Wanita berjubah di tengah hutan

TAJUK : WANITA BERJUBAH DI TENGAH HUTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada FS seandainya kisah ini disiarkan. Sejujurnya aku tidak pernah menulis disini. Sebelum ini aku hanya “silent reader” sahaja. Namun, pengalaman yang dilalui oleh emak dan adik aku membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi cerita kerana bagi aku ianya agak seram dan misteri. Emak dan adik aku tinggal di sebuah perkampungan felda di Kemaman Terengganu. Adik aku bernama Amin merupakan anak yang bongsu, , sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Dia dan keluarganya memang tinggal bersama emak dan ayah. Manakala anak-anak yang lain sudah berkahwin dan tinggal berjauhan di daerah yang lain.
Kedua ibubapaku merupakan peneroka felda. Namun, setiap hari jumaat ibu dan Amin akan ke bandar untuk menjual sayur-sayuran kampung di Pasar Besar Chukai. Kiranya menjual sayur kerja part time dioranglah. Hasil pertanian itu sebahagian besarnya tanaman orang-orang kampung. Kiranya emak aku ini pemboronglah.

Untuk ke bandar Chukai, banyak alternatif jalan boleh digunakan. Laluan yang paling famous ialah jalan Mak Lagam kerana jaraknya yang agak dekat kira-kira 20-30 minit perjalanan. Jalan Mak Lagam ini strukturnya berbukit bukau dan bengkang bengkok. Sejak ada highway, jalan ini agak sunyi. Hanya di waktu siang sahaja ada kenderaan lalu. Malam pula memang tiada kenderaan yang berani lalu kerana cerita-cerita mistik yang didengar. Dulu-dulu ada jugak kes rompakan di Jalan Mak Lagam ini. Perompak akan melempar telur ke cermin kereta mangsa sebelum merompak. Tapi itu dululah. Sekarang dah takde.

Kejadian ini berlaku kira-kira satu minggu sebelum Hari Raya Aidiladha yang lalu. Pada hari tersebut mereka turun awal dari rumah kira-kira pukul 4.30 pagi. Biasanya mereka akan turun dari rumah selepas subuh. Tapi oleh kerana hari itu banyak sayur, jadi emak aku ni bercadang hendak ‘tolak’ sayur-sayur ini dekat peniaga dekat pasar itu dahulu. Sampai di satu tempat ni Namanya Bukit Jemalang, diorang nampak ada satu kereta kancil berwarna merah tersadai tepi jalan dalam keadaan enjinnya berasap. Emak aku cakap kereta tu sangat usang seolah-olah nak terlerai semua part pada kereta. Aku bayangkan memang usanglah kot kalau dah sampai hendak terlerai tu.

Tiba-tiba adik aku si Amin menyuarakan hasrat untuk membantu tapi ditolak oleh emak aku. Emak aku risau kerana hari masih gelap. Lagipun dekat jalan itu dah macam-macam terdengar cerita pasal ke’angkeran’nya Tapi Amin berkeras hendak membantu. Kesian katanya, manalah tahu kalau orang betul-betul memerlukan bantuan. Emak aku akur dan mereka pun memberhentikan kereta. Tidak lama kemudian, keluarlah seorang perempuan dari dalam kereta tersebut. Perempuan itu memakai jubah dan bertudung labuh berwarna hijau muda. Penampilan ala-ala ustazah gitu. Labuh betul tudungnya hingga ke peha kata emak aku. Dia memperkenalkan diri sebagai Aisyah, belum berkahwin. Beliau dalam perjalanan dari Marang hendak ke Cherating. Emak aku peliklah, sepatutnya boleh terus jer tapi boleh pulak dibeloknya ke Jalan Mak Lagam. Katanya memang dia hendak lalu jalan itu. Kalau dia dari Marang maksudnya dia bertolak dalam pukul 2 pagi. Dengan keadaan kereta yang usang macam itu. Emak aku tanya lagi, tidak takut ke pagi- pagi buta memandu seorang diri. Beliau menjawab tidak takut kepada sesiapapun, beliau hanya takut kepada Tuhan.

Yang peliknya, si ‘Aisyah’ ini lagaknya cool and rileks jer. Takde nampak panik langsung. Bila Amin check kereta dia, ternyata air kering. Kebetulan di sebelah keretanya ada lopak air kesan dari hujan yang baru berhenti. Boleh pulak dia melawak, katanya keretanya dah lama tidak mandi. Mungkin dia buat hal sebab hendak mandi. Amin minta bekas atau botol untuk ambil air tu. Cepat-cepat dia bukak pintu kereta dan hulurkan botol mineral kosong. Time tu, Amin sempatlah menjenguk ke dalam kereta dia. Kata Amin, keadaan dalam kereta nampak bersepah. Barang takde sangat pun tapi bersepah. Emak aku cakap lagi yang si Aisyah ini bercakap tidak tengok mata. Mata dia seolah-olah melilau sana sini. Amin cakap seram tengok mata dia. Muka dia biasa-biasa jer. Dia siap tepuk bahu emak aku masa diorang bersembang. Aku tanya jugak, diorang ini tak rasa seram ke masa bersembang tu. Ada bau busuk ke apa. Emak aku cakap takde pun. Time misi bantuan tu, adalah satu lori lalu. Si Amin nyalakan lampu handphone dan angkat tangan untuk minta bantuan. Tapi lori tu tidak berhenti dan bukan main laju lagi. Masa lori tengah laju tu, kedudukan lori memang betul-betul rapat dengan si ‘Aisyah’. Sipi-sipi orang cakap. Tapi si ‘Aisyah ni langsung tidak mengelak. Emak aku pulak yang ngeri takut lori itu terlanggar ‘Aisyah’.

Lepas tuang air dekat bahagian enjin, cubaan menghidupkan kereta ‘Aisyah’ berjaya. Amin pun cakap “macam inilah kak, akak follow kitorang dari belakang. Nanti kalau jadi apa-apa, boleh saya tolong lagi”. Aisyah setuju dan terus follow dari belakang. Oh, sebelum itu, Amin sempat ambil nombor telepon Aisyah sebab dia ada cakap tujuan dia hendak ke Cherating kerana ada urusan nak pergi berubat. Emak aku assume yang si Aisyah ada kelebihan berubat orang dan terus minta nombor telepon. Emak aku fikir manalah tahu kot-kot lepas ini boleh berubat dengan dia sebab abang aku yang nombor dua selalu sakit dan ada gangguan. Maka bergeraklah mereka dari tempat itu. Emak aku cakap si ‘Aisyah ini takde ucap terima kasih pun atas bantuan diorang. Salam pun tak. Tapi emak aku husnuzon jelah. Mungkin dia lupa kot.

Masa kereta dah gerak, kereta Aisyah mula-mula follow rapat tapi lama kelamaan makin jauh dan hilang dari pandangan. Lampu kereta dia sudah tidak nampak dari belakang. Emak aku suruhlah Amin call dia dan tanya okay ke tak. Amin terus call. Dia jawab dia okay, kereta pun okay. Suara dia kedengaran sayup-sayup jer. Masa tu hari dah beransur cerah dan dah nak sampai bandar Chukai. Mak aku pun mulakanlah aktiviti dia menjual sayur. Masa duduk dekat pasar tu kira-kira pukul 8 macam tulah, emak aku tetiba teringatkan ‘Aisyah’. Emak aku pun suruh si Amin call lagi tanyakan keadaan dia. Sampai ke tidak dia ke destinasi yang dia nak pergi tu. Amin pun capai phone dan terus nak call. Tetiber, Amin terkejut sebab cari nombor Aisyah yang dia dah ‘save’ hilang. Dekat data panggilan keluar masuk pun hilang. Pelik kan? So, tak tahulah perempuan berjubah yang bernama ‘Aisyah ini manusia ke, hantu ke, jin ke atau bunian ke.. Wallahuaklam.

Bila balik kampung, emak aku ceritalah apa yang dia alami dekat group Yassin dia yang terdiri dari geng makcik-makcik dan suri rumah. Agak riuh jugaklah cerita ini. Lepas tu, kawan emak aku cakap yang suami dia pernah ternampak ada satu kedai makan dekat jalan yang sama pada waktu malam yang dipenuhi orang. Aku melawaklah dekat emak aku. Aku cakap..”hati-hati mak, manalah tau malam-malam ‘Aisyah’ call minta tolong, kereta dia mati lagi dekat tengah hutan”. Emak aku balas..”mintak tolong takpe, jangan dia marah mak sebab sebarkan cerita pasal dia dahlah”. Lepas tu kitorang bantai gelak. Akupun heran macam mana diorang terpikir dan berhenti tolong.

Sebab Emak dan Amin pernah accident dekat tempat yang sama kira-kira setahun yang lalu. Emak aku cakap masa tu ada dengar bunyi seolah-olah pintu belakang ada orang tutup. Pintu itu memang tertutuplah sebab kereta tengah bergerak tapi dengar macam bunyi orang tutup lagi sekali. Emak aku tidak sedap hati dan terus baca ayat kursi. Tetiber kereta boleh terbabas Amin cakap rasa seolah-olah ada orang pusing stereng kereta dengan mengejut. Nasib baik kereta tidak laju. Tersadai jugaklah diorang. Tayar kereta pecah kalau tidak silap masa itu dan kejadian bertemu dengan ‘Aisyah’ adalah insiden kedua diorang di tempat yang sama, masa pun lebih kurang. Itu sahajalah cerita dari aku. Harap korang suka. Terima kasih

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Wanita berjubah di tengah hutan”

  1. Kereta Amin xsiden tu bukannya ada org pusing stereng Keta dia tp bila tayar meletup memang sering akan tertarik macam direnggut.
    Jangan le tayar meletup pun salahkan jin jugak.

    Reply
  2. Assalamualaikum…Puan kisah nie sebijik cerita adik dan mak sy 100 prtus sme..mak sy mmg menjual di pasar Kemaman,bsma adik yg dah kwin ank pun 2 org tgal dgn mak dan ayah..masalah skrg knp sebijik cerita nie..boleh sy tahu puan ambik cerita nie dari siapa..siapa nama peneroka tu? sekadar bertanya..

    Reply

Leave a Comment