Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalammualaikum semua . Ha ingat lagi tak saya ? ini kali kedua saya menulis kisah seram ini dan mungkin saya perlu banyak lagi menulis untuk menghasilkan sebuah cerita dengan ayat yang gramatis dan menarik. First of all, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada fiksyen shasha dan pembaca yang menerima saya dalam menulis sesebuah cerita untuk anda . Jika ada salah silap dari segi tutur bahasa minta maaf insyaalah saya akan memperbaiki kan lagi…
Kejadian ini sudah berlaku kira- kira dalam 3 tahun dan ia berlaku pada saudara saya ketika keluarga saya dan adik beradik belah mak saya iaitu mak jang , makngah dan maksu saya . Masa tu kami 4 keluarga bercuti di Melaka . Kami sangat gembira kerana dapat berkumpul beramai -ramai ..
Pada hari pertama kami semua di melaka bersama- sama dengan sepupu saya, kami sangat teruja dan gembira kerana dapat melihat bangunan A’Famosa . Kami sekelurga menginap di satu rumah yang sangat besar , rumah tu ade dua tingkat dan memang cukup untuk 4 keluarga . Lagipun dalam setiap keluarga tu taklah ramai sangat . Malam tu kitorang tidur dengan nyenyak sekali dan tiada gangguan apapun.
Keesokan hari tu kami bangun solat subuh , dan kitorang teruskan perjalanan kami untuk berjalan jalan di Melaka. Kitorang duduk kat Melaka dalam seminggu jugak . Pada hari yang keenam iaitu satu hari sebelum kitorang balik ke Kuala Lumpur . Kami sekeluarga pergi ke sebuah muzium yang bernama Muzium Hang Tuah .
Masa kitorang masuk jer dalam Muzium tu kitorang terpengun dengan barang -barang lama yang ada dalam muzium itu dan cerita-cerita yang menarik sekali . Masa kitorang tengah berjalan berjalan dan tengok barang-barang dalam muzium tu kitorang ternampaklah patung -patung atau orang-orang zaman dulu . Patung tu disimpan di dalam muzium tu dengan gayanyer yang sedikit menakutkan dan seram bagi saya ….
Masa tu mak saya dan maksu saya tengah tengok patung yang tersusun di dalam muzium yang menggambarkan orang zaman dulu. Maksu saya ni kalau bercakap memang tak bertempat tapi itu dululah sekarang ni tak sangat .Orang kata bila kita masuk muzium atau tempat yang bersejarah macam cerita dulu dulu kan banyak sumpahan , jadi bila masuk tempat orang hendaklah kita tutur kata , adab pun kena jaga dan tingkah laku kita .
Masa kitorang berjalan dalam muzium tu kitorang nampaklah patung tu duduk ramai ramai macam tengah bincang sesuatu . Bila tengok patung tu macam dia pandang kat kita . Masatu saya rasa tak sedap hati dan terus pergi ke tempat lain dan menoleh pandangan saya dari patung yang menakutkan itu. Masa maksu saya cakap tu saya tak dapat dengar dengan jelas sebab saya terus pergi ke tempat lain dan saya hanya sempat dengat perkataan ‘misteri’ atau lebih dikaitkan macam ada ‘benda’ kat situ . Saya pun tak kisah sangat dengan perkataan tu tapi saya ketakutanlah masatu dan tak sedap hati even saya ni memang suka sangat melawat ke muzium tapi perasaan takut kadang-kadang terasa jugalah di hati ni .
Keesokan haritu , kitorang pun nak bertolak balik ke rumah masing- masing . Makngah saya dah balik dah sebab makngah saya ni jenis orang yang suka buat benda awal -awal. Lepas makngah saya balik makjang saya pulak bertolak sebab katanya takut jalan jem. Mak saya dan maksu saya kitorang balik sama sama tapi kitorang duduk dalam kereta yang berasinganlah . Ouhhh lupa nak bagitahu kitorang ade sewa rumah teres untuk dua hari dan lagi 4 haritu kitorang duduk apartment .
Dan kita sambung balik masa nak bertolak tu . Masa nak turun lift tu saudara saya yang sulung tu nama dia Firash tapi kitorang panggil dia yash . Yash tu anak kepada maksu saya, masatu Yash baru jer 4 tahun. Masa nak turun lift tu dia tiba tiba menangis taknak turun lepastu dia tunjuk jari dia kat dalam lift tu macam ade sesuatu ‘benda’ yang yash cakap “taknak masuk takut nanti kena makan”. kitorang semua paksa dia masuk sampai dia menangis kuat kuat .
Bila dah masuk kereta baru lah dia diam dan semua selamat sampai kerumah masing -masing . Hari khamis , malam jumaat kira-kira waktu maghrib maksu saya dan dia punya family datang kat rumah saya dan masatu my mom taktahu pun yang maksu saya nak datang . Rumah saya dekat dengan surau so malam tu surau tu ade buat bacaan yaasin jadi kitorang nak pergilahlah tapi my mom dan dad saya tak pergi sebab my cousin datang kan so saya dengan kakak saya pergilah surau .
Majlis kat surau tu habis kira kira dalam pukul 11.00 malam la jugak. kitorang pun balik tapi masatu mak saya ngan maksu saya takde dalam rumah pastu saya tanyalah ayah saya ayah saya cakap ‘maksu ngan ibu pergi rumah cik alim ‘ patsu saya tanya lah ayah saya lagi ‘nak buat apa’ ? ayah saya cakap ‘berubat’. pastu saya tanyalah dalam hati maksu saya sakit ke?
Pastu malam tu pukul 11,30 maksu saya tak balik lagi dan kitorang sementara menunggu tu makan lah . Lepas makan tu saya nak buang sampah pastu bila kat tempat buang sampah tiba tiba dengar ade orang menjerit kuat , saya pun terkejut pastu lari terus masuk rumah , takut punya pasal . Saya tanya ayah saya ‘ayah dengar tak ade orang menjerit kat atas ‘ pastu ayah saya jawab ‘menjerit ? sapa pulak nak menjerit malam malam macam ni ‘ saya pun terkaku dan tertanya tanyalah juga sapa yang menjerit tu ?
Malam tu saya pergilah rumah cik alim sorang sorang sebab takde orang nak teman semua macam busy jerr saya pun malas nak kacau. Bila saya dah sampai tu maksu saya tiba tiba menjerit kuat gila sampai telinga saya berdesing. Saya pun taktahu nak buat apa kalau saya lari sia sia jerr saya jalan dah rumah acik Alim ni jauh , pastu saya nampak mak saya saya terus pergi kat mak saya dan tanya ‘kenapa ni ibu ? kenape maksu menjerit macam orang gila ni ?’ pastu mak saya buat tanda isyarat suruh diam saya pun diamla . Pastu bila maksu saya dah sedar dari menjerit cik Alim cakap ‘ maksu kamu ni sebernanya dirasuk oleh satu jin yang bernama ‘UMMU SIBYAN’ masatu saya pun tak tahu apa tu jin ummu sibyan .
Saya pun serach kat google dan dia kata ‘ummu sibyan sejenis jin yang gemar menganggu bayi atau wanita masih hamil ‘ masa paksu saya tengah sembang dengan ayah saya ,paksu saya cakap ‘maksu lepas balik dari melaka tu perangai dia terus berubah , selalu stress , marah anak, malas masak senang cerita buat apa pun malas dan selalu nak marah .
Lepas kejadian itu maksu saya terus trauma kalau nak pergi mana mana . Sejak dari itu dia mula amalkan bacaan ayat – ayat alquran atau doa pelindung. Alhamdulillah sampai sekarang keadaan maksu saya bertambah baik dan doakanlah supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi kepada maksu saya ataupun sesiapun dan teruskanlah berdoa agar kita dilindungi oleh allah S.W.T . Amin . .
Info Tambahan : Cik Alim ni adalah jiran kami yang berdekatan. Dia ni dikatakan berubat orang tapi more kepada islam punya cara berubat lah bukan bomoh .
Kesimpulanya: Berdasarkan kisah ini , kita ni kalau nak melawat tempat orang even masjid pun kita kena bagi salam . Dari segi bahasa juga perlu jaga , adab, tingkah laku dan lain- lain.
Saya harap korang enjoy dengan cerita saya ini dan minta maaf kalau ada salah silap bahasa atau info . Terima kasih semua assalammualaikum . . . . . . . .
Salam , lockdown ..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Saya harap cerita yang saya kongsi ni dapat memberi pengajaranlah kepada kita dan terima kasih saya ucapkan kepada Fiksyen Shasha atas menerima kisah saya ini .
Pastu