Uitm Kedah

Assalamualaikum pembaca sekalian dan terima kasih di ucapkan kepada admin jika cerita ini disiarkan menjadi tatapan umum. Bukan lah mahu membuka aib mahupun memburukkan nama Uitm tersebut. Cuma ingin berkongsi kisah-kisah seram dan misteri yang terjadi serta pengalaman aku selama 3 tahun belajar di sana.

2012 tahun aku memasuki Uitm Kedah dan aku berasal dari Negeri dirahsiakan. Untuk sem 1 hingga 3 aku menetap di kolej Mahsuri 1 blok berhadapan dengan foodcourt dan juga kolam. Blok ini adalah untuk pelajar-pelajar yang baru memasuki Uitm Kedah. Kusangka hujan ke petang. Tapi hujan tak berhenti juga. Kejadian pertama berlaku dan sesi pengenalan aku bersama ‘kawan’ adalah pada waktu malam berlaku pada tarikh yang tak dapat aku ingati. Semasa aku ingin memasuki tandas , hidungku terbau bau yang kurang menyenangkan iaitu d***h tuala wanita.

Aku mengabaikan saja bau itu. Pukul 2.00am selepas aku makan bersama rakan-rakanku, tibalah masa untuk aku membasuh pinggan dan mangkuk. Saja aku mewakilkan diri untuk membasuh pinggan mangkuk mereka sekali. Berada di toilet sambil mencuci pinggan mangkuk bersama bau hanyir tuala wanita tidak menyenangkan aku. Tiba-tiba telingaku menangkap 1 bunyi tangisan di tandas hujung.

Aku cuma mengabaikan sahaja bunyi tangisan tersebut dan terus mencuci pinggan mangkuk itu. Semakin lama semakin kuat bunyi tangisan itu seperti berada dekat dengan aku. Lalu aku memberhentikan cucian itu dan berlari masuk ke dalam bilik ku. Itulah pengenalan dari ‘kawan baru’ semasa di Uitm Kedah.

Pada hari yang lainnya, semasa aku berada di sem 3. Memang rutinku membuang air di tengah malam dan terbangun pada pukul 5. Sewaktu melangkah masuk ke dalam tandas, angin kuat telah menerpa ke muka ku tapi aku abaikan sahaja. Cicak mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga meremangkan bulu roma aku. Usai aku membuang air bulu romaku masih tegak berdiri dan aku merasa panas secara tiba-tiba. Aku menyedapkan hati dan tidak mahu memikirkan bukan-bukan.

Sampai sahaja di bilikku, aku memanjat tangga katil double decker ku. Katilku adalah katil atas. Hatiku terasa lain dan terasa tidak sedap hati. Malam itu rakan-rakanku tidak berdengkur seperti selalu. Terasa sunyi sepi malam itu. Tidak semena-semena satu suara garau memanggil namaku ‘Alia!!!’ Beserta gelak besar bersama suaranya yang lantang persis seperti seorang lelaki tua. Aku terkejut dan memalingkan badanku ke dinding kerana ketakutan. Keesokan paginya aku hanya berdiam dan tidak menceritakan kepada rakan rakanku.

Seterusnya, kejadian ini berlaku di mana aku menetap di kolej baharu iaitu kolej murni. Kolej ini diduduki untuk senior-senior di Uitm Kedah termasuk aku. Semasa mendaftar untuk bilik tersebut, aku memilih untuk bilik berdua sahaja dan tidak ambil peduli siapa pun yang akan sebilik bersama dengan aku nanti.

Hari pertama di kolej baru pon bermula. Untuk permulaan hari-hari biasa aku tidak merasakan lagi apa apa yang aneh di situ. Kejadian pertama semasa aku berada di bilik tv. Sedang asyik melayan tv yang aku tidak ingat siarannya apa, tidak semena mena bulu romaku tegak berdiri.

Aku merasakan seperti ada seseorang berdiri di belakang. Aku cuba tidak menoleh dan hanya menonton rancangan kesukaanku. Terasa hembusan angin di tengkukku membuatkan aku ingin segera beredar daripada situ. Tiba-tiba langsir terbuka sendiri tanpa ada sesiapa yang menolak mahupun menarik langsir tersebut. Aku terkedu kerana terkejut melihat kejadian itu. Lantas aku mempercepatkan langkahku untuk keluar daripada situ. Semasa aku ingin mengambil langkah ke bilik sekali lagi aku memalingkan kepala untuk melihat bilik tv tersebut dan aku melihat seperti sosok tubuh seseorang tanpa muka sedang berdiri memandangku. Aku segera mempercepatkan langkah dan tidak mahu melihatnya dengan lebih lanjut lagi.

Dan lagi, semasa di bulan puasa kejadian aneh telah berlaku. Jam menunjukkan pukul 8 malam dan aku segera mengambil peralatan mandi untuk membersihkan diri. Aku mengambil tempat di sinki toilet untuk memberus gigi tetapi merasa lain ketika itu, seperti sedang diperhatikan. Tiba-tiba ada satu suara garau menegurku. “WOI!!!”. Aku terkejut dan ingin melihat siapa yang menegurku. Aku menolak satu satu pintu yang berada di dalam tandas tersebut tetapi gagal mendapat apa-apa. Hatiku merasa tidak sedap lalu aku menyegerakan untuk membersihkan diri walaupun terasa sepeti diperhatikan.

Sekian sahaja untuk cerita kali ini. Banyak kiranya kejadian yang berlaku di Uitm kedah dan sampai disini sahaja yang aku dapat ceritakan. Jika ada yang berminat ingin mengetahui cerita tentang Uitm Kedah lagi akan aku cuba untuk mengarang lagi. Sekian..

.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

22 comments

  1. huhuuhu…nasib baik duk sana 2 tahun xpernah kena or nmpk pape tp pernah laa dengar org nmpk tu nmpk ni & dgr org histeria…

  2. UiTM Di Hatiku…
    Tapi dlu stay Kolej Melati UiTM Shah Alam Alhamdulillah xde mengalami pape kejadian mistik…
    Nnt smbg citer lg ekkk…

  3. Rasa xperlu mention nama kolej.. ia mnimbulkan rasa kurang selesa jika pembaca mmg duk kolej situ.. mahsuri ka, masria ka, murni ka, dh kalau rata2 siswi ada yg xreti buang hat “seminggu” tu betul2, benda tu xkn muncul.. rindu la bau getah pagi2.. haha..

  4. sepanjang hidup dekat kolej masria dengan kolej murni alhamdulillah tak pernah kena lagi even tido lewat bangun pagi2 buta pi tandas…

  5. x salah berkongsi pengalaman anda…tp pd pandangan sy…x perlu kita nyatakn tempat dimn kejadian berlaku(terutamanya asrama)..ini akan membuatkan timbul perasaan takut pd pelajar dan sekali gus bole menyebabkan berlakunya kes2 seperti histeria pada mereka yang lemah semangat…selain itu ibubapa akan mulai risau jika anak2 mereka ditmptkan yg telah anda nyatakan diatas…harap perkara2 begini x diulangi….dan semoga anda sukses dalam bidang penulisan…

  6. 5 tahun di sini, Alhamdulillah x da perkara yg pelik2 terjadi pada saya. terdengar org histeria tuh pernahlah. apa2 pon bnyk kenangan indah kat sini.

  7. Taknak cerita sekali budak mengada histeria kat murni tu ke?,, mesti ko dok f4 kan,tp Alhamdulillah ak takpenah jumpa2 apa plus dengar org histeria ni ha..murni dok level 2

  8. mkcik penah dok kolej mahsuri tuh. aras 3. no bilik f3 04 15. alhamdulillah xda apa2 berlaku. kes2 histeria pun xda plk mkcik dgr msa mkcik bljar situ. tpi ada la gembar gembur yg myatakan kelibat cik pon dkt ampaian dkt bwah tuh. smbil duduk atas kerusi batu menghadap kerusi mkn. siap ada gmbr lagi. tpi xtau la gmbr tuh wujud ke tdak. tahun tuh 2015. spa pnh dgr. konon2 ada gmbr cik pon tu. mkcik pelik jgk berani pulak tukang camera tuh ambk gmbr cik pon tuh. pelik. hahaha. Allahu
    #cumel

  9. Sama waktu saya menetap di kolej murni waktu tu magrib, saya ke toilet di tingkat 3 untuk mencuci pinggan mangkuk. Then saya dgr ade org mengilai sangat kuat dalam toilet tu..dalam hati mcm ingin tahu siapa yg mengilai then saya pun pergi check satu2 tandas tp x dpt jumpa…saya tnya sahabat saya yg menetap di bilik sebelah toilet sama ada mereka ke yg mengilai tetapi mereka jawab bukan kami baru balik dari cafe masria.

  10. Now sy sem 3.duk kolej murni 2. Sebelah stor.so far okay je x pnh kne ap2 lagi..alhamdulillah. CMe mse sem 2 dok kolej(drhsiakan) pnh dgr bayi mngis mlm2.time tu kitorg katil dua org aku n rumet aku trus tido bdua skatil sbb tkut hahahah.tuje pglmn yg mcm seram haha.bye

  11. haha cerita yg smaa dgn yg aku alami .😂tapi aku bukan student situ la cuma tahun 2017 aku amik upsr then skolah aku ada buat g uitm 3 hari 2 malam belajar dkt situu apa smua , pnggil cikgu skolah lain buat keterangan pasal upsr smua , mlam nak dkt pkul 1 lagi mcm tu aku g tndas auuu , then ada suara mcm menangis dkt tndas hujung , aku xsure time ni aku g tndas yg mana yela sbb 3 taun lepas kan so tkbrapa nk ingt dah timetu pun baru drjh 6 😂cerita ni aku tkprnh bgtahu sesiapa cause aku tkut sgt , balik dari uitm tu je aku cerita dkt family skrg baru tergerak nk cerita 😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.