Assalam dan selamat sejahtera. Cik T ada kisah lain. Cik T banyak kisah sebenarnya. Biar satu2 dulu. Hari ni aku menceritakan kembali apa yang mama Cik T bersama jiranku saksi & dengar. Mama Cik T (Zie) & jiranku (Jah). Beberapa tahun lepas, ada la seorang nenek Cah (bukan nama sebenar) yang tinggal di kampung A, tapi x jauh dari taman rumah kami sakit. Ramai la yang kenal nenek ni sebab anak menantunya buka kedai runcit yang besar di tepi jalan. Dan dia pun selalu kelihatan berlegar sekitar kedai runcit sebab dia mampu berjalan, melihat, mendengar dengan baik walaupun usianya 70 tahun lebih. Rumah nenek Cah dan anak2 dia sebelah2 ja, atas tanah kampung milik keluarga nek Cah.
Dia disenangi penduduk disebabkan keramahannya. Tapi semasa dia sakit, ramai yang enggan melawat. Rahsia nenek itu mula tersingkap ketika orang datang melawat. Seminggu juga dia terlantar, doktor sahkan dia tak ada penyakit tiga serangkai. Cuma doktor cakap mungkin faktor usia ataupun mungkin masanya telah tiba. Maka, nenek Cah dibawa pulang.
Selepas nenek Cah dibawa pulang, nenek Cah tiba2 kelihatan seperti orang kebuluran. Seleranya meningkat, mahukan ayam panggang seekor & nasi satu talam (talam yang macam kenduri kat kampung2 guna). Anak2 menantu dengan blurnya ingatkan nenek Cah mungkin nak makan sama2 dalam 1 talam. Rupa-rupanya dia nak makan sorang ja. Nenek Cah menjadi perengus terhadap ahli keluarganya. Sejak balik dari hospital, nenek Cah makan 1 talam nasi tu di dalam bilik.
Nenek Cah tak mahu biliknya dibuka tingkap dan lampu & nenek Cah suka makan nasi talam dia tu atas katil yang dipasang kelambu. Anak menantu semua x perasan sangat muka nek Cah memandangkan bilik tu gelap, nampak sipi2 saja bila cahaya dari ruang tamu masuk. Sepanjang tu juga, nek Cah x suka diganggu & jarang bercakap. Pernah satu kali tu anak menantu nak jenguk untuk membantunya mandi membuang semua, nek Cah tolak mereka. Anak lelaki nek Cah pon terlentang.
2 minggu nek Cah berkeadaan begitu. Orang2 taman dan kampung memang syak ada benda pelik, cuma masing2 rasa segan nak beritahu kepada keluarga nek Cah. Atas izin Allah, dan mungkin ada hamba Allah yang baca ayat Al Quran dari jauh untuk nek Cah, 2 minggu lepas tu, nek Cah menggelupur atas katil kelambu dia tu. Anak menantu nak tengok masuk, tapi masing2 pun takut yang amat dan bilik tu busuk yang amat.
Nek Cah mula mengamuk. Tangannya memegang rambut ubannya yang serabai, mata berurat tegang, bajunya toksah cakap la; nampak kotor yang amat. Dia mula baling barang kat bilik, koyak kelambu dia. Dia menjerit tapi tak bercakap. Anak dia kurungkan dia dalam bilik dengan menguncinya dan tutup pula bilik tu dengan almari kayu ruang tamu sebab masing2 takut sangat.
Masa tu tengah hari, kebetulan mama aku (Zie) dan jiran aku (Jah) ada dekat2 situ sebab tengah bagi surat mesyuarat persatuan taman aku. Tapi lengang juga la masa tu sebab hari bekerja. Anak nek Cah pun datang la kat Zie dan Jah ni, “kak, mai tengok mak kami sat, dia mengamuk sakan kak oi, kami tak tau nak buat lagu mana dah, orang lain takut nak mai.” Anak nek cah pun cerita la kat Zie ni semua yang aku cerita atas tadi. Tambah anak nek Cah, memang dari mula masa nek Cah balik, mereka nak panggil ustaz dah. Tapi entah macam mana2, x terpanggil orang berubat selama 2 minggu tu.
Mama aku (Zie) pun call la seorang ustaz. Zie dan Jah pun beranikan diri untuk masuk jugak dalam rumah nek Cah. Bau menusuk hidung. Nek Cah masih terkurung dan mengamuk. Dipermudahkan, ustaz tu cepat pulak sampai. Anak2 lelaki nek Cah buka pintu tu dan ustaz pun masuk. Anak2 dia pegang la nenek Cah walaupun masing2 takut yang amat. Peluh semua memang nampak sangat la, nek Cah jadi hulk kot. Nek cah jerit dalam suara garau, “aku tak mau” berulang kali.
Ustaz tu suruh orang2 lain dalam rumah tu panggil tukang rumah sebab nak robohkan sikit bumbung bilik nek Cah (rumah dia siling macam kebiasaan rumah sekarang, tu sebab susah sikit, kalau atap zink mudah sikit). Lepas roboh sikit bumbung bilik tu, barulah mudah sikit nak buang si penumpang. Rupa-rupanya gerangan si penumpang adalah hantu raya. Jaga dusun2 milik tuannya. Liat juga hantu tu nak keluar dari badan; tetapi tewas juga akhirnya. Keluar la si penumpang tu melalui bumbung yang roboh tu.
Nota: hantu raya yang menumpang ni memang keluar dari bumbung; mungkin tinggi nau nak keluar melalui pintu.
Dan, tinggallah jasad tuannya yang rupanya seminggu lebih sudah tiada. Pergilah si tinggi galah hitam bermata merah tu entah ke mana. Terketar-ketar juga lah orang yang menguruskannya. Kena ceramah sentap la sikit orang2 dekat situ, keperluan fardhu kifayah, hak jiran.
After that, all is well…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bikin penaya orang betullah kan. Tak memasal Nek Cah jadi mangsa.
Kesian nek chah…
Kesian plk aku kat nek cah.. dia plk yg jd mangsa.. dsr hantu raya tk sdr diri btulla..
la camtu pulak…kesian nek cah