“Umat” SMK M**u

Assalamualaikum. Hi gais!. Alhamdulillah admin up kan cerita aku. Thanks admin! Kali ni masih lagi cerita mengenai asrama aku, tapi dia expand lagi sampai ke sekolah pulak. Yelah…dah nama pun tinggal kat asrama. Sekolah tu pun dah macam rumah kau dah. Sape2 yang pernah duduk asrama akan faham this sense of belonging ni. Apatah lagi kalau yang bertahun-tahun duduk kat asrama sama. Panjang mukadimah ni, bukan “ter”melalut macam sebelum ni ye. Ada sebab kenapa aku bagi intro macam ni.

So, janji kat cerita sebelum ni yang aku akan bagi cerita yang lebih menarik (ye ke? perasan betul aku ni!) Kenapa menarik? Sebab kali ini, kejadian2 mistik yang disaksikan dan dialami bukan aku sorang. Kiranya ramai yang ‘merasa’.

Kisah 1 : Hari Khamis malam Jumaat.

Ni kisah hari Khamis malam Jumaat. Biasalah asrama, hari Khamis malam Jumaat ni buat bacaan Yassin, tahlil sampai ke Isya’, baru prep. Aku tak ingat sangat aku tingkatan berapa masa ni. Tapi, ini kes satu asrama dapat bau cik cong tu macam mana. Yang aku ingat, masa ni Ketua Aspura & Aspuri….Abang Faiz dengan Kak Suhaila. Alkisahnya masa lepas bacaan Yaasin, dalam 10 minit menunggu masuk waktu Isya’, tetiba satu surau bau buuuuuussuuukkk ya amat. Korang bayangkan eh, bau stokin busuk+tanah merah+taik kucing+sabun basi+susu basi+bangkai kucing. A’ah, macam tulah lebih kurang. Jangan tanya aku macam mana aku boleh bayangkan bau camni. Aku imagine je. Satu surau bau beb!

Aku, masih dengan kekurangan minum susu yang mengakibatkan sel2 otak kurang berhubung, tegur lagi. Siap tanya siapa pakai stokin haprak ni?!. Bukan aku sorang hokeyh. Ramai yang suruh budak2 pakai stokin bukak stokin diorang n simpan. Aku tak tahan, ngelat r nak gi toilet. Then, malam tu sebelum tido, lepak sat ngan Kak Su. Ghopenye…jengjengjeng… Abg Faiz hantar pic message kat Kak Su, ada cik cong tercongok kat tepi surau masa tu.

Padanlah, masa nak azan tu, si Wahid ke Wafi ke hape nama ntah (maap le..teman lupa nama mike), azan tersangkut2. Kitorang ingatkan, dah kenapa pulak dia ni? Selalu azan elok je. Ghopenye, cik cong lepak bebetullll kat sebelah tingkap bilik azan tu. Berapa orang temankan dia masuk bilik azan tu baru elok azan. Keluar, hamek kau! Lencun macam lari marathon.

Aku? Kak Su ada tanya jugak, “ko gi toilet tadi tak nampak pape ke?” . Alhamdulillah, tak. Nasib baik bhaiii, kalau tak demam seminggu. BTW, betullah cerita2 lain yg describe ghope cik cong ni camne. Hitam, macam bertengkorak n agak berulat. Gambo yg Abg Faiz send tu x berapa jelas. Maklumlah, Vivo belum wujud lagi time neh.

Kisah 2: Masih Khamis malam Jumaat.

Yang kali ini dah bertahun berlalu sejak kes Cik Cong. Masa ni Mr. Black dah ada.

Pada satu malam yang hening, eh. X hening. Kitorang belum tido lagi walaupun dah tutup lampu. Masih sedap “makan daging” dan bergosip terkini budak2 hot dan couple hot kat sekolah + asrama. Masa tu dalam pukul 12:00 lebih. MR. Black boleh menggonggong sampai mendengking bunyi dia. Pastu kejar2 dari hujung ke hujung susur asrama sekolah (ada satu susur berbumbung yang menghubungkan asrama terus ke sekolah, betul2 depan surau. Kitorang memula okay. Siap gelak padankan muka ingatkan ada budak fly kantoi dengan Mr. Black. (Ingat sebelum ni yang aku citer budak2 fly lalu kat kolong bawah surau tu?)

Pastu sampai Mr. Black mendengking je, memasing dah panas bontot. Kitorang try la intai kat tingkap. (Masa ni aku dah dorm aras 2) Takde sape beb! Gulp…Siapa yang kena kejar? Kalau budak fly, apasal tak menjerit ke, x dengar bunyi selipar ke lari2? Pergh! Berderau d***h beb! Semua pakat tido.

Esoknya dapat citer dari budak2 yang nak fly tp x jadi malam tu, ada “benda” baju putih rambut mengerbang kena kejar dengan Mr. Black. Diorang tak jadi sebab nampak “benda”tu lah. Nasib baik ada Mr. Black.

Kisah 3: Kompang Selamat.

Kenapa Kompang Selamat? Bukan kompang selawat? Aku je jahat mulut sebab kes ni la. Kali ni, dengan warden, satu asrama dengan pak guard sekali kena.

Masa tu, musim2 pertandingan kompang selawat. Kisahnya sekolah aku ni dapat masuk ke peringkat seterusnya lah. Diorang pun rajin la berlatih sampai ke malam. Beberapa orang budak kompang tu budak asrama. Tetiba lepas 12:30 am mcm tu, kitorang dengar bunyi kompang kemain meriah dari sekolah. Wadehek??? Sampai terbangun ketua dorm aku (dia jenis budak tido awal keh.) Aku pun yang dah mamai2 nak tido ni terbangun. Ramai jugak yang terbangun. Lamaaaa bunyi kompang tu weh. Sampai aku fed up, aku gi kat budak tu. Ika nama dia.

“Ika, korang practice sampai pukul berapa? Ada yg tak balik lg ke?”

Budak ni dengan innocent nya, katalah tadi ada beberapa org lagi x balik. Dia pun dah balik, tinggal sape je tadi. Pastu dia mesej budak aspura yg kompang same dgn dia tanya. Adalah, dalam 4-5 org x balik lg. Tapi, wait semenet, 4-5 orang boleh kompang gini kuat? Masa tu, ketua dorm aku merangkap member aku dah hangin dah. “Memekak je lah malam2 orang nak tido. X hormat langsung”, lebih kurang la… Adalah dalam setengah jam berkompang kat sekolah tu baru senyap. Then aku tidurlah.

Esok pagi, berita tergempar. Masa balik sekolah sesi pagi tu, si Ika ni bagitau lah. Tak lama lepas diorang balik, yang 4-5 orang tu pun balik dah. Habis tu, siapa yang berkompang? Ada antara kami yang tanya Pak Guard sebab nak sahihkan cerita. Yelah, mana tahu, diorang tu ngelat je ke sebab budak asrama dah hangin dengan diorang. Sekali explanation pak Guard lagi best la weiii…. Pak Guard kata, masa dia baru nak buat rondaan tu, lepas je budak2 kompang semua dah balik, satu blok pentadbiran tu “bergendang”. Kerusi meja semua berbunyi macam ada orang “kompang” kan. Pakguard tak jadilah meronda. Tapi Pak guard kata, lama jugak baru berhenti. Katanya, benda tu marah sebab kompang tu buat practice malam2. Entahlah. Wallahualam. Tapi lepas malam tu, diorang x buat practice malam2 dah.

Ok la. Macam panjang sangat je kali ni. Aku rasa macam meleret pun ada gak. Lepasni aku akan bagi last story pasal sekolah aku ni. Kali ni lagi teruk, sebab sekolah sampai tutup sehari sebab histeria beramai-ramai. Ok, ciao! Assalamualaikum.

.

Cucu Wak Kucer
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.