UiTM Lendu – Siapa Yang Ketuk?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada pembaca fiksyen Shasha. Thank you admin sebab approve cerita aku ni. Sebelum ni aku pernah post cerita pasal rumah aku http://fiksyenshasha.com/banglo-di-bukit-jelutong/ dekat Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada yang suka pada cerita ini, seperti dijanjikan aku akan cerita tentang abang ngah aku dan kejadian misteri yang dialami semasa dia belajar di UITM Lendu. Untuk singkatkan nama, aku panggil dia Angah dalam cerita ni. Cerita ni agak pendek dan aku akan terus straight to the point.

Angah merupakan student finance di UITM Lendu, dia memang dikenali sebagai seorang yang agak ganas dan suka buli kawan-kawannya di sana tapi lemah bila dengan perempuan, haha. Angah punya bilik di sana memang diakui agak keras dan banyak lagi cerita yang dia ceritakan pada aku tapi cerita ni yang paling meninggalkan impak kepadaku kerana misteri yang tak terungkai pada akhirnya. Blok asrama lelaki juga terkenal dengan pontianak di tingkat atas sekali, di rooftop, dikatakan pontianak suka melepak di atas sebab dia nak usha pelajar-pelajar lelaki.

Pada satu malam, angah pergi ke bilik kawannya dengan niat untuk belajar untuk test, instead diorang end up main game sampai lewat pagi. Kawan angah, dinamakan sebagai Ali pula lepas kepenatan bermain game, tertidur di katilnya manakala roommatenya Abu, sibuk belajar di mejanya. Angah yang masih nak sambung main game, terus kejut2 Ali untuk sambung main dengan dia, tapi Ali teruskan saja dengan tidurnya tanpa mengendahkan angah. Angah pun bosan, lalu dia berkata kepada Abu bahawa dia mahu balik ke biliknya untuk tidur dan Abu pun mengangguk sahaja sambil cakap bye bye. Waktu dia keluar dari bilik tu, Ali masih lagi dibuai mimpi dengan bunyi dengkuran yang kuat dan jam menunjukkan pukul 3 lebih. Angah terus berlalu ke biliknya yang agak jauh dari bilik kawannya itu.Sampai saja di biliknya, Angah terus tutup pintu dan letakkan pencilbox dengan buku nota dekat meja belajar.

“TOKTOKTOK TOK TOKTOKTOK TOK!”
Baru sahaja Angah nak landing dekat katil dengar pintunya diketuk kuat, katanya macam nak roboh pintu diketuk. Angah pun peliklah, siapa yang ketuk macam nak carik gaduh malam-malam ni? Angah segera buka pintu, dan Ali tercegat di depan pintunya. Muka Ali masa tu angah describe as memang menakutkan, muka dia macam manusia tetapi kulitnya pucat, agak “transparent” sampai nampak urat2, putih mata merah dan muka bengis nak mampus. Ali masa tu tak berbaju dan memandang angah dengan muka marah.

“JAGA-JAGA..!.”

Ali berkata kepada angah sebelum dia menghempaskan pintu pada muka angah. Angah masa tu terkesima la sekejap, kenapa tiba2 Ali ni nak warning dia sampai macam tu? Angah yang memang gangster ni rasa tergugat la sebab selalu dia yang bagi macam bengis dekat kawan2, berani pulak Ali nak marah2 dia. Angah pun keluar bilik untuk kejar Ali ni dan sekeh kepala kawan dia ni sebab berani marah dia, Angah lari punya la laju sebab nak kejar Ali ni, tapi tak jumpa2 pun Ali on the way nak pergi bilik Ali. Sampainya ke bilik Ali, Angah terus menerjah masuk dengan niat untuk sound Ali tapi terkejut bila nampak Ali di katil tengah tidur nyenyak dengan bunyi dengkuran kuat yang sama macam waktu dia tinggalkan tadi. Abu pula masih sedang belajar.

“Tadi Ali ada keluar bilik ke?” Angah bertanya kepada Abu.
Abu pun menggeleng kepala dan berkata yang Ali dari tadi tidur berdengkur tak ingat dunia. Angah beranggapan yang maybe Abu khusyuk sangat belajar sampai tak notice dan dia pun malas nak ganggu Ali nak bertanya dan fikir pasal benda ni, so dia decide untuk bertanya sahaja pasal benda ni esok pagi, di mana waktu kelas dia dengan Ali sama.

Keesokan harinya, Angah terus ke kelas dan mengambil tempat di sebelah Ali. Belum sempat nak ber”good morning”, Angah terus sekeh kepala Ali ni.
“Woi,woi, kenapa ni?” Ali bertanya kepada Angah, musykil kenapa dia kena sekeh pagi-pagi buta.
“Kau kan semalam datang bilik aku cakap jaga-jaga. Ni mesti tak puas hati aku kejut kau main game ni masa kau tidur kan” Angah berkata sambil continue sekeh kepala Ali. Ali meloloskan diri dari sekehan Angah. Muka Ali penuh dengan kehairanan sembil menyangkal kata-kata Angah tadi. Angah pun mula lah chuak dengan asyik berkata kepada Ali “Kau kan yang ketuk? kan? kan?” walaupun Ali berkali2 berkata tidak.

Akhirnya, tiba-tiba Ali pun mengaku dia yang ketuk bilik tu. Angah pun berasa lega.
“Ali, nape kau cakap jaga-jaga?” Angah bertanya sambil berkekeh sebab bagus betul Ali dan Abu prank dia, hampir dia terkena.
“Oh, errrrr…..sebab….oh sebab luar kan gelap sebab tu aku cakap jaga-jaga.Takut terjatuh ke apa.hahah” Ali berkata.
Sejak hari itu, Angah sudah melupakan peristiwa itu dan hari-hari di universiti diteruskan aja. Terdapat banyak lagi benda yang terjadi di dorm dan dorm berdekatan, salah satunya ada budak lelaki kena rasuk dan asyik cakap “Aku nak darah…”. So sampai graduation dia memang dah biasa dengan kejadian mistik dan bila kena kacau dekat bilik dia yang keras pun dia dah tak kisah.

2 tahun kemudian, waktu konvokesyen, Angah dan Ali pun melepak dan berbual sama2, sambil menceritakan memori-memori indah sewaktu di UITM. Tiba-tiba Ali dengan nada serius, berkata kepada Angah, “Aku ada confession since kita pun dah grad kan”. Angah pun bertanya apa, confession cinta kah? Angah bertanya sambil gelak2. Ali gelak bersama dan waktu itu.

“Buat apa nak confession cinta kat kau haha. Aku just nak cakap dulu kan, bukan aku yang ketuk bilik kau cakap jaga-jaga tau, aku masa tu sumpah tengah tidur. Aku nampak muka kau masa tu dah chuak so sebab aku taknak kau takut, aku cakap aku yang ketuk.” kata Ali kepada Angah. Angah meremang bulu roma. Pertanyaan bermain di mindanya.

Jadi siapa yang ketuk? dan kenapa jaga-jaga?

Sampai hari ni Angah tidak tau kenapa makhluk yang menyerupai Ali tu mengetuk dia biliknya dan berkata jaga-jaga kepadanya dan kenapa sekali sahaja? Makhluk tu tak pernah munculkan diri selepas itu untuk bagi warning kat angah ke apa lagi. Memandangkan dah nak blah pun dari Lendu, angah pun just let it go dan melupakan perkara itu.

Terima kasih sebab membaca sampai habis. Kalau suka commentlah lagi so boleh sambung cerita hantu angah kat lendu yang lain especially bila ada budak lelaki dekat blok dia yang kena rasuk. Untuk menjawab pertanyaan pasal banglo BJ juga, setelah 6 tahun berpindah, aku masih mimpi tentang rumah tu dan paling latest sekali ada mimpi yang sangat menakutkan dan seakan benar, hingga sakit dalam mimpi terbawa dalam real life. Kalau ada masa aku akan menulis, Insya Allah. Semoga berjumpa lagi.

Ps kalau nak mengutuk cerita pls bagi kutukan yang membina, aku ni jenis sensitip, nanti nangis berhari huhu. Bye!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

308 thoughts on “UiTM Lendu – Siapa Yang Ketuk?”

  1. Baiklah sambal petai ..ni aku nak bagi kritikan membina ni..duhhh nape name ko sambal petai..kecur air lior haku..ok cite ko tu best tapi struktur ayat ko tunggang langgang sikit..harap ko banyakkan membaca untuk ### memantopkan ### lagik cerita2 ko yang akan datang..dah jangan nangis ..mintak belon kat armmy…

    Reply
  2. wahh sambal petai favourite! hahaha. ok serius, jln cerita best tp kena perbaiki tatabahasa lg kot. sbb ada satu dua baris tu kena repeat baca baru faham. since ayat ni “aku ni jenis sensitip, nanti nangis berhari huhu” aku bagi 8.5/10 lah ye. takut pulak nanti satu benua banjir ahahahah. next story! banglo BJ ? sambungan maybe huhuhu

    Reply
  3. Sambal Petai… terliurnye sebut nama awak.

    8.5/10

    BTW cerita best… penggunaan tatabahasa okay. Cuma struktur ayat je agak kurang tersusun. Keep it up okay.. Teruskan menulis & submit cerita.. Maira suka baca cerita awak.

    Reply
  4. sambal petai? Hahahahahahaha kenapa ko letak nama makanan? Aku tak makan petai. huhu.

    Nice story kau! Aku pun ada member study kat uitm lendu. Memang betul lah tempat tu keras sikit. huhu

    Adakah ALI itu merupakan Ajen Ali bersama kucing nya Si Comot?

    Reply
  5. Chuak? emmm. Cerita boleh faham, part seram nya sikit tapi boleh la. Kurangkan details yang tak perlu. Kritika ikhlas dari aku sebagai pembaca.

    Jangan berhenti menulis k sambal tempe? eh sambal tumis. arghhh lapar

    Reply
  6. Baiknya Ali, cover takut kawan punya pasal sampai sanggup menipu. Can I have one?
    Dulu masa study dekat Labuan pun org kena juga, tapi demam sebulan je laa, sebab tak nampak siapa yang kacau.

    Eh cerita lah lagi, bagi lagi scary tau heee

    Reply
  7. Uitm lendu ngn hantu x dapat dipisahkan… Weh sambal belacan.. Ehh.. Sambal petai.. cite la pasal tarian hakka kt sana, betul ke bpuaka?

    Sedap pulak bila sebut nama ko ni… Tak buh udang ke? Huhuu

    Reply
  8. I have noticed you don’t monetize your website, don’t
    waste your traffic, you can earn additional bucks every month.
    You can use the best adsense alternative for any type of website (they approve
    all websites), for more info simply search in gooogle: boorfe’s
    tips monetize your website

    Reply

Leave a Comment