Urban Legend UiTM Beting

Assalam dan terima kasih kpd yg sudi membaca kisah ini. Amaran kisah ini merupakan urban legend tak dipastikan akan kesahihan nya. Melainkan kalo anda ingin merealitikan kisah ini. Watak2 dalam kisah ini hanyalah diambil secara rambang. Jika ada persamaan maka ini ialah satu kenyataan.

Kolej Seri Menanti 1
Ana merupakan pelajar yang baru mendaftar di uitm beting. Ana mendapat bilik di kolej sem1. Pemandangan di uitm tersebut sungguh indah kerana dikelilingi hutan dan cuaca pun sejuk terutama di pagi hari. Tapi yang menjadi tanda tanya adalah bongkah2 batu besar yang berselerakan di sekitar kawasan kolej. Ana beranggapan bahawa mungkin ini hanyalah sekadar dekorasi utk mencantikkan lagi pemandangan di situ. Tidak lah Ana tahu bahawa bongkah batu besar tersebut akan menjadi igauan mimpi buruk untuk diri nya.

Sewaktu ana mula masuk ke biliknya Ana terasa sedikit sejuk tapi sejuk yang berlainan. Bukan sejuk sebab hutan tetapi lebih kepada sejuk seram. Fikiran Ana mungkin sebab bilik tersebut sudah lama tidak digunakan dan sebab kawasan hutan jadi Ana cuba untuk berfikiran positif. Setelah selesai sesi pendaftaran maka pulang lah keluarga Ana.

Setelah itu maka Ana pun mula menyusun barang2 dan mengemas biliknya tu. Disebabkan Ana daftar awal maka terpaksa lah dia menunggu siapakah yang bakal jadi roommate dia. Sewaktu mengemas Ana terjmpe satu nota yang berlekat di dinding di sebelah tingkap yang bertulis “TUTUP TINGKAP SEBELUM JAM 7!”. Ana anggap mungkin itu adalah amaran daripada fasi untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga dan sebagainya.

Selesai sahaja minggu MDS maka bermula lah kehidupan seorg pelajar universiti Ana. Pada mulanya ana ditempatkan bersama seorang pelajar jurusan perladangan tetapi atas2 sebab tak diketahui nya pelajar tersebut berpindah ke rumah rakannya dengan alasan bahawa untuk memudah kan dia untuk belajar dan roll-call. Pada mulanya Ana berasa seronok kerana mempunyai bilik sendiri namun lama-kelamaan seronok tersebut bertukar menjadi duka apabila setiap malam Ana akan mimpi buruk di mana ana ditenung oleh lembaga berbaju putih lusuh, berambut mengerbang, bermata merah yang menatap Ana tanpa berkelip.

Pada mulanya Ana beranggapan itu hanya lah mainan mimpi namun apabila masuk malam ke-4 mimpi yang sama Ana rasa bahawa ini bukannya mimpi. Setelah meminta pertolongan daripada rakannya yang juga merupakan bekas pelajar maahad untuk membantu Ana maka mimpi itu hilang dan malam2 Ana menjadi indah semula namun itu hanyalah seketika.

Seminggu kemudian Ana diganggu apabila Ana tetiba terbangun pada jam 3 pagi dalam keadaan basah walaupun kipas terpasang dalam keadaan maximum. Dan Ana akan terdengar bunyi seperti ada sesuatu yang bergeseran di antara batu seperti ada seseorg yang menyeret batu dengan batu. Pada mulanya Ana anggap mungkin dia tersalah dengar namun bunyi itu makin kuat dari hari ke hari. Sehingga kan pada waktu Ana sedang belajar pada waktu malam pun bunyi tu ada.

Ana cuba memasang lagu dan mendengar melalui earphone namun bunyi itu tetap ada. Ana cuba untuk memohon tukar bilik namun tak dapat kerana tiada kekosongan. Kemudian pada suatu malam Ana sedang belajar sehingga lewat pagi kerana ada test pada keesokannya. Setelah selesai study maka Ana keluar untuk mencuci muka dan gosok gigi sebelum tido.

Masuk je ke bilik nya ana terkejut kerana tingkap bilik nya terbuka walaupun sebelum ini Ana tidak pernah buka tingkap tersebut. Ketika Ana hendak tutup tingkap tersebut Ana terbau sesuatu yang sangat wangi dan secara tetiba angin kuat menderu masuk ke dalam bilik nya lantas membuatkan Ana terasa seram sejuk sehingga ternaik bulu roma nya. Ana mengabaikan perkara tersebut kerana Ana mengantuk dan ada test pada esok yang lebih penting.

Jam 3 pagi Ana tersedar daripada tido nya seperti malam2 yang sebelumnya. Namun malam ini berlainan kerana ana tidak berpeluh seperti selalu. Ana berasa sejuk yang teramat seperti berada di dalam peti sejuk. Walaupun pada ketika itu Ana memakai selimut. Ana cuba untuk bergerak namun tubuh nya kaku. Dan Ana terbau sesuatu yang wangi namun lama-kelamaan menjadi makin busuk.

Ana juga terdengar seperti ada kain berkibaran di dalam bilik beserta angin yang kuat seperti ada ribut di dalam biliknya. Pada ketika ini badan Ana sedang menghadap dinding. Ana berasa sangat takut kerana perkara ini tidak pernah berlaku dalam hidup nya selama ini. Kemudian badan Ana dengan sendiri nya menghadap ke arah belakang dan menghadap ke katil di sebelahnya. Di atas katil sebelah itu terdapat sekujur tubuh berpakaian kain putih, berambut hitam mengerbang yang sedang membelakang kan diri Ana.

Lembaga yang sering dilihat di dalam mimpi nya kini ada di hadapan diri nya di alam realiti. Ana cuba untuk menjerit namun mulutnya terkunci rapi. Ana cuba untuk membaca apa jua surah yang terlintas di fikiran nya di dalam hati nya.

“Anak tengah baca apa tu? Badan nenek rasa panas lah.” kata lembaga itu secara tetiba. Mengalirlah air mata ana kerana ketakutan yg melampau setelah ditegur dengan lembaga itu. Namun bacaan nya tidak dihentikan dalam hati nya.

“Daripada anak baca ayat yang mengarut tu, ada lebih baik anak diam dan ikut nenek ya. Nenek sunyi lah sorang2 di sini. Anak ikut nenek ya sayang.” makin lebat tangisan Ana bila mendengar pelawaan nenek itu. Ana berdoa semoga ada yang dapat membantu nya kerana Ana sudah berasa hampir putus asa untuk membaca ayat2 suci yang seakan tiada kesan pada lembaga tersebut. Dan tetiba lembaga itu berpusing mengadap Ana dan Ana terpaksa melihat rupa lembaga itu yang hodoh.

Rupa lembaga itu hitam dengan mata merah saga, bergigi tajam, bertaring yang panjang nya sehingga mecucuk muka nya sendiri, kulit muka nya yang melepuh dan berlendir yang mengalir daripada muka nya. Dan tetiba lembaga itu bangun dan cangkung di depan ana dan “nenek suka dgn anak. Anak ni baik dan cantik. Kalo anak ikut nenek nanti anak akan dapat segala apa yang anak inginkan dalam dunia ni. Anak ikut nenek ye. Hehehehehehehehe.” kata lembaga itu yang diakhiri dengan hilaian nya.

Ana menangis dengan makin teruk dan cuba untuk meronta untuk melepaskan diri nya yang kian lumpuh itu.

“Nenek jemput masuk ye sayang.” kata lembaga itu yang semakin mendekatkan muka nya dengan muka Ana. Bau nya sungguh busuk dengan rupa nya yang menakutkan itu membuatkan Ana hampir pengsan, namun Ana masih tersedar. Celik mata nya dan Ana hanya mampu melihat, menghidu dan berdoa semoga ada hamba Allah yang dapat membantu diri nya. Kemudian pintu bilik nya terbuka dan muncullah seorang perempuan. Dan dunia Ana hitam.

Setelah Ana tersedar dia berada di pusat islam dan dikelilingi imam dan senior fasi. Ana berasa diri nya sangat penat dan haus. Kemudian Ana tertido. Setelah ana tersedar daripada tido nya kawan serumah nya menceritakan apa yang berlaku pada diri nya. Pada malam kejadian, kwn ana si A sedang belajar dan secara tetiba dia terdengar bunyi dengusan di dalam bilik Ana. Kebetulan pada waktu itu dia ingin ke tandas untuk menjerang air. Kemudian dia terbau sesuatu yang wangi. Bau wangi yang dia tidak pernah bau sebelum ini. Dia cuba untuk membuka pintu bilik Ana namun berkunci. Si A berasa pelik sebab Ana tidak pernah kunci pintu sebab Ana ni jenis susah nak bangun pagi dan menjadi kebiasaan untuk dia mengejut Ana bangun pagi untuk ke kelas.

Si A cbe untuk memanggil Ana namun tiada balasan. Kemudian dia mendengar Ana membalas namun suara Ana bunyi sangat seram dan lemah lembut tak seperti suara Ana yg biasa nya sedikit kasar.

Lantas si A ni memanggil akak fasi minggu orientasi. Setelah itu mereka cuba untuk membuka pintu bilik Ana namun gagal. Terdengar suara Ana menjerit

“Pergilah, aku tak ada apa2. Ko pergi. Pergiiiiiii. Jangan ganggu hidup aku.”

Akak fasi itu membaca ayat suci dan dengan sekali pulas terbuka pintu bilik Ana. Terkejut nya mereka bila mereka terlihat Ana yang sedang mencangkung di atas lantai dengan keadaan diri nya yg kelihatan tua. Kulit gebu ana menjadi berkedut, tona kulit Ana yang kuning langsat menjadi coklat gelap kemudian Ana berdiri dan cuba berlari keluar namun sempat ditangkap. Kemudian Ana dibawa ke pusat islam untuk mengelakkan menganggu pelajar2 lain. Kemudian ustaz datang dan cuba untuk memulihkan ana. Terjadi pergelutan batin di antara ustaz dan mahluk yg merasuk ana.

Lembaga : Budak ini milik aku. Dia yang kutip aku jadi dia milik aku. Aku dan dia kini menjadi satu. Hahahahahaha.
Ustaz : Dia adalah milik Allah dan bukan milik ko wahai mahluk durjana.
Lembaga :Dia telah menerima aku. Akan aku jaga dia selamaya. Hehehehehe
Ustaz :Pergilah ko dari sini dan kembalilah kamu dari mana asal usul mu. Jika kamu masih berdegil akan aku guna cara kasar. Allahuakbar!
Lembaga :Aaaaahhhhhh!. Hari ni hari ko mahluk tak guna. Aku akan pergi tapi aku akan tetap setia di sini. Mencari mereka yang sudi menerima aku. Hehehehehehehe

Gangguan ini berpunca apabila Ana terambil sebijik batu yang cantik. Batu itu dia terjmpe sewaktu dia memanjat bukit dia sebelah kolej seri menanti 1. Ana pergi mendaki sebab pemandangan dari situ cantik dan acah2 seperti di kawasan bukit. Sewaktu mendaki itu Ana terambil sebijik batu yang menjadi punca gangguan dalam hidup nya. Setelah itu ana diceritakan sudah berpindah kerana mendapat tawaran JPA namun sebab nya hanya Ana sahaja yg tahu.

Nota kaki: Roommate Ana berpindah bukan sebab dia nak senang belajar tapi sebab dia telah melanggar pantang larang dalam bilik tu dan diganggu.

Kisah ini hanyalah urban legend di uitm beting. Mungkin betul mungkin hanyalah khabar angin. Boleh baca, boleh dengar boleh cerita namun jangan terlalu mempercayai. Wassalam dan semoga berjumpa lagi di kisah yang lain..

PMDS

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Urban Legend UiTM Beting”

  1. Ayt yg tersusun, jln cerita jelas seakan akan saya membaca buku cerita atau novel seram atau sinopsis cerita horror..tahniah, harap ini bkn copy paste @ plagiat ya..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.