KATA PENGANTAR
Assalamualaikum.
Ini kali pertama aku hantar cerita aku di sini. Pelik pulak rasa. Oktober 2016, satu peristiwa yang tidak pernah terjangka berlaku dalam hidup aku. Peristiwa yang memaksa aku hidup dalam kemurungan. Aku tak tahu di mana dan dengan siapa aku boleh kongsi kisah yang aku alami ini… berkongsi cerita seperti ini tidak semua orang sesuai. Lagipun, tidak best kalau cerita-cerita ini menjadi kitaran perbualan aku dengan kawan-kawan di luar. Macam annoying je rasa… dan aku rasa tidak selamat untuk bercerita kisah ini di alam nyata. Dalam media selamat sikit kot. Jadi, aku stress.. stress sendiri. Insecure dengan semua… Blurr… sehinggalah ada kawan yang cadangkan hantar cerita aku ke FS. Jadi penulis anonymous. Harapnya cerita aku ini tersiarlah di FS. Oh, ya! Mungkin akan ada dalam kalangan kawan-kawan aku yang pernah mendengar cerita ini daripada aku sendiri..dan bila kamu membaca cerita ini..kamu mungkin dapat agak siapa aku sebenarnya. So, aku minta dengan kamu-kamu yang kenal aku siapa. Diamkan. Rahsiakan. Tidak perlu tag aku. Demi keselamatan aku sendiri. Lagipun aku nak ada life sendiri…plus, aku tidak suka orang yang aku tidak kenal.. tahu tentang diri aku ini. Aku hanya ingin berkongsi kisah aku je. Cerita aku lagi penting untuk dikenali berbanding diri aku. Dalam cerita aku, aku yakin ada pengajaran yang boleh diambil. Sedangkan aku ni.. loqlaq x hengattt. So, rahsiakanlah yer. Hopefully hangpa faham.
Okey, selesai omelan diri panjang lebar. Harapnya, mesej yang aku hendak sampaikan..sampailah. Terima kasih sudi baca. Kita teruskan dengan cerita yang aku ingin kongsi. Kita mulakan dengan prolog. Panjang sikit. Tapi Prolog ini penting untuk dihadam sebelum menikmati cerita yang nanti aku sajikan. Baca je lah. Aku cuba selitkan ilmu dalam cerita ini. Manusia jangan malas membaca kalau nak berjaya.
PROLOG.
Basically, kisah ini tentang salah satu pengalaman aku yang suka keluar masuk hutan, panjat gunung itu ini acah-acah hendak menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Tajuk asal kisah ini aku dah ubah untuk menjadikannya lebih menarik perhatian. Tu je. Tiada signifikan lain pun. Nama watak dan latar terpaksa diubah. Faham-faham sendiri je la mengapa. Common sense. Kisah ini dikongsi untuk tambah pengetahuan dan santapan minda. Bukan untuk menjadikan anda takut kepada Jin a.k.a hantu.. atau supaya anda pergi memburu bunian di dalam hutan. Ingat..! Takut kepada Tuhan.. dan ada sebab mengapa bunian duduk di alam ghaib… Jangan mendekati asas syirik. Lagi satu, ketika anda baca kisah ini, syaitan akan mendekati anda..(walaupun dah memang selalu dia buat). Jadi, baca dengan iman. Jangan bersahabat dengan jin.. jangan bersahabat dengan syaitan.
Sebelum anda baca kisah ini, fahamkan dulu tentang ini.. Jin, Bunian, Hantu dan Syaitan. Hantu dan bunian adalah Jin… dan Syaitan itu adalah syaitanlah.. Mustahil tidak pernah dengar perkataan syaitan. Dah dia selalu hasut kau kot buat jahat! dan.. setakat yang aku tahu.. manusia mustahil dapat melihat syaitan… Jin? Tidak semua. Tetapi ada.
Walau apapun, pasakkan di minda.. kau ciptaan Allah yang paling sempurna dan tinggi sifatnya. Jadi, jangan takut dengan benda lain selain Allah. Kau takut, secara tidak langsung kau mula mendekati syirik… Jadi manusia seharusnya hanya takut kepada ALLAH.
Alam jin: Tidak jauh beza dengan manusia. Ada baik dan ada jahat. Yang jahat itu termakan hasutan Syaitan… macam manusia juga. Bunian? Biasanya adalah Jin yang baik.. atau jin yang sedar diri mereka berbanding manusia.. dan jin yang malas bercampur dengan manusia.
Wujud/tampak jin? Setakat yang aku tahu, jin tidak pernah menampakkan wujudnya yang sebenar kepada manusia. Mereka hanya menjelma dalam jelmaan berdasarkan budaya sesuatu masyarakat. Kalau dia tunjukkan rupa dia yang sebenar.. orang kata.. kau boleh pengsan.
Hijab Terbuka? : Lebih kurang 7 lapis hijab antara alam ghaib dan manusia… dan tidak akan ada manusia yang mampu membuka ketujuh-tujuh lapisan hijabnya. Hatta satu lapis pun payah. Mudah nampak? Selalu nampak hantu? Bukan sebab hijab kau dah terbuka satu lapis. Boleh jadi sebab jin (yang member syaitan ni) saja nak menyakat kau.. kerana.. kau seronok untuk disakat.. atau dibuli. Best kot membuli ni. Sama macam kau dulu yang selalu buli kawan-kawan kau. Masalahnya, ramai yang mengaku hijab terbuka dalam arena gunung ni. Ermm.. malas nak komen panjang lebar. Urusan masing-masing dengan Tuhan. Cuma nak tekankan di sini.. persoalan hijab terbuka bukan mudah.. Hatta secebis lapisan pertama hijab terbuka boleh menyebabkan manusia itu jadi gila.. Ada sebab mengapa Allah meletakkan hijab antara alam jin dan manusia.
Kuasa – Kelebihan – Ujian – Ibrah.. tak kisah apa-apa kau sudi memanggilnya. Tetapi dalam bahasa mudahnya.. Hijab Terbuka! Terbuka? Betul ke terbuka? Aku sendiri ragu dengan hakikat ini. Mungkin kerana akal aku sebelum ini menolak perihal-perihal seperti ini. Mungkin kerana sebelum ini aku kurang percaya akan wujudnya manusia yang mampu melihat melangkaui dimensinya sendiri. Kena belanja? Itu istilah yang selalu aku gunakan sebelum ini hasil ajukan daripada kawan-kawan gunung yang lain. Tetapi apabila belanja itu melebihi sekali? Dua kali? Ataupun belanja berterusan sehingga berbulan-bulan lamanya… Belanja apa itu?
Entahlah..sehingga sekarang aku masih kurang yakin dengan hijab-hijab ini. Penekanan. Bukan aku tidak percaya dengan wujudnya alam ghaib. Cuma aku kurang menerima orang yang mampu melihat dimensi lain. Bagi aku, apa yang wujud adalah akal manusia yang kurang sihat atau imaginary manusia itu sendiri. Aku? Boleh jadi terjerat dalam relung kemuraman diri sendiri atau boleh jadi juga terperangkap dalam kotak minda sendiri.
Okey, selesai Prolog. Tak panjang manapun. Kita mula cerita… hahaha.
Cerita ini bermula apabila aku dan beberapa orang kawan sepergunungan aku berancang untuk melunaskan ekspedisi yang sudah lama kami rancang tetapi tidak pernah terlaksanakan. Alang-alang semua ada kesempatan, kami gerakkan perancangan iaitu Ekspedisi menawan Gunung Angin dan Gunung Tiga Negeri.
Awal kisah, semuanya kelihatan biasa. Tiada kelainan terasa. Perjalanan kami lebih kurang perjalanan-perjalanan sebelum ini. Kongsi kereta (carpool) berjemaah. Lepak masjid, lepak makan sementara menunggu detik pendakian bermula. Sebelum memulakan ekspedisi ini, kawan-kawan aku memang dah tahu macam mana keadaan aku. Sebab mereka dah selalu sangat masuk hutan dengan aku… dan mereka juga antara manusia yang terlibat dalam Initial Story aku dulu. Cuma.. aku silap sebab tidak membuat persiapan dalaman sebelum pendakian bermula sedangkan aku sudah maklum bagaimana mistiknya tempat yang kami bakal pergi. Mungkin sebab aku belum pernah kena lebih teruk kot. Bila dah kena baru sedar. Padan muka dengan diri sendiri.
Kisah bermula apabila kami menaiki powil (pacuan 4 roda) menuju ke pintu masuk Gunung Angin. Meninggalkan perkarangan masjid yang menjadi tempat singgah rehat, aku mula nampak kelibat-kelibat yang tidak lazim kelihatan. Pandangan bermula apabila perjalanan kami diiringi oleh berpasang-pasang mata merah di kiri dan kanan jalan. Macam dalam kartun je rasa. Hujung mata setiap satunya runcing tanpa anak mata. Aku abaikan. Kerana aku masih bongkak kononnya aku lagi hebat diciptakan sebagai manusia. Malas memandang kiri dan kanan jalan, aku melemparkan pandangan ke atas. Ermmm.. ada benda putih terbang mengekori kami dari belakang. Dia terbang tinggi sikit. Tidak mengapalah. Dah kami yang masuk kawasan dia! Takkan dia yang kena keluar. Nasib aku je kurang baik kerana nampak mereka. Padahal kawan-kawan aku rilek je sembang.
Selepas setengah jam di atas powil, kami tiba di pintu masuk. Macam biasa. Senaman ringan dan doa ringan minta keselamatan. Kemudian, usung beg masuk hutan. Bismillah. Jalan macam biasa. Ada naik, ada turun dan landai. Tetapi naik lagi banyak. Daki gunung kot! Memang naiklah jawabnya. Masuk waktu Subuh, kami berhenti rehat dan solat. Benda putih dan mata-mata merah tadi tidak kelihatan. Mungkin kami sudah keluar dari kawasan mereka.. kot!. Usai solat, kami sarapan dan teruskan perjalanan. Alaaa.. bosan pula cerita kronologi perjalanan kami ni. So, aku pendekkan dan permudahkan. Ambil bahagian yang bagi aku menarik.
Kami tiba di Kem Tudung Belanga. Benda putih muncul semula. Aik?? Sampai ke sini dia ikut kami. Aku ingat dia tinggal di trek powil tadi. Jarang ada benda yang sama mengekori ni. Situasi yang sama aku pernah alami di Gunung Piramid Perak dulu. Benda putih ini… dia terlebih dahulu tiba di Kem Tudung Belanga ini. Tunggu kami kot! Merangkak atas pokok. Masalahnya, dia tidak ada rupa. Putihnya macam cahaya. Hanya ada rambut hitam yang jarang menutupi bahagian mata dan hidung. Tetapi rambut jarang kot!.. So boleh nampak dia tiada mata dan hidung. Mulut ada. Kalau rambutnya lebat.. ada mirip Sia sikit. Tetapi Sia versi Jin. Aku abaikan. Bagi aku, selagi kami tak kacau dia, dia takkan kacau kami. Dan dia pun tak kacau kami. So, aman. Mungkin dia curious siapalah manusia bengap yang masuk tempat kami ni? Alaa… Gunung Angin ni orang dah selalu keluar masuk. Lantaklah! Kami rehat di kem itu untuk melepaskan lelah.. sambil berbasa-basi dengan pendaki lain yang ada.
Kami teruskan perjalanan. Aku tidak pasti viewpoint mana kami berhenti. Rehat kejap, tengok pemandangan banjaran gunung yang cantik. Member aku.. Zul (of course bukan nama sebenar) jadi pemandu pelancong. Dia terangkan bahawa keindahan alam yang kami saksikan saat itu adalah Gunung Air, Gunung Jerangkap Ikan dan Gunung Grenpama. Subhanallah cantiknya amat. Kami anggap rezeki sebab awan tidak melitupi pemandangan. Keindahan seperti inilah yang menjadi punca aku sanggup sakit kaki masuk hutan. Tetapi, sedang kusyuk tengok alam, tetiba ada benda muncul terbang dari bawah. Warna hitam likat macam kepulan asap/awan – menutupi pandangan yang cantik itu. Ada bibir yang mengukir senyuman di dalamnya. Jilake! Potong stim betul. Aku sedang feel layan view.. tetiba dia muncul. Apa kau ingat senyuman kau tu lawa? Scary kot! Jadi, aku angkat kaki bawa diri mula mendaki. Rezeki dah habis.
Ketika ini, mental mula rabak sikit. Masa ni lah aku baru mula sedar diri aku sebenarnya belum cukup kuat berhadapan dengan mereka-mereka ini. Mana taknya.. mereka diberi kelebihan untuk ubah fizik. Win-win situation lah. Tuhan jadikan mereka hodoh (pada pandangan manusia), tetapi manusia ini untouchable dan istimewa tempatnya (selagimana mereka tidak lupa Tuhan). So, bangga sikit jadi manusia. Special sebab ada Rasulullah. Pendakian semakin menghampiri Kem Selipar. Kami sudah tiba di kawasan pokok bonsai. Tetapi bonsai Gunung Angin ni tak delah lawa mana. Angin dia je sejuk dan tak pernah stop bertiup. Well, dah namanya Gunung Angin. Zul dan Jehar ajak aku panjat bonsai tangkap gambar. Dua-dua dah ada di atas pokok. Aku dongak. Setentang dgn mereka.. Sia Versi Jin tu ada lagi. Duduk bertenggek. Dia ni memang suka atas pokok ke? Sia buka mulut dan berbisik.. “Nak pergi Gurkha ke? Jangan pergi!” Dan aku pun tolak pelawaan Zul Jehar tangkap gambar. Malas nak layan Sia versi Jin itu. Jalan turun naik tanah tinggi. Aku duduk bukan di belakang sekali. Dari tempat aku berdiri… nampaklah kelibat budak kecil duduk menumpang di bahu kawan-kawan aku. Lompat dari satu bahu ke bahu yang lain. Mungkin dia ingat bahu kawan-kawan aku itu lapangan permainan yang menyeronokkan. Akhirnya sampai di Kem Selipar. Sesiapa yang pernah sampai di Gunung Angin, pasti tahu bahawa di Kem Selipar ini ada satu pokok yang mengunjur di tengah-tengah kem. Budak kecil tadi, duduk bertenggek di atas batang pokok tersebut. Susuknya tampak seperti Sia versi Jin. Putih tetapi memucat. Berbeza dengan keadaan dia yang membiru ketika dalam perjalanan. Rambut, mata hidung dan mulut pun sama. Bezanya dia masih budak! Agaknya Sia tadi dah menjadi kecil atau budak ini anak kepada Sia. Mungkin mereka Jin yang sama. Entahlah. Aku tak terdetik pula nak tanya soalan. Lagipun aku tak nak kawan-kawan aku tahu aku sedang melihat kewujudan jin dalam kalangan kami.
Macam biasa, setiap perhentian kami ambil peluang untuk melepaskan lelah. Salah seorang kawan aku, Ain. Naik ke atas batang pokok itu, dan mengambil peluang untuk bergambar. Budak itu… hurmmm… ikut bergambar sekali. Nasib baik dalam gambar wujud dia tidak kelihatan. Kalau tak, aku risau je Ain pengsan. Tapi Ain kuat walaupun kecil. Aku hanya perhatikan. Turut serta tangkap gambar? Mood dah hilang. Lagipun penat kot daki gunung ni. Dari Kem Selipar, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Baru sahaja menapak, lebih kurang dalam 15 langkah lah kot… Nurul (salah seorang member aku juga) berjalan di belakang aku. Dia bersembang tentang apa.. aku tidak pasti. Aku tak beri perhatian sangat kerana ketika itu, satu benda hitam sedang merangkak di hadapan aku menuju puncak. Wujudnya seperti harimau kumbang merangkak. Aku sendiri tidak pasti, badan dia berbulu atau tidak. Nampak macam bulu, tapi bulu dia lain macam. Rangkak bukan macam harimau kumbang. Orak rangkaknya seperti manusia yang merangkak tanpa lutut. Aku langgar je..since sifatnya telus. Aku langgar.. then dia kalih belakang – Mata bulat putih – tiada bibir – tiada hidung – gigi membentuk gigi dan hidung – lidah terjulur keluar… dan muka berulat. Aku tersentak sedikit tetapi masih teruskan langkah. Aku boleh dengar dia merengus sebab aku langgar. Rupanya dia tak telus manapun. Busuk… Tetiba Nurul tegur.. “Awat busuk ni.. hang kentut ke…?” Bangang punya perempuan. Benda tu dah mula jelirkan lidah ke arah kau.. tau tak!. Berbasa-basi, aku jawab “hidu je lah. Tak mati pun”… Nasib baik benda tu tidak mengekori kami. Aman – walau tak lama. Masa yang ada aku manfaatkan untuk menikmati pemandangan mossy yang cantik di sekitar Gunung Angin itu. Barulah aku ada peluang untuk merakamkan kenangan dengan aman. Malangnya, panas tidak sehingga petang kerana hujan di tengah hari. Lebih kurang seminit sebelum puncak, kilasan dimensi sebelah mula kelihatan. Seekor Pak Cik muncul. Susuk tubuhnya layak seorang askar atau ayah-ayah yang selalu bermain di hutan. Muka scary macam nak makan orang – Duduk atas mossy. Aku sempat terfikir; ini juga punca mossy dalam gunung ni rosak. Duduk atas mossy. Pak Cik itu pandang aku, aku terpandang dia tanpa sengaja. Dah dia muncul begitu sahaja. Tak bagi salam langsung. Di tangannya ada parang yang dipacakkan pada pokok. “Jangan pergi Gurkha!” Aku abaikan. Aku terus berjalan. Pak Cik itu bertukar tempat sepantas kilat di hadapan aku, ulang ayat yang sama. Aku pun buat hal yang sama. Abaikan sehinggalah aku tiba di puncak gunung. Di puncak, Pak Cik tadi tidak kelihatan mungkin sebab ketika itu ramai sangat manusia di puncak. Macam biasalah, 2017 ni.. dunia gunung sangat viral dalam kalangan Malaysian. Hampir setiap gunung ramai manusia sehingga sesetengah gunung dipanggil mall. Agaknya Pak Cik tadi malu kot. Sebab dia bukan manusia. Aku, Ben, Mokhtaza, Nurul, Jehar dan Zul dah sampai di puncak. Hanya Ain dan Jemy sahaja yang masih menapak dalam hutan. Macam biasa. Tangkap gambar kiri-kanan dan sebagainya. Ramah-tamah dengan pendaki lain walau tak kenal. Benda biasalah tu dalam dunia pergunungan. Kekononnye, kerana hiking kita ramai kawan. Kemudian, kawan yang ramai itu.. tinggalkan kau dan senyap seribu bahasa. Sekadar like gambar di insta.
Jemy dan Ain tiba. Jemy maklumkan bahawa, kalau kami teruskan perjalanan ke Gunung Tiga Negeri, kami berpotensi untuk terpaksa berjalan pada waktu malam dan tiba di Kem Gurkha selepas maghrib. Kem Gurkha. Rasanya, hampir semua pendaki tahu semistik mana kawasan kem ini. Diceritakan bahawa tapak kem ini adalah tinggalan pusat pancungan tentera Jepun dahulu. So, scary! Jemy dan Ben (yang merupakan orang paling tua dalam kalangan kami) memutuskan untuk membatalkan misi menawan Gunung Tiga Negeri. Faktor utama sebenarnya sebab Ain cedera. Kecederaan dia berisiko menyebabkan ekspedisi kami yang sepatutnya dua hari menjadi tiga hari. Lagipun, demi mengelakkan perkara lagi buruk berlaku, lebih baik batalkan misi. Nyawa dan keselamatan lagi penting kot!. Saat ini, aku sempat terfikir. Jemy ni dah kena hasut dengan Pak Cik tadi tu ke? Aku cuba lihat sekeliling. Mungkin Pak Cik itu ada bersembunyi di sebalik pokok. Dekatkan diri dengan Jemy, manatau Jemy kena rasuk sehingga membatalkan misi ke Gunung Tiga Negeri. Pembatalan misi itu secara tidak langsung memenuhi arahan Pak Cik tadi. “Jangan pergi Gurkha!” Aku masih belum menceritakan apa yang aku alami kepada kawan-kawan aku. Jadi, mereka tidak tahu apa yang aku alami. Monolog dalaman sendiri yang terhumban hanya dalam relung minda sendiri. Demokrasinya, semua setuju untuk batalkan misi menawan Gunung Tiga Negeri (secara tidak langsung kami tidak akan pergi Gurkha : sesuai dengan arahan Pak Cik itu). Masing-masing malas nak berjalan waktu malam dan demi Ain yang kami sayangi. Kata kawan… Di puncak Gunung Angin, kami mengadakan mesyuarat ringkas untuk memutuskan hala misi kami untuk menggantikan Gunung Tiga Puteri. Jemy dan Ben mencadangkan agar kami tukar laluan untuk bermalam di Kem Selipar (Oh,damn! Harapnya Budak Sia tu dah tak de) dan keesokan harinya, kami menuju ke Air Terjun Pelayar. Aku, hanya mampu memujuk hati.. tak de apa-apa kot! Jin tak boleh apa-apakan manusialah. Jangan risau. Enjoy je.
Sepakat sudah membulat, kami mengatur langkah turun. Macam biasa, aku akan berjalan di bahagian tengah. Tidak terlalu ke depan, dan tidak di belakang. Sedang melalui trek menurun, aku dapat rasakan ada mata yang memerhati.. dan berbalam kedengaran suara perempuan cantik ketawa (bunyi gelak ayu dan sopan je.. so cantiklah kot). Aku abaikan – anggap mainan perasaan sendiri dan bunyi tawa itu adalah bunyi unggas hutan yang terubah dek pukulan angin pada pokok. Turun dan turun lagi sehingga aku tidak sedar aku sendiri. Tertinggal jauh di belakang yang lain tetapi masih mendahului Ain dan Jemy. Rehat sebentar meneguk air. Semerbak bau bunga hutan terhidu. Wangi (tak! ini aku tipu. Tidak ada sebarang bau wangi pun. Tidak ada petanda langsung) Tiba-tiba je seekor akak cantik menjelma di hadapan aku. Rona muka manis. Cantik. Cuma lurah hidung tidak ada. ‘Maya Karin dalam Magika.’ Perkara tu yang pertama terbit di minda ku saat ini. Sempat tersedak sedikit, Akak Maya Karin itu tergelak. Sama macam bunyi tawa yang sayup sebentar tadi. Kata orang, kalau bunyi kedengaran jauh, sebenarnya benda tu dah dekat dengan kita. Ya, memang dekat. Depan aku kot!.
“Hamba tunggu di Pelayar” .. ujar Akak Maya tu. Fuhhh.. suara lunak bhaii.. berdegup kencang jantung lelaki aku. Aku tak pasti sama ada berdegup kencang sebab kecantikan Akak Maya itu atau sebab ayatnya tadi. “Hamba tunggu di Pelayar..” Damn! Kami memang nak ke Pelayar kot! Saat ini otak aku ligat mencantumkan semua kejadian yang aku alami dari mula kami menjejakkan kaki ke Gunung Angin itu. Bermula daripada kelibat mata merah, Sia versi Jin yang terbang sehinggalah ke Pak Cik Askar. Seolah-olah kami diperhatikan sejak mula dan laluan kami diubah ke Pelayar. Aku terkelu seketika. Akak Maya menggarit senyuman lalu menghilang. Aku masih tercengang macam orang hilang akal seketika. Tanpa semena-mena terdengar bunyi desiran angin kuat dari arah belakang. Aku pandang belakang (lain kali jangan pandang belakang). Seekor ular berwarna hitam sebesar paha (paha aku yang besar) sedang menjalar dari atas pokok yang tidak seberapa tinggi sehingga ke trek. Harry Potter! Otak aku mula menerbitkan mana-mana perkataan yang dalam menggambarkan situasi yang aku alami ketika itu. Tak kanlah Basilisk ada di Gunung Angin ini. Peliknya, cepat je otak aku anggap ular tu dari alam ghaib. Tidak ada rasa takut, hanya terkejut dan masih tidak percaya. Mengarut semua ni. Aku dah gila ke apa? Ular tadi menjalar di atas trek menuju ke arah puncak. Jangan makan Ain dan Jemy sudah…! Masih dalam keadaan terkejut, aku meneruskan langkah ke Kem Selipar. Aku yakin, rakan-rakan yang lain sudah sampai.
Aku tiba di Kem Selipar. Budak Sia tu dah tidak ada. Aku mengasingkan diri untuk berfikir. Kejadian yang aku baru sahaja alami patut atau tidak aku senyapkan atau aku perlu maklumkan kepada kawan-kawan aku? Biasanya, selesai ekspedisi baru aku kongsikan apa yang aku alami. Tetapi yang satu ini.. macam bahaya je. Serius wei.. rasa aku macam gila sikit ketika ini. Bercerita sesama sendiri. Otak kiri kata ini, otak kanan kata itu. Akhirnya, aku doa kepada Allah bagi petunjuk apa yang aku patut buat. Senyap seketika. Aku perhatikan kawan-kawan sedang menyediakan Fly-Ground yang akan kami gunakan untuk berteduh malam nanti. Tafakur sehingga Ain dan Jemy tiba, akhirnya aku memilih untuk maklumkan kisah Akak Maya kepada Ben – yang pada pandangan aku kelihatan berani dan rasional.
Aku panggil Ben (walaupun dia sedang sibuk menguruskan dapur – pancing pakai rokok sebatang dia datanglah). Aku perhati Ben pun agak terkejut dan cuak. Ini deduksi aku sendiri. Ben memiliki kebimbangan yang sama dengan aku : tidak mencetuskan panik. Tidak semena-mena kerana cerita ini, dua orang perempuan yang ikut disampuk. Yang lelaki pun tidak semestinya berani sangat!
“Aduh, susah tu Pen! Kalau kita bagitau yang lain, takut lain pulak jadinya” ujar Ben.
“Sebab tu aku panggil kau sorang dulu.” Ben menggaru kepalanya. Gatal atau tidak aku tak tahu. Tapi, nampak macam tak gatal je.
“Jemy tak percaya sangat dengan benda-benda macam ni. Tak pasal-pasal kau kena hentam dengan dia.” Ben menghembuskan asap rokoknya. Sepantas kilat ada benda terbang melalui asap rokok tersebut. Aku cuba dengan rokok aku. Tidak ada yang datang. Betul ke asap rokok ni makanan Jin?.
“ Tak pe, Pen. Macam ni la. Kita simpan dulu cerita ni. Time masak nanti aku bagitau Jemy. Tengok dia nak kata apa. Tapi aku yakin dia tak percaya. Tak pe, jangan risau. Kami ada. Kami jaga kau..” Sweet gila kawan-kawan aku ni.
Aku tidak salahkan Jemy jika dia tidak percaya – kerana aku juga dulu seperti dia sehingga aku mengalami apa yang aku alami sekarang ini. Walaupun ada kawan-kawan, tetapi aku masih berasa kurang selamat. Entah. Ekspedisi kali ini aku rasa takut dan risau lain macam. Lagipun, setiap masa aku rasa macam ada mata-mata ghaib yang sedang memerhatikan aku.
Seperti yang Ben jangkakan, Jemy tidak bersetuju untuk membatalkan hala ke Air Terjun Pelayar. Dia pesan! Jangan takut. Kau percaya je Allah jaga kau. Asalkan kau tidak kacau mereka, mereka tidak akan kacau kau. Dalam hutan adab kena jaga. Masalahnya, aku tak kacau (setakat yang aku ingatlah). Tetapi mereka yang dah kacau dulu. Demi mengelak tegang leher berpanjangan. Aku diam dan akur – sambil berharap semoga esok hari tidak ada benda buruk berlaku. Aku ada Allah yang jaga… dan ada rakan-rakan yang prihatin Allah utuskan. In shaa Allah selamat!.
Rasa macam dah panjang sangat!
Tak pe. Selepas Episod ini disiarkan, aku hantar Episod seterusnya: tentang apa yang aku alami apabila kami tiba di Pelayar.
Kita sama2 cari ibrah dalam cerita ini.
Ambik mana yang patut untuk dijadikan ilmu dan amalan.
Wallahu’alam.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Yeayy first. Finally..hahahah
Tahniah Anak pok loh misa! ☺️
Tahniah anok pok loh… nah 🎁🎁
tahiniah syer..
Ko tahikan aku bamm.. huhuu sedihnya..
BEST! 😀
Teruskan berkarya!
TO:PENGEMIS BUANA
Selamat datang ke dunia penulisan!Jangan risau,cerita ini menepati ciri cerita buat pembaca.Jalan cerita juga sangat menarik dan mudah untuk difahami.Teruskan usaha!Jikalau usaha diteruskan,Potensi untuk menjadi seorang penulis yang hebat semakin cerah!Kalau ada kelapangan,sambunglah cerita ini lagi ya.
Waalaikumussalam
alahh.. potong lh… bru nk feeling² rse “seram” sikit… tup tup dh bersambung… anyway nice story!.. TERUSKAN BERKARYA!!
Waiting for the next story. Best jalan cerita & bahasa senang difahami. 👍
Sgt best!!!
sambung cepat please *merayu
.
Best. See you!
oi delu
Oi delu.. hahaha
oi syer
Oi bam.. hahaha
oi ff
Aku nak oii sape lagi ni.. hahaa 😂😂
oii singkong
Oii juri
Tak membute lg ke hoiii
Errr
Maaf nk tanye..
‘Sia’ tu apa?
“Sia Kate Isobelle Furler is an Australian singer-songwriter, record producer and music video director. She started her career as a singer in the local Adelaide acid jazz band Crisp in the mid-1990s”
Saya kurang pasti siapa Sia,tapi ini apa yang Pakcik Googlee kata.Harap dapat membantu.
betul tu.. tq sudi jwbkn
Sama-sama 🙂
sia ni penyanyi
Terbaik! Aku setuju dgn pendapat penulis. Kita manusia, darjatnya lebih tinggi drp makhluk lain (beriman pd Allah). Bahkan boleh melebihi para malaikat. Dan org beriman, akhlaknya terpuji kpd semua makhluk…
sambung cite ni pleaseee😊🙏
Powil ke four wheel??memula bc konpius hakak…nasib ko ckp pacuan 4 roda…😂
menarik cerita. aku baca setiapbutir dgn teliti. baru nk feeling dah habis. walaupun panjang rasa sekejap. cepat2 sikit sambung!
dahdah submit eps 2.. tunggulah fs siarkan. Tq sudi support. PB
cerita best…lagi best..ayat dalam diri ada rasullah…
jauh berjalan, luas pelajaran, luas pengalaman yang dapat…
best
Bestt weyhh.
thumbsup
cite betul ke?
Salute!
syok 🙂
Yong Belar?
Ehhh..bila baca balik macam masuk dari Irau..Hmm..Alhamdulilah tak pernah nampak dan tak nak nampak apa2 pun masuk hutan. Walaupun masa first time hiking Irau tu rasa pewai teruk masa turun (8pm keluar). Seronok pula baca pengalaman mistik para hikerss ni.
Cerita ini hanya rekaan sj
Best
heee
kreennn
di tunggu ceirta selanjutnya
saya senang cerita yang seperti inii
SAMBUNGANNYA KAT MANA NI.
hijab ada 4 lapis je bkn 7. dlm quran dah ada kan