TUJUH PUTERI

Assalamualaikum admin. Aku sebenarnya peminat Fiksyen Shasha. Ni kali pertama aku menulis di FS and aku harap cerita aku ni di-approvekan-lah. Ni kisah sebenar yang kakak aku alami. Okay, aku start dengan sedikit pengenalan pasal keluarga aku. Arwah ayah aku pernah belajar tentang ilmu alam ghaib dan bagi aku, dia seorang yang sangat berani. Arwah ma aku pulak kadang- kadang boleh rasa kehadiran entiti tertentu. Kami adik-beradik takde apa-apa keistimewaan, cuma pernah melalui hal-hal macam ni dan kakak aku salah seorang yang paling kuat terkena gangguan sebab dia paling lemah semangat dan dia yang paling aktif.

Peristiwa ni berlaku masa kakak aku, Iera, join satu kem perkhemahan anjuran sekolah dia dulu. Tak salah aku dia umur 17 tahun masa tu. So, pagi tu dorang berangkat ke satu tempat rekreasi iaitu lata. Biasanya lata kat tempat aku memang jenis terperuk dalam hutan sikit. So bila dah sampai, dorang buat apa yang patutlah. Pasang khemah, taklimat dan macam-macam lagilah. Aku lupa nak bagitahu, sebenarnya arwah ayah aku tak berapa nak sangat dia ke sana. Tapi kakak aku berkeras nak pergi sebab jiwa remaja, konon nak join kawan-kawan sebelum habis belajar. So, ayah aku izinkan and bagi tips sebelum masuk hutan. Antaranya baca bismillah dan bagi salam. Jangan sembarangan ambil apa-apa yang kita jumpa. Sebab dulu kakak aku pernah ambik satu batu macam batu permata cincin. Lepas dia bawak balik rumah tu, badan kakak aku macam terkena penyakit kulit walaupun tak teruk sangat tapi dia cakap tak selesa sebab selalu gatal-gatal. Lagi pelik bila panyakit tu kena dekat badan kakak aku tapi secara berpasangan pulak. Kalau terkena kat kaki kiri, mesti lepas tu akan terkena dekat kaki kanan. Kalau terkena dekat tangan kiri, lepas tu mesti akan terkena dekat tangan kanan. Begitulah seterusnya. Tapi sekarang dah sembuh, sebab masa tu arwah ayah aku usahakan untuk pulangkan balik batu tu. Okay, sorry… macam panjang pulak.

Sambung balik pada cerita kakak aku tadi, nak dijadikan cerita, setiap malam diorang akan ambik turn untuk berjaga. Kononnya pengawal kawasan perkhemahanlah. So malam ketiga which is malam terakhir tu turn kakak aku dengan dua orang kawan dia. Sorang lelaki and sorang perempuan masing-masing nama Din dan Kima. Aku tak ingat sangat namanya, so aku main hentam jer lah ya. Masa tu dah hampir pukul 3.30 pagi macam tu lah. Dorang bawak lampu suluh dan keliling kawasan perkhemahan tu.

Sampai dekat satu kawasan, Din suruh kakak aku dan Kima berhenti. Kima ngan Iera dah pelik. Din tanya diorang, ada dengar something tak. Iera ngan Kima cuba untuk senyap bagi diorang dengar betul-betul apa yang Din dengar. Memang bunyi deruan air sebab tapak perkhemahan pun dekat-dekat dengan air, tapi yang diorang pelik, siapa yang menyanyi tengah-tengah pagi buta time orang duk tidur? Suara perempuan mendayu-dayu. Dorang rasa tak sedap hati, tambah-tambah si Iera yang memang agak lemah semangat kalau bab-bab ni. Kima ni pulak jenis curiosity menggunung. Dia ajak Iera dengan Din untuk ikut suara tu sebab macam dekat dengan tapak perkhemahan diorang. Untuk pengetahuan semua, tempat tu memang ada banyak batu besar yang boleh dijadikan tempat duduk. Dalam air yang cetek pun ada batu-batu macam tu. So dorang matikan lampu suluh dan berharap pada cahaya bulan dan satu, dua lampu tiang yang sedia terpasang dekat tapak tu.

Diorang menyorok belakang satu batu besar dan masa tu lah tiga-tiga ternampak ada tujuh makhluk duduk atas setiap batu dalam air tu. Lagaknya seperti puteri; berpakaian serba kekuningan seakan kerabat diraja. Tangan mereka lembut menyentuh air. Sambil menyanyi seakan sedang bersantai. Masa ni yang peliknya kakak aku tu tak rasa takut katanya. Maybe sebab penampakan tu tak menggerunkan. Tapi masa tu semua puteri tu membelakangi dorang bertiga, so dorang tak nampak rupa mereka macam mana. Diorang bertiga macam kaku, tak pasti apa yang diorang nampak. Mustahil ada pasukan nasyid yang buat rehearsal tengah- tengah orang duk tidur, dalam kawasan yang dikelilingi hutan plak tu.

Dalam pada tu, si Kima tertekan lampu suluh and kebetulan masa tu lampu menghala ke arah tujuh puteri tadi. Kakak aku cakap masa ni dia ternampak ada seorang puteri yang Kima tersuluh wajahnya dan yang buat kakak aku terkejut sebelum dia buka langkah seribu. Dia nampak muka tu macam wajah Kima sambil tersenyum seakan dah tahu kehadiran dorang bertiga sebelum ni. Masa tu jugalah dorang lari tak cukup tanah sebab kakak aku cakap, wajahnya tak menakutkan, tapi seram sebab diorang dah tahu diorang sebenarnya secara tak sengaja dah menganggu puteri-puteri tu. Faham-fahamlah, benda-benda ni, kita tak boleh ganggu. Ada yang kita tak ganggu pun, dia ganggu kita kan?

So, bila dah smpai dekat khemah cikgu tu, diorang cerita dekat cikgu and dorang balik awal sebab cikgu ubah jadual. Pagi-pagi lepas solat subuh and sarapan serta kemas barang-barang semua, diorang terus bertolak balik, padahal ikutkan tentatif, diorang sepatutnya balik pukul 3.00 petang. Maybe cikgu tak nak ambik risiko.

Masa kakak aku cerita ni, dia dah cerita dekat arwah ayah. Arwah ayah cakap, sebab tu masuk hutan ada adabnya. Ibarat kita pergi rumah orang, tapi kita tak nampak ‘rumahnya’ serta ‘orangnya’. Waktu tu mungkin waktu untuk mereka keluar bersantai dan ayah aku cakap kemungkinan tu bunian. Ayah aku cakap kalau kita tak kacau diorang, in shaa Allah diorang tak kacau kita. Lagipun mungkin rumah mereka dekat-dekat dengan tapak tu. Pasal bunian ni ayah aku kerap cerita, sebab ada seorang kawan arwah ayah kahwin dengan puteri bunian. Memang secara hukumnya tak boleh, tapi kawan arwah ayah berkeras. Arwah ayah cakap lepas tu dia dah tak jumpa kawanny. Mungkin dah dibawa ke alam lain. Aku tanya, habis tu, kalau kawannya meninggal macam mana nak ziarah kubur? Ayah aku cakap kuburnya takkan ada di alam ni sebab mungkin dah dikebumikan di alam lain. By the way, nasib baik takde apa yg jadi malam tu. Takde kes dibawa ke alam bunian atau apa-apa yang seangkatan dengannya.

Itu je lah antara kisah aku. Banyak yang kakak aku pernah kena, tapi ni salah satu yang buat aku teruja nak dengar and share. Sorry kalau tak berapa scary. Sebab aku pun tak pandai sangat nak mengarang ni. Terima kasih dan bye, guys.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 15 Average: 3.3]
Biyeonhae

34 thoughts on “TUJUH PUTERI”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.