Wanita Berkebaya Putih II

Baca pertama di sini.

WANITA BERKEBAYA PUTIH PART II

Assalamualaikum kepada semua warga fs.. Sebelum aku ceritakan lebih lanjut, aku nak mintak maaf kalau cerita pertama tergantung. Maafkan beta.. Sesungguhnya, beta sengaja buat benda tu tergantung macam tu jer.. Ok aku tipu.. Sebenarnya, masa aku tulis cerita tu, badan aku memang meremang gila.. Dua tiga hari ni lepas aku hantar cerita ni kat fs, rasa macam semua gerak-geri aku diperhatikan termasuklah masa tidur.. Aku tak pasti sama ada itu cuma perasaan aku atau tak, tapi aku memang rasa tak selesa dengan keadaan ni.

Ok.. Biar aku sambung balik cerita yang tergantung sepi tu.. Macam yang aku pernah kata sebelum ni, puteri tu berpakaian macam Mawar, kawan imaginasi yang aku pernah cipta masa aku kecil dulu..
Mawar ni cantik tau… Sebab aku ni jenis suka tengok cerita P. Ramlee, jadi, karakter Mawar ni lebih kepada orang dulu-dulu.. Pakai baju kebaya… Rambut bersanggul dan pakai gelang kaki.. Yup! Macam mana keluarga bangsawan dulu, Macam tu la aku bayangkan Mawar..
Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku cipta kawan imaginasi sedangkan aku ramai kawan kan? Jawapannya, sebab masa tu, kawan-kawan aku taknak kawan dengan aku.. aku lupa sebab apa.. Dan dari situlah aku cipta mawar melalui imaginasi aku untuk hilangkan rasa keseorangan yang aku alami.. Kami main sama-sama, berbual kosong… Erhh!!! Lonelynya hidup aku!!

Bila umur dah meningkat sikit.. Aku dah makin lupa tentang Mawar, sehinggalah satu hari, aku tak ingat masa tu aku umur berapa, aku duduk sorang-sorang dekat belakang rumah sambil tengok sawah padi. Fikiran aku kembali putarkan memori aku tentang Mawar dan… Guess what? Aku dah buat satu benda bodoh. Aku cakap..

” Hmm… Mawar.. Mawar.. Kan bagus kalau kau wujud..”

Lebih kurang macam tu la ayat aku…

Tapi, tak sangka plak aku… Kata-kata aku termakbul… Masyaallah.. Sumpah aku menyesal bila sedar semua tu..

Cuma satu yang aku pelik…
Kalau aku cipta Mawar tu sebaya dengan aku, maknanya masa aku jumpa dia tu, dia sepatutnya berfizikal remaja, tapi tak! Puteri berkebaya putih tu, dia nampak lebih tua dari aku.. Dalam 30-an macam tu…

Banyak kali jugak aku fikirkan tentang benda ni memandangkan bukti pakaian sama tu tak cukup kuat.. Tapi, semuanya temukan jalan buntu.. Aku tetap tak dapat nak pastikan puteri berkebaya putih tu Mawar atau tak…

Beberapa hari lepastu, aku diserang histeria sekali lagi, tapi kali ni dekat rumah jer.. Macam yg korang tau, kalau sekali benda tu dah masuk dalam badan, benda tu boleh masuk lagi sebab jalan masuk ke dalam badan dah terbuka. Tapi, aku tak ingatlah sebab apa.. Aku ni banyak kali jugak kena histeria sebab dalaman aku lemah.. Esoknya, mak aku cakap, mak aku nak bawak aku berubat kampung dan aku macam annoying gila…

” Lyd dah ok la mak.. Tak payahlah bawak pergi berubat.. ”

” Lyd tu nampak jer ok.. Sebenarnya tak ok lagi.. ” balas mak dalam nada risau.

” Kenapa semua benda nak kena bawak berubat?!! Tak fahamlah!!! Lyd ok jer kot!!! Sihat jer!!! Tak payah risaukan Lyd! ” bentak aku sambil menyeka air mata yang hampir meleleh dari tubir mata.

Dalam diam, aku genggam buku lima menahan amarah. Aku tak tau kenapa aku rasa geram gila dengan semua orang walaupun aku tau, tindakan aku membentak tu salah. Aku tak boleh nak kawal diri sendiri. Aku rasa macam semua orang tak faham aku.. Aku rasa keluar dari rumah tu..Tapi, nak tak nak.. Aku terpaksa ikut cakap mak abah aku jugak. Yer la.. Aku taknaklah jadi anak derhaka.

Masa berubat tu.. Pakcik tu tanya aku, “sihat ker? “. Aku angguk jer la..

Lepastu, Pakcik tu baca sesuatu dan dia tanya aku..

” Jumpa apa dekat depan rumah? ”

Aku terkejut! Macam mana pakcik ni boleh tau?? Tapi aku diamkan diri dan sekadar geleng kepala sambil menunduk memandang lantai. Aku tak rasa nak berbual dengan sesiapa pun masa tu.

” Puteri. ” abah aku tolong jawabkan pertanyaan pakcik tu.

” adik ok ker?? ” pakcik tu tanya lagi sekali dan aku angguk menandakan bahawa aku ok.

” Betul ka? Meh sini pakcik nak check.. pusing belakang. Kaki lunjur arah kiblat. ” arah pakcik itu.

Aku hanya menurut dan duduk membelakanginya. Dia meletakkan telapak tangannya di belakang badan aku sambil membacakan ayat suci Al-quran. Aku dapat rasa belakang badan aku terasa panas dan sejuk berselang-seli dan terasa sakit apabila pakcik itu seperti menarik keluar sesuatu daripada belakang badanku. Serta-merta badan aku terasa lebih ringan dan perasaan marah bercampur sakit hati itu hilang.

” lepasni, adik kena banyakkan baca quran, solat jangan tinggal. Benda tu nak dekat dengan adik.. Jangan bagi dia peluang. ” pesan pakcik itu sebelum memberikan air yang dah dibacakan ayat-ayat quran kepada abah.

“Huh?? ” dahi aku berkerut, tak faham.

” adik ada mimpi apa-apa ker?? ” soal pakcik itu lagi..

Dahi aku semakin berkerut. Mimpi eh.. Aku cuba mengingati kembali dan baru aku teringat sesuatu.

” Mimpi… pergi alam lain… ”

” adik nampak apa dalam mimpi tu? ”

” nampak, ada orang gaduh dekat dapur.. Lepastu, lepas diorang pergi dari situ, ada ular warna hitam keluar dari periuk. ”

” Adik buat apa lepastu? ”

” lari dan jumpa ramai askar.. Ramai yang mati… Yang hidup, semuanya lari dari situ. ”

” lagi?? Adik jumpa apa? ”

Berkerut-kerut dahi Aku, cuba mengingati mimpi itu lagi..

” ouh!!! Masa askar tu lari, ada seekor tupai warna hitam duduk dekat tanah, tengah tengok askar-askar tu… ”

Pakcik tu anggukkan kepala lagi sambil senyum, ” banyakkan baca surah at taubah ayat 128-129. Jadikan amalan surah tu.. ”

Aku angguk jer, tapi masih tak faham tentang mimpi tu.. Adakah ada apa-apa disebalik mimpi tu atau ianya hanya sekadar permainan tidur? Pakcik tu pulak, takda pun huraikan pasal mimpi yang aku alami tu. Kalau korang tau apa-apa pasal mimpi tu, bolehlah beritahu aku melalui komen.

Aku akui, sejak kejadian tu, aku memang nampak banyak kelibat dalam rumah, tapi ianya hanya sekadar bayang hitam. Pernah sekali, masa aku tengah buat kerja sekolah, benda tu berlari tepi aku dan terus menuju ke tingkat atas rumah. Perghh!!! Terus aku tinggal kerja sekolah aku dan berlari pergi dekat abah. Aku ceritakan dekat abah apa yang jadi. Terus abah pergi check dekat atas rumah, tapi takda sesiapa pun. Memang cuak gila aku time tu. Habis aku lupa jalan penyelesaian soalan addmath yang aku tengah buat tadi. Mak aku sampai menangis sebab risaukan keadaan aku. Dia dah tak bagi aku bermain dengan imaginasi sendiri macam melukis dan menulis yang berdasarkan fantasi yang aku cipta. Mak pernah ugut nak buang dan bakar semua komik aku bila dia dapat tau yang aku masih menulis cerita fantasi. Rasa nak nangis jer bila terpaksa tinggalkan hobi kesayangan macam tu jer.

Tapi lepas berkali-kali pergi berubat, alhamdulillah, makin lama gangguan makin kurang. Rumah pun dah aman balik.. Aku nak minta maaf sangat, sebab aku, semua ahli keluarga aku tak tenteram. maafkan aku juga sebab tak dapat nak rungkaikan misteri puteri berkebaya putih ni dan aku tak pasti apa kaitan puteri tu dengan benda-benda yang jadi dekat aku. Aku sendiri tak pasti siapa dia sebenarnya. Tapi aku harap, aku takkan jumpa puteri tu lagi..
Kepada yang ada adik atau anak , aku harap, korang berikanlah diorang perhatian. Aku taknak benda yang jadi dekat aku ni, jadi dekat orang lain. Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment