Wanita Tua

Assalamualaikum semua pembaca FS sekalian. Terima kasih admin FS sebab dah publish cerita aku sebelum ni yang bertajuk Kolej – 2B10. Walaupun kali ke 5 hantar baru publish, aku tetap seronok. Mana yang tahu kolej tu kolej apa dan dekat mana, bagus lah. Korang kena hati-hati lah lepas ni. Okay cukup, yang lepas kita biar lepas. Ni nak cerita kisah lain pulak. Semoga, cerita kali ni admin FS akan terus post. Hehehe

Okay macam ni, sebenarnya sejak dari sekolah menengah lagi aku dah mula mimpi pelik-pelik. Jalan cerita mimpi aku sama je. Jarang-jarang la mimpi tu jalan ceritanya lain. Aku biasanya bila baru je nak lelapkan mata, aku akan rasa macam aku jatuh gaung. Jatuh banggunan. Yang penting, aku jatuh dari tempat-tempat tinggi dan ini sangatlah menyakitkan hati dan perasaan aku. Mana tidaknya, aku ni gayat tau. Bila dapat mimpi gitu, Allahu… Tak tau nak cakap macam mana.

Selain dari mimpi jatuh dari tempat tinggi apa semua tu, aku pun kerap juga mimpi perkara yang menakutkan. Mimpi ni dia macam bersambung-sambung. Macam drama petang-petang tu ha. Aku tak berapa ingat sangat mimpi tu macam mana, tapi watak utama dalam mimpi aku ni adalah seorang wanita tua. Tua dia bukan tua yang biasa tau, tua yang sangat-sangat tua. Muka berkedut layut-layut tu, kuku dia buruk, kotor dan panjang, rambut dia pula panjang dan beruban dan sangat serabai.

Aku ingat lagi, first time aku mimpi wanita tua ni waktu aku sekolah rendah. Tak ingat darjah berapa. Waktu ni aku duduk kampung dengan makcik dan pakcik aku. Aku tidur satu bilik dengan sepupu aku, abang. Dalam bilik tu ada katil double. Abang tidur bawah, aku tidur atas. Okay, korang tahu, rumah kampung kan. Rumah yang macam bertingkat. Rumah atas rumah kayu, bawah batu. Bilik yang aku tidur ni dekat atas, rumah kayu. Memandangkan aku tidur katil atas, oh jap. Katil ni betul-betul tepi dinding dan tepi tingkap. Kira kalau aku baring tu, belah kiri dinding, belah kanan tingkap. Dekat tingkap ni, aku boleh tengok la siapa datang apa semua sebab dekat dengan pintu masuk rumah bawah. Pepandai lah korang bayangkan.

Haa, dalam mimpi tu, dia mimpi dalam mimpi kot. Entah. Tapi, waktu tu aku tengah tidur, tiba-tiba aku dengar ada orang panggil nama aku dari bawah. Mimpi ni macam real ke memang real ke aku pun tak pasti. Bila aku dengar suara orang tu, aku pun bangun dan mengintai dari tingkap tu. Waktu aku mengintai tu, aku nampak la ada wanita tua ni. Dia berdiri sambil mendongak pandang aku. Aku nak cam laa siapa perempuan ni.

Tengah dok memikir siapa-siapa tetiba dia gelak. Gelak dia sangat menyeramkan. Aku pandang dia, waktu aku pandang, aku nampak dia senyum je. Muka dia tak macam gelak, tapi suara dia gelak. Tengah aku dok pandang, dia senyum dekat aku, tiba-tiba muka dia yang dekat bawah tu, macam terbang ke apa aku tak tau, dia datang dekat aku. Aku tak tau macam mana dia boleh tembus dinding tu, tapi yang penting, dia datang dekat aku dalam keadaan macam nak menerkam tu, sampai membuatkan aku terbaring dan dia cekik aku. Waktu dia cekik ni, aku rasa aku kena tindih. Nak bernafas apa semua payah.

Ni lagi satu. Dekat rumah pakcik makcik aku juga. Waktu ni dah besar sikit. Abang dah tak tidur sama dengan aku. Abang tidur dekat rumah bawah. Kira aku tidur sorang la dalam bilik ni. Situasi dia macam ni, waktu aku tengah tidur, aku dengar ada orang panggil nama aku. Aku buka mata. Suara orang yang panggil aku ni, sama dengan suara wanita tua tu. Disebabkan aku takut kalau aku bangun dan dia cekik aku lagi, aku pun diamkan diri dan pejam mata. Bila aku pejam mata ni, tiba-tiba wanita tua tu menangis. Mendayu-dayu wehh. Menggigil aku. Aku baca ayat kursi. Tak habis baca pun, tiba-tiba dekat tingkap ni macam ada orang ketuk dengan sangat kuat. Aku terus berselubung. Bila dah berselubung, bunyi ketukan dekat tingkap tu hilang. Dengan semangat yang ada tak ada ni, aku buka selimut nak tengok keadaan sekeliling.

Kau tahu, buka je selimut tu, terus dia ada depan mata. Aku punya takut campur terkejut, aku pejam mata dan aku jerit kuat-kuat. Lama juga aku jerit sampai lah makcik aku masuk bilik, dia buka lampu dan duduk sebelah aku. Entah berapa lama makcik aku tepuk aku baru aku buka mata. Bila nampak makcik aku tu, terus rasa lega gila. Rasa selamat. Makcik aku tanya kenapa, aku diam tak jawab. Aku tanya dia pukul berapa, dia kata dah masuk subuh. Dengan perasaan yang masih takut, aku bangun ambil tuala terus turun rumah bawah nak mandi. Bila dah settle semua, aku dah siap, aku pergi dapur duduk dekat meja makan nak breakfast. Waktu ni, pakcik aku ada sekali dekat meja makan. Pakcik aku tanya, mimpi apa semalam. Aku nak bagitau, tapi lidah ni kelu tak tau la tahap apa. Memang tak boleh nak bagitau langsung. Aku mampu senyum je dekat pakcik aku waktu tu.

Sejak dari tu, mimpi aku kebanyakannya macam tu la. Wanita tua tu munculkan diri dia. Ada ketika, dia terkam aku, ada ketika, dia cuma perhati aku. Aku tak tau siapa wanita tua ni. Pernah rasanya aku tanya dan siap describe lagi dekat parents, tapi diorang pun tak kenal siapa. Setiap kali aku cerita aku mimpi perempuan tua tu, mesti akan ada sepinggan bebelan dimana perents aku cakap aku tidur tak baca doa apa semua. Hmmm.

Okay, setakat ni je dulu. Kalau admin publish cerita ni, aku akan sambung cerita lagi. Cerita akan datang adalah berkenaan wanita tua ni dan aku dah tahu dia siapa. Disebabkan aku dah tahu dia siapa, adalah satu kejadian dimana aku telah dirasuk… tunggu yeaaaaaaa ?

-RJ

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

RJ
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.