“Si Mus buang tebiat agaknya” Manub marah marah. Dari tadi aku dengar dia membebel.
Manub dan Mus adalah rakan bilik hostel aku. Bilik kami memang popular. Tempat budak budak lepak. Kalau ada bola, memang penuh bilik ni jadi tumpuan. Semuanya gara gara komputer Manub. Satu satunya komputer desktop dengan spesifikasi tinggi. Pendek kata paling canggih la sekitar tahun 2003
Pagi tu kami dikejutkan dengan tingkah laku Mus yang sedikit luar biasa.
“Pukul 4 pagi Mus kejut aku” beria aku memberitahu Manub sambil tangan ku membuat angka 4.
Ya, pagi tadi jam 4 Mus kejutkan aku. Mukanya pucat lesi. Tangannya sejuk. Dalam keadaan terketar-ketar Mus beritahu aku dia nak balik ke rumah makciknya yang tinggal di Masjid Tanah
Aku masih separa sedar. Tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Mus… Mus… Kalau ia pun nak balik, apa kejadahnya kau kejut aku jam 4 pagi. Kalau pun kau nak balik, apa jahanamnya pagi pagi buta, gelap gelita kau nak start motor untuk ke rumah makcik kau yang terletak 20 kilometers dari UiTM ni!!
“Mad… Aku nak balik.. aku nak balik… Kau bagitau Manub aku balik rumah makcik aku…”
Mus mengemas barang-barang. Di masukkan beberapa helai baju kedalam beg sandang hitam kegemarannya. Aku nampak dia capai helmet dan terus bergegas keluar bilik.
Bukan aku x tanya kenapa dia nak balik? Aku tanya… Tapi mus hanya geleng kepala. Mulutnya x habis habis berkata
” Aku nak balik Mad.. aku nak balik”
Manub menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandangku penuh tanda tanya. Aku balas ringkas dengan mengangkat kedua belah bahu. Tanda aku memang x tahu.
” Ko rasa kan Mad.. keluarga dia di timpa musibah kot?” Manub meneka
“Hurmm.. mungkinlah…” Aku mengiakan. Cumanya, jam 4 pagi lari balik dengan naik motor…
Baru sahaja beberapa hari lepas kecoh blok asrama kami, bila ada rakan yang bergambar di hujung koridor tertangkap gambar Cik Ponti. Bayangkan lah kalau si Mus ni balik, Cik Ponti tu menumpang kat belakang. Tak ke haru dibuatnya…
Misteri Mus kami biarkan terhenti disitu sahaja. Macam biasa aku ke kelas dan balik bila petang. Menjelang malamnya, entah kenapa bilik kami yang biasanya penuh dan menjadi tumpuan budak agak lengang malam ni.. mungkin sebab Mus tak ada
“Manub aku letih la hari ni. Tutup lampu awal sikitla”
Bilik ni ada dua katil double decker. Disusun rapat ke dinding kiri dan kanan. Ada meja belajar yang bersambung dengan tingkap bilik menghadap keluar bangunan. Memang berlonggok pinggan dan cawan aku letakkan atas meja belajar. Manub yang dari tadi asyik mengadap komputer akur dengan permintaanku. Komputernya di tutup…
Aku tarik tilam dari atas katil double decker milik Mus. Tilam tu, tiada siapa punya. Katil Mus penuh dengan barang barang dia. Aku tak nak kacau.
Manub pula di katil sebelah. Bahagian atas katil manub, adalah tempat tidur aku, tapi oleh kerana aku berbadan besar, aku lebih gemar bawak turun tilam ke bawah.
Lagi ngam!!
Sebab tengah tengah bilik dan betul-betul bawah kipas.
Asyik!!
Cuma malam itu, aku pinjam tilam atas katil mus bawak ke tengah lantai bilik. Elok aku bentang dan baring…
Manub menutup pintu dan mencapai suiz lampu. Entah kenapa kami berdua tak banyak soal. Masing masing keletihan..
Entah jam berapa aku tak ingat… Tapi aku terjaga kerana terdengar sesuatu. Bunyi sudu berlaga dengan cawan. Awalnya sangkaan ku, bunyi tersebut datang dari bilik sebelah. Makin lama makin kuat..
Tiba tiba…
Ggrggrrrrggrrgrrrr….
Kerusi-kerusi dalam bilik bergerak!!! Aku terkejut dan bergegas bangun!! Seluruh tubuh ku meremang. Dalam keadaan separuh mencangkung aku melihat kearah kerusi
Tiada apa apa berlaku!
Semuanya dalam keadaan teratur..
Aku bingung!!
Apa yang berlaku? Adakah aku bermimpi??
Ku lihat Manub begitu nyenyak berselimut. Lagaknya seperti mayat. Kalau dikejut tak mungkin bangun. Setelah puas memerhati sekeliling…
Aku kembali membetulkan posisi tilam. Ku capai kain pelikat untuk di jadikan selimut. Takut kalau ada yang muncul, boleh juga aku tekup muka dan buat buat tidur.
Ah!! Mengarut sungguh!! Aku seram sendirian.
Mataku terang. Seolah olah baru sahaja aku telan sebalang serbuk kopi. Kepala ku masih lagi berfikir-fikir tentang bunyi sudu berlaga dengan cawan dan bunyi kerusi bergerak. Separuh dari fikiranku bermati matian mempertahankan hujah, bahawa aku memang sedar dan bukan bermimpi!!!
Angin malam bertiup kuat malam itu. Entah kenapa, bunyi angin melalui celah tingkap, persis cerita seram malam.
ShhhuuuuuuuuuuuuwwW……
Tiupan angin semakin kuat. Nak hujan agaknya. Getus hati kecilku. Aku masih menekup muka dengan kain. Bau hapak kain yang tak berbasuh entah berapa minggu menyesakkan pernafasan.
Aku rimas.
Ku ketepikan kain yang menutup muka ku ke tepi tilam
Dan….
Screeeeeeeeeeechhhhhhhhhhh….
Pintu bilik tiba tiba terbuka. Dalam samar samar aku nampak bayang-bayang seseorang, berdiri berdekatan pintu!!!
Allahuakhbar!!
Aku hanya mampu berdoa. Belum sempat aku bertenang, serentak itu,
Dummmm!!!!!!
Pintu bilik tertutup!! Di hempas!! Ku cuba untuk mencapai kain untuk menutup kepala.
Eh!
Tilam ku ditarik sesuatu!!!! Aku ditarik masuk kebawah katil mus!!!!
Arghhhhhhhhh!!!!! Aku menjerit sekuat hati…
Tilam ku ditarik masuk ke bawah katil mus!!!!
Dari bawah katil mus kemudian, aku ditarik pula ke bawah katil manub!!!
Ianya berulang beberapa kali!!!!!
Allah!!!
Waktu ditarik ke bawah katil aku sempat nampak ada 3 kotak rokok winston panjang di simpan di bawah tilam Mus dan gambar contengan “Azi love Ana” dibahagian bawah tilam Manub…
Beberapa kali aku ditarik kesana kemari. Tiada daya aku melainkan aku memejam kedua mataku sehingga…..
Tarikan tilam akhirnya berhenti!!!
Aku kembali berbaring di tengah tengah bilik dan pintu bilik dalam keadaan terbuka luas…
Aku bingkas bangun!!!
Ketika cuba untuk bangun, aku ternampak satu objek bulat meluru masuk dari pintu dan memantul mantul di dalam bilik!!!
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Aku berserah segalanya… Dengan sepenuh kekuatan aku membaca ayat kursi. Objek tersebut tiba tiba berhenti betul-betul di depan pintu menghadap aku…
Dalam ketakutan sempat aku menjeling objek tersebut. Berbentuk bola api, berbulu sebesar bola pingpong!!!
Tiba tiba…
Objek tersebut meluru laju kearah ku..
Aku tergamam…
Aku dapat merasakan…
Ianya meluru tepat kearah ku
Dan………
Ada sesuatu terbang masuk kedalam mulutku…
Aku merasakan, ada objek bergerak melepasi kerongkongku dan bergerak terus kedalam perutku…
Tanganku memegang leher dan mengusap usap dadaku…
Aku kaget!!!
Apa yang berlaku!!!
Apa benda yang masuk!!!
Beberapa ketika, keadaan kembali tenang… Tiada apa berlaku selepas itu. Aku keletihan dan kebingungan. Badan ku hilang daya. Keringat membasahi segenap tubuhku. Aku hanya mahu tidur untuk melupakan segala galanya. Dan berharap membuka mata apabila matahari terbit…
Pagi tu..
Aku bangun seperti biasa. Rasa letih menguasai diri. Tapi aku tak ingat.. aku langsung tak ingat apa yang berlaku malam tadi. Aku meneruskan rutin harian seperti kebiasaan. Ke kuliah dan pulang ke bilik setelah selesai..
“Aku nampak sesuatu pagi tu” Mus memulakan cerita.
Mus menyeluk celah tilam untuk mengambil sesuatu. Aku lihat dia keluarkan sekotak winston panjang dari celah tilamnya. Fikiranku sedikit terganggu namun aku masih tak tahu kenapa aku merasa begitu..
” Aku terjaga dan nampak benda tu berdiri depan pintu” Mus menyambung cerita. Di hidupkan api rokok winstonnya. Satu sedutan cukup dalam di ikuti hembusan asap kepuasan.
Dipendekkan cerita…
Menurut Mus lembaga perempuan berambut panjang muncul di depan pintu bilik kami. Mus cuba sedaya upaya kejutkan kami, tapi tiada siapa bangun dan Mus hanya mampu menekup mukanya dengan selimut dan berharap lembaga itu pergi.
Setelah keadaan tenang, Mus membuka mukanya untuk mengintai ke pintu, namun satu objek berbentuk bola pingpong berbulu, terapung betul betul diatas kepala Mus!!
Dan…
Kemudian objek tersebut memecut keluar pintu. Serentak itu, katil Mus bergoncang kuat menyebabkan Mus melompat bangun dan terus membuka lampu. Seterusnya adalah seperti yang kami tahu….
“Aku tak fikir apa. Aku cuma nak balik… Aku nak balik…” Ujar Mus berulangkali. Aku tahu dia ketakutan.. Manub mengambil sesuatu dari beg sandang Mus. Botol air putih. Air jampi agaknya.
” Malam tadi pun aku dengar bunyi cawan dan sudu berlaga dengan kerusi bergegar” Manub menarik nafas dalam-dalam. Aku mula teringat sesuatu!
“Tapi aku buat dono je. Aku pejam mata dan buat buat tak dengar” Manub mematikan perbualan.
Dia kembali kekatilnya untuk duduk. Sempat dibetulkan cadarnya yang tertanggal. Aku membantu Manub menarik tilamnya sedikit untuk memudahkan dia membetulkan cadarnya. Mataku tertumpu kepada perkataan “Azi love Ana” yang tertulis dibawah tilam Manub
Bagai ada satu kejutan, aku bingkas baring ditengah bilik. Lagak ku diperhati oleh Manub dan Mus penuh bingung. Aku cuba mengesot kebawah katil. Ternyata tindakkanku gagal membuahkan hasil. Katil tersebut sangat rendah. Mustahil untuk aku yang berbadan gempal untuk masuk kebawah katil walaupun tanpa tilam!!
Aku menarik nafas panjang…
” Mus, kau simpan berapa kotak winston panjang bawah katil kau?” Aku menyoal Mus
“Tiga” Mus menjawab ringkas
Mungkin mimpiku bukan sekadar mimpi…..
-Tamat-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Amenda?? menyesal aku baca smpai habis huh
?????
Sebenarnye ko tertelan rambutan sekali ngan kulit x kopek kaannn…???
Adeeehhhh…
hahahaha, lawak lah kak yulie ni, mmg semua cerita kak yulie baca eh
hokayyy…tergantung huhu…
xsampai. aiyakk
ape yg masuk dlm mulut?
ape kaitan love ana bagai tu?
ape ceita teiba masuk bawah katil mlm tu tetiba bila wat demo sekali lg, eh x muat plk?
ape ni ape ni…