Qiamullail bertukar jadi Histeria

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para readers sekalian. Nama aku Sha. Aku nak kongsi sikit cerita mistik kat sekolah aku dulu. Aku tahu cerita histeria ni memang korang dah banyak dengar. Tapi terpulanglah korang nak baca ke tak. Aku sekadar berkongsi sahaja. Cerita ni bukan rekaan dan memang benar belaka. Maaf sebab penulisan tak formal. Terima kasih buat pihak Fiksyen Shasha sebab sudi post cerita aku ni.

Nama sekolah aku terpaksa rahsiakan. Bagi mereka yang pernah bersekolah disitu ketika tahun 2011 mungkin tahu tentang kejadian ni. Sekolah Menengah aku ni terletak kat kawasan taman perumahan. Sebelah kiri sekolah dekat dengan Masjid manakala sebelah kanan dekat dengan loji kumbahan. Haha.

Okey, ceritanya bermula pada hari Khamis malam jumaat, pihak sekolah nak buat program qiamullail untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR. Waktu tu aku form 3. So, kitorang terlibat dalam program ni dan kena bermalam satu hari kat sekolah. Kitorang kena datang sekolah pada jam 6 petang (selepas asar).

Aku dengan member yang lain datang petang tu dengan pakai baju kurung. Beg baju yang kitorang bawak untuk bermalam tinggalkan kat dalam surau sekolah. Ustazah suruh kitorang tidur kat dalam surau bila habis sesi ceramah malam nanti.

Setelah selesai, kami semua berkumpul kat dewan dengan pakaian solat masing-masing sambil menunggu tiba waktunya azan maghrib. Kami pun menunaikan solat maghrib berjemaah di dewan terbuka tu. Pelajar yang terlibat ketika itu hanyalah pelajar PMR sahaja. Jadi, jumlah yang hadir agak sedikit, lebih kurang dalam 70 orang saja. Guru yang terlibat pun sikit dalam 3-4 orang macam tu. Selepas menunaikan solat, kami pun menikmati juadah makan malam yang disediakan oleh kantin sekolah. Selepas makan, kami berkumpul semula di dalam dewan tersebut untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah. Kemudian, sesi ceramah motivasi dimulakan.

Tengah syok dengar ceramah, dalam anggaran pukul 10 malam, tiba-tiba ada seorang budak lelaki, Amin namanya (bukan nama sebenar) mengamuk masa penceramah tengah bercakap. Aku dengan kawan aku yang lain tercengang dan terkejut tak tahu apa yang jadi masa tu. Pada mulanya, kitorang ingat dia saja-saja je buat macam tu sebab mengantuk ke apa. Tapi rupa-rupanya bukan. Dia tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal sambil menjerit-menjerit macam orang kena sampuk! Apalagi, ceramah masa tu terpaksa kena cancel sekejap sebab nak selesaikan si Amin tu. Huhh.

Sorang kawan dia cuba meredakan Amin dari memberontak. Dia pegang tangan Amin sebab tengok Amin macam nak cederakan diri sendiri. Ustaz dan ustazah bergegas suruh kami semua lari masuk dalam surau sebab Amin disyaki terkena histeria pada malam itu.
Memang keadaan terus jadi kacau bilau.
Kawan aku (Mia) ni dia lemah semangat sikit, jadi aku segera bawa dan pimpin dia cepat-cepat masuk ke dalam surau untuk berlindung.
Amin kena rasuk masa tu. Dia tiba-tiba je melarikan diri sampai ke tapak perhimpunan. Terpaksalah ustaz dengan beberapa orang pelajar lelaki yang lain kejar Amin sampai dapat sebab risau takut dia lari keluar sekolah malam-malam.

Nasib baik masa tu Amin dapat ditangkap. Ustaz pun terus baca ayat suci Al-Quran nak pulihkan Amin semula. Semasa ayat dibacakan, Amin memang meronta sangat kuat sampai kawan-kawan yang lain terpaksa tolong pegang dan ikat kaki dan tangan dia. Amin pulak boleh cakap bahasa siam tiba-tiba. Mungkin “benda” yang rasuk dia tu dari Siam.
Ustaz apalagi .. terus memperkuatkan lagi bacaan beliau sampai Amin pengsan.
Keadaan pun reda sedikit. Program ceramah pada malam tu terpaksa dibatalkan. Ustazah suruh kami semua masuk tidur dalam surau (asing lelaki perempuan) supaya bersedia untuk bangun malam nanti.

Aku tidur sebelah Mia. Kawan-kawan aku yang lain tidur berselerak kat surau tu ikut keselesaan masing-masing. Untuk pengetahuan semua, surau kami bersebelahan dengan tandas perempuan.

Kebetulan jam 12 tengah malam, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu bunyi. Bunyi orang bukak pintu keluar dari surau. Ada seorang perempuan ni tiba-tiba menjerit, “Korang, tangkap dia! Jangan kasi dia keluar!” Aku dengan mamainya, terkejut lalu bingkas bangun. Kawan-kawan aku yang lain pergi kejar perempuan tu. Rupanya perempuan tu pergi tandas! Dia dipanggil oleh “benda” tu.
Ustazah terus bukak lampu surau, suruh kitorg pakai tudung sambil selawat,mengaji dan istifar supaya kami tak kena sebarang gangguan histeria.

Perempuan tu kemudian dibawa masuk semula kat dalam surau, kemudian dia menjerit kuat “Argghhhhh” . Tak lama lepas tu, kawan aku yang lain pulak kena. Diorang pun menjerit-jerit. Setiap jeritan tu disambung-sambung oleh orang lain. Pada malam tu, kalau tak silap dalam 7 orang terkena histeria tu.
Benda jadi depan mata kepala sendiri memang rasa takut dan cuak gila. Tangan aku sampai menggigil-gigil sambil peluk kawan aku yang lemah semangat tu. Aku baca surah2 pelindung diri, ulang banyak kali. Mulut aku memang tak henti-henti baca doa sebab aku takut.
Ramai yang jugak yang kena, ustazah suruh kitorang keluar surau pergi berkumpul dekat dewan balik. Sebab keadaan dah tak terkawal. Ramai sangat kena. Ustaz pun cepat-cepat call mintak bantuan orang yang pakar dalam bidang ni datang untuk bantu selamatkan diorang yang kena histeria. Masa kat dewan tu, memang nampak depan mata kawan aku (perempuan) yang kena histeria tu. Mata dia memang merenung tajam kat mata aku. Masa tu aku dah cuak dah tak tahu nak buat apa. Kawan aku cakap jangan pandang mata orang yang kena histeria ni, kalau tak nanti boleh jangkit. Aku pun tunduk jelah sambil baca doa pelingdung diri. Perempuan yang kena histeria tu sampai pelajar lelaki yang kena tolong pegangkan sebab dia punya meronta tu memang kuat sangat. Ustaz-ustaz yang lain pun terus berusah cuba pulihkan dan sedarkan seorang demi seorang. Memang ambil masa yang agak lama jugak. Kira-kira dalam pukul 2.30 pagi, baru selesai usaha pulihkan mangsa kena histeria. Ustazah suruh kitorang pulang ke rumah. Masing-masing telefon ibubapa suruh ambik kat sekolah sebab program qiamullail tak jadi nak buat sebab ada gangguan.

Keesokan harinya, kami semua dapat tahu bahawa kes semalam tu berlaku sebab ada sesetengah pelajar ni dia pergi “cabar” kat kawasan larangan sekolah tu yang berhampiran dengan loji kumbahan. Kawasan situ memang agak keras sedikit. Ramai jugak pelajar pernah nampak ada “benda” kat bangunan sebelah situ. Kebetulan malam tu, budak-budak lelaki pergi baling mercun dan buat bising kat tempat tu.

Ada jugak satu pasangan couple pegi buat perjumpaan malam-malam kat tempat tu. So, mungkin “mereka” marah sebab tempat diorang kena kacau. Mereka pun kacau lah balik.
Selepas kejadian tu, pihak sekolah dah tak buat lagi program bermalam kat sekolah untuk elakkan kejadian histeria ni dari berlaku lagi.

Shahira
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 comments

  1. histeria tu terjadi sbb ada yang kacau? heh aku menyampah dengan spesis manusia yg suka kacau ni. lepastu kalau jadi kat diorg balik takpe. ni dh menyusahkan orang lain. acah berani tapi sebernanya penakut. eh geram la dgn org mcmni. duduk dendiam dah la .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.