#Wafhiyyah – Kak Chik 2

Assalamualaikum semua. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih sekiranya FS sudi siarkan kisah aku pada kali ni. Nama aku Wafhiyyah. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada pembaca yang bagi komen positif sangat pada previous story aku #Wafhiyyah – Kak Chik dan di sini aku nak minta maaf sangat sangat sebab aku rasa aku dah buat ramai yang marah (haha). Konon nak buat sequel, sorry ya. Sumpah aku memang tak ada niat langsung nak suruh korang merayu ke apa ke. Sorry sorry sorry. So ini sambungannya. Bismillah……

So Kak Chik pun hantar SMS je kat Abang Shaz supaya Abang Shaz tahulah juga yang Kak Chik nak keluar. Kak Chik bukan nak pergi mana pun cuma nak keluar ambil angin kat luar sekejap aje sebab yelah aku rasa yang dia pun stress duduk rumah dan hadap benda semua tu sorang-sorang.

Kak Chik kena lalu dapur tau untuk jumpa pintu rumah. So elok aje Kak Chik nak keluar, bila dia lalu aje kat pintu dapur dia nampak dari ekor mata macam ada benda hitam tengah berdiri sebelah peti ais. Dah sama tinggi dengan peti ais dah pun. Memang obvious sangatlah sebab natang tu aje warna kontra dari kabinet-kabinet dapur Kak Chik. Kak Chik dah rasa tak sedap hati tapi tangan dia tetap juga sentuh tombol pintu. Kak Chik dah cuak so dia pun memang nak cepat-cepat keluar dari situ. Tapi Kak Chik dok pulas-pulas pintu tapi pintu tak boleh buka. Kak Chik tak berani nak pandang kanan (dapur Kak Chik belah kanan). Benda tu pula dok merengus aje dari dalam dapur. Sebab Kak Chik dah takut sangat Kak Chik pusing kiri terus dia lari masuk bilik dan kunci pintu. Then ada SMS masuk, Kak Chik capai handphone dalam handbag. Dia ingat Abang Shaz yang reply tapi bukan. Mak Jah…

Jangan berani nak keluar rumah!

Kak Chik terkejut. Terus dia terbaling telefon dia dan dia nangis aje. Aku tak tahulah macam mana Kak Chik boleh hadap benda ni sorang-sorang. At least bagitaulah mak ayah aku. Tapi lastly dia bagitau juga kat ayah aku yang dia call suruh ayah aku jemput tu kan.

Okay so lepas dari hari tu memang ada juga dia cuba nak keluar rumah tapi memang tak boleh. Macam ada aje yang halang. Mak Jah pula memang tak hantar makan dah sekarang ni. Abang Shaz lagilah, call langsung tak pernah angkat. Sms satu pun dia tak reply. Bayangkan, boleh kata hari-hari jugalah Kak Chik terpaksa order fast food delivery ke rumah aje sebab yelah barang dapur dah habis. Nak keluar tak boleh. Kawan pula tak ada nak minta tolong. Ada satu hari tu, Kak Chik cuba call Mak Jah sebab dia memang nak cakap dengan Abang Shaz tapi time tu dah malamlah. Mak Jah angkat, Mak Jah tanya kasar aje. “Hang nak apa?”

Bila Kak Chik dengar aje suara Mak Jah macam tu, dia terus letak telefon. Dia hadap aje kena macam ni. Tabah gila. Kalau akulah haish memang asdfghjkll lah! Okay sambung.

Lepas aje dia matikan call tu, Kak Chik buka tv. Dia malas nak layan rasa sedih dia. So dia cari channel yang kelakar then dia tengok. So elok aje tengah layan movie, satu rumah blackout! Dia dah gabra separuh m**i. Memang malam tu dia kena lagi. Ni kira klimakslah. So dia tak tunggu lama kat situ. Kak Chik lari masuk bilik. Dia kunci pintu apa semua, then dia baring atas katil. Telefon dah ready kat tangan. Panas pun lantaklah janji dia selamat. Elok aje dia baring, dia dengar kat sebelah dia ada bunyi merengus. Tak kuat, tapi keras. Kak Chik on torchlight kat telefon, dia dalam posisi straight.

Pelan-pelan dia hala lampu tu kat sebelah dia. Dia nampak satu makhluk hitam, berbulu. Mata bulat plus merah. Memang time ni Kak Chik suluh depan muka benda tu. Kak Chik terus jerit then dia keluar bilik. Dia lari terus pergi pintu rumah tapi dia cuba pulas dua tiga kali tetap juga pintu tak boleh buka. Dalam keadaan gelap macam tu dia terus call ayah aku. Suruh datang ambil dia kat rumah Abang Shaz. Bila ayah tanya kenapa, dia cuma jawab, “ada benda ganggu Kak Chik”. Then ayah pujuk suruh tenang dulu. Baca ayat pendinding apa yang patut. Then ayah tanya, “Shaz mana?”

Time ni Kak Chik macam dah mengamuk sangat, dia jawab, “Su nak bercerai dengan Shaz!!”. Then dia matikan terus telefon. Dua hari lepas tu baru ayah datang dengan Paman dan aku untuk ambil Kak Chik.

Bila Pak Aki dengar cerita Kak Chik, Pak Aki terus suruh Kak Chik minum air yang Pak Aki dah readykan. Kak Chik mampu lepas 2 teguk aje. Lepas tu dia muntah. Tahu Kak Chik muntah keluar apa? Rambut, jarum, lendir hitam busuk nak mampus, serpih kaca yang halus tu. Aku sumpah kesian dengan Kak Chik. Bukan benda main-main kalau dah kena macam ni. So lepas aje dia dah muntah tu, Pak Aki cakap yang tak semua keluar dari badan Kak Chik. Pak Aki syak yang lauk selalu Mak Jah bekalkan tu bukannya semata-mata makanan. So hari tu Pak Aki suruh kami balik dulu. Dan suruh Kak Chik rehat elok-elok. Selang 2 hari datang balik. Sebab nak buang benda yang melekat dalam badan Kak Chik ni tak boleh aje dengan sekali rawatan.

So kami pun gerak balik. Kami bertolak lepas maghrib, sempatlah makan malam kat rumah Pak Aki dengan family dia. Masuk dalam kereta Paman cakap kat ayah aku, “Aku nak jumpa keluarga Shaz. Elok-elok aku serahkan anak yang aku jaga dari kecil kat dorang, dah dapat dorang buat macam-macam nak merosakkan hidup dia. Kalau tak suka pulangkan dengan cara elok macam mana aku serah dulu. Tak payah sampai nak guna ilmu hitam bagai. Tak kenal ke pahala dosa sampai nak buat macam tu?”. Paman menangis. Kak Chik pun menangis sama. Ayah janji akan bawa Paman jumpa keluarga Abang Shaz keesokan harinya.

Sampai aje rumah lepas hantar Tok Jang, kakak aku terus tarik masuk bilik dia. Aku cerita semua apa yang jadi. Lepas tu baru dia buka satu cerita kat aku.

Kakak: Haritu aku ada ternampak Abang Shaz kat kedai makan. Dia dengan sorang perempuan. Tapi lepas aku nampak tu aku tak jadi nak makan kat situ. Aku blah pergi tempat lain..

Aku: Bila hang nampak? Awat tak habaq (bagitau) kat mak ka ayah ka?

Kakak: Dah lama. Bulan lepas macam tu. Aku tak berani nak cakap kat depa.

Masa ni nak aje aku ketuk kepala kakak aku. Then aku cakap tak apalah sebab esok Paman nak jumpa family Abang Shaz. Nanti pandai-pandailah dorang settlekan kat sana.

Esoknya tu ayah ajak aku dengan mak ikut Paman and family pergi rumah Abang Shaz. Kakak aku tak ikut sebab dia ada kelas. So kitorang gerak dalam pukul 10 pagi macam tu.

Sampai aje rumah Mak Jah, Paman suruh Kak Chik yang bagi salam which mean Kak Chik lah yang depan pintu rumah Mak Jah. Kak Chik bagi salam dan Mak Jah sahut dari dalam. Elok aje Mak Jah buka pintu, dia terjegil tengok muka Kak Chik. Lepas tu dia undur ke belakang macam dia nampak Kak Chik ni hantu. Kitorang yang kat luar ni dah mula pelik. Paman tarik Kak Chik ke belakang dan Paman masuk rumah Mak Jah. Kitorang pun ikut sekali. Time ni Mak Jah dah mengerekot kat sebelah kabinet tv. Dia tutup muka dia. Mak aku pun cubalah sentuh bahu dia. Bila dia angkat aje muka dan tengok Kak Chik dia tutup balik muka dia sambil jerit, “hantu! Hantu! Hantu!”.

Time ni , honestly aku cakap. Aku sangat puas hati tengok dia macam tu. Apa yang dia dah buat pada Kak Chik, akhirnya berbalik kepada dia. Sikit pun aku tak kesian. Sekuman pun tak. Bila dia dah jerit macam tu, menantu sulung (kita gelar dia Fiza) dia yang tinggal sekali dengan dia pun datang tengok. Dia tenangkan Mak Jah. Tapi Mak Jah dok terjerit lagi hantu hantu hantu. Padan muka kau!

Fiza dah tak tahu nak buat apa dengan Mak Jah dok meracau lagu tu, dia terus call Abang Shaz. Ini endingnya! Lepas call Fiza terus bawa Mak Jah masuk bilik, dia suruh kami semua tunggu kat ruang tamu.

Dari dalam bilik pun kami still lagi dengar dia dok menjerit hantu hantu hantu tu. Memang terbuktilah yang Mak Jah penyebab Kak Chik jadi macan tu. Paman time tu dok tahan geram dah. Muka Ciksom pun memang dah ketat habis. Dalam setengah jam kami tunggu kat rumah tu, Abang Shaz balik. Elok aje Paman nampak muka Abang Shaz, Paman terus tampar Abang Shaz kuat-kuat. Kami kat situ semua terkejut. Sebab Paman aku ni jenis lembut orangnya. Biasanya bukanlah seorang yang pemarah. Tapi aku rasa dia marah sangat tu sebab buat anak dia macam tak ada nilai. Ayah terus tenangkan Paman dan suruh duduk berbincang elok-elok. Lastly ayah aku juga yang cakap dengan Abang Shaz sebab Paman macam dah tak boleh nampak muka Abang Shaz, asyik nak serang aje. Ayah tanya Abang Shaz:

Ayah: Apa yang kamu dan mak kamu dah buat pada Suraya?

Abang Shaz: Saya tak tahu.

Ayah tanya lagi.

Ayah: Kenapa kamu tak balik rumah?

Abang Shaz: Saya menyampah tengok muka Suraya!

Okay, time ni aku pula rasa nak tumbuk muka Abang Shaz. Itu bini kaulah setan!

Aku rasa ayah pun dah tak boleh sabar, dia suruh Abang Shaz panggil Mak Jah keluar. Fiza bawa Mak Jah keluar dari bilik. Nampak tenanglah sikit orang tua tu. Ayah tak buang masa, terus dia tanya Mak Jah apa yang Mak Jah dah buat.

Mak Jah: dari dulu aku tak berkenan dengan Suraya. Sikit pun aku tak suka. Tapi dah sebab Shaz cinta sangat kat budak ni, aku tutup aje mata terima dia. Tapi sebenarnya aku dah ada calon sendiri untuk Shaz. Masa kenduri kahwin kau, macam-macam aku bagi warning. Tapi majlis tetap juga berjalan. Kalau kau nak tahu, makanan yang selalu aku bagi makan tu semuanya makanan kotor! Supaya kau tak melawan, lemah. Dan Shaz aku patuhkan dia untuk biarkan kau terseksa sorang-sorang kat rumah tu. Supaya lama-lama nanti kau akan bencikan dia. Dan akhirnya kau yang minta cerai dari mulut kau sendiri!

Paman terus jerit,

Paman: ceraikan Suraya sekarang. Aku dah tak nak ada kena mengena dengan keluarga kotor kau ni.

Kak Chik nangis. Aku rasa korang pun boleh agak apa dia rasa. Abang Shaz pula nampak macam orang bodoh. Dia diam aje. Sikit pun tak bersuara. Nak pertahankan Suraya? Jauh sekali.

Ending dia Abang Shaz still lagi tak mahu ceraikan Kak Chik. Bukan sebab sayang, sebab dia nak Kak Chik yang lafazkan “nak cerai” dulu. Aku tak tahu apa motif dorang satu family nak buat macam tu. Lepas 2 bulan Kak Chik tuntut fasakh dah proses semua berjalan lancar, dorang pun bercerai. Tapi Kak Chik still lagi kena buat rawatan. Untuk buang sepenuhnya benda kotor dari badan dia. Kak Chik balik Johor, sambung rawatan kat sana.

So sampai ini ajelah ya aku berkongsi pasal Kak Chik. InshaAllah next story aku share lagi kisah seram yang pernah aku lalui. Harap korang jadikan cerita aku ni sebagai iktibar. Sayonara!

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]
Wafhiyyah

41 thoughts on “#Wafhiyyah – Kak Chik 2”

  1. Hai wafiyah. Love your story tau. Memang sangat ternanti sambungan sampai sanggup skip baca cerita lain. Hehe. Harap sangat your kakchik will be fine dan jumpa pasangan yang baik.

    Reply
  2. Finally ada pon sambungan, lenguh bahu tunggu ( sambil baca cerita lain la) hehe
    Semoga Allah kurniakan ketabahan dan kesihatan utk kak chik.
    Hmmm, tak sangka ada lagi yg sanggup buat bnda syirik mcm ni. Semoga Allah sedarkan abg shaz dan bagi hidayah kat mak jah.

    Reply
    • Sy rasa dia pun dah kena bodohkan dgn mak dia si mak jah tu. Mmg b**i betul la mak jah ni. Hrp tua aje tp akal pendek

      Reply
  3. Peringatan pd anak2 gadis…jika bakal mertua tak suka…baik putuskan percintaan tu awal2 ya…jika degil nak kawin juga…benda2 mcm ni la korang kena hadap nanti….biasanya mertua2 tak suka menantu perempuan ni sebab mrk dah ada calun utk anak lelaki mrk tu….tu sebab sampai kesudah mrk akan benci menantu perempuan bukan pilihanh mrk sendiri…INGAT YAAAAAAAA

    Reply
  4. Geram gila dgn Mak Jah tu! Sanggup rosakkan hidup anak org lain pakai ilmu hitam bagai. Aku pulak rasa nak tumbuk muka Shaz tu. Tapi, maybe mak dia yg buat dia jadi tunggul mcm tu. Haihh…nasib baik x kenal. ( Emo semacam plk aq hari ni -_-‘ )

    Reply
  5. emm..xpe la.. dh brpisah kn..
    tp kesian la kt kak chik..
    nape mak jah tu x berterus-terang je, ckap x berkenan..
    at least kak chik bleh back-off awal2..
    xde la kene mcm2 tu..

    Reply
  6. mak jah tu apelahhh, tak suka cakap.. bincang. ini main kotor pulak. eeeeeeeeee. geram plak baca.. kesian dekat kak chik. kirim salam ye kat kak chik..

    Reply
    • kak mah, jangan la cakap lagu tu. kecik hati kami yang pure utara ni. hehehe.. melawak saja na.. bukan semua depa suka jumpa bomoh.. tpi kan belah utara ni dekat2 ngn siam.. paham2 saja la kadang2 yg duk utara tu pun ramai ja keturunan belah sana..

      Reply
    • Kak mah , Bab main bomoh ni mana2 ada. Pokok pangkalnya ingat tuhan atau tidak aje. Sy pernah keje kt selatan. Blh thn jgk org2 di sana.

      Reply
    • bukan nk sokong kenyataan kak mah ni.. sy sendiri kena dgn org utara. 2 org terus bagi. hmmmm. nanti lah… ada masa terluang saya karang cerita tu.

      Reply
    • Bukan kira utara ke selatan ka apa. Semua tmpt ada. Mungkin pengalaman yg dah tahu utara sbb tu mind set org utara. X boleh nk buat konklusi begitu sbb manusia sma ja semua.

      Reply
  7. Thank god kak chik minta fasakh. Shaz tu kejam gila siap boleh jumpa perempuan lain. Harap kak chik dh semakin sembuh and jumpa psangan yang lebih baik

    Reply
  8. 1stly aku mmg suke cerita sebenar kau wafiyah..dan aku sendiri terhanyut skali konon2 ade dalam cerita ni..bagus cerita sampai,penuh penghayatan dan susunan ayat yg menarik dan kemas..
    dua nya kita semua yg muda2 akan tua dan yg mane ada anak akan ada menantu..memang anak kita hak kita,tapi satu hari nnti die kena lalui semua sendiri mcm kita jugak,jadi jgn terlalu mengongkong anak sampaikan pilihan pun kita yg aturkan,yg dah ada menantu latih diri kita syg menantu mcm anak kita sendiri,walaupun kita rase anak kita mmg xsesuai dgn die pun,tp bukan hak kita nak tentukan sape yg sesuai..latih diri,latih diri dan latih diri..jgn anggap menantu org luar,jgn rase aku ni mak/bapak aku kena buat sesuka hati..tolong hormat anak2 kita anak2 menantu kita..

    Reply
  9. Perghhhhhhhhhh!!!!!!
    Nasib aku bukan paman ko tu..
    Kalau x, depan mata anak dia aku kelar2 badan betina mak jah tu sblm balik..

    Ok sekian

    Reply
  10. rasanye cam tau je makjah 2 org kawasan mane… sbb sepupu yg kawen dgn org area pulau pun kena wat cam 2 dgn pak mertua dia walaupun bukan guna sihit..dan de seorg chef cite yg org area 2 pun pernah menyihir bos klu kena marah dgn bos….

    Reply
  11. Baru bc cite ni…ketinggalan sgt taw…sian kak chik..nape la syaitanurrojim sgt mak jah tu…to kak chik semoga kak chik sembuh sepenuhnye…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.