Tumbal

Tumbal…?
Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Bersiaran lagi kita. Kisah pertama ini berkaitan tumbal. Apa tu… Tumbal ialah satu perjanjian yang dibuat dengan syaitan atau jin, Jika kamu nak kaya raya, boleh. Buat perjanjian dengan syaitan tu. Tetapi bersedialah pula dengan permintaan sebagai balasan. Kejadian di sebuah kawasan dalam negeri terbesar di semenanjung.

Aku letak le nama dia ni Rafik. Ada isteri yang baik dan ada anak. Masa awal hidup, Rafik hanya biasa-biasa je. kerja makan gaji le. Tapi Rafik ambil keputusan masuk dunia perniagaan. Pada mulanya, perniagaan hanya ala kadar. Setelah tiga empat tahun, orang sekitar nampak perubahan mendadak. Rumah sewa, kedai dah semakin besar, kereta pun mewah dan bertukar ganti.

Namun, yang menyebabkan penduduk sekitar menjadi hairan, anak yang dilahirkan pasti ada kecacatan. Isteri Rafik melahirkan anak hampir selang dua tahun. Ada yang lahir dengan kecacatan fizikal yang ketara dimana jari jemari bayi itu berselaput seperti kaki katak, berbentuk seperti kepala ular hingga terpaksa dibedah untuk membentuk jari-jari tu. Ada anaknya yang lahir dengan kepala yang besar tetapi Allah sayangkan bayi itu. Ada juga anaknya yang meninggal setelah dilahirkan kerana tidak cukup bulan.
Hanya satu atau dua sahaja yang sempurna. Tersebar cerita-cerita dari makcik dan pakcik onion bahawa Rafik ada perjanjian dalam menarik kekayaan. Tumbalnya ialah cahaya matanya sendiri. Jika dilihat Rafik dan keluarganya memang mewah tapi hadir ke kebahagiaan bila mana kekayaan itu harus dibalas dengan anak-anak. Sehingga sekarang, Rafik memang hidup mewah tetapi anak-anak yang masih hidup akan bawa kecacatan itu sehingga akhir hayat.

Kisah kedua adalah awalan kepada perjanjian itu. Bapa Rafik disegani di kawasan itu. Percakapannya tegas dan selalu menjadi rujukan. Cuma dua tiga tahun sebelum ajal, bapa Rafik mengalami satu gangguan. Aku namakan Pak Dom. Pak Dom selalu kerasukan. Terutama jika Pak Dom hadir kenduri di waktu malam. Kenduri tahlil ke, kenduri arwah ke, Pak Dom akan berkelakuan sangat pelik. Pak Dom seperti menari satu tarian klasik. Tapi tak le berdiri, sambil duduk bersimpuh Pak Dom akan meliuk-liukkan tangan dengan gerakan lembut. Bila ditanya, Pak Dom akan bersuara seperti suara perempuan. Halus dan lembut.

Pernah Rafik berkeras dan menyergah Pak Dom semasa didalam pengaruh rasukan tu, “Kamu ni siapa..?” suara perempuan tu kata.. “Aku suka dia, aku ni isteri dia..”. Setiap kali Pak Dom dirasuk, orang-orang situ akan bawa Pak Dom balik ke rumah. Hanya Rafik sahaja yang boleh pulihkan semula. Rupanya Pak Dom mempunyai sebilah keris tiada ulu. Keris tu akan diperasap setiap bulan mengambang. Dan jin penghuni keris itulah yang akan merasuk Pak Dom terutamanya dalam majlis yang ada bacaan-bacaan ayat suci. Panas le tu..kan.

Setelah Pak Dom semakin uzur, Rafik ambil alih menjaga keris itu. Perjanjian baru termeteri. Sewaktu Pak Dom menjaganya, perjanjiannya ialah agar orang hormat pada si tuan penjaga. Setelah Rafik menjadi tuan baru, perjanjian ialah kekayaan. Imbalan setiap perjanjian berbeza. Bergantung dengan apa yang dihajatkan. Sehingga kini perjanjian itu kekal terpatri, sehinggalah ada hidayah yang mengetuk pintu hati Rafik untuk bertaubat. Rumah peninggalan Pak Dom masih ada, sering ternampak kelibat perempuan tanpa wajah didalam rumah, lampu terpasang sendiri, bau masakan dan suara-suara menyergah jika ada orang termelintas di kawasan rumahnya yang penuh dengan pokok buah-buahan. Jangan harus ambil ye… nanti melolong sakit perut.

Ingatlah, minta lah hanya kepada Allah. Jangan sesekali menyekutukannya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Tumbal”

  1. Harap sekadar cerita rekaan…

    Berhati hati mengatakan orang membuat perjanjian syaitan@syirik…sedangkan kebenaran sebenar kita tak tahu…

    Bimbang jugak maianan syaitan…sama seperti bila bomoh bagi hint siapa buat, siapa hantar sihir…maaf cakap, kalau pengamal perubatan islam sebenar, dia takkan dedah siapa yang buat sebab dia pun tahu ada kemungkinan mainan syaitan…

    Reply
  2. Ingat lagi cerita Aladdin dgn Lampu Ajaib? Kisah tersebut merupakan kisah perjanjian jin dgn manusia. Cuma, dlm cerita tersebut tiada tumbalnya. Realiti, jika meminta sesuatu drp jin pasti ada balasannya. Dan pertengahan Mei nanti akan ditayangkan filem Disney remake Aladdin. Sambil2 menonton dgn anak2 jangan lupa ceritakan realiti sebenar mengenai jin.

    Reply

Leave a Comment