“Warden” Asrama M**u

Assalamualaikum. Hai korang. Sekian lama aku peghatiii je segala cerita Fiksyen Syasya ni, akhirnya aku terpanggil jugak nak share cerita aku berbelas tahun dok asrama M**u. Harapnya, admin up lah cerita ni. Sorilah kalau x seram sangat. Percayalah admin, sekolah aku tu raaamaaaiiiii sangat umatnya, literally. Antara sekolah yg paling ramai kat Malaysia. Hah, korang cari lah sendiri ye ;). Eh, melalut. Meh aku cerita pengalaman aku sendiri masa tahun-tahun awal aku kat situ.

Sekolah aku ni dah lama. Biasalah sekolah lama kan, tapi yg uniknya sekolah aku ni, hampir tiga keturunan penduduk Meru tu dah pernah sekolah kat sini. Sekolah tu je dah banyak cerita seram. Apatah lagi yang duduk asrama kan. Ni aku cerita asrama dulu. Nanti esok2 kalau admin up cerita ni, baru aku bagi cerita kat sekolah pulak.

Alkisah aku dari umur 10 tahun dah masuk sini (Ha, banyak dah hint aku bg sekolah apa ni). Keturunan aku ni pulak memang ada terlibat dengan benda2 mistik ni. Tu tak payah cerita lah. Cuma nak bagitahu yang kami x pernah terlibat dengan benda2 kotor. So, masa nak masuk tu, mak aku (ye keluarga belah mak aku yg dimaksudkan) dah remind awal-awal supaya jaga diri dan kuat semangat. Nak dijadikan cerita, arwah atok aku pun ingatkan benda yg sama bila dia dengar aku nak masuk sekolah ni. Aku ingatkan apa. Rupa-rupanya…. (panjang mukadimah ko!).

Masa tahun pertamma aku masuk, tak ada ape yg jadi pun. Cuma kisah2 seram yg diperturunkan dari generasi ke generasi oleh kakak2 asrama. Cuma masa first year tu, masa hari khamis bacaan yaasin kat surau ramai2, aku nak pergi toilet. Masa tu dah habis dah semua, tengah tunggu waktu isyak je. Tak tahan sangat, aku nak blah sorang2. Buat pengetahuan, surau aku x de toilet. Kalau nak gi toilet, kena masuk bangunan hostel yg gelap gelita tak ada orang tu sebab semua dah ke surau. Masa tu akak senior ni, namanya kak ika, dia stop kan aku. Tanya nak gi mana. Pastu dia marah ar. Kata apasal berani sangat nak gi sorang2? Tak tahan kak oiiii, tapi pastu dia temankan.

Masa nak gi tu, bulan kat langit malam tu lain macam merah aku perasan. Besar dan merah. Then tetiba dengar bunyi perempuan jerit panjaaaaaanggg sayup dari tingkat atas paling hujung. Kak ika masa tu terpaku kejap pastu aku dengar macam zikir dari mulut dia. Aku mati2 ingatkan itu warden aku tengah ngamok kat laki dia ke hapa. Paling busuk aku fikir warden aku jumpa budak nyorok skip bacaan yaasin kat surau. “Napa kak?”, Aku tanya. Terjegil bijik mata kakak tu tengok aku pastu cakap, “dah, jangan tegur”. Aku buat muka pelik, shrug bahu dan selesaikan la apa yg patut. Tapi, itu jelah. Pastu x de pape pun aku alami. Biasalah. Mungkin sebab aku keras hati. Wallahualam.

Masuk second year. Ha, ni meh kakak nak cerita. Aku ada insomnia. So malam2 memang liat nak tidur. Hampir tiap2 malam, aku akan dengar bunyi baby menangis kat aras bawah (asrama tu tiga tingkat. Aku dok tingat atas sekali masa ni). Yang peliknya, baby tu menangis dari hujung ke hujung koridor. Tapi aku langsung tak takut. Siap marah lagi esoknya merungut2 kat kawan satu dorm aku. “Anak cikgu Hawa ni, asal malam je nangis. Asal malam je nangis. Kuat pulak. Udahlah aku susah tido!”. Pastu kawan-kawan aku pandang pelik. Pastu diorang shrug bahu dan cakap, “ala, biasalah baby…” Hmph. Aku masa tu, kepala hotak la biasa! Tapi aku diamkan aje. Diorang tido m**i mana dengar apa-apa. Tapi serius aku memang ingat anak warden. Aku cuma marah sebab nangis kuat sangat je (Ye, ada sebab kenapa aku asyik aim dan takut kat warden aku. Aku dulu budak nakal. Selalu buat hal. So, selalulah kena denda).

Sampailah satu hari tu, aku merungut benda sama n kawan aku pandang aku muka x boleh blah cakap, “ko merepek ape dowh? Cikgu Hawa balik kampung ar. Dah dua hari takde siot!”. Jengjengjeng, barulah sel-sel otak aku berhubung. Since then, baru aku takut bila dengar bunyi baby nangis tu. Then barulah aku terfikir. Takkanlah hebat sangat cikgu hawa nak dodoikan anak dia nangis tengah2 malam dari hujung ke hujung koridor? Pastu, natang tu macam tahu2 pulak aku dah tahu identiti dia. Siap esoknya aku dengar bunyi perempuan nangis mendayu2 sekali dengan bunyi baby nangis tu. Aku, ah sudahhh, dan tiap kali suara pompuan nangis tu, badan dan mulut aku terkunci. Nak mengucap ke nak zikir ke x boleh. Adalah dalam setengah jam aku battle nak lepaskan diri. Berpeluh2 penat baru boleh tido. Yang bestnya, bila aku dapat lepaskan diri je, bunyi baby nangis dan pompuan tu hilang. Lepastu, aku banyakkan dekatkan diri lagi dengan Allah dan rajin ngaji kat katil aku buat pendinding. Dah x de kacau dah…

Lama dia tak kacau aku, masa form 2, ada orang bukak kolam pancing betul2 sebelah pagar asrama tu. Orang tu bela beberapa ekor anjing mengawal kolam dia. Ha, bermulalah episod seram part 2. Start dari anjing tu masuk, tiap2 malam aku boleh dengar anjing tu menyalak lain macam dari hujung ke hujung koridor, macam mengejar sesuatu (anjing tu x masuk pon. Dia menyalak dari luar pagar tu. Anjing terlatih hokey! Dia ada timetable siap. Fix buat rondaan. Dengan sekolah kitorang pon dironda). Aku masa tu dah, alahai. Selang beberapa minggu, aku dengar pulak bunyik macam orang berlari dari hujung ke hujung koridor disertai dengan bunyi anjing tu. Masa ni, punya bebal aku ni, boleh pulak ketawa sebab aku fikir, “cis, buang karan je takut. Budak fly rupanya yg kena kejar. Padan muka kau! Fly x nak ajak aku!”. Then tido. Benda ni berlarutan sampailah beberapa minggu then aku tak tahan. Risik2 lah sapa yg fly n kena kejar. And, aku dapat jawapan sama, “mana ada orang fly lalu depan ngok! Diorang lalu kat kolong belakang surau tu nak keluar). Gulp! Siapakah?

Tapi lepastu aku macam dah lali dah walaupun kadang tu takut tu masih ada. Banyak lagi cerita kat asrama ni sebenarnya. Tapi nantilah aku sambung. Kot2 la kan, admin nak publish . Tapi kalau x, takpelah labuu. Sebab masa aku dalam form three ke ape masa tu, baru real seram sebab beramai2 perasan dan dialami serta didengari sendiri kami beramai-ramai. Ecewah, politik kuat ni kempen nak admin publish. Taklah. Aku dah penat taip je sebenarnya. Ok. Bye2 Assalamualaikum.

Cucu Wak Kucer

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

13 thoughts on ““Warden” Asrama M**u”

  1. Nice story. Saye pun insomnia zaman smbg belaja and i had to say, sebanyak ianya membantu kite berjaga malam utk study/buat assgnment, ianya juga merupakan satu bebanan especially bila pikiran tgh dok pk y ‘bukan2’ huhu. Sambung please!

    Reply
  2. hahaha kenal sgt sekolah ni.. adik aku 6sense smpai mnta tukar skolah,, kesian dia.. ak y merana kena naik turun PPD.. t kalau aku ad masa.. ak ceritakn cerita adek aku tuu.. tp nanti lahh,,

    Reply
  3. Tapi kolam tu. Owner melayu. Mane ade letak anjing jaga kolam? Pastu.. Ko cakap ko bdk model khas. Act , ak 1st batch yg model khas kat sana. Memula kita sebut projek baling. Anyway anyhow. Xde la sedahsyat tu cerita dia. Yep skola kita tu penah kene histeria beramai2 tapi sepanjang darjah 5 sampai form 5 ak skola sana, sekali je histeria tu. Yg kes kat hostel tu plak.. Aspuri ke aspura ke. X de la sehari harian plak ade kes.. Skali skala ada la.. Aisyehmen. Mcm lain je cerita ni.. Jin syaitan mmg ada kat mana2.. Usaha dia memacam nak kacau org islam.. Tapi usah diperbesarkan dong..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.