Yes, The River Knows

Aku Ed. Aku memang dilahirkan dengan Sixth Sense. Cuma takde lah kuat mana. Aku memang tak banyak kawan dari kecil. Childhood aku memang sama ada study, tido, tengok tv, atau pergi main kalau ada budak ajak. Kalau takde yang ajak, aku akan duduk rumah je lah. Haha.

Ceritanya begini. Rumah aku ni rumah kampung dibina di tepi tebing sungai, seberang sungai tu hutan. Jiran depan aku ibu tunggal, jadi dia jarang ada di rumah, sebelah kanan rumah aku orang gila (jangan judge, tapi ada sebab aku panggil dia gila) dan sebelah kiri pula kawasan tanah tinggal bersemak-samun.

Nak tahu tak kenapa aku panggil jiran aku tu gila? Masa aku kecil, mak aku ada buat reban ayam. Biasalah pagi mak aku akan lepaskan ayam, then petang akan panggil ayam masuk reban balik. Syarat jiran aku ni simple je, jangan ayam masuk kawasan rumah dia. Bukan syarat yang dia tentukan, tapi macam unwritten rules lah. Kalau masuk je ayam kat kawasan rumah dia, situasi ayam aku akan jadi seperti berikut:

1. Dia akan cucuk mata ayam tu sampai buta, atau
2. Dia akan patahkan sayap ayam tu, atau
3. Dia akan p****g salah satu dari kaki ayam tu, atau
4. Dia akan b***h ayam tu, dan gantung kat pagar tengah antara rumah aku dengan rumah dia (alah, macam upacara korban tu. Gantung terkangkang.)

Lepas tu, kami ada bela kucing sebab akak aku suka kucing. Dia akan kutip kucing dekat Universiti dia, lepas tu bawak balik ke kampung suruh mak jaga. Sapa yang suka kucing tu, baca ni. Jiran aku buat perkara yang sama macam ayam tu jugak. Haaa.

Nasib dulu aku takde Facebook dengan smart phone je. Kalau tak, viral dah jiran aku ni aku keja kan. Lepas tu, ada sekali ni, ayah aku selamatkan anjing terbiar ni. Seekor je. Tapi kami ikat, sebab takut dia jalan merata-rata. Tak pasal kena samak satu rumah nanti. Nak tahu apa jadi dengan anjing tu?

Jiran aku tu jual kuih-mueh. Ada satu hari ni, entah datang dari mana. Anjing tu m**i dengan mulut berbuih-buih dan aku nampak karipap daging yang telah dimakan separuh oleh anjing aku tu. Haru weh bila dapat tahu karipap tu ada racun. Akhirnya, kami tak dapat nak bela apa-apa dah. Sebabkan suka binatang, rasa macam bertanggung-jawab tiap kali tengok binatang-binatang yang aku bela ni diseksa.

Pernah ada sekali ni, jiran aku ni nampak akak aku tengah lepak kat taman bunga mak aku (menghadap rumah jiran aku ni lah), lepas tu, dia datang kat pagar rumah aku, cakap “Kau tahu tak, kau tu anak haram. Sampah.” Kebetulan pulak mak aku pun ada tengah berkebun dekat taman dia tu, terus berdiri cakap, “Kurang ajar. Kau jangan ingat aku tak tahu anak kau yang sulung tu anak luar nikah. Jangan tuduh anak-anak aku!” Terus jiran aku tu senyap, then blah. Haha.

Ingat orang tak tahu cerita dia. Orang kampung aku ni, kalah segala surat khabar. Kalau aku ponteng sekolah tu, aku jejak je kaki kat rumah, mak aku dah cakap ada Mak Cik XXX nampak aku kat bandar. Haru. Haha. So, jiran aku ni takut sikit ngan mak aku. Aku syak, dia tak perasan mak aku ada kat situ. Tiap kali aku berselisih dengan dia kat jalan, dia mesti ludah jalan tu. Pernah satu hari ni, rumah aku tengah renovate, padahal tak kacau pun dia. Dia datang dengan parang marah-marah. Serius waktu tu aku pucat terus. Jiran aku ni lagi seram dari mana-mana hantu aku pernah jumpa dalam hidup aku. Sebab tu sampai sekarang, aku berpegang kepada prinsip, “Manusia boleh b***h orang, hantu tak boleh.” Haha.

Walaupun jiran aku ni lagi menakutkan dari hantu, tapi ini bukan cerita pasal jiran aku. Ini cerita tentang rumah aku. Cuma cerita sikit pasal jiran aku tu, nak bagi tau brief sikit sebab tak nak lah nanti ada yang ingat aku judge jiran aku tu tanpa usul periksa.
Ceritapun bermula.

Masa aku darjah lima, abang aku berkahwin. Itu adalah majlis perkahwinan pertama yang keluarga aku pernah adakan. Biasalah, majlis perkahwinan orang kampung ni mana ada katering. Semuanya rewang. Bila ada kenduri, maknanya ada sepupu yang jauh akan datang. Hihi. Aku rapat dengan sepupu aku sorang ni. Kalau kenduri, dia dengan mak dia akan berkampung kat rumah aku seminggu lebih. Best weh. Malam tu kami main bola kat luar. Gelak-gelak. Lepas tu mak aku panggil masuk. Selalunya, kalau mak aku panggil suruh masuk rumah, maknanya ada sesuatu yang tidak kena. Al-maklumlah, kawasan rumah aku tu mistik sikit. Tapi disebabkan gembira punya pasal, aku buat endah tak endah lah.

Masa pass-pass bola dekat cousin aku tu, dengar ada suara budak lelaki datang dari arah sungai (note yang sungai aku memang gelap waktu malam) cakap, “Jom main.” Lepas tu aku dengan sepupu aku ni terkejutlah. Then kami jerit, “Oi, sapa tu?” Senyap. “Oi!” Senyap. Kami hanya ditemani bunyi cengkerik dengan bunyi sungai. Sebab tak ada yang menyahut, aku dengan sepupu aku tu teruskan jelah main bola macam biasa. Gelak-gelak. Tiba-tiba, “Nak main sekali.” Lagi sekali kami dengar suara dari arah sungai.

Aku dah takut, ajaklah sepupu aku ni masuk rumah. Tapi, sepupu aku ni nak main lagi. Bodoh juga mamat ni. Tak perasan ke sign-sign yang ‘benda’ ni kasi? Aku pun bodoh jugak waktu tu, terus je lah main. Kemudian, “Pass lah jugak bola tu ke sini.” Di ikuti bunyi air berkocak dekat sungai. Aku terus kaku pandang sungai. Mannequin challenge terus. Sebab aku nampak apa yang sepupu aku tak nampak. Bukan budak lelaki, tetapi sehelai kain berwarna merah terapung di atas sungai yang bercakap. Tau tak apa yang sepupu aku buat? Dia pass bola tu dekat sungai. Lepas tu bola tu pass balik dekat dia. Aku dah nak nangis dah masa tu terus lari tinggal kan sepupu aku tu. Haha. Padan muka kau. Mak panggil tak nak masuk. Kan dia dah muncul. Aku lari terus masuk bilik, kunci bilik aku.
Malam yang sama juga, mak cik a.k.a mak kepada sepupu aku yang sengal tu aku kena benda yang sama. Tapi ada kelainan sedikit.

[Kisah Mak Teh]
Mak aku dah panggil Mak Teh aku masuk sebab Mak Teh aku masih sibuk basuh pinggan mangkuk yang lebih dari orang rewang siang tu. “Dahlah, Teh. Masuk. Dah malam ni. Siang nanti basuh.” Mak Teh aku masih teruskan membasuh. “Sikit je lagi ni. Pagi nanti nak pakai pinggan mangkuk ni.” Mak Teh aku berseloroh. “Ha. Yelah.” Mak aku pun masuk bilik nak tidur. Mak aku memang tidur awal kalau penat.

Sedang Mak Teh aku ni basuh, dia terdengar bunyi air sungai berkocak. Perhati. Dia terus memerhatikan sungai tu memikirkan apa yang membuatkan sungai tu berkocak kuat. Berkocak seperti ada yang bermain air. Kemudian, dia nampak ada perempuan yang sangat cantik membasuh pinggan mangkuk. Dia dah rasa seram. Lepas tu, dia nampak ada beberapa perempuan cantik turun mandi berkemban sambil bunga-bunga sekeliling tempat mandian tu bercahaya dan banyak kelip-kelip menyinari kawasan tu. Mak Teh aku punya pucat, terus lari masuk rumah, menyorok bawah kain mak aku. Haha. Lawak gila masa tu. Tapi memang Mak Teh aku terus demam malam tu.

[Kisah dari sepupu sengal aku]
Al-kisahnya, lepas aku lari masuk rumah aku dan meninggalkan mamat tu terpinga sorang-sorang kat luar, dia pun rasa tak kena. Kali yang ke-tiga bola tu pass balik kat dia, dia ternampak sepasang tangan pass bola tu. Kemudian dia nampak budak lelaki, takde kaki senyum ke arah dia. Budak tu cakap, “Awak.” Dia tegur sambil senyum. “Awak…. Tak takut ke?” Kemudian budak tu gelak. Bukan gelak terbahak-bahak. Tapi gelak yang halus dan mendayu.

Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan gelak dia. Masa sepupu aku tu mimik balik gelak tu, meremang bulu roma aku. Terus sepupu aku lari masuk rumah menangis depan pintu bilik aku yang aku kunci tu. Esoknya, mamat tu merajuk dengan aku sampailah aku pujuk dia beli mainan. Haha.
Itulah salah satu kisah aku masa kecil yang aku akan gelakkan sepupu aku sampai sekarang. Haha. Kalau hangpa yang baca ni berminat untuk episode dua, like dan share kisah ini dan comment kisah apa yang hangpa nak dengar seterusnya.

a. Jiranku yang gila.
b. Study Malam: Sekolah rendah, Menengah, Matrik dan Universiti
c. Pahit manis matrikulasi
d. Rumah Sewa Kawan Aku di Universiti
e. Kawanku si rumah tumpangan percuma
f. Pulangkan buah itu.
g. Ect. (State lah apa-apa tentang hidup aku yang hangpa nak dengar)
Memandangkan aku sekarang tengah menganggur, kalau ada masa, aku tulis lagi. Haha. Kalau ada kerja freelance nak bagi kat aku pun bagus juga. Aku ni multitalented. Haha.

Free fall flow, river flow
On and on it goes
Breath under water ’till the end
Free fall flow, river flow
On and on it goes
Breath under water ’till the end
Yes, the river knows

Sekian.

.

Eddy
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

32 comments

  1. Akk undi JIRANKU YANG GILA…
    Muktamad!
    Akak kunci pilihan tu dengan mangga Solex, hahahahahaha…

    Mak akk pon dok kg…
    Mak akk bg adik akk bela kucing jer…
    Sbb takot jd mcm kes camnilah…
    Tak semua org selesa dgn haiwan peliharaan kita, especially ayam…
    Pada mse yg same pon mak akk ni sgt pembersih orgnye, nnt die penat nk kejekan hasil buangan ayam kt simen…
    Heheheheheee…

    Anyway, umah kg tu ade lg tak???
    Bestnyeeeeeee umah depan sungai…
    Boleh akk nk dtg jenjalan g umah tak???
    Sesambil layan sungai leh beli kuih muih dr jiran sebelah, haaahahahah…

    1. Akk rase ko kena gune hashtag #jirankugila ar dik…
      Sng org nk trace…
      Sbb jiran ko yg sepesel tu mmg sgt memberi kesan di ingatan…
      Hehehehhe…

      1. Mandi berkemban sambil disinari cahaya bulan…
        Gituuu…
        Tp zmn skrg buat cenggitu lgsg kena rejam dik…
        Haahahahharuuuu…

  2. vote Jiranku Gila..gila pnya olang woo,,haiyaa..dpt jiran mcm ni, wa kasi jelingan maut, panah semua..huuhh..btw nnt jgn lupa letak #..senang nk cam..
    btw hang orang mana..utara mana?hee

  3. Kejam giler jiran ko tu…??
    Simple cter ko…sambung lg t’utama psl jiran ku giler + x berperikemanusiaan tu………,,

  4. semua vote jiran gile, tp klu ade psl kucing kne sekse mmg sekse den nak bacenye nnt. klu cite psl first nmpk ke…..ok jgk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.