Kendera saji pink

“Eh, kau tak nampak kendera saji semalam masa kita balik?”

“Bila masa pulak terserempak dengan kendera saji? Jalan raya ada kereta kita ja semalam.”

“Kau tak perasan ke? Aku ada tanya kau semalam, Nita.”

“…”
….………………………………………………………………………………………………………………………………
“Nita, jom tengok wayang minggu ni. Ada cerita Star Wars lah.”

“Hari apa nak pergi tengok? Hujung minggu aku ada hal lain.”

“Hmm, ada Rabu dengan Jumaat malam. Kita pergi Jumaat malam lah. Tengok yang pukul 9 punya.”

“Ok, set.”
….………………………………………………………………………………………………………………………………
“Arun, cepatlah. Dah pukul 6.30 petang ni. Kena bertolak sebelum 7 malam. Nanti tak sempat nak makan malam dulu sebelum wayang.”..

“Jap, jap. Boss panggil nak jumpa tadi. Ni baru habis. Aku balik hantar barang dulu, lepas tu kita pergi.”

Arun, Arun. Kau ni kalau aku tak ingatkan, mesti terlajaklah buat kerja.
Kata-kata yang hanya aku seorang saja dengar, tapi terlahir dengan gelengan kepala berulang kali.

Aku dengan Arun adalah rakan sepejabat. Arun ketua aku dan dah berkeluarga. Aku? Anak muda yang masih mencari rentak hidup. Dulu kami bekerja di ibu kota sebelum ditukarkan ke pantai timur. Sejak bekerja disini, kehidupan kami berpaksikan kerja semata. Jauh dari bandar dan agak pedalaman, masa kami memang dihabiskan untuk bekerja. Maklumlah penginapan dan pejabat cuma 5 minit berjalan kaki. Hujung minggu, jika tiada program, pulanglah kami ke ibu kota bertemu keluarga.

“Nita, jom!”

Monolog aku terhenti dan senyum tersimpul di bibir.
“Kita nak makan apa nanti?”

“McD je la Nita. Alang-alang dah keluar ni, cari makan yang tak ada kat sini lah.” Semakin lebar senyuman Arun tatkala menyebut nama restoran makanan segera kegemaran dia.

Perjalanan kami mengambil masa hampir sejam. Banyak kereta di jalan raya. Maklumlah esoknya hujung minggu dan ramai orang-orang yang bekerja disekitar kawasan tersebut pulang ke kampung masing-masing. Siang menginjak ke senja dan akhirnya gelap malam. Cahaya dari lampu kenderaan bertali arus menyilaukan pandangan aku. Untung bukan aku yang memandu. Kalau tak mungkin lagi sejam setengah baru sampai.
….……………………………………………………………………………………………………………………………
“Cerita tadi tu oklah. Kau kena tengok Star Wars episod sebelum ni baru kau faham jalan cerita dia.”

Aku dengarkan saja ulasan daripada Arun sambil menikmati kentang goreng bercicahkan ais krim vanila. Arun memang peminat Star Wars. Semua cerita Star Wars sebelum ni memang dia dah khatam. Sambil dia ulas cerita tadi sambil dia makan Spicy Chicken McDeluxe.

“Ok, dah habis makan. Jom balik sebelum mengantuk. Jauh lagi ni nak sampai rumah.”
Enjin kereta dihidupkan dan perjalanan pun bermula. Seperti biasa, dalam kereta kami sambung berborak. Kali ni perihal pejabat dan isu semasa.

Arun memandu dengan tenang. Jalan raya kosong dan sunyi. Ada dua pilihan jalan untuk pulang dan Arun memilih menggunakan lebuh raya. Lebih dekat jaraknya dan jalan juga senang, tak perlu lalu kawasan perkampungan.
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
Sunyi dan tenteram je malam ni. Jalan pun kosong, taklah silau mata.

Hmm, pukul 2 pagi dah? Boleh tahan jugak melepak ni. Nasib baik esok hujung minggu, kalau tak barai nak pergi kerja.

Aik, Arun ni senyap je? Tak ada modal nak borak dah ke? Ke mengantuk dia ni?
Risau pulak kalau mengantuk, dah lah bawak laju macam F1.

Dan aku menoleh ke kiri memandang Arun.
….………………………………………………………………………………………………………………………………
Hmm, kosong jalan ni sekarang.
Ada kendera saji berhenti tepi jalan.
Satu kereta dari arah bertentangan.
Arun membuat nota mental sambil memandu.

Peliklah kereta ni, asyik ke kiri je. ‘Alignment’ tayar lari ke?
Ok, fokus kawal stering kereta je la.
Esok periksa tayar.
Senarai nota mental Arun bertambah.

Ha, depan ada kereta lain. Baguslah, terang sikit jalan.
Arun menukarkan lampu tinggi kepada lampu biasa supaya kenderaan di hadapan tidak silau.

Lori rupanya. Alamak, perlahan betul dia bawak. Kena p****g ni.
Eh, sekejap. Sama macam kendera saji tepi jalan tadi ja.

Mata Arun pon beralih perlahan-lahan ke arah cermin pandang belakang.

“.…”
….……………………………………………………………………………………………………………………………..
Dah kenapa dengan si Arun ni?
Tiba-tiba ja senyap lepas tol tadi. Dah habis modal ke?
Ke dia mengantuk?
Tak boleh jadi ni. Mau dia tertidur kejap lagi kalau tak berborak.
….………………………………………………………………………………………………………………………………
Berkulit sawa matang, rambut hitam ikal mayang, hidung cantik terletak, bibir mungil bergincu merah, raut wajah yang lembut dan berkebaya.
Cantik. Ayu.

“Kekanda….”
Lunak sungguh suara si dara berkebaya.

Aku kaget. Bagai dikunci semuanya. Yang mampu hanyalah memandang tanpa kalih pada si kebaya.

Tangan dihulur dan akhirnya Arun dipimpin oleh si dara. Bunga tanjung semerbak menusuk hidung.

Dunia Arun ibarat berpusing seperti merentas terowong masa. Yang dilihat dan didengar hanya si dara.

Butir bicara si dara semakin mengasyikkan. Arun seperti di awangan. Berada di antara dunia nyata dan dunia fantasi.
….………………………………………………………………………………………………………………………………
“Arun….”

“…”

“Arun!”

Tersentak aku dengan jeritan tersebut.

Lampu yang amat cerah dan menyilaukan mata tepat menusuk pandangan aku.
Aku cuba mengawal diri, tangan memegang erat stering kereta dan memusingkan sedikit ke arah kiri dan kanan hingga akhirnya kereta berada di bawah kawalan aku.

“Ha, ya Nita.”

“Ok tak bawak kereta ni? Tetiba ja ke kiri, ke kanan. Ke kau mengantuk?”

“Ok je.”
Mata aku memandang ke cermin pandang belakang.

Aneh, kendera saji tiada dalam pandangan. Si dara juga tiada. Tapi kemana?

“Jap, kau nampak tak kendera saji tadi?” Suara aku seakan berbisik kepada Nita.

“Kendera saji?”
….………………………………………………………………………………………………………………………………
“Arun, terima kasih tau untuk malam ni.”

“Sama-sama. Dah kau pergi masuk rumah dulu. Aku tunggu sampai kau masuk baru aku gerak.”

“Selamat malam, eh, pagi. Eh, apa-apa ja lah.”

“Hahaha. Selamat malam Nita.”
….………………………………………………………………………………………………………………………………..
Klik!
Kunci dibuka, tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak. Nafas dihela berat.
Gelap. Ya, gelap sebab aku lupa nak buka lampu sebelum keluar petang tadi.

Tik!
Suis lampu ditekan dan seluruh rumah terang-benderang.
Aku berjalan melintasi dapur dan bilik tidur pertama. Tiba-tiba langkah aku terhenti. Bunga tanjung semerbak mewangi dan sepertinya ada mata yang memerhati dari dalam bilik.

Ah! Mungkin hanya mainan emosi yang keletihan. Langkah diteruskan dan kali ini aku merasakan perbezaan suasana. Panas dan bahang. Baru sekejap tadi aku rasakan biasa-biasa sahaja. Mungkin mainan emosi lagi. Aku terlalu letih barangkali. Setelah membersihkan diri, aku baring di katil. Berharap agar dapat lena sebelum mentari pagi muncul.

“Kekanda….”

“…”

“Kekanda, jangan tinggalkan adinda.” Sedih, sayu dan sayup-sayup kedengaran suara lunak itu.

Dan anjing pon menyalak.
….…………………………………………………………………………………………………………………………….
Aku menghirup teh tarik sambil memandang Nita.

“Tapi semalam aku rasa jalan tu tenang je Arun.”

“Sebelum ni pernah je lalu jalan tu lewat malam. Berkonvoi dua kereta tapi kitaorang masing-masing pecut. Rasa seram ja lalu situ. Nak-nak dengar cerita malam-malam kes merompak kereta. Lagilah takut.”
“Tapi semalam lain sangat dengan kebiasaan.”

“Nita, kau tau tak semalam kereta rasa macam tertarik ke kiri sepanjang jalan. Lepas masuk tol tu, turun masuk jalan tu ja dah mula rasa. Kalau tak jaga stering memang ke kiri la kereta.”

“Aku ingatkan ada masalah dengan tayar kereta. Jadi pagi tadi aku bawak balik kereta, nak tengok betul tak ada masalah dengan tayar. Kurang angin or alignment ke. Tapi pagi ni elok je tayar kereta tu. Tak ada pon rasa makan sebelah.”

“Nak cakap tak biasa jalan tu tak jugak. Tiap-tiap minggu lalu situ. Pagi-pagi buta macam semalam pon dah banyak kali. Dah hafal dah lubang kat jalan tu sekali tapi semalam pertama kali jadi macam tu.”
….………………………………………………………………………………………………………………………………
“Semalam lepas aku hantar kau balik rumah, aku pun terus balik rumah aku. Aura kat rumah tu rasa lainlah semalam.”

“Panas dan berbahang walaupun aku dah buka pendingin hawa dengan kipas sekali. Aku rasa macam ada mata memandang, bau bunga tanjung pon semerbak. Sama dengan bau si gadis kebaya.Tak boleh tidur aku. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Pukul berapa terlelap pon aku tak sedar.”

“Gadis kebaya? Siapa dan bila masa pulak kau jumpa gadis kebaya?”

“Semalam. Masa kita balik dari tengok wayang. Aku nampak dia kat cermin pandang belakang tengah senyum sambil pandang tepat ke arah aku. Dia dalam kendera saji tu lah.”

“Lepas tu apa jadi?”
….……………………………………………………………………………………………………………………………….
Nita merenung muka aku. Dahi berkerut seperti memikirkan sesuatu.
“Jadi, kau nak kata aku bawak hantulah ni semalam?” Nada tak puas hati jelas kedengaran.

“Eh, bukan macam tu. Aku cakap benda ni jadi masa kau ada.”

“Tapi bukan aku yang nampak kendera saji tu semalam. Lagipun aku baca doa dulu sebelum kita bertolak balik. Mungkin aku terlindung lah semalam.”

“…”
….………………………………………………………………………………………………………………………………
“Kau tau tak, sebelum aku jerit nama kau tu, aku dah panggil nama kau banyak kali. Kau tak respon langsung.”

“Mata kau pandang terus ke depan tengok jalan tapi tak berkelip. Badan kau nampak kaku dan kau macam dalam dunia kau sendiri.”

“Kau bawak kereta macam dalam autopilot. Aku dah mula risau sebab depan tu tak jauh kita nak lintas sungai. Lepas tu jalan jadi kecil.”

“Tapi lepas kau tersedar je terus kau macam tak dapat kawal kereta. Ke kiri, ke kanan. Mujur jalan kosong. Tak ada kereta dari arah depan.”

“Tak ada kereta?”

“Ya. Kita ja atas jalan masa tu. Kiri kanan semua gelap.”

Gelap? Habis tu cahaya lampu yang terang dan silau tu datang dari mana? Kalau bukan sebab lampu tu, tak mungkin aku tak dapat kawal stering semalam.
Muka Arun berkerut. Teh tarik dihirup lagi bagi mengusir gundah di hati.

“Tak apalah, benda dah lepas, Nasib baik kita sampai dengan selamat.”

“Kau ingat lagi kendera saji tu warna apa?”

“Ingat. Pink.”

“Pink? Sepanjang jalan tak ada apa-apa pun yang warna pink lalu. Kau biar betul Arun, kalau ya pun nak menipu aku.”

“Tak, aku tak tipu. Memang betul aku nampak. Kendera saji tu warna pink.”

“Pink?”

“Haah, pink!”

Kendera saji pink dan gadis berkebaya sehingga kini tinggal misteri.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aurora S
Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.8]

6 comments

  1. ‘Aku’ dlm cerita ni kejap jd Nita, tetiba jd Arun. Tak konsisten. Pening nk follow. Last2 Arun pening, aku pun pening.

  2. Confuse baca cerita ni. Tak faham nak buat twist atau suspense atau klimaks atau flash back tapi tak menjadi. Kendera Saji tu pun sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.