Tutor Peribadi

Hai pembaca-pembaca FS. Hope you guys enjoy baca kisah yang aku nak share ni sekiranya diterbitkan oleh admin. Thank you admin. Aku seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah swasta di Selangor. Selain mengajar, aku jadi tutor peribadi. Kira macam buat part time la kan. Lepas habis waktu sekolah, aku akan mula pergi rumah ke rumah untuk mengajar. Normally, kelas aku habis pukul 10 malam.

Bila balik malam-malam ni, aku okay je sebenarnya. Tapi ada satu malam ni rasa dia lain macam sikit. Masa tu aku baru habis mengajar student aku kat Kepong. Student aku ni nak ambik SPM tahun depan and dia ni agak pendiam sikit. Mungkin sebab dia segan dengan aku sebab aku lelaki dia perempuan. Jadi kami takkan bersembang hal-hal lain selain hal pelajaran. Nak dapat no telefon dia pun belum ada chance. Mana taknya, tima aku mengajar, mak dia mesti ada sebelah dok perhatikan aku mengajar. Memang tak berganjak sampai habis sesi aku mengajar. Mungkin jugak sebab dia takut aku apa-apakan anak dia. Whatever lah. So, macam biasa aku pun mintak diri nak balik.

Masa aku nak masuk kereta, aku perasan lapik kaki dalam kereta aku berpasir. Bukan sebutir bukan dua butir tapi berbutir-butir dan jelas macam ada orang masuk. Aku pun keluarkan la lapik kaki tu dan kibas-kibas sampai hilang semua pasir sambil diperhatikan oleh mak student aku. Dah setel, aku masuk kereta dan blah. Dalam tiga minit kemudian, aku dah keluar dari taman perumahan student aku tu. So aku drive slow and steady sebab badan penat takut terbabas kalau laju-laju. And then, tiba-tiba aku rasa aircond kereta aku lain macam. Angin keluar dari depan dan kaki means setting aircond tu berubah sebab aku setting angin dari depan je.

Aku dah mula tak sedap hati. Sapa pulak yang main aircond dalam kereta aku ni. Aku pun tukar balik setting aircond tu back to normal. Tiba-tiba ade something jatuh atas bumbung kereta aku. Kuat bunyinya macam Mr. Bean jatuh. Aku tengok jam pukul 10:25 malam. Aku nafikan benda yang jatuh tu “hantu” sebab aku tak nak jadi benda lebih teruk. So aku ignore bunyi tu. Then aku nampak kereta depan high-beam aku. Aku pun pelik. M**i-m**i tak ingat pasal bunyi tadi. Lepas dua tiga kereta buat benda yang sama, aku mula cuak. Aku berhenti and nekad nak pegi check. Masa aku check takde apa-apa. Bumbung pun tak kemek. So malas nak fikir banyak, aku drive balik rumah.

Sampai rumah, aku picit button untuk tutup side mirror aku. Aku memang suka perhatikan side mirror tu pelan-pelan tertutup. Masa aku dok perhatikan side mirror tu, aku tertangkap imej putih berdiri tegak dekat tepi kereta aku (bukan belah pemandu). Tapi tak jelas sebab side mirror pun dah terkatup. So aku cepat-cepat toleh ke belakang cari benda tu tapi dah hilang. Aku keluar kereta dan cek lagi sekali. Memang hilang. Aku cepat-cepat amik barang dan masuk dalam rumah.

Elok je dua langkah aku jalan, aku dengar orang bagi salam “Assalamualaikummmmmmm. Assalamualaikummmm” dua kali dan suara tu suara perempuan. Langkah aku terhenti. Otak aku ligat berfikir siapa yang datang malam-malam buta ni. Aku tak menyahut dan terus masuk bilik. Aku capai tuala dan masuk bilik air. Hajat nak mandi koboi je sebab perasaan takut dah mula selubungi aku. Masa ni la aku terfikir nak cari bini cepat-cepat buat teman mandi hahahaha. Siap mandi, aku terus baring. Raba-raba handphone takda! Raba lagi masih tak jumpa.

Tiba-tiba aku dengar handphone aku berbunyi tapi jauh slow means handphone aku bukan dalam bilik. Aku syak handphone aku dekat ruang tamu tapi salah sebab bila aku keluar bilik, bunyi tu datang dari dapur. Aku cepat-cepat ke dapur nak capai handphone. Ok part ni agak cliché, time aku nak capai handphone, time tu la bunyi berhenti. Aku terus check sapa yang call. Missed call +6013-361****. Jenis tak ingat nombor punya orang memang kena cek contact balik. Cek punya cek rupanya mak student aku yang tadi call. Pelik jugak kenapa dia call malam-malam. Kekacakan aku tertinggal kat rumah dia ke? Tak pun dia tak boleh tidur malam sebab angau dengan aku?

Tengah-tengah pelik tu, aku dengar lagi bunyi orang bagi salam, “Assalamualaikummmmmm. Assalamualaikummmmmmm. Asssalamualaikummmmm”. Ahh sudah kali ni dekat pintu dapur pulak. Tiba-tiba air sinki dapur and bilik air terbukak serentak. Aku dan kelam-kabut mana satu nak tutup dulu. Dengan bulu roma yang dah meremang habis aku gagahkan jugak tutup air sinki dapur then bilik air. Dah senyap, aku lari ke bilik. Bila aku sampai depan bilik, depan pintu bilik aku berpasir. Pasir yang sama macam dalam kereta tadi. Aku syak benda tu dah standby dalam bilik aku. So, aku ambik keputusan tak masuk bilik. Aku terus pegi ruang tamu and bukak tv. Sambil tu aku baca apa yang patut dengan harapan aku terlelap. Tapi tak. Sumpah aku tak dapat lelap. Tiba-tiba mak student aku call lagi. Aku jawab. Lebih kurang macam ni perbualan kami:

“Cikgu, Assalamualaikum. Cikgu okay ke tak?

“Waalaikumussalam puan. Saya okay puan. Baru nak terlelap.”

“Jangan tipulah. Dia dah sampai kan? Dah nampak belum?”

“Nampak apa puan? Siapa yang dah sampai?”

“Cikgu jangan bukak pintu. Jangan sahut apa-apa. Jangan marah apa-apa. Baca ayat kursi dgn 3 Qul banyak2”.

Terus dia matikan panggilan.

Time tu jantung aku berdegup lain macam. Macam nak tercabut. Aku nampak macam ada sosok tubuh kat sebalik tirai dapur rumah aku. Aku alihkan pandangan pelan-pelan dan tertanya-tanya “dia betul-betul dah masuk ke”. Tiba-tiba aku dengar bunyi “ehehehehehehe” yang panjang dan kuat. Sebab terkejut, aku tertoleh ke dapur lagi tapi sosok tubuh tu masih kaku kat belakang tirai. Aku jerit aku cakap aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku sambil tutup telinga dan baca apa yang patut but still benda tu tak lari.

Aku call mak student aku and cakap benda tu dah masuk. Aku tanya dia kaw2 macam mana dia boleh tahu benda tu ikut aku and datang rumah aku. Apa-kena mengena dia dengan benda tu. Dia suruh aku datang rumah dia malam tu jugak family dia tunggu. Aku beranikan diri masuk bilik ambik kunci and drive patah balik ke Kepong.

Aku rasa perjalanan aku jauh sangat. Kejap-kejap lampu kereta aku m**i. Lampu dashboard m**i. Kelentang-kelentung atas bumbung kereta jangan cakap la. Benda tu macam marah kat aku. Sampai rumah student aku tu, aku tengok rumah dia terang-benderang even dah nak dekat 1 pagi. Rupanya, memang betul family dia tengah tunggu aku. Aku bagi salam aku masuk. Suami dia, student aku dengan dua adik lelaki dia and puan tu pandang aku. Puan tu pun bukak cerita.

Rupa-rupanya, sejak aku datang mengajar kat rumah dia, dia dah rasa aku ni ada “something”. Sebab tu dia tak pernah tinggalkan anak dia berdua dengan aku. Then dia cakap ada benda ikot aku. Suka dengan aku. Maklumlah aku memang selalu balik malam. Macam-macam jalan aku lalu yelah rumah student aku bukan satu tempat. Jadi, tak mustahil ada yang mengikut. Cuma aku je tak perasan and benda tu memang nak bagitau sekarang.

Then puan tu cakap masa dia nampak aku kibas-kibas pasir tu, dia dah syak benda tu ikot aku balik sebab setiap kali aku habis mengajar, tempat bilik mengajar tu mesti berpasir. Dia pun hairan. Sebab tu dia call aku sebab dia rasa malam tu lain macam sangat. Dia dapat rasa benda tu macam mengamuk. Dia beritahu suami dia tolong aku dari jauh tapi diorang tak mampu.

Tengah rancak aku dengar penjelasan daripada puan tu, tiba-tiba anak dia yang bongsu menjerit “Mama hantuuu!” Kami semua terkejut and panik. Masing-masing terdiam. Anak bongsu puan tu dah menangis tapi tak meracau. Suami puan tu baca-baca dan mintak kami sama-sama baca apa yang patut. Masa tu yang terkeluar dari mulut aku hanyalah ayat kursi. Ayat pendinding lain memang sumpah aku tak ingat. Angin dalam rumah kuat semacam. Sejuk sangat rasanya. Benda tu mencakar-cakar dinding.

Bunyinya kuat sangat sampai aku pun tutup telinga. Dengan bunyi student aku dengan adik-adik dia menangis lagi. Semuanya bertambah seram. Lebih kurang setengah jam jugak suami puan tu berlawan dengan benda tu sampai keadaan reda. Dah hilang semua bunyi-bunyi. Suami puan tu berjaya usir benda tu tapi dia nasihatkan aku supaya sambung berubat. Aku tanya dia benda apa yang ikot aku tu. Dia kata belaan terbiar. Rupa dia wallahualam. Aku tak pernah nampak dengan jelas.

Sekarang aku masih berubat dan aku lebih berhati-hati bila lalu atau pergi mana-mana tempat. Alhamdulillah aku masih dibenarkan mengajar student aku tu walaupun kadang-kadang dia buat muka “yeke cikgu ni dah tak ada hantu?”. Sekian.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

15 thoughts on “Tutor Peribadi”

  1. Hahaha… enjoy jer aku baca citer ko ni.. aku syak hantu tu bkn setakat nk couple ngn ko kot.. aku rasa dia pun nk jd tutor mcm ko.. nk mntak ko ajar, dia tk reti.. so dia follow jer la ko gi mngajar kat mana2…

    Reply
  2. fuh seram cite ni..awal2 tu tgk mak student tu cam pelik plak..teman kan anaknye belajar dan bila cikgu ni nak balik pon dye perhatikan je…rupenye de benda ikut cikgu ni balik..huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.