Ummu Sibyan

Assalamualaikum. Nama aku Mr.Chunky (nama samaran). Aku pun peminat tegar kisah-kisah dari Fiksyen Shasha ni. Jadi, aku nak share jugalah beberapa kisah yang aku sendiri alami. Tak tersusun sangat, tapi inshaAllah akan disampaikan satu persatu.

-UMMU SIBYAN-

Hari pertama, malam tu cuaca baik. Aku, isteri dan anak-anak keluar makan malam. Aku dikurniakan sepasang cahaya mata. Yang sulung masa tu tak salah aku umur tiga tahun, lelaki. Yang kedua baru lima bulan, perempuan.

Nak dijadikan cerita, kami pulang lewat ke rumah selepas keluar makan malam. Jam menunjukkan pukul 11:30 malam waktu kami sampai ke rumah. Dipendekkan cerita, sewaktu aku nak tidur, jam dah pukul 12:55 tengah malam. Anak kedua pulak asyik menangis saja. Letak di buai tak kena, pangku tak kena. Menangis pula bukan biasa-biasa. Menangis menjerit macam nak terkeluar anak tekak tu. Yang peliknya, bila dia terpandang je dekat satu sudut bilik tidur (iaitu di sebelah pintu masuk dekat siling rumah), dia menjerit-jerit. Aku runsing sebab esok kerja. Nak kena bangun awal. Bila benda ni berlarutan sampai pukul dua pagi, aku jadi rimas. Aku tahu, pantang orang tua-tua, jangan keluar rumah waktu anak masih kecil. Tidak lama lepas tu, anak aku pun tertidur. Esoknya aku bangun lewat, lantas lambat ke tempat kerja.

Hari kedua, benda yang sama jadi lagi. Bini aku pun belum habis pantang. Tahu sajalah penat susukan anak macam mana. Nak buat kerja rumah lagi, berpantang lagi, memang stress!

Waktu tu pukul 12:15 tengah malam. Bini aku tak tahan anak aku asyik menangis melalak je dari tadi (seperti semalam, pandang je satu penjuru bilik dia melalak). Aku pula dah tertidur dek kerana penat bekerja. Tiba-tiba aku terjaga sebab bini aku menjerit marah dekat anak aku sebab menangis tak henti-henti. Lepas tu, yang aku tak expect, mashaAllah… dia ugut nak campak anak aku dari tingkat atas! (lupa nak cakap, rumah aku dua tingkat. Semua bilik dekat atas).

“Kau ambik anak kau ni, sebelum aku campak dia!” jerit bini aku.

Ya Allah… berderau darah aku dibuatnya! Dalam hati aku, “bini aku ni meroyan ke?” Aku terus ambil anak aku keluar rumah, start kereta sambil baca ayat Kursi tak henti-henti.

“Kau nak pergi mana tu bawak anak keluar malam-malam buta ni?” sempat aku dengar bini aku jerit dari depan pintu rumah.

Adalah dalam 20 minit aku round kawasan pekan. Entah berapa kali aku baca ayat Kursi pun tak tahu sampai anak aku tidur di pangkuan aku (shhh jangan bagitahu abang polis aku drive sambil pangku anak). lepas tu, aku balik rumah. Aku tengok anak sulung dengan bini aku lena dah, aku letaklah anak yang aku bawa tadi dalam buai.

Esoknya, bini aku macam lupa dengan apa yang jadi semalam. Aku macam biasalah, menguap je memanjang sebab aku berjaga sampai ke pagi. Nasib badan, bak kata arwah P. Ramlee.

Hari ketiga, aku ‘fed-up’. Aku mencari-cari apa penyebab anak aku jadi macam tu dekat pakcik ‘Google’. “Punca anak menangis malam,” aku letak dalam ruang carian Google. Banyak juga keluar. Aku ambil carian paling atas.

“Simptom-simptom;

  1. kerap menangis malam terjerit-jerit
  2. menangis lebih kuat jika terpandang di satu penjuru rumah
  3. …”

“Samalah…” kata aku berseorangan sambil membelek telefon pintar milik aku. Aku baca lagi…

“Gangguan jin… Ummu Sibyan,” muka aku mula berkerut tatkala meneliti dan memahami satu demi satu ayat di ‘page’ tersebut.

“Cara mengubati…” bacaan aku jadi lebih fokus.

“Kenalpasti lokasi yang dilihat anak, baca surah al-Fatihah, Kursi, Tiga Qul dan berkata, “KELUAR KAU WAHAI UMMU SIBYAN! JANGAN KACAU KELUARGA AKU LAGI!” sambil meludah kosong ke sebelah kiri.”

Terkejut aku dibuatnya. Rupanya anak dan bini aku diganggu jin kafir! Dalam hati aku, betapa kasihan aku pada bini aku. Mesti tak cukup rehat. Aku baca lagi…

“kesan gangguan;

  1. rumahtangga boleh hancur
  2. gangguan pada hubungan intim
    3.ummu sibyan memakan anak benih dari buah… lelaki”

“GULPPP! Alamak, parah ni!” getus hati aku.

Dalam ‘page’ tu terselit hadis (aku tak ingat detail, tapi aku ingat sikit-sikit), “Nabi pernah berjumpa dengan seorang wanita tua yang sangat hodoh rupanya, sangat hodoh… lalu nabi bertanya, siapa kamu wahai makhluk Allah? Aku adalah Ummu Sibyan, tugas aku menggangu anak-anak Adam, aku makan benih anak Adam, aku boleh meruntuhkan rumahtangga sebuah perkahwinan…” (panjang lagi, tapi malas sambung. Jangan kecam aku sebab aku tak hafal hadis tu. Aku pun tak tahu sahih ke tak. Wallahua’lam).

Malam tu seperti biasa, aku tunggu tanda-tanda gangguan. Tepat pukul 12 tengah malam, anak aku dah buat perangai. Aku perhati anak mata dia, nak tengok mana dia lihat ‘benda’ tu. Satu lagi aku lupa nak cakap, aku ni dari kecil mungkin ada anugerah. Tapi aku kurang pasti. Aku boleh rasa ‘benda’ tu ada, tapi tak boleh nampak.

Lepas tu aku tengok, mata dia tertumpu ke sudut ruangan penjuru meja solek dalam bilik tidur. Hati aku panas, aku jadi bengang ‘benda’ tu kacau keluarga aku. Aku ni taklah berani, tapi bila kena macam ni, agak-agaklah kan. Sampai ganggu emosi bini aku, kerja aku. Haish.

“Allahuakbar, Allahuakbar!” aku laung azan sampai habis (taklah kuat, takut terkejut jiran sebelah azan tengah-tengah malam). Sudah aku azan, aku baca al-Fatihah, Kursi, Tiga Qul, sambil dalam hati aku cakap, “keluaq hang dari rumah aku, setan! puih!” (Yalah, kalau aku cakap sorang-sorang mengadap dinding, agaknya bini aku tak terjerit ke?) Selesai je aku buat tu, aku tumbuk lantai.

“BUKKKKK!!!” seraya anjing-anjing dekat luar kawasan taman aku melolong sekali…

Lepas dari tu, aman suasana bilik aku. Anak bini pun tidur nyenyak. Termasuklah aku.

OK, setakat ini saja ya. Ada lagi kisah lain, tapi masa tidak mengizinkan. InshaAllah di lain waktu.

Assalamualaikum.

#MrChunky

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

23 thoughts on “Ummu Sibyan”

  1. Satu lagi aku lupa nak cakap, aku ni dari kecil mungkin ada anugerah. Tapi aku kurang pasti. Aku boleh rasa ‘benda’ tu ada, tapi tak boleh nampak.

    hmmm kebanyakan semuaorg pakat mengaku ade kebolehan2 dlm FS ni.. sy rse tu bukan kebolehan/anugerah, tp lbh kpd deria rasa kita je.. rse mcm x selesa sb kehadiran sesuatu yg x leh dilihat.

    Reply
    • haha yang tu aku setuju.. tak abes mengaku ada kelebihan.. padahal deria rasa.. macam aku tengah basuh pinggan syok2 ni.. tetiba rasa macam ada org kat blakang aku.. toleh tengok anak aku dok nyengih blakang aku.. deria rasa la tu.. jadi aku claim aku aku ada anugerah bleh rasa ada benda la gak.. haha..

      Reply
  2. jadahnya 5bulan tak abis pantang lagi? aku ni dalam pantang masak kemas umah.. basuh kain mandi anak susu anak takda kalut aih.. 3 anak aku dah.. seme pon buat sendiri.. rileks sudah..

    Reply
  3. Anak dia skrg ni dah 5 bulan..tp dalam cerita penulis kata bini dia tengah pantang..maksudnya bukanlah anaknya dah 5 bulan bini still pantang. Dia nak cakap, mungkin kejadian yg penulis ceritakan berlaku masa bini still dalam pantang dalam beberapa bulan lepas. Fikir secara logik. Jgn main hentam penulis je. Itu pon nk kene ajo

    Reply
    • woi pakwe sajat ko tak baca ke dia kata masa tu anak aku yg sulung 3 tahun yg no 2 5 bulan.. sooo masa kejadian tu la bahangong

      Reply
  4. Orang skrg mana nak dgr pantang larang smua ni..kata kolotla..mistik sgtla…akak mmg geram klo jenis pentingkan diri sendiri ni.klua masuk rumah mlm2.rumah pulak ada anak kecik.bawak kua pergi bkelah masuk hutan semua. Kadang2 akak nmpk lps hbis pantang dah bwk g jln.. setakat mall yu dah biasa.ni bkrlah kt air2 terjun. Kemaruk betul mak ayah jenis cmni kan.pelik akak.Kita ada Allah..mintak pelihara..tapi bnda boleh elak n tahu risiko..knp nk buat.mak ayah enjoy.ank2?? Meraung tgh2 mlm nk slhkn siapa? Haa…panjang akak nasihat tu. Tp tolonglaa…cianla kt bdk2

    #DoneMembebel

    Reply
    • kan mcm takleh tunggu anak beso.. aku klo anak kecik2 ni mls rasa nk bejalan.. tu aku rasa la.. tp takleh la selfish sgt.. ank aku pon nk gak bejalan.. bio lah beso sket.. nk mkn pon better siang hari lah..

      Reply
  5. Jadikan teladan kisah ni..tahniah chunky sebab lawan dan halau sendiri ummu sibyan tu tanpa perlu bantuan pakar perubatan islam..jgn bwk ank kecik keluar malam2 lagi ya..

    Reply
  6. Aku ni dok kat eropah tau…tp mmg aku amalkan petua xkeluaq dgn kids lps senja..kalau malas masak, order saja n aku sorg2 keluaq pi ambil mknn..jaga la betul2 kids ni, amanah besaq tu

    Reply
  7. Chunky teruskan cita ko walau kena kecam dgn bawang2..teladan yg berguna pd budak2 yg bakal berkawin dan beranak kecik..

    Reply
  8. Ramainya mami jarum dok membawang kt sini..
    rakus btoi dok hentam org mcm diri tu elok sgt..
    cemuih aku aih…

    Reply
  9. Aku naik mnympah mulut mkcik pakcik bawang ni lah.. keja nk ngentam org jek.. bgi lah peluang penulis nk.citer kisah dia… sok2 bila ada org mnghentam jek..mmg tak.wujud lagi lah org nk tulis kisah seram diorg kat sini… klau nk entam jgk gi masuk ruangan berita trkini artis ke hapa ke…ishhh

    Reply
  10. Sbnrnya dari aitu nk.tau sgt kisah ummu sibyan ni.. bila dah baca kisah ini bru lah ada phm kisah knape bby kerap mngis bila tgok satu arah jek…

    Reply

Leave a Comment