“Qeena,esok kita melawat nenek nak?”
Cadangan mama membuatkan aku tersentak.Tubuhku mula dibasahi peluh.Aku ingin menjawab pertanyaan mama.Namun,mulutku seolah-olah terkunci.
“Qeena?Kenapa ni?”
Mama menyoalku lagi.Tetapi entah kenapa aku tidak mampu bercakap.Kakak yang dari tadi hanya memerhatikan gelagatku,terus bersuara.
“Akak tahu,Qeena mesti sedih tentang kehilangan papa.Begitu jugak dengan akak dan mama.Tapi perkara tu dah 8 bulan yang lepas.Papa jugak masih belum dapat ditemui.Kita mulakan hidup baru ya?”
Aku hanya sekadar mengangguk.Tidak mampu mengeluarkan sepatah kata pun.Mereka tidak tahu,punca sebenar papa hilang.Mereka juga tidak tahu di mana papa berada sekarang.
Tetapi aku tahu.Aku tidak mampu untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka.Kerana aku tahu,mereka tidak akan mempercayai kata-kata daripada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sepertiku.
Bagaimana aku mahu memberitahu mereka..
4 APRIL 2017
[ 10:45 P.M ]
“Yay!Dah sampai!”
Sorakku setelah sampai ke perkarangan rumah nenek.Nenek merupakan ibu sebelah papa.Atok pula telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu.Mengikut kata nenek,Atok meninggal kerana menghidap serangan sakit jantung.
Rumah nenek besar dan mempunyai dua tingkat.Bukan rumah kayu tetapi batu.Halaman rumah nenek juga dipenuhi dengan pokok-pokok rambutan dan tanaman buah anggur.Cukup besar dan boleh memuatkan 5 buah kereta.
Rumah nenek juga terletak agak jauh dari rumah jiran-jiran yang lain.Pernah sekali aku tanya nenek soal hal itu,nenek hanya memberitahu aku bahawa dia suka akan suasana yang tenang dan damai.
“Qeena!Jangan termenung je situ.Tolong akak angkat beg ni”
Tanpa berlengah, aku terus menuju ke arah Kak Ira dan membantunya.Aku juga membantu mama dan papa mengangkat barang yang telah dibawa.Selepas itu,kami pun dipelawa masuk oleh nenek setelah bagasi-bagasi selesai diangkat.
“Lama nenek tak jumpa kamu semua.Dah besar dah Qeena ya?Ira pun dah dara..”
“Kalau makan pun sedap ni..,”sambung nenek.
Aku dan kak Ira tersentak setelah mendengar kata-kata itu keluar daripada mulut nenek.Begitu juga dengan mama dan papa.Seperti tidak masuk akal.Nenek hanya berdiam dan tajam memandang aku dan Kak Ira..
Setahu aku,nenek seorang yang baik dan penyayang.Tetapi kadangkala kelakuannya ganjil bagiku.Pernah aku berbincang tentang nenek dengan kak Ira.Tetapi kak Ira tidak percaya dan hanya mengatakan aku berimaginasi sahaja.Kak Ira juga pernah kata yang nenek memang suka bergurau.Mungkin benar kata kak Ira.
“Kenapa kamu dua ni?nenek main-main jer pun tak boleh”
Kami semua menghelakan nafas lega setelah nenek berkata demikian.
“Bergurau tu berpada-padalah nek.Kecut perut Ira tau”
“Entah nenek ni! Qeena pun takut”
“hehehe.Maafkan nenek ye”
“Mak..mak..sudah-sudah lah tu sakat diorang.Lama tak jumpa,mak.Maaf mak sebab tak selalu balik.banyak kerja yang perlu diuruskan,”
Kata mama kepada nenek sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Haaa tau pun kau,Alia..ni datang ni kenapa?Macam mana budak-budak ni nak pergi sekolah nanti?Diorang ni nak pergi sekolah kang jauh pulak,”
“Diorang tak pergi sekolah.Diorang akan berpindah sekolah dekat luar negara lepas ni.Sebab tu Alia bawak diorang tinggal rumah mak buat sementara.Diorang pergi dua bulan nanti.”
“Ko ni tak bagitau awal-awal dah kenapa?”
“Sebab tulah kitorang bawak diorang tinggal kat rumah mak untuk sebulan ni.”
“Hmm yelah-yelah.Hahh kamu semua pergi lah naik atas tu, mandi-mandi dan siap untuk tidur.Dah lewat malam dah ni.Kang esok pagi liat nak bangun Subuh”
“Okay nek!Baiii”
Jawab aku dan kak Ira serentak.
Aku dan Kak Ira berkejar-kejaran naik ke atas manakala mama pula mengekori kami dari belakang.Papa? Aku perasan sesuatu yang aneh pada papa.Kerana papa banyak berdiam diri sejak dari tadi.
“Hah,Zamri!Ko nak pergi mana tu?”
“Ye mak?Oh,Zamri nak naik atas.”
“Nanti,kejap.Ikot mak.Mak nak cakap sesuatu dengan kamu.”
[ 11:48 P.M ]
“Mak!!”
Jeritan itu membuatkan aku tersentak.Aku melihat mama dan Kak Ira masih enak dibuai mimpi.Dalam keadaan mamai,aku keluar dari bilik dan menuju ke arah tangga untuk melihat apa yang telah berlaku.Belum sempat menuruni tangga,Sekali lagi aku terdengar suara itu.
“Beritahu Zamri,mak!Mana abah!”
“Apa yang ko merepek ni?Mak tak fahamlah”
“Zamri tahu mak yang sorokkan abah kan?”
“Ko jangan nak tuduh aku sembarangan,Zamri.Jangan buat mak marah”
“Ya Allah,mak!mak tu sakit..kenapa tak makan ubat.”
“Mak dah sihat lah.kau ni suka tuduh mak yang bukan-bukan..Abah ko tu dah lama meninggal”
“Mak,kalau betul mak tak sorokkan abah..Kenapa tak ada langsung mayat abah dalam kubur tu?!”
Nenek hanya terdiam.Suasan kembali sepi.Aku tidak begitu memahami akan apa yang telah berlaku.Aku dapat merasai yang nenek dan papa merahsiakan sesuatu.Di mana atok sebenarnya?
KCANNNNNG
“Alamak!” bisikku.
Aku terpecahkan pasu bunga milik nenek yang terletak di sebelah tangga tempat di mana aku berada.Peluh mula membasahi tubuhku.Aku tidak mampu bergerak.Apa yang perlu aku lakukan??
“Siapa sana tu haaa?”
Aku dengan pantasnya naik ke tingkat atas semula.Buat pertama kali jantungku berdegup dengan begitu laju.Aku masuk ke dalam bilik dan menyelubungi diriku di dalam selimut.Dalam hati,aku berharap agar nenek mahupun papa tidak naik ke atas.
Nasib tidak menyebelahi diriku,pintu bilik dikuak dengan perlahan.Aku dapat melihat sekujur tubuh seorang wanita melalui selimutku yang agak nipis.Tahulah aku bahawa itu nenek.
“Ya Allah..bantulah hambamu.Jangan biarkan hambamu tertangkap.Aku tahu mendengar perbualan orang dalam diam itu salah.Tetapi niatku hanyalah untuk mengetahui kebenaran.Bantulah hambamu,Ya Allah”
Seluruh badanku menggeletar apabila nenek menuju ke arahku. Dia berjalan dengan perlahan dan mula menghampiri diriku.
Selimutku diselak dengan perlahan..
Menampakkan wajahku yang pucat dek ketakutan..
Aku menutup mataku dengan rapat..
TIBA-TIBA..
-BERSAMBUNG-
Terima kasih kerana sudi membaca coretanku yang tidak seberapa ini.Terima kasih juga kepada admin FS kerana sudi memaparkan cerita ini di ruangan FS.Maaf,tak dapat sambung cerita sebab aku sebenarnya sibuk minggu ni.kalau ada masa,aku akan buat sambungan dia.
Assalamualaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
stori dah best tapi kenape pendek sangat. hehe
Thank you 🙂
Maaf sebab pendek sangat
pendeknya. kentut I lagi lama & panjang dari cerita ini…
Diva bagi 3 bintanggggg!!!!
Minta maaf Diva.Nanti aku tulis panjang lagi ya?
alahaiiiii syok2 baca ada plak..tiba-tiba…bersambung…sakit ati plak kita ni
sorry
cerita dah best tp sayang.. tersangat la pendek.. 🙁
minta maaf.Nanti aku buat panjang ya? 🙂
Adeh sakit pulak hati kita. Tengah layan ni beb! 😤😤
Maaf zahir dan batin
Aku tunggu sambungan nya. Cepat cepat tao. Tak sabaq dah ni 🙈
InsyaAllah
aku sbnrnya xde tolenransi dgn cita bersambung2 ni..klu panjang da xpe la.
Maaf kalau cerita ni pendek.Nanti aku buat panjang lagi ya?
kalau cite pendek xpayah lah sambunggg
Sorry
Sakit plak ati kiter.. Baik toksah tulis teruih.. wakakaka.. 😂😂Melawak ja naa.. jangan lupa sambung.. best ni., tapi sebab ada sambung2, bg 6/10 je😁
InShaaAllah,ada masa aku sambung 🙂
apa la post tp tak habiskan.
maaf zahir dan batin
ni lagi sorang, kalau busy dari awal tak ya menulis please. cerita dah best, jalan penceritaan pun bagus. tapi, tolong jangan buat kami begging to you.
minta maaf,farah.In Shaa Allah,nanti aku buat panjang lagi okay?
Nanti sambung tau
best
Terima kasih 🙂
Maaf kalau pendek
Duhhh pitammm….
Erh mnyampah laa dgn cite pndek2 nih.. klau dh pjg brjela xpe laa jgk nk smbung2..ni xsempat nk hembus nafas..
Kalau sibuk xyah tulis lg..tulis je full nnti bile ekau xsibuk..
minta maaf.In Shaa Allah,nanti aku buat panjang ya?
kalau dah sibuk, tak payahlah tulis ! alamakkkk ai ~ susah payah je aku baca !
OI JANGAN MEROYAN !
aihh~mau tak meroyan? tiba2 bersembang pulak! Dahla pendek je, huhu~ han han han natsss~
hepppp! jangan meroyan. nanti effect ke bayi dalam perut tu. hmm.
dah gugur kat medan perang haritu. huhu
Hm kesian nya.. kenapa?
biarlah rahsiiaaaa~
Ui cak engko dah berserai dengan kunyit tu ke?huhu
amenda ko merepek ni syaitannnnnn?
Hye cakk,do you miss me?kahkahkah
omo omo omo~ tengok ni sape datang. cikgu lah !
Iya aku dtg ni,bru balik oversea syiok nye cuti2 malaysia eh cuti2 luar negara kahkah,kalau engko jadi hemhem aku,aku ajak sekali pusing2 negara kahkah
do i care kalau kau pusing satu dunia pon? haih~
eh, aku nak tanya ko ni. Sebelum ni ko guna nickname Mrs Unknown. kan?
Pakwe lame ko da datang ke cakkk…hakhak
dia perempuan lah. ko ni~
#les
larikkkkk hahahaha
Reallyyyy?
Ohmygucci!
yelah ! sebelum ni dia guna nama Mrs Unknown
ohmyfendi
ohmyprada
ohmycoach!
Wow..letiopsss!
Dulu benci sekarang rindu2an?
Haa aaa aku guna emel adik aku,tu ar nick mrs unknown dlu cak,kahkah,emel aku dah lupe pulok dah tu ar aku guna emel adk aku,kahkah
ohhh. yeke. sayang betul ko dgn adik ko? umur brapa adik ko? ko ada mana skang?
Adk aku sorang je,perempuan satu2 ny adk aku,aku mana bnyak adk beradik 2org je tu ar aku syg adk aku sgt, umur adk aku 16,asal engko nak kenalan dgn adk ipar ke?kahkahkah aku kat dlm hati engko cak,
tok tok tok ketuk pintu hati engko
tak payah ketuklah. Sebelum ko ketuk, aku sepak ko dulu.
idokkk lerr, teman tanye je pon. Oklah tu. Dari aku? tunggul. huhu
Aku tanya je, ko tak balik sini ke?
Sampai hati ke engko nak sepak aku?aku cumi2 engo nanti kahkahkah
Balik dah ar,baru balik semalam..sementara cuti ni seronok travel sana sini
cumi2 tu apa?
ko org selangor ke???
Cumi2 tu aku pun xtau,aku dgr org sebut2 cumi2 haha lagu kat youtube tu,laa kan aku ckp kat engko dlu aku dok mane
ohh. ada ko ckp ke?? maaflah. ko tak penting, aku pon tak ingat. kakakakaka
oklah. mls borak sini. kang org kecam. huhu
Iye lah,aku ada ckp kat engko. Eh udah nyey mo cakap dimana sih?huhu cakk aku nak ckp lawa gmbar engko
hmmm. ko stalk aku ke? why?
tengok lah gambar aku sekali hm aku ada dalam likers medi huhu
👉👈
oiii, aku baru nampak. hahaha
oi ko buta ke rabun tak nampak? hm
oii, sape ni yg komen? tadi kata taknak drop komen. haha
maaf medi
eh? bole buat buat suspend bersambung?
huhuhuhu
minta maaf.Nanti aku sambung lagi 🙂
Apabila kesengalan melanda…. Aku cuma mampu pasrah ke Ilahi
Maaf kalau cerita ni pendek.
acik maroh ni marohhhhhhh!!!!! kalo dah panjang berjela boleh dimaapkan bersambung…ini?!!!!
Maaf,acik.Tak ada niat nak buat acik marah.Saya terhantar cerita ni dekat FS.Cerita ni saya nak buat panjang sebenarnya.Tapi bila nak edit hari ni,dah takder dekat “dashboard”.Saya baru perasan.Maafkan saya.
acik maapkan..lenkali save dlm word document sudah…karang panjang2 cantik2 then tepekkan dlm dashboard..tgk first word and last word tally mcm dalam completed stori trus submit! acik bgtau je ni tau….cpt send next part eh ukhtin!
Terima kasih.insyaAllah
aku pun sibuk..aku tulis..sambung.tulis sambung. dua minggu lamanya. dah siap baru post.
So apa bezanya kesibukanmu denganku?huuhuu
sibuk apanya ko? ada je 24 jam, huhu
Aku ada sebab.Maaf kalau cerita ni pendek sangat
izinkan sy mencarut boleh ? haha
boleh. aku izinkan, nanti aku nak join carut sekali. boleh?
Saya izinkan.Tapi mencarut tu tak baik 🙂
Komen ko walaupun secebis ayat yg pendek, tapi lebih menarik dari cerita di atas. Kahkahkah
oh tidak!!!!!
Nantikan sambungannya ya? 😀
tak yah acah bagus, tulis pendek pastu bersambung. Ko ni hidup sunyi ke sampai hadap pujian dan rayuan orang sangat.tak yah buat buat sibuk, kalo betul sibuk ko takkan ada masa nak naip pun…
Salah.Kalau tak tau apa-apa,jangan buat andaian.Aku tak perlukan rayuan daripada pembaca.Aku menulis sebab aku minat.Lagi satu,hidup aku tak sunyi,aku ada Allah.
Tapi,aku pun salah dalam hal ni.Maafkan aku.
Perangai pembaca FS ni kalo ko nak tahu, biarpun cerita tu bersambung, masih bole diterima, tapi biarlah ko stop pada part yg betul. Bukan tengah kusyuk baca tetiba jadi terbantut mcm ni. Ibarat ko stop part klimaks, memang hangin lerr…
Baru aku tahu..maaf kalau cerita ni pendek.Tapi aku rasa mesti ramai pembaca FS akan hangin lagi sebab aku suka berhenti dekat part klimaks hah
Itu terpulang pda ko, ko yg menulis. Makanya ikut jela cara ko. Moga 2nd impression lebih okay dari yg 1st.
InsyaAllah,terima kasih tok.
cepat sambung ye… cerita dah best sgt dah…
InsyaAllah,Terima kasih.
Aku rasa macam tengok citer Indon plak. Nak lempang tiba-tiba sambung. Itu sebab aku menyampah tengok citer Indon. hahahaha. Biasanya dalam penulisan ada 2 perkara penting bagi pembaca macam aku. 1) Jalan cerita best 2) Cara penulis menyampaikan cerita. Kau ada no. 1 tapi aku harap kau perbaiki no 2. Mungkin kau ada sebab tersendiri seperti sibuk tapi kau boleh mengambil masa satu bulan mengarang di tempat lain kemudian baru paste. Memang ramai yang buat dalam siri tapi waktu sambungan ada tempatnya. Contohnya akan sambung – setelah kau balik semula ke bandar bersama mak ayah kau, ada lagi nenek kau dtg melawat pulak. Anyway aku harap kau belajar sesuatu di FS ni. Semoga maju jaya.
Maaf,aku baru lagi menulis kat FS.InsyaAllah,nanti aku perbaiki.Terima kasih! 🙂
Betul 12 tahun ni?? Ke kisah masa umur 12 tahun? Sambung cepat sikit..acik g masak dulu ye…
Kisah umur 12 tahun.Hmm cerita ni fiksyen acik.maaf kalau pendek.
Oh fiksyen… okay2. Ko sambung je lah nanti ek.
Haha okay!
Oke..xper..akak tggu..
😊
Terima kasih.Minta maaf akak kalau pendek sangat.
La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah………
Apohal lak tergantung tetibe ni… Takkan ko xdraft dulu before post cerita?? Panjangkan sikit kalau perlu sambung pun.. Ni baru secoet dah post……. Betul2 menguji la ko ni.. :/ :/
Minta maaf,koi.Tak ada niat pun nak buat koi marah.Baru pertama kali menulis kat sini.Terima kasih atas tunjuk ajar.nanti aku buat panjang lagi ya?
Okay… Jadikan pengajaran.. Everyone makes mistakes… Keep on writing..
Terima kasih 🙂
aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
cerita da bestt kasi rate 5 stars, cepat sambung!
Terima kasih. 🙂
Maaf kalau cerita ni pendek.
cerita agk menarik…tpi kalau boleh crita tu jgn trlalu pendek lah….hrp dpt dipanjangkan lah crita ni nti yaa..apapun kipidap yo,,
Terima kasih.Maaf kalau cerita ni pendek 🙂
Peh biadap gila dia pnya brsambung😭😭
Maaf,encik ayam.Nanti saya buat yang kurang biadap punya ya?
Tiba2 kepala bana kau…
Lahanat punya penulis..
Mcm babi
Cite ko da best… misteri gitu…
But next part ko panjangkan sikit…
Tips dari Cerita NASA, bila da capai 15 pages kat word baru ko boleh hantar… Gudluck..
Ya allah punye tegang bace cerite 😂
Sungguh biadap betul lah😭😭😭
👍
gantungggg nye lahaiiiiiiii….
lol.real story?