#Wafhiyyah – Kem

Assalamualaikum semua. hai korang. Lagi sekali aku nak ucapkan terima kasih pada FS sebab sudi lagi nak publish cerita aku. Pertama sekali aku nak ucapkan banyak banyak banyak terima kasih kepada korang atas doa dan kata-kata semangat korang untuk Kak Chik. Tapi part korang maki hamun Mak Jah tu aku taknak cakap thank you. Hahahaha okay gurau aje. Biarlah Allah swt aje yang balas semua perbuatan Mak Jah. Manusia ni bukan boleh lari jauh sangat lepas dia buat jahat kat orang. Samada tuhan nak bayar cash atau kat alam sana aje nanti. Kita doakan ajelah yang terbaik. Semoga kita semua berada dalam lindunganNya.

So ada yang tanya apa jadi kat Mak Jah sekarang, well Mak Jah tak adalah dapat happy ending pun. Tapi akhirnya dia dapat juga bermenantukan dengan menantu pilihan dia. Kita doakan yang terbaik ajelah ya? Okay kali ni aku share kisah seram yang terjadi masa aku tengah sambung belajar kat Melaka. Bismillah…

Alkisahnya, masa ni aku baru sem 2. Dan tempat belajar aku ni memang askar wataniah sebagai kokurikulum. So aku pun join. Dah join askar wataniah ni memang tak sahlah kalau tak ada kem kan. So adalah satu jumaat tu aku kena ikut pergi kem. Kem ni kat tengah sempadan antara Melaka dan Johor. Kem mana satu? Ha tak payahlah aku sebut haha. Tapi kem tu ada air terjun yang memang famous kat satu Malaya. Kalau ada yang tahu tu mohon diam-diam dah.

So kem tu selama 3 hari 2 malam. Lepas solat jumaat semua yang terlibat dengan kem tu diminta untuk berkumpul kat bus stop kolej aku. Student yang join tak ramai pun. Adalah dalam 30 macam tu. Perempuan adalah dalam 13 tak salah aku. Dan aku dipilih untuk jadi kira macam ketualah untuk group perempuan. So kitorang gerak dan sampai kem dalam pukul 6 macam tu sebab banyak sangat nak berhenti kencinglah apalah. Padahal kem tu tak adalah jauh sangat pun.

Sampai aje kem, kitorang berkumpul dulu kat pintu depan kem. So Sarjan Zainal (bukan nama sebenar) minta aku kira cukup ke tak pelajar perempuan (mestilah cukup dorang nak pergi mana lagi). Duduk berkumpul kat situ dalam 20 minit lebih macam tu, kami pun geraklah masuk dalam hutan nak pergi base. Sebelum nak sampai base tu group perempuan ni tahu-tahu ajelah nak singgah toiletlah apalah termasuklah aku sebab ni kiranya first outdoor camp aku tau. Memang mengada habis sebenarnya tapi aku reti cover haha. Okay sambung…

Aku cerita sikit tandas kat kem ni. Tandas kem ni macam tandas biasalah. Kiranya ada 5 dalam satu baris, depan dan belakang. 1 bilik air, 2 tandas cangkung dan 2 tandas duduk. So total semua 10. Pintu nak masuk dalam tandas ni pula, cuma ada dinding je. Tak ada pintu. Korang bayangkan aje movie Maze Runner tu bila Minho dan Thomas dok berlari dari satu maze ke satu maze tu, ha macam tulah pintu tandas ni. Kiranya kita kena jalan belok kiri then straight then belok kanan then straight baru jumpa toilet. Ha boleh bayang? Aku harap korang boleh! Nak masuk toilet ni kira ada 2 sides lah, depan dan belakang. Belakang pun sama gak, ada dinding ni aje.

Okay dalam 10 minit semua dok ‘melepak’ dalam tandas tu, kitorang pun geraklah sampai base. Sampai aje kat base Sarjan Zainal suruh pacak khemah dulu. So lepas settle semua dah masuk senja. Sarjan Zainal suruh aku kira semua budak perempuan cukup ke tak dan aku kira okay fine, hilang sorang. Budak India. Aku tak kenal sangat sebab bukan coursemate aku. So aku pun diarahkan oleh Sarjan untuk cari minachi ni (kita namakan dia Kamala). Then Sarjan arah ketua untuk group lelaki (Zahid bukan nama sebenar) tolong aku cari tapi disebabkan time tu tak adalah gelap sangat pun so aku pun tolak ajelah offer Sarjan Zainal dan aku pergi cari sorang.

Mula aku lajak tengok kat pintu masuk kem, tak ada. Then dari situ aku jalan masuk pergi toilet. Sepanjang jalan pun memang mata dok melilau kiri kanan cari Kamala. Tak ada juga. So aku pun masuklah toilet guna pintu belah depan. Oh nak cerita, toilet perempuan time ni lampu rosak. Memang asdfghjkl lah. Dalam toilet memang gelap weh so aku pun guna nokia torchlight aku (bawa spare sebab nak masuk hutan kan haha) dan cari Kamala. Mula-mula aku tolak pintu bahagian depan, satu-satu aku buka, tak ada. Elok aje aku nak tolak pintu yang last, aku dengar suara budak gelak. Bunyi tu datang dari arah pintu belakang bangunan tandas. Ah sudah! Dahlah aku sorang. Time tu meremang tak payah ceritalah. Tapi aku ni jenis nak tahu, so aku pun suluh dan jalan pergi pintu belakang.

Macam yang aku cakap tadi, aku kena lalu dinding yang macam maze tu sebelum jumpa kawasan luar. Sepanjang aku dok lalu tu aku dengar lagi suara budak gelak. Tapi aku cubalah husnudzon mana tahu anak sarjan-sarjan lain ke kat kem tu. Bila aku dah keluar, gelap. Tak ada apa. Bunyi pun dah berhenti. Cuma ada ampaian lama aje belakang tu. Aku dah cuak. Aku terus lari dari belakang tu pergi base. Elok aje sampai kat base, Kamala ada kat situ. What the heck???? Apahal tak reti nak bagitau aku yang minachi ni dah balik base? Then Sarjan terus tegur aku, “Kamu pergi mana? Kan Zahid dah bagitau kamu tadi Kamala dah balik. Risau pula saya kamu tak balik-balik base.” And I was like what the heck.” Bila masa yang Zahid datang bagitau?”

Sarjan Zainal cakap, “Zahid kata tadi dia jumpa kamu kat belakang tandas perempuan.”

Ehhhhhhh! Apa yang dah jadi ni? “Bila yang Zahid jumpa saya?”. Time ni sarjan dah tarik aku dengan Zahid jauh dari budak-budak lain. Then Zahid jawab, “dalam 2-3 minit lepas kau pergi, Kamala balik so aku pun carilah kau nak bagitau. Tapi aku panggil-panggil nama kau dari belakang kau tak menyahut pun. So aku ikutlah kau sampai kau pergi belakang tandas.”

Zupp! Siapa yang Zahid jumpa tadi? Aku terus shoot pergi pintu depan kem tadi bukannya toilet dulu. Aku bagitau dia macam tu. Nampaknya dia dengan sarjan pun tergamam.

“Masa aku bagitau kau tadi kau diam aje. Lepas tu kau terus masuk toilet. Aku pun blah lah balik base dulu…”

Time tu aku dah macam what the heck awal-awal lagi dah kena kacau. Then sarjan pun minta aku dengan Zahid diam aje pasal hal ni. Jangan bagitau student lain. Aku memang diam je pasal aku dengar suara gelak masa dalam toilet tadi. Aku tak nak bagitau sarjan sebab nanti mesti dia macam “ha padan muka kau sombong sangat tadi.” Hahaahaha. Tapi kalau dah bab nak copy orang lain ni yang aku rasa macam risau sikit. Dahlah keliling kem tu hutan.

So malam tu semua okay. Kan aku cakap yang toilet perempuan tak ada lampu kan. So nak dijadikan cerita esoknya tu sebelum subuh lagi group perempuan ni dah bangun nak tumpang mandi kat bilik air lelaki. Tapi budak lelaki time tu tak bangun lagi. So syukur alhamdulillah lah. Bilik air lelaki ni aku rasa secure sikit sebab dia memang ada pintu. Aku biar budak-budak lain mandi dulu. Tapi dah rasa macam lambat sangat dan budak-budak lelaki pun semua macam dah bangun, aku tak ada pilihan. Aku terpaksa juga menapak pergi bilik air perempuan. Tapi aku tak adalah pergi sorang. Aku ajak lagi 2 orang (Hana dan Hani bukan nama sebenar) yang tunggu turn sekali dengan aku mandi kat sana. So dorang pun setuju. Kitorang pun berjalanlah sampai tandas perempuan.

Memang gelap weh sumpah tak tipu. Tapi nasib baiklah aku usung juga nokia torchlight aku tu. Hana bagi cadangan yang kami mandi serentak sebelah menyebelah tapi jangan tutup pintu. Aku macam nak ketuk aje kepala dia. Gila ke apa. Ni kalau ada orang masuk senyap-senyap pun kita tak tahu sebab dahlah gelap, pintu pun tak ada. So aku bagi cadangan kami bertiga mandi sekali dalam 1 bilik air. Terpaksa weh nak buat macam mana hahahahaha. So kalau mandi bertiga ni tak bolehlah guna nokia torchlight aku. Siapa yang nak pegang? Aku pun selitlah dalam poket seluar track yang aku gantung belakang pintu dalam bilik air tu dan kami pun mandi. Elok-elok tengah mandi tu kami dengar bunyi paip air sebelah macam ada orang buka. Paip air yang lama mestilah kalau orang pulas bunyi dia macam kuat sikit kan, so memang kami dengar clear sangat. Then bunyi air pun ada. Hana cakap, “Ada lagi ke yang tak mandi selain kita?”.

Bila aku dengar macam tu sekali lagi aku terus zupppl!! Betullah, tadi memang aku, Hana dan Hani aje tak mandi lagi. Tapi kalau bukan group perempuan, takkan lelaki pula? Tapi boleh jadi. So aku pun bisik kat Hana dan Hani, “mandilah cepat. Lepas tu kita balik base.” Mungkin ada orang guna toilet sebab sebelah tu tandas.

Dorang pun setuju dengan aku so kitorang pun sudahkan mandi dalam 10 minit macam tu kitorang pun keluar. Air kat sebelah dok dengar lagi tapi tak ada pula dengar suara ke bunyi flush ke. Masa keluar tu aku try jenguk sebelah, pintu bilik air tu tak bertutup, tak ada orang pun, tapi paip air terbuka. Sah ada orang yang nak kenakan kami. Tak guna. Terus aku ajak Hana dan Hani blah dari situ.

Sampai kat base aku masuklah khemah aku, nak letak baju kotor then berbedak sikit (ini perlu), aku tidur sekali dengan coursemate aku (Nadia bukan nama sebenar). Bila aku masuk aje dia tanya aku, “kau dari mana?”.

So aku pun jawab, “baru sudah mandi. Korang dah solat Subuh ke?”.

Lepas tu aku nampak Nadia kerutkan muka dia. “Bukan tadi kau solat sebelah aku ke?”.
Haaa sudah! Takkan kena lagi kot. Aku tak nak bagi Nadia fikir pelik then aku pun jawab, “oh yelah tu. Heee”, aku sengih lebar-lebar. Then dia pun marah aku dah tu tanya apa lagi kan, saja nak takutkan dia. Tapi aku ni tak solat Subuh lagi ni. Nak solat karang mesti Nadia pelik kenapa aku solat sampai 2 kali. Tapi tangan aku raba gak beg cari telekung. Bila Nadia tanya aku jawab, “Tadi tu aku tak yakin la sah ke tak. Aku ingat biar aku solat lagi sekali ajelah.”Lagi sekali aku belanja sengih.

Aku cerita sikit ruang solat ni. Dah dalam hutan kan tentu-tentulah tak ada masjid ke surah ke. Kem aku ni memang bawah kaki bukit tau. Kira nasib baiklah ada juga toilet nak kencing semua kalau tak ha korek tanah ajelah. Hujung base kami pacak khemah tu ada satu kawasan lapang tapi bersimen. Simennya tak adalah besar tapi boleh muat dalam 10 orang ajelah macam tu. 5 orang melintang 5 orang memanjang. So dorang jadikan tempat tu sebagai ruang solat. Time tu aku solat ah sorang, elok aje baru nak tadah tangan baca doa qunut, terdengar pulak suara budak gelak macam aku dengar kat tandas tu. Aissshhhhhh aku dah menyumpah dalam hati time ni. Tapi dah masuk rakaat kedua aku teruskan juga. Gelak dia kuat tauu macam sebelah aku aje. Dahlah aku sorang. Meremang habis bulu roma. Tiba-tiba terus sejuk kat situ. Bunyi gelak tu dari kanan bertukar pula pergi sebelah kiri. Macam budak tu tengah lari keliling belakang aku. Ya tuhan….

Tapi aku buat bodoh aje. Aku teruskan sampai tahiyat akhir, elok aje kepala aku nak angkat dan pusing nak bagi salam pertama, aku rasa ada tangan yang cuit bahu kiri aku. Asdfghjkl! Sumpah aku cakap time ni aku tak berani nak habiskan salam aku. Tapi yelah kenalah juga mana boleh shortcut! Aku pusing kiri tapi kepala aku tunduk dan aku pejam mata. Selesai aje salam terus berlari aku tak tengok belakang. Aku lari balik base terus cari Sarjan Zainal. Dia ada dok buat stretching sorang-sorang dia. Time tu telekung aku tak buka lagi, bila dia nampak aku dok berlari macam hape aje dia terus pandang keliling. Tak nak bagi budak lain perasanlah sebab sarjan dah tahu kenapa aku macam tu.

Aku terus cakap, “Jen, saya kena kacaulah.” Dan Sarjan Zainal terus ajak aku pergi belakang khemah tapi dalam base lagilah. Tapi kali ni penjuru sebelah kiri, ruang solat tadi belah kanan. Sarjan Zainal tanya aku apa yang jadi dan aku ceritakan semua yang jadi subuh tu termasuklah part aku dengar suara budak kat dalam toilet tu semalam.

Aku tanya dia, “ada budak-budak ke dalam kem ni kot-kotlah memang suara orang..” Sarjan cakap tak ada. Tak ada ye tak ada. Sarjan suruh aku kuatkan semangat sebab benda-benda gangguan macam ni memang normal kalau kat situ. Tengoklah siapa yang kena. K….

Aku pun baliklah khemah nak siap-siap sebab pagi tu aktiviti kitorang kena jungle trekking. So dari pagi kami naik dalam petang pukul 6 macam tu baru kami turun sebab singgah air terjun. Setakat tu Alhamdulillah, tak ada apa yang jadi. Sebelah malam pun ada aktiviti juga. Korang boleh teka tak apa aktiviti kitorang malam tu? Aku lupa nama game ni tapi, kitorang kena split kepada 6 kumpulan, satu kumpulan 4 atau 5 orang. So group aku time tu, Sarjan Zainal pun ada sekali. Satu teamlah kiranya. Kitorang kena duduk dalam hutan yang maha gelap, satu cahaya pun tak ada. Sebab nak latih kepekaan kita terhadap bunyi, pergerakan, penglihatan dan sentuhan. Harap cahaya bulan ajelah. Satu team duduk berbatu punya jauh. Group aku 4 orang, aku, Sarjan Zainal, Luthfi dan Asmida (bukan nama sebenar).

Game tu mula dalam pukul 10 macam tu. Lepas makan malam. Makan pun masak sendiri guna bistin (aku tak tahu macam mana nak eja dan betul ke tak aku sebut tu haha), alah yang bekas empat segi besi kecil yang selalu dorang guna dalam hutan tu. Okay sambung…

Masa game ni, kami akan di-test sorang-sorang. Makna kata sorang-soranglah kena menapak berdiri tengah hutan, lepas tu get ready untuk di-test. Yang buat bunyi pergerakan apa semua tu sarjan-sarjan lain. Tapi member kau yang lain tak jauhlah dari kau. Group aku dapat kat lapang sasar. Tapi lapang sasar dia pun boleh tahan, banyak gila pokok besar (dah dalam hutan mestilah banyak pokok). So situ memang lapang betul kawasan dia. Luas, payah sikit kalau nak main game macam tu. Mula-mula Sarjan Zainal yang duduk tengah lapang sasar tu, dia tunjuk contoh. Dia bawa sekali torchlight dengan dia. Bila dia nampak ke dengar apa-apa ke dia terus kena suluh arah tu.

Kitorang yang bertiga ni tunggulah belakang pokok sebab tak boleh kacau tumpuan Sarjan Zainal. Dalam 5 minit sarjan dok berdiri mematung, tiba-tiba Sarjan Zainal suluh satu kawasan. Lepas kena suluh tu baru kitorang yang kat belakang ni dengar Sarjan Yakob (bukan nama sebenar) ada buat bunyi burung hantu. Huiiiii meremang jugalah weh. Then Sarjan Zainal matikan torchlight. 5 minit macam tu dia suluh pula atas pokok, Sarjan Yakob tengah kibar kain putih. Wait bila masa dia panjat pokok?!!!! Yang ni macam leknet sikit sebab dahlah tak dengar satu apapun bunyi orang panjat pokok tiba-tiba dah sampai atas pokok, siap tayang kain putih pula tu. Si Asmida dah merengek-rengek dok cakap, “aku takutlah aku takuttt…”

Sarjan Zainal matikan sekali lagi lampu suluh. Kurang lebih 5 minit macam tu Sarjan Zainal macam dok kibas-kibas muka dia (Sarjan Zainal berdiri membelakangi kami). Then kami dengar Sarjan Zainal cakap, “woi janganlah main bulu ayam!”. Oh maknanya Sarjan Yakob dok sapu bulu ayam kat muka Sarjan Zainal. Then Luthfi punya turn, aku then Asmida.

Okay, part Asmida ni klimaks. Mula-mula dia jalan pergi depan, sebelum tu dia pegang aje tangan aku cakap takut, tak berani nak buat. Tapi Sarjan Zainal paksa juga dia pergi, sebab kitorang pun bukan jauh sangat dari dia. Nak tak nak dia terpaksa jugalah pergi. Mula-mula Sarjan Yakob buat test untuk pendengaran. Asmida dengar, tapi dia tak terus suluh. Dia pusing belakang dulu tengok kami. Dia nak merengeklah dia takut, tapi elok aje dia pusing belakang, dia terus suluh belakang hutan semak samun tempat kami berdiri. Bila dia suluh aje dia terus menjerit dan jatuh pengsan. Kami pun tak boleh nampak muka dia time tu sebab gelap. Then Sarjan Zainal dengan Yakob terus lari pergi kat Asmida, aku dengan Luthfi dok freeze lagi kat situ. Kitorang pun macam terkejutlah sebab Asmida suluh belakang kami dan terus pengsan. Aku macam nak pusing belakang tapi Sarjan Zainal terus panggil aku sebab nak minta tolong aku sedarkan Asmida. Bila aku dah lari tu si Luthfi pun ikut lari sama hahahahaha.

Aku panggil-panggil nama Asmida tapi dia tak sedar juga then Sarjan Zainal dan Sarjan Yakob tolong angkat dia bawa balik base. Kitorang bergerak dengan cepat sebab kalau boleh kitorang nak sampai base sebelum yang lain balik juga. Kalau tak ha mau kecoh satu kem. Dari lapang sasar nak balik base tu kalau jalan kaki memang dalam 10 minit jugalah lamanya tapi kitorang semua berlari, sarjan-sarjan tu pun angkat Asmida sambil lari. Sekejap aje sampai. Gagah betul.

Sampai aje base student lain semua tak balik lagi. Tapi ada 2 orang sarjan yang jaga base (Zul dan Hasan bukan nama sebenar). So nampak aje kitorang dok berlari tu dorang terus datang tolong Sarjan Zainal dan Sarjan Yakob. Asmida dibaringkan di ruang solat. Sarjan Zul yang take over lepas tu. Dia ambil air then dia baca ayat apatah aku tak dengar sangat then dia sapu kat muka Asmida. Asmida sedar tapi lepas tu dia terus nangis meraung nak balik. Aku cubalah tenangkan dia dulu. Lepas nampak dia macam dah okay tu Sarjan Zainal tanya, nak balik hostel ke? Dia geleng. Tinggal sehari aje lagi. Esoknya tu ha hari balik. Sarjan Zainal pun angguk ajelah dan dia suruh Asmida balik khemah. Tapi Asmida request nak aku teman dia dalam khemah. Aku pun on aje memandangkan yang lain pun tak balik lagi.

So masa dalam khemah tu aku ajak Asmida berborak dulu. Nak bagi dia betul-betul stabil. Dia pun nampaknya macam dah okay. Bila dah okay tu baru aku tanya (tak nyempat betul haha), “kenapa kau jerit tadi?”.

Asmida macam nak tak nak aje jawab. Dia pandang keliling khemah dulu baru dia buka mulut, “aku nampak kain putih yang macam Sarjan Yakob guna tadi dok terapung dari satu pokok ke pokok yang lain…”

Laaa patutlah. Lepas tu aku suruh aje dia tidur, tak payah fikir pasal benda tadi. Then budak-budak yang lain pun dah mula balik, aku minta Lina (bukan nama sebenar) yang duduk sekhemah dengan Asmida tukar khemah dengan aku. Maknanya Lina tidur dalam khemah akulah. Dia pun setuju dan aku pun masuklah balik dalam khemah. Aku baring sebelah Asmida then aku pun tidur sekali.

Aku ni jenis light sleeper. Aku senang terjaga kalau ada bunyi ke, tersentuh sikit ke dan aku paling tak boleh tidur dalam cerah. So, aku tengah syok tidur tu tiba-tiba aku rasa ada orang terlanggar khemah. Khemah yang tiga segi (ke?) tu kalau macam ada orang terlanggar ke apa ke kan boleh bergegar satu khemah. So aku pun terus terjaga. Aku terus bangun aku jenguk luar, sunyi aje. aku masuk balik. Huish panas weh tidur dalam ni. Aku usha jam baru pukul 2 pagi lebih. Aku bet mestilah sarjan-sarjan semua tak tidur lagi dok jaga base kan. So aku pun decide lah nak keluar jap ambil angin. Aku pusing lah keliling base, aku tegur Sarjan Aziz (bukan nama sebenar), dia tengah syok menyedut asap.

Lepas dah puas merayap tu aku balik khemah, bila aku nak masuk aje aku terkejut. Asmida hilang! I mean Asmida tak ada dalam khemah. Aku ingatkan dia pergi toilet, aku pun pergilah toilet lelaki nak cari dia kat sana (tak mungkin dia nak pergi toilet perempuan yang gelap nak mampus tu). Aku tunggu dalam 5 minit kat luar tapi dia tak keluar pun. So aku terus masuk dalam, damn! Semua pintu toilet terbuka. Means dia tak ada dalam tu. Aku keluar aku pusing balik satu base aku cari dia. Tak jumpa juga! Aku terus menapak jumpa Sarjan Aziz, aku cakap yang aku tak tahu Asmida pergi mana. Sarjan Aziz terus panggil sarjan-sarjan yang lain, ajak dorang cari Asmida. Sarjan Aziz suruh aku tunggu kat base, mana tahu Asmida balik ke.

Lama jugalah dorang keluar cari Asmida. Dekat setengah jam, tapi Asmida tak balik juga. Lepas tu aku dengar suara riuh nak masuk base, sarjan-sarjan dah balik. Yes! Dorang jumpa Asmida. Tapi Asmida tak sedarkan diri. Sarjan Zainal dan Sarjan Yakob sekali lagi kena angkat dia. Budak-budak lain semua dok keluar khemah dah. Dorang pun paniklah nampak Asmida macam tu. Sarjan-sarjan tu terus baringkan Asmida sekali lagi kat ruang solat. Sarjan Zul minta yang lain semua masuk khemah masing-masing. Tapi aku taklah, dah aku tidur sekali dengan Asmida tadi. Sarjan Zul buatkan Asmida air penawar, dia renjis sikit kat muka Asmida. Tapi Asmida tak sedar pun. Then aku cubalah goncang bahu dia, baru dia sedar macam baru sedar dari tidur.

“Piya, kenapa kau tinggal aku tadi…sobs..sobs…” Asmida nangis sambil bangun peluk aku. Boleh rasa weh tangan dia menggigil.

Aku cakaplah, “sorrylah Asmida. Tadi panas sangat dalam khemah. So aku pun keluarlah ambil angin. Kau pergi mana tadi? Risau tahu tak?”

“Piya….bukan ke tadi aku dengan kau?” Asmida terkejut. Aku laaaagi terkejut! Apa lagi ni? Nampak aje macam aku blur, Asmida cakap, “Tadi kan kau kejut aku bangun dan suruh aku ikut kau…”

“Bila yang aku kejut kau? Tadi aku keluar kau elok aje tidur.”

“Ya Allah, Piya.. Tadi aku tengah tidur kau yang kejut aku. Kau suruh aku ikut kau. Bila aku tanya nak pergi mana kau terus tarik aku bangun. Kita pergi tempat lapang sasar tadi. Lepas tu kau lepas tangan aku kau lari masuk dalam hutan. Aku nak kejar tapi aku tak berani. Kat sana gelap sangat. Lepas tu aku sorang-sorang kat situ, Piya…..” Asmida sambung nangis. Aku pula time tu dah asdfghjkl! Sah ada yang copycat jadi aku lagi ni. Sarjan Zainal tanya aku betul ke aku yang bawa Asmida pergi lapang sasar? Eh of courselah tak! Nak cari penyakit merayau kat sana tengah-tengah pagi ni. Aku siap suruh Sarjan Zainal tanya Sarjan Aziz lagi yang tadi aku ada tegur dia. Takkanlah aku nak aniaya si Asmida ni.

Aku tanya sekali lagi kat Asmida, “Kau yakin ke aku yang ajak kau tadi?”

“Yalah. Memang kau tadi. Tangan kau pun sejuk aje tadi. Tengok! Siap ada bekas lagi kat lengan aku.” Asmida tunjuk lengan dia. Lengan baju dia naikkan sikit ke atas. Memang ada bekas merah kat situ.

Aku pandang Sarjan Zainal, bersungguh aku cakap kat dia memang bukan aku yang ajak Asmida masuk hutan. Geramnya aku bila benda tu menyerupai aku lepas tu aku pulak dipersalahkan. Bangang betul. Sarjan Aziz pun iyakan lah apa yang aku cakap. Sebab dia memang nampak aku tadi. Haih.

Dari jam tu, aku dan Asmida tak tidur sampai Subuh. Kitorang lepak aje depan base dengan sarjan-sarjan lain. Dorang pun tak tidur. Bila nak gerak balik dari kem tu memang aku tarik nafas lega gila. Inilah pengalaman yang aku memang takkan lupa. Bukan sebab takut, tapi sebab marah. Nasib baik ‘aku’ tinggalkan Asmida dan lari masuk hutan, Asmida pula takat pengsan aje. Kalau ‘aku’ bunuh Asmida? Tak ke naya? Tak pasal jumpa tali gantung.

Nanti ada masa aku share lagi kisah lain. Pun kat Melaka juga. Boleh kata yang bila aku kat Melaka baru aku kenal dunia sebenarnya hahahahaha. Jumpa lagi, assalamualaikum semua!

5 thoughts on “#Wafhiyyah – Kem”

  1. Uiissshhhh…
    Berkali2 plak ekkk keje2 penyamaran tu…
    Pastu siap babitkan keselamatan org lain, mmg bahaya btol nih…

    Reply

Leave a Comment