Budak Perempuan Tidak Berwajah

Hye . Asslamualaikum kepada semua pembaca fiksyen shasha . Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kat FS sebab terbitkan cerita aku ‘Rumah Sewa 2 Tingkat Di Perak’ . Bila baca semua comment aku dapat rasakan mesti ramai tak puas hati dengan housemate aku kan ?. And YES ‘OTP’ tu maksud dia on the phone . Sorry guys kalau ada yang tak faham hihihi .

Disini aku nak kongsikan dengan korang apa yang jadi setelah kejadian di rumah sewa tu . Jika korang masih ingat dalam cerita sebelum ni aku ada bagitahu sejak 4 tahun yang lepas aku mengalami beberapa peristiwa mistik dalam hidup aku . Jika cerita kali ini disiarkan terima kasih sekali lagi untuk FS.

Cerita bermula ketika di Semester 4 dan ketika itu aku sedang menjalankan Latihan Industri selama 4 bulan . Selama 4 bulan itu aku menumpang je di rumah mak sedara aku di area KL. Rumah mak sedara aku tu rumah teres setingkat dan dia pun takde anak . Cuma tinggal berdua saja dengan suami .

Masuk bulan kedua aku stay di sana aku dah mula rasa bosan . Yelah nak keluar hujung minggu pun aku takda member di KL. Keluar rumah pun cuma untuk ulang alik kerja je . Mak sedara aku ni ada bisnes dengan suami dia jadi diorang memang akan ke Thailand tiap-tiap bulan atas urusan kerja . Keluar pagi-pagi buta dan pagi esoknya baru nampak batang hidung.

Satu hari tu di hujung minggu diorang tak ada kat rumah . Sehari suntuk masa cuti aku tidur je . Kadang tu bangun la jugak mandi,solat ape semua tu . Malam tu lepas terperap dalam bilik aku ke ruang tamu untuk layan drama Patahnya Sebelah Sayap . Sedang syok layan drama tu masa tu baru pukol 10 lebih , tetiba dengar bunyi macam orang tengah potong sayur ke ape ntah whatever la kt dapur . Dalam kepala otak aku, mak sedara aku tak balik lagi . So sape yang rajin sangat yang nak masakkan untuk aku ni . Aku buat tak tahu je walaupun dalam hati dah ada rasa sikit debaran tu .

Okay dalam rumah mak sedara aku ni ada satu ruang yang dia letak meja makan je tapi tak pernah makan kat situ . Kecuali kalau ada majlis hari jadi ke ape ke yang memerlukan makanan yang banyak baru la diorang akan pakai meja tu . Ruang tu bersebelahan je dengan ruang tv . Dari sofa aku cuma perlu jenguk sikit je untuk tengok seluruh ruang . Habis je bunyi ‘potong sayur’ tadi ntah ape kena dengan telinga aku ni dengar bunyi macam orang tengah berlari keliling meja tu . And of coz tanpa fikir panjang aku jenguk terus and apa yang aku nampak gais ? Seorang budak ! Budak lagi ! Bukan budak yang sama aku nampak masa dekat rumah sewa tu . Tapi maybe kakak dia kot . Happy je dia berlari keliling meja macam tengah main ramai-ramai . Aku pulak walaupun dah berdebar macam nak pitam aku tak boleh stop dari terus pandang dia . Then… she’s STOP . Stop yang bukan hanya stop . Dia pandang aku macam tahu yang aku tengah pandang dia . Ape yang aku ingat muka dia blank . Nothing at all . Takda raut wajah langsung . Aku terus lari masuk masuk bilik tanpa tutup tv . Yela nak lari mana lagi kan . Takkan nak jerit mintak tolong jiran pulak . Aku dah fadeup dengan orang yang tak percaya cerita aku .

Aku masuk bilik tu memang berselubung dalam selimut la cite dia . Aku cuba dengar kot2 ada lagi bunyi lain . Senyapppp je sampai la ada someone ketuk pintu bilik . Anddd bunyi dia aku konfem sangat bukan ketuk dari luar . DARI DALAM . Masa tu memang aku menangis tapi tak berani nak keluarkan suara . Aku takut sangat . Aku selimut and aku cuba sedaya upaya tindih selimut aku in case ‘dia’ tarik . Mau mati terkejut aku kat dalam rumah tu . Ketukan pintu tu berlarutan dalam 2 ke 3 minit .

Lepas aku pastikan dah takda sebarang bunyi, aku beranikan diri intai sikit dan aku lihat keliling bilik . Takda apa2 dan aku dengar bunyi enjin kereta di luar menandakan mak sedara aku dah balik . Aku lihat jam baru pukol 11.30. Terdetik kat hati ‘awal pulak diorang balik ‘. Aku tunggu sampai diorang masuk dalam rumah baru aku keluar tu pun sebab teringat tv tak tutup lagi . Aku sempat tegur dan diorang cuma senyum terus masuk bilik . Aku fikir mungkin diorang penat sangat . Malam tu aku cuba pejamkan mata dan lupakan apa yang baru terjadi sekejap tadi . Aku main fon sampai mata rasa berat sangat . Baru nak terlelap .. ada whatsapp masuk . From ‘Cikna’ dalam erti kata sebenar itu adalah mak sedara aku . ‘Sya dah makan belum ? Nak Cikna belikan apa2 tak ? Lagi setengah jam Cikna sampai KL’ .

Aku cuma reply ‘taknak’ then terus pakai earfon . Lagu Same Old Love dari Selena Gomez aku pasang kuat2 supaya tak dengar lagi bunyi yang lain .
Sekian…

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

S.Y.A
Budak Perempuan Tidak Berwajah
9.1 (91.11%) 54 vote[s]

FOLLOW FB KAMI.

14 comments

  1. Aku pun sebenarnya kurang percaya cerita kau ni…
    Cliche, banyak sangat orang cerita mcm ni terutama part last tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.