Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca sekalian. Semoga semua dalam keRahiman dan keRahmatan ALLAH SWT.
Salam PKPB, PKPD, Covid19, red zone, social distancing dan mask jgn lupa. Kisah kali ini ialah pengalaman lepas ketika di bangku sekolah menengah semasa menyertai xpdc mendaki gunung angsi dari ulu bendul. Semasa ni masih ramai yang tak berani nak lalu bukit putus sorang-sorang.
Xpdc kali ni bermula dari sekolah saya yang dikenali sebagai Cap Kunci pada era sebelum 90s di Kuala Lumpur. Dikelolakan oleh persatuan kelab apa ntah saya pun da tak ingat.
Sampai saja kami di Ulu bendul, kami akan bermalam di sana selama 2 hari semalam. Apabila tiba, cikgu-cikgu mula mengarahkan mendirikan khemah penginapan. Beberapa pelajar a.k.a brader2 dari tingkatan 4 dan 5 memainkan peranan sebagai fasilitator dalam memantau peserta xpdc kali ini dari keselamatan dan kebajikan.
Hari pertama bermalam diadakan malam kebudayaan. Masing-masing dibahagikan dalam beberapa kumpulan untuk membuat persembahan sambil ditemani unggun api. Malam pertama tiada sebarang gangguan, semua happy, kenyang dan puas hati.
Keesokan harinya apabila mula sesi mendaki. Kebiasaannya masa mendaki mengambil lebih kurang 1 jam lebih untuk naik dan turun juga sama kalau pro dan biasa hiking. Tapi disebabkan saya ni kategori noob dan saya tergolong kumpulan berbadan gedempol. Maka faham2 je lah.
Pagi itu kami dibahagi kepada 3 kumpulan dan saya dalam kumpulan paling akhir iaitu yang terlebih bagasi terdiri dalam 5 orang ditemani seorang guru dan fasi.
Setip kumpulan dilepaskan 20 minit jaraknya supaya laluan mendaki tak crowded. Kami dilepaskna paling akhir sebab tak nak memberi tekanan dan beban pada kumpulan lain.
Setelah hampir sejam mendaki, guru mengiring suruh kami berhenti. Kerana laluan mendakai dihalang oleh sebuah batu setinggi hampir rumah 1 tingkat. Kami semua tergamam kebinguan. Padahal laluan kami guna semua sama dengan kumpulan lain. Cikgu dan fasi kebinguan macam mana group sebelum lepasi laluan ni? Cikgu pun usaha mencari jalan alterntif untuk melepasi halangan berkenaan tapi kami semua buntu.
Tiba-tiba langit mula jadi gelap dan guruh berbunyi. Hujan turun dengan lebat sekali. Habis semua lencun, mujur masa tu takde zamam gila henpon lagi kerana lelaki mana yang memiliki nokia 3310 pasti menjadi igauan kegilaan para wanita waktu itu.
Kilat dan guruh sabung menyabung, cikgu mengarahkan semua mencangkung atas tanah dan berpeluk tubuh untuk elakkan panahan kilat. Masing-masing sudah kebasahan dan kesejukan. Kami semua bersandar pada batu besar itu untuk elakkan tergelincir jika air turun
Habis bekalan makanan junk food yang saya bawa dalam beg untuk menjadi peneman sepanjang perjalanan. Hujan turun agak-agak selama setengah jam dan tiba-tiba saja berhenti begitu saja. Kami semua diberikan arahan untuk bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan pesan cikgu. Saya perasan cikgu seperti risau di raut mukanya. Kerana dengan tiba-tiba kami semua dikejutkan oleh “sesuatu” bila hujan telah berhenti beberapa ketika.
Batu besar yang menghalang laluan kami telah ghaib atau hilang dari pandangan kami. Kedudukan batu tadi dah lesap. Kami semua terdiam terpaku dan terkejut. Cikgu menunjukkan isyarat diam di mulut dan arahkan kami berkumpul. Cikgu mula mengira bilangan kami dan dari tadi ada 7 orang, sekarang ada 8 orang semuanya.
Kami semua mula takut dan menjerit termasuk dengan fasi. Tapi cikgu suruh kami bertenang dan diam. Mulut cikgu terkumat kamit membaca sesuatu dan jalan sekeliling kami. Saya perasan wajah semua dah cuak dan takut sebab saya pun rasa benda sama. Tiba-tiba salah seorang dari kami jerit “cikgu, saya nak balik sekarang”!
Lantas cikgu jawab” hah pergi balik dan tak payah datang sekolah lagi”! Kami semua terkejut kenapa cikgu cakap macam tu. Dengan pantas salah seorng dari kami bangun dan jalan menuju ke jauh ke dalam hutan. Cikgu berikan isyarat jangan pandang dan diam sahaja. Kami semua hanya tundukkan kepala dalam ketakutan dan tertanya siapa yag jawab dan jalan tadi tu. Muka tak pernah nampak pun, dari kelas mana?
Saya sempat lihat fasi yang cangkung sebelah saya dah terkencing dalam seluar sebab ketakutan. Kuat gak bau hancing tu, makan petai ke ape ni???
Setelah beberapa ketika cikgu pun berhenti kumat kamit dan suruh kami beratur satu barisan untuk buat kiraan. Alhamdulillah kali ni bilangannya cukup sewaktu pergi.
Cikgu mengarahkan kami untuk balik ke kem dan hentikan pendakian kerana khuatir akan berlaku lagi gangguan. Sedang kami nak patah balik ke kem, kami disapa oleh group lagi satu yang awal dilepaskan. Mereka tanya kenapa tak naik, lantas cikgu pun terangkan apa yang terjadi. Lalu cikgu iringan kumpulan tadi pun cakap, mana ada hujan. Kami semua dari atas elok je cuaca. Dan tak pernah ada batu besar yang halang kami. Baru kami perasan yang tanah kami pijak x basah , hanya baju kami yg basah sahaja. Memang kami lihat tiada kesan batu besar di tengah jalan..
Kami pulang ke kem dan sehingga hari ni saya tertanya dalm hati..ketiku tu kami di alam mana, siapa budak yang jalan balik dalam hutan, mana datang hujan tu.. cikgu masih berdiam tentang kejadian tu. Tapi saya pasti cikgu juga nampak benda sama yang saya nampak.. Ada ular tedungĀ besar berdiri di atas batu ketika hujan lebat yang masih menjadi misteri hingga ke hari ini…
Semoga kisah ini menjadi tauladan dan sempadan buat kita..
Wallahua’lam..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Nama sy cham. Sy ada pengalaman dikejar langsuir 3 ekor semasa mendaki gunung angsi pada tahun 2012/2013.
Sy juga sekarang ada masalah kesihatan mental. Sy xtahu apa sebenarnya yg berlaku. Adakah mmg sy seorang yg jahat atau sy terkena.