Tutor Peribadi 2

Hai guys, before this aku ada hantar kisah “Tutor Peribadi” dan alhamdulillah diterbitkan oleh admin. Thank you admin. Actually kisah tu dah berlaku dalam beberapa bulan yang lepas cuma aku baru tulis je. So, this time aku nak sambung sikit rentetan peristiwa aku kena kacau dengan makhluk halus ni.
Jujur aku cakap sejak aku tahu ada benda yang ikot aku, hidup aku agak miserable sikit. Aku jadi macam takut dengan keadaan sekeliling aku. Tapi aku kuatkan semangat demi kerjaya dan life aku.

Okay, lepas bapak student aku ubatkan aku malam tu, dia bagi aku nombor telefon orang-orang yang boleh aku rujuk untuk sambung berubat. Aku pun contact beberapa orang dan buat appoinment nak jumpa. Kebanyakan individu yang aku jumpa cakap benda yang sama “ada benda ikot aku”. Bila aku cakap bapak student aku dah buang benda tu, diorang cakap benda tu sebenarnya tak tinggalkan aku cuma malam tu dia lepaskan aku je. Lagipun, bukan senang-senang benda yang dah ikot kita ni nak tinggalkan kita.

So, ceritanya sekarang aku masih “berdamping” dengan benda tu. Perasaan takut jangan cakap la. Everything yang aku buat semuanya aku rasa tak kena. Aku cuma rasa selamat bila aku dekat sekolah sebab sekolah kan riuh. Bila balik rumah, mulalah dia mengacau. Ada satu malam tu, aku terpaksa cancel semua kelas tuisyen aku sebab aku demam. So, sambil berehat tu aku buat kerja kat laptop. Aku pakai wireless mouse yang akan menyala everytime aku sentuh or klik something. Dalam berapa minit lepas tu aku pegi toilet sekejap. Bila aku masuk bilik, aku nampak mouse tu menyala. Yang lebih seram lagi, cursor aku bergerak! Cursor tu bergerak then blinking satu tempat.

Aku terus jauhkan diri daripada laptop. Baca ayat kursi kuat-kuat then mouse tu stop menyala. Baru je aku nak gerak ke depan laptop, tiba-tiba terkeluar pop up wifi kat tepi tu. Ala korang mesti tau kalau korang klik ikon wifi tu akan keluar pop up sama ada korang nak connect atau diconnect kan? Ha, kalau tak klik, mustahil benda tu keluar betul? Badan aku dah berpeluh-peluh masa tu. Dengan demamnya lagi. Aku terus tutup laptop aku dan decide nak tido.

Kalau korang nak tau, aku dah tak nampak kelibat-kelibat macam yang aku first kena dulu. Sekarang aku lebih banyak terdengar bunyi dan disakat macam yang laptop tu la. Lepas kes laptop tu, aku basuh kaki and baring la nak tido. Tiba-tiba aku dengar tirai dapur aku berbunyi. Tirai tu tirai manik. Bila ada orang lalu memang berbunyi. Tapi masalahnya siapa? Aku sorang je dalam rumah ni. Aku beranikan diri pergi dapur, bukak lampu. Cabut tirai manik tu letak dalam stor. Aku tak nak dengar lagi bunyi tirai manik tu. Sebab selalu sangat “dia” main-main dekat situ. Lepas tu, aku masuk bilik dan cuba lelap lagi. Aku terlelap jugak tapi terjaga dalam pukul 4:50 pagi. Kenapa aku terjaga? Sebab aku dengar something.

Guduk! Guduk! Guduk!

Guduk! Guduk! Guduk!

Bunyi ni dari mesin basuh rumah aku. Bunyi dia aku pun tak pandai nak describe tapi korang just imagine bunyi korang basuh kain tapi mesin macam hang then keluarlah bunyi Guduk! Guduk! tu. Aku terjaga terus terduduk. Apa benda guduk guduk dalam mesin basuh tu. Aku fikir masak-masak nak pergi tengok ke tak. Finally, aku decide nak pergi tengok. Sebelum pergi dapur, aku hidupkan semua lampu dalam rumah aku. Perasaan berdebar setiap kali aku melangkah, tuhan je yang tau.

Selesai bukak semua lampu, aku tenung dulu pintu nak ke dapur. Pelan-pelan aku jalan and benda pertama aku buat ialah hidupkan lampu. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang aku nampak. Then aku terus ke belakang untuk cek mesin basuh. Sampai depan mesin basuh, aku tengok mesin tu menyala tapi suis tak bukak. Allahuakbar. Menggigil tangan ni aku kuatkan jugak turn off mesin tu. Pelan-pelan aku bukak penutup mesin basuh tu. Bila aku bukak, aku terpaku sekejap.

Kasut bola dua pasang, jam dinding, and driller aku ada dalam mesin basuh tu. Kering tanpa air.
Menggigil-gigil jugak tangan aku nak keluarkan semua benda tu dan letak kat tempat biasa. Sesekali aku rasa benda tu betul-betul berdiri belakang aku and ikot aku ke mana-mana dalam rumah ni. Setiap kali aku rasa benda tu ada, bulu roma aku automatik berdiri dan aku rasa sejuk lain macam. Lepas aku setelkan isu mesin basuh tu, aku ambil wudhuk, aku mengaji. Masa mengaji tu, dia punya marah la agaknya, dia cakar-cakar pintu almari baju aku yang betul-betul depan muka aku. Ada je benda yang dia baling ke lantai. Makin kuat aku baca, makin galak dia lari-lari belakang aku. Sebab apa aku tau? Sebab aku rasa angin tu.

Okay guys, sampai sini dulu. Nak cerita semua, panjang sangat. Kalau diberikan kesempatan, aku update lagi nanti. Doakan aku yang dalam proses berubat dan melawan makhluk ghaib ni.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 comments

  1. Die kesian tu cgu dok umah sensorg…
    Soo tolong teman…tolong basuh…
    Cume die kena lebihkan housechores training terutama mengenal benda yg blh dibasuh gune washing machine…
    Heheheheh…

  2. Cite sokmo dok abis.bajet org minta sambung fiksen kau r tu.amik r masa dlu reka.kmudian kasi habis r cite hang ni.maleh nk bace mnde yg same berulang2.

    1. Kau nie ak perati je komen ko mengata admin lh,mengata penulis lh..bajet bagus sngt ko nie..kalau x suka x pyah baca..x pyah follow and like page FS nie..menyemak je manusia mcm ko nie..booo!!! Mohon admin banned je org mcm nie.. LOSER!!!

  3. Tak sangka ada sambungan, ingatkan berakhir di part pertama shj. Semoga teruskan proses berubat dan semoga kuat dan tabah. Looking forward for sambungan dan kalau sudi share details proses berubat 🙂

  4. aku menyirap pulak tgk komen zul kajang ni.klu x best baik ko x yah bace.kat cerita2 sebelum ni pon same ade je yg x puas hati

  5. Boleh thn seram citer ko ni cikgu.. dh nk sampai level ekstrim dh dia punya gangguan.. mdh2an usaha ko utk berubat n mlwn makhluk ghaib tu dimudahkn Allah… Amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.