Usikan Manja

Assalamualaikum. Pertama sekali,terima kasih kepada admin kalau cerita aku ni disiarkan. Percubaan pertama ni. Haha.

Aku seorang penuntut di sebuah kolej kat Melaka negeri ku sayang. Sekarang aku dah third year. Ada 3 cerita panjang la jugak dan tahap seram dia pada aku makin bertambah. Hahaha. Tak taulah kalau jadi kat korang ok ke tak.

Cerita 1.

Aku ni bab ‘husnudzon’ memang boleh bangga jugaklah. Aku duduk dalam. Dan dari sem 1 sampai lah dua sem sebelum ni aku punya hostel mesti dapat tingkat empat. Gigih aku naik turun tangga hari-hari. Ok lah. Pertama kali aku kena usik-usik manja ni masa aku semester dua. Aku tidur bilik bertiga. Tapi masa hari kejadian, roommate aku study kat hall. Aku yang bukan spesies study ni gigih la tarik selimut.

Aha, aku tak boleh tidur dalam keadaan terang. Maka, gelap gelita lah bilik aku bila lampu aku tutup, pintu pun aku tutup jugak. Aku tidur menghadap dinding. Elok je aku nak tutup mata, kolar baju aku kena tarik dengan kuat. Boleh bayangkan macam mana aku berpusing? Terkejut. Tapi, aku ni sangat pentingkan tidur. Aku pun cakap, “Tak payah la kacau aku,a ku tak kacau kau kan. Main la tempat lain. Aku nak tidur. Sibuk je”. Habis je aku cakap camtu, terus aku tidur lena. Hahaha.

Cerita 2.

Masa ni aku sem 3. Aku dapat roommate baru. Dan adanya roommate baru ni,a ku boleh cakap hari-hari tidur lambat. Diorang la ni hasut aku. Hahaha. Aku ok je kalau semua dah masuk bilik, tiba-tiba aku haus. Aku akan pergi dapur sendiri. Aku namakan roommate aku ni A dan K. Diorang berdua ni, kalau salah sorang nak ke dapur atau sidai kain atau apa-apa jelah. Mesti yang sorang lagi kena teman. Kalau tak, akulah yang kena.

Masa kejadian ni, lebih kurang 1-2 pagi. Aku sedap bersembang dengan K dekat hall. Meja study K tepi tingkap. Ya, masa ni rumah kami tingkat empat. Koridor dekat pintu masuklah kan. Kaki lima sikit pun takda ya kat tingkap sebelah meja K. Memang rata. Senang cakap kalau jatuh, terus ke tanah. Takda tempat nak tersangkut. K bersandar kat tingkap. Aku pulak menghadap la K. Oh ya, aku ni suka bukak tingkap hall selagi aku belum tidur. Kononnya nak bagi sejuk la.

Tapi malam tu aku tergerak nak tutup. Tengah gigih mulut aku ni bersembang, tiba-tiba ada ‘benda’ putih elok je naik belakang K. Maksud aku balik tingkap lah. (Aku type ni pun meremang). Ter’brake’ aku punya cerita. Masa tu aku tak rasa takut ke apa. Aku cuma nak bagitahu kat K yang ada ‘benda’. Tak terkeluar. Yang aku cuma pandang sambil bagi isyarat mata dengan harapan dia toleh. K dah tanya, “kau kenapa? Tetiba je senyap”. Bila ‘benda’ tu dah hilang, elok je K ni toleh. Alahaiii. Lambat sungguh. Kalau tak boleh kita sama sama ‘menikmati’ pemandangan tadi. Hmm. Kecewa.

Esoknya dah siang, dalam kelas baru aku cerita. A pesan dekat aku, “kau kalau nampak apa-apa, dengar apa0apa jangan bagitau kitorang tau. Kitorang takut”.

Hahaha. Tak guna punya kawan. Dia pesan macam tu sebab housemate aku semua tahu aku ni jenis ‘mencari’. Bukan aku saja cari. Contohnya aku tengah syok buat esaimen sambil sandar kat tingkap, tetiba bunyi orang nangis. Aku berhenti buat kerja. Aku keluar bilik dan pergi intai kat beranda dapur. Haha. Gila. Tengok jam dah lewat. Pastu baru sedar aku kat rumah sorang! Masuk bilik kunci pintu pasang headphone dengar lagu. Hahaha.

Cerita 3.

Yang last ni memang sampai bebila aku takkan lupa. Aku ada habit sidai baju pukul 2-3 pagi. Kenapa? Sebab orang bawah tak reti angkat baju kering. Aku hilang sabar,aku sidai time camtu. Nasib la esok baju diorang basah sebab aku perah lebih kurang. Yang lebih tu jatuh atas baju diorang la airnya. Hahaha. Mintak maaf.

Ok. Masa ni pun lebih kurang pukul dua pagi. Aku keluar kat koridor sidai kain. K masa ni rajin pulak teman aku. Dia berdiri kat beranda dapur. So sambil sidai sambil sembang jelah. Tiba-tiba aku nampak ada orang melintas dari rumah hujung. Rumah aku kedua dari tangga depan. Aku pandang la. K tanya aku tengok apa sambil dia jengah sekali. Aku cakap la takda apa. Aku salah pandang agaknya. K pun terus masuk dalam dan menuju ke bilik.

Aku pun masuk lah rumah sebab ‘adik-adik’ tu kena sidai dekat beranda dapur. Masa aku kat beranda tu, aku dengar bunyi selipar. Orang berjalan. Aku biar jelah. Eh, bunyi lagi. Aku pun intai lah tingkat bawah. Kot-kot ada jiran tak tidur lagi, boleh jugak aku tegur. Takda! Aku dah rasa lain. Aku fikir, kalau ‘orang’ tu dari tangga depan, kurang sepuluh saat dia akan melintas beranda rumah aku. Sebab, kalau dari tangga belakang of course la aku nampak dia dari jauh. Kan?

Tunggu punya tunggu, takda orang melintas. Selipar masih bunyi. Jantung aku macam nak bersepah dah. Setiap kali aku membongkok, bunyi tu dekatttttttttt sangat. Menggigil weh. Aku dah tak boleh husnudzon. Aku masuk bilik panggil A teman aku. Dia boleh suruh aku pegi sendiri?? “Kau ni tak pernah mintak kitorang teman, dah kenapa?”. Aku pun gesa sampai A teman aku. Masa tu aku cuma harap A tegur lah dengan ayat, “sape ajelah jalan pagi buta ni”. Hampa. Hampa. Masa A teman pun aku masih dengar. Sudahnya aku berdiri tak pandang koridor sebab aku tau ‘dia’ dekat aku. Terus masuk kunci pintu.

Esoknya lepas subuh aku tanya A. “Kau tak dengar ke bunyi selipar masa teman aku malam tadi?”. Dia cakap takda. Okay. Bila aku cerita, dia boleh cakap, “nasib baik kau tak bagitau malam tadi”. Sabar jelah aku ada kawan camni. Hahaha.

Biasa kalau dengar apa-apa, aku akan kata, “alah, budak bawah la tu sesaje gurau”. Sudahnya aku punya husnudzon tercabar dek bunyi selipar. Alahai. Kadang aku bertahan bukan sebab aku berani. Tak. Aku pun ada rasa takut. Tapi aku gigihkan jugaklah sebab aku ni mudah ‘rasa’. Abah aku pesan jangan tinggal ayat qursi..surah al-ikhlas. Yakin dengan ayat Allah. In shaa Allah.

Terima kasih kerana membaca coretan panjang lebar ni.

-kaknab-

Kaknab

Leave a Reply

13 Comments on "Usikan Manja"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
z

Tapi still sya rsa awak ni berani. Ade part boleh buat derk tu.

Kaknab

Tidur tu penting. Hahah

che

satu jela, bengong. satu hal suka mencari pastu nak menegur. gila ke apa

Kaknab

Bukan suka cari. Terdengar. Gi lah intai. Kot ada orang memerlukan bantuan ke. Huhu

Orang Kampung

Husnudzon tu apa? Kuih ka?

Ayin

x, bukan kuih. husnudzon tu maksud dia bersangka baik 🙂

N

bagus ank abah nih..dgr ckp abah ye..xrugi masa depan ko dik..apa2 pon ko mmg berani..

Kaknab

Anak abah kan..kehkeh. Berani sangat. Berani mati ? gigil jugak bila ‘dia’ ajak main lebih lebih.

Langsat

kau cakap setiap cerita akan bertambah tahap keseraman..aku tak rasa seram langsung…..meh

Kaknab

Aku cakap itu untuk aku la. Kau berani takpe. Jumpa pontianak nanti in shaa Allah kau tenang. Aku konpem cabut 😂

Kak anje

Gila riak ko ni dik

Kaknab

Haha. Mana ada riak kak. Saye ni manusia biasa. Kalau tak..takkan le gigil sebab bunyi selipar je? Kan?

Kaknab

Haha. Mana ada riak kak. Kalau riak takde saye bagitau saye gigil kak. Goyang weh.

wpDiscuz