan membisik sesuatu kepada rara sehingga membuat rara terkejut dan bercuap tahniah…
kau dah kenapa ucap tahniah kat aku , bukan nya aku mengandung aku datang bulan ni sis ..
kata bella
hahaha kau ni lawak doh , takdela kalau kau nak tahu orang yang datang bulan ni dikira dia normal lah ..balas rara
Aku kena bagitahu cikgu ke ? tanya bella
Pasaipa hang nak pi bagitahu kat cikgu ? gataih sangat aih sampai nak bagitahu cikgu. Hang tu period ja bukan nya apa. jawab rara yang datang dari negeri utara .
Hish yela yela . Jawab Bella
Weih jom masuk kelas rehat nak habis ni, balik ni kau kena belanja aku makan eh . Dahla p****g mood aku nak makan pastu kena sibuk hal kau pulak . Marah rara
Yela aku tahu . Kau ni bab makan memang takleh berpisah eh . gelak bella
Keesekon malam
11.50
Aduh pad bocor pulak , wei rara teman aku gi tandas aku nak tukar pad ni . Tanya bella kepada rara yang sedang tidur dengan nyenyak .
Kau pergi lah aku malas lah kau ni suka kacau orang dah kenapa. Pergi la sendiri malas aku. jawab ringkas rara sambil mengalirkan air liur basinya itu.
Tak guna punya kawan , aih takpela aku pergi sendiri harap kau sampai esok la aku tak pergi .
Uih, lega dah dari sengsara dengan ketidakselesa tadi. Aduh aku tak bawak plastik la nak buang kat mana ni ? Bisik bella seorang diri. Ish buang jela mana mana asalkan buang dari tak buang.
Keesokan paginya
Bella kau asal bangun awal sangat harini. Kau ok ke tak ok ni ? tanya rara dengan nada yang risau dan pelik dengan tingkah laku kawanya itu.
Suka hati aku lah nak bangun pukul berapa yang kau nak kisah apahal? jawab bella dengan sinis.
Alah kau mesti marah kat aku sebab aku tak teman kau semalam kan.. alah aku ngantuk sangat lah lain kali aku teman kau yer cik bella yang comel. Jawab rara sambil mengumpan rakanya itu.
Pada malam itu
Eh kau nak gi mana tu ? tanya rara selepas mereka balik daripada prep .
Aku nak gi tandas lah nak tukar pad aku ni dah penuh , jawab bella.
ok. Jawab rara dengan ringkas
Eh mana tong sampah kat dalam tandas ni . Takkan hilang kot ? aduhai macam mana aku nak buang ‘benda’ alah ni . Takkan nak buang kat luar kot malu lah aku nanti . Tak pasal pasal kena tangkap nanti aduhai semakla . Marah bella .
Dia keluar senyap senyap lalu membuang ke dalam tong sampah yang berhampiran bilik stor yang sudah lama dikosongkan.
Good morning my friend ! how are you today?
Kau dah kenapa memekak pagi pagi buta ni rara, siap gembira bagai asal ? tanya bella dengan nada yang pelik.
Takdela lagi berapa hari jer cuti semester takkan kau tak happy? jawab rara dengan gembira .
Jangan la kacau aku ..takde mood lah .
kau ni ok ke tak bella, aku tengok kau semenjak 2 , 3 hari ni kau macam tak ok jer? kalau kau ade masaalah kau boleh bagi tahu aku ataupun bagi tahu cikgu , ustaz ke or usta..
Kau diam boleh tak , semakla lah kau ni aku dh cakap kan aku takde mood takde mood lah jangan lah kacau aku ,hish . Belum sempat rara menghabiskan kata katanya sedar tak sedar bella telah pun keluar dan menuju ke tempat lain tanpa rasa bersalah .
Pelik semcama aku tengok kawan kau tu macam kena rasuk pun ada, sampuk ainun kawan sebilik mereka berdua.
Setahu aku dia tak pernah macamtu tapi sejak dia datang bulan tu dia asyik marah jer aku pun tak tahu. jawab rara dengan ragu ragu.
Malam bacaan yasin
semua pelajar perempuan diminta berkumpul di surau untuk bacaan yasin .
rara masih tercari cari kelibat kawanya itu siapa lagi kalau bukan bella ?
dia mencari di dalam bilik mereka tetapi kelibat bella masih belum dia jumpai dan dia membuat keputusan untuk laporkan pada warden tentang bella .
bacaan yasin pada malam itu tetap diteruskan walaupun kekurangan segelintir pelajar . Walaupun pelajar yang ‘cuti’ mesti berada di kawasan surau dan menunggu di luar kerana itu peraturan di asrama itu.
Malam itu beberapa ustazah, ustaz, warden dan murid mencari bella di sekeliling asrama tapi mereka tidak masih tidak nampak kelibat pelajar itu.
Beberapa ketika itu mereka terdengar bunyi seorang menjerit di atas bumbung dan ia adalah bella !
mereka semua telah menuruh bella untuk turun tetapi dia masih lagi degil dan tidak menghiraukan kata kata sesiapa pun disitu seolah olah ada ‘benda’ di dalam badan dia itu .
” Budak ini adalah tuan aku dan dialah yang memberi aku makan sekarang ni dan sampai bila bila pun dia menjadi tuan aku dan tampa sedar dia sudahpun membela aku kerana kekotoranya aku suka . ” hahahahahah” gelak bella sambil mengejutkan semua yang disitu .
Ustaz rafiq membaca surah surah pendinding ayat al quran dan badan bella menegelupur seperti orang yang dirasuk dengan teruk.
Tapi ‘ benda’ yang di dalam badan bella itu degil dan berkata untuk kali terkahir ” d***h manusia adalah makanan ku dan nyawa manusia adalah jiwa ku ” Tanpa menghiraukan kata kata mereka sepantas tidak mengira masa bella pun terjun ke ke bawah dan terhempap dengan kuat dan mengejutkan para jemaah yang sedang membaca yasin di surau .
rara menangis teresak esak dengan kuat .
2 minggu selepas kematian Bella
Lupakan yang lama , dia dah pergi jadi kita doakan yang baik baik sahaja untuk dia dan semoga roh dia tenang disana dan tiada lagi dendam muslihat di muka bumi ini. Jawab ainun tenangkan hati rara .
Terima kasih Bella .
Kesimpulanya : Kita sebagai orang islam terutamanya yang perempuan . Kita diwajibkan menjaga kebersihan diri terutama bila kita dalam keadaan yang kotor dan kita juga perlu peka akan kebersihan diri dan tidak menyumbangkan makanan kepada jin kerana makanan jin adalah d***h .
Okay semua sampai sini sahaja cerita yang ingin saya sampai dan harap korang semua enjoy dengan cerita yang saya sampaikan ini. Maaf sekali lagi jika ada kesalahan dima dimana bahagian jika ada boleh tegur dan teruskan membaca kisah saya.
Sekian terima kasih, Assalammualaikum.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Terima kasih Fiksyen Shasha !
Penulisan yg sukar nak difahami. Semak dulu lah ejaan tu dik sebelum submit cerita. Susunan ayat kasi kemas sikit.
berlatih lagi ye
Just gunakan ni je “” pun sudah cukup memadai sebenarnya 😂.
Gunakan ” ” utk dialog.
Baiki penulisan, refer penulis2 lain…