tUAN sYED

Pada suatu ketika dahulu di sebuah kampung terpencil, terdapat sebuah rumah tua yang diselubungi misteri. Rumah itu telah berpindah dari satu generasi ke generasi seterusnya dan dihuni oleh keluarga Tn Syed. Dikatakan keluarga ini mempunyai saka turun temurun yang menjadi penjaga harta besar yang tersembunyi di dalam rumah.

Tn Syed, ketua keluarga keempat dalam keturunan keluarga yang dijaga saka tersebut, seorang yang tamak haloba. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh keluarganya, malah telah cuba mencari jalan untuk mendapatkan harta itu untuk kepentingan peribadinya.

Pada suatu hari, Tn Syed ketika dia sedang duduk mengopi di warung yang berdekatan , dia mendengar cerita dari seorang lelaki tua juga merupakan seorang bomoh handal di kampung itu tentang cara menipu saka dan mengambilnya. Hatinya dipenuhi dengan kerakusan yang semakin tidak terkawal. Tanpa berfikir panjang, dia mencari jalan untuk melaksanakan rancangannya.

“Kau nak aku bantu?” Tanya Bomoh itu yang mempunyai maksud terselindung.

Tn Syed tidak mengendahkan pertanyaan Bomoh itu sebaliknya treus beredar pergi dari kedai kopi itu. Bomoh hanya memerhatikan Tn Syed sehingga hilang dari pandangan, terilah riak geram diwajahnya kerana tidak diendahkan.

“Pandang apa tu tok?” Sapa seorang pemuda yang duduk dihadapannya.

“Sombong betul orang kaya tu! Berani dia tidak endahkan aku!” balas Bomoh tua itu.

‘Siapa? Tn Syed tu ke? Dia kan memang macam tu. Belagak itu gayanya, dia kan orang paling kaya disini, mana lah dia nak layan orang biasa macam kita ni.” jawab Supian, pemuda tadi.

“Orang biasa kau cakap pian?” tambah lagi api kemarahan Bomoh itu.

“Tok hebat, kitorang ni yang biasa gulp..” jawab Supian sambil menelan air liur, takut juga dia pada Bomoh tua itu. Antara Bomoh terhandal yang memiliki banyak konco-konco ghaib.

Selang beberapa hari selepas itu, Tn Syed datang menemui Bomoh tua itu di warung kopi seperti biasa, kali ini riak wajah Tn Syed bersungguh untuk mendapatkan bantuan Bomoh tua.

“Tok, aku nak kau tolong aku!” Kata Tn Syed ringkas.

“Aku tahu kau akan datang jugak cari aku!” kata-kata Bomoh tua sambil mendengus panjang.

“Tapi apa pengeras yang kau nak bagi aku?” Tanya Bomoh tua itu lagi.
“Jangan risau tok, apa yang kau nak semua aku boleh bagi. Tapi hanya satu sahaja syaratnya.” Jawab Tn Syed sambil tersenyum.

“Eh, belum pernah lagi orang yang letakkan syarat bila perlukan bantuan aku!” Tempelak Bomoh tua itu , mukanya merah menahan marah.

“Tok, aku yang paling berkuasa disini. Kalau kau ikut suruhan aku, aku bagi apa sahaja yang kau mahu.” Jelas Tn Syed meninggi diri.

Bomoh tua hanya mendiamkan diri sambil menahan marah. “Besok malam, aku datang ke rumah kau! Sediakan sekali barang yang aku pesan!”

Tn Syed segera menulis senarai barang yang diperlukan untuk menjalankan perancangan nya Lalu beredar pergi dari warung kopi itu. Langkah nya diperhatikan Bomoh tua bersama beberapa pemuda yang duduk ngopi disitu.

Keesokkan malamnya. dengan bantuan bomoh itu, Tn Syed mengatur upacara untuk memanggil saka. Ritual itu memerlukan persiapan yang kompleks dan hanya dilakukan pada malam bulan purnama. Tn Syed mengumpulkan segala jenis barang berharga milik keluarganya sebagai persembahan kepada saka, yang sebenarnya adalah cara untuk mengumpan saka.

Apabila malam bulan purnama tiba, Tn Syed dan bomoh tua itu bersiap sedia untuk melaksanakan upacara tersebut. Suasana di rumah lama itu semakin tegang dan menakutkan. Sejurus sebelum upacara itu bermula, Tn Syed merasakan sesuatu memerhatinya dari kegelapan, tetapi dia tidak mengendahkannya dan meneruskan rancangannya.

Jantung Tn Syed berdegup kencang kerana cemas dan takut pada masa yang sama. Walaupun begitu ia tidak menghalang hasrat nya yang tamak dan berkata “Akhirnya, kekayaan saka akan menjadi milik aku! Akuakan menjadi pemerintah terkaya dalam sejarah keluarga ini.”

Sambil mengerutkan dahi Bomoh tua berkata “Ingat Syed! jangan sesekali cuba menipu Saka. Hasilnyakau takkan boleh jangka.”

“Ah kau, buat saja kerja kau! Tak perlu mengajar aku!” Tn syed benar-benar belagak seperti seluruh dunia ini miliknya.

Geram dengan kata-kata Tn Syed, Bomoh tua itu buat perjanjian dalam diam dengan saka terkutuk itu, saka itu sangat marah kerana Tn Syed mengkhianatinya.

Sebaik sahaja upacara itu bermula, tiupan angin bertiup, dan bilik itu dipenuhi dengan bunyi aneh dan gelap gelita. Satu bayang hitam pekat besar muncul di hadapan Tn Syed dan bomoh itu. Tn Syed percaya bahawa saka yang datang untuk menerima persembahan mereka.

“Waha saka yang perkasa, kami datang membawa persembahan yang setimpal dengan kebesaranmu. Berikan kami harta saka yang tidak ternilai ini!”

Wajah mengerikan di balik banyang hitam bersuara dengan lantak sehingga menyakitkan telinga Tn Syed “Orang tamak bodoh! Kau fikir aku boleh ditipu dengan persembahan bodoh seperti ini?”

Namun, apa yang berlaku seterusnya benar-benar mengejutkan. Saka tidak tetarik langsung dengan persembahan yang diberikan. Sebaliknya, dia bertentang mata dengan Tn Syed dengan pandangan tajam. Tn Syed berasa takut yang tidak terkawal, dan perasaan bersalah mula menghantui dirinya.

“Tidak, tidak! Aku cuma nak lindungi kekayaan keluarga kita, untuk kepentingan bersama.” Kata Tn Syed ketakutan sehingga menggigil.

“Bertahun-tahun aku menjaga keluarga kau. Ini balasn kau? Kau tidak layak lagi menjadi penjaga aku dan semua harta ini.”

Dengan amarah, saka melepaskan mantra sumpahan kepada Tn Syed dan semua keturunannya. Dia bersumpah bahawa kekayaan itu tidak dimiliki oleh keluarga Tn Syed lagi. Saka kemudian menghilang ke dalam kegelapan, meninggalkan Tn Syed dalam keadaan terketar-ketar dan ketakutan. Bomoh tua itu hanya tersenyum puas melihat apa yang berlaku.

Sejak malam itu, keluarga Tn Syed hidup dalam kemiskinan dan sumpahan yang teruk. Harta karun yang pernah menjadi kebanggaan keluarga kini menjadi sumpahan yang menakutkan. Semua percubaan mereka untuk mencari kekayaan semula sentiasa berakhir dengan kegagalan.Bomoh tua juga telah menghilang tanpa khabar berita.

Tn Syed merenung nasibnya dengan pandangan gelap, memerhatikan nasib keluarganya bagaikan membazir.

Tn Syed termenung dan menangis memikirkan keadaan dirinya. Dalam diam dia berkata “Tidak, ini tidak boleh berlaku! Aku tidak akan hidup dalam kemiskinan ini!”

Namun, isteri Tn Syed, Nura, menghampiri dengan pandangan tajam yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

“Syed, cukup! Aku takut dengan perubahan yang terjadi pada kau . Adakah semua tentang kekayaan dan kekayaan? Kekayaan itu tidak menjadikan kau seorang lelaki yang baik.”Kata Nura kepada Tn Syed.

“Jangan cuba nak ajara aku Nura! Aku tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita.” Tengking Tn Syed.

Nura semakin geram akibat ditengking dan mebalas dengan kata-kata yang menusuk “Yang terbaik untuk keluarga kita?! Kau hanya memikirkan tentang diri sendiri. Anak-anak kita hidup dalam ketakutan, tidak bahagia kerana ketamakan kamu.Aku tak nak hidup dalam dunia kau yang semakin tamak dan semakin tersesat ni!”

Tn Syed tersentak dan cuba merayu kepada Nura “Nura, jangan buat macam ni. Kita boleh fikirkan cara untuk atasi sumpahan ini bersama-sama. Kita boleh bawa bomoh lain untuk mengubah nasib kita.”

“Tak, Syed. Sumpahan ni akibat perbuatan kau yang tamak haloba. Aku kena fikirkan tentang nasib anak-anak kita.”

Sementara itu, anak-anak Tn Syed, Amir dan Aisha, yang mendengar pertengkaran dari sebalik pintu, memberanikan diri untuk berdepan dengan bapa mereka.

“Ayah, saya setuju dengan Ibu. Kekayaan ini telah merosakkan keluarga kita. Saya tidak mahu hidup menanggung dosa dan sumpahan ini.” Kata Amir keras mempertahankan ibunya.

Aisha juga tidak berdiam diri “Kami telah belajar dari kesilapan ayah. Kami lebih berharga daripada harta saka ini.”

Tn Syed berasa sunyi dan sakit hati dengan keputusan isteri dan anak-anaknya. Dia berasa terasing daripada orang yang dia sayang kerana ketamakan dan pentingkan dirinya.

Tn Syed berkata dalam lemah “Kamu semua nak tinggalkan ayah? Kamu tak fikir ke masa depan keluarga kita?”

Dengan tegas Nura menjawab “Masa depan keluarga kita bukan sekadar harta, Syed. Ia tentang menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.”

“Ayah, saya harap ayah dapat sedar betapa buruknya kerakusan ini. Mungkin, jika kita berdamai dengan masa lalu, kita boleh mencari kebahagiaan yang hakiki.” Kata Amir.

Aisha juga menambah “Kita akan tinggalkan rumah ini dan mulakan hidup baru. Mungkin, dengan hidup sederhana, kita akan temui kebahagiaan yang hakiki.”

Tn Syed hanya mampu berdiam diri, merenung kata-kata isteri dan anak-anaknya. Secara beransur-ansur, dia menyedari kesilapannya dan kehilangan besar yang bakal dia alami. Namun, seolah-olah ada kuasa yang menghalangnya daripada berkata apa-apa.

Tn Syed tiada pilihan selain mengalah “Baiklah, kalau itu yang kamu semua mahu. Pergi! Tapi aku akan tinggal dan kerjakan sumpahan ini.”

Isteri dan anak-anaknya perlahan-lahan meninggalkan rumah usang itu, meninggalkan Tn Syed keseorangan dalam kegelapan yang menyeramkan. Sementara itu, kabus misteri mula menyelubungi rumah lama itu, menambahkan lagi rasa ngeri.

Di sebalik pintu, Nura, Amir, dan Aisha berpegangan erat, dipenuhi perasaan bercampur baur. Mereka tahu bahawa keputusan mereka mungkin membawa mereka pada pengembaraan baharu yang tidak dijangka, tetapi mereka berasa yakin bahawa itu adalah keputusan yang tepat.

Sementara itu, Tn Syed duduk sendirian di dalam bilik yang penuh dengan misteri dan sumpahan. Dia menyesali perbuatannya dan menyedari bahawa kekayaan saka tidak dapat mengembalikan apa yang telah hilang: kebahagiaan dan kasih sayang keluarganya.

Dalam kegelapan rumah tua yang semakin terabaikan, Tn Syed merasa semakin terjerumus dalam sifat tamak dan haloba. Setelah isteri dan anak-anaknya pergi, ketamakannya semakin menguasai dirinya, dan ia berusaha mencari cara-cara baru untuk mendapatkan kekayaan dan membebaskan dirinya dari kutukan itu.

Tn Syed berbisik kepada dirinya sendiri “Aku harus mencari cara lain untuk mendapatkan harta itu. Aku tidak akan menyerah!”

Tn Syed yang dalam kehausan akan kekayaan, menemukan buku kuno yang berisi mantra dan sihir kuno yang dilarang. Tanpa ragu, ia mulai mengamalkan mantra tersebut, berharap mendapatkan kekuatan dan harta lebih besar lagi.

Namun, tak lama setelah itu, sebuah kehadiran jahat muncul di dalam rumah tua itu. Makhluk yang besar dan hodoh muncul dari bayang-bayang. Makhluk itu menarik perhatian Tn Syed dengan aura kegelapannya.

Dengan suara yang garau makhluk itu berkata “Tn Syed, nampaknya kamu sedang bergelut dengan sumpahan dan ketamakan kamu. Aku boleh membantu kamu mendapatkan apa yang kamu mahukan.”

Tn Syed cuba menyembunyikan rasa takutnya berkata “Siapa kau? Dan apa yang kau nak dari aku?”

“Aku Raja segala nafsu serakah, namaku Azal. Aku adalah makhluk yang terikat oleh kuasa gelap ini. Kedua-dua dunia memerlukan kuasa, dan aku boleh memberi kau segala-galanya, tetapi sebagai balasan kau harus ikut perintahku.”

Tn Syed mula tertarik “Berikan aku apa yang nak dan aku akan berikan apa sahaja yang kau mahu.”

“Baiklah. Aku akan berikan kekayaan dan kuasa tanpa had pada kau. Tetapi sebagai gantinya, kau mesti mencari jalan untuk memusnahkan keluarga kau yang meninggalkan kau. Mereka mesti menderita dan menyesali tindakan mereka.”

“Tapi… mereka keluarga aku. Walaupun mereka tingalkan aku, aku tetap sayangkan mereka.”

“Bodoh! Cinta hanya melemahkan kamu. Mereka telah mensia-siakan kamu. Hanya aku seorang yang boleh memenuhi hasrat kamu. Fikir baik-baik, Tn Syed.” tempelak Azal, mahluk hodoh itu.

Tn Syed berfikir sedalam-dalamnya “Mereka telah pergi dan meninggalkan aku sendirian. Tidak! Aku tidak akan membiarkan mereka pergi begitu sahaja. Aku akan mengambil kau dan membalas dendam.”

Azal ketawa dengan deras sehingga begegar rumah besar itu dan berkata “Besarlah keputusanmu, Tn Syed. Bersedialah untuk menikmati kekayaan dan kuasa yang kamu dambakan, sementara mereka akan menderita kesakitan yang tidak dapat dilupakan.”

Dengan pakatan yang jahat lagi dahsyat ini, Tn Syed semakin tenggelam dalam kerakusannya dan menjalin pakatan dengan makhluk jahat yang keji itu. Dua kuasa gelap bersatu dalam matlamat jahat mereka untuk membalas dendam terhadap isteri dan anak-anak Tn Syed.

Sementara itu, di kejauhan, isteri dan anak-anak Tn Syed menjalani kehidupan baru secara sederhana dan penuh kasih sayang. Walaupun masih merindui kehadiran suami dan ayah, mereka lega meninggalkan kehidupan yang tamak.

Namun, nasib keluarga Tn Syed bakal berubah semula apabila ketiga-tiga ahli keluarga itu menerima jemputan misteri daripada seseorang yang mendakwa mengetahui cara menghapuskan sumpahan yang menimpa mereka. Dan tanpa disedari, pertemuan misteri ini akan membawa mereka kembali ke rumah lama yang berhantu dan menakutkan.

Di sebalik dinding rumah lama itu, perbalahan gelap dan tegang memuncak. Kejahatan dan kutukan menanti untuk membuka rahsia keluarga Tn Syed dan membongkar misteri yang tidak terpecahkan selama bertahun-tahun. Adakah mereka akan dapat menghadapi nasib gelap mereka atau adakah mereka akan tenggelam dalam kegelapan yang lebih dalam?

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment