Zafri Kerasukan, Nak Melompat Terjun

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak FS kerana sudi menyiarkan cerita ini.

Ceritanya bermula ketika aku melanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej di Sarawak.Pada awalnya,hari aku berjalan seperti biasa sehinggalah ketika pertama kali aku duduk dekat hostel.Lebih kurang tiga bulan berlalu pada sem pertama aku duduk dekat hostel macam biasalah kan petang-petang habis sahaja waktu kuliah aku pun pergi bersukan,mandi apa semua dan ada benda pelik yang berlaku dekat aku keesokan harinya.

Ketika selesai pulang dari kuliah waktu petang tu aku pun mandi sebab haritu panas jadi takda mood rasa nak bersukan petang tu.Lagi pun masa aku bangun pagi sebelum aku turun kuliah aku rasa tak sedap badan macam nak demam dan pada masa yang sama kawan sebilik aku pun kena demam jugak pada hari yang sama.

Habis saja aku mandi,makan apa semua dah nak dekat Maghrib waktu tu member aku dua orang ni ajaklah aku pergi surau.Tapi aku cakap dengan dia orang aku tak larat nak jalan jauh.Bukan aku malas ke apa dah memang tak larat nak buat macam mana lagi kan.Jadi aku suruh member aku tadi pergi surau tanpa aku dan tak lama lepas tu datang pulak member aku yang sorang ni baru saja habis mandi.Dah mandi pakai baju apa semua dia terus baring dan aku pun tanya kat dia “Zafri” kau tak pergi makan ke? Dia langsung tak jawab.Aku pun okay mungkin dia penat sangat rasanya.Masa azan Maghrib berkumandang si “zafri” ni menangis,lepastu ketawa…aku pun hairan kenapalah dengan dia ni?

Haa masa ni lah bermulanya episod mistik.Masa dah habis azan tu dia okay pulak.Aku tanyalah Zafri yang dia dah makan ubat ke belum.Masa tu aku dah rasa lain dah dengan langsir tu gerak padahal takda angin pun.Dia langsung tak bagi respon dan member-member aku yang lain pun pelik kenapa sehari hari ni dia jarang bercakap dengan orang dan suka duduk sorang sorang.Hari pun mulai menjelang malam jadi biasalah kalau duduk hostel mesti ada study waktu malam.Kedudukan dia macam ni bilik kita orang dekat atas dan bilik study dekat aras bawah,kiranya asrama kita orang ada dua tingkatlah.Lepas semua dah mandi dah nak siap siap ke surau dan yang non-muslim gerak ke bilik study.Tinggallah aku dengan si Zafri dekat aras atas.Dalam 1 bilik tu ada 8 orang dan kesemua bilik yang diguna dekat blok kita orang tu cuma ada 3 bilik yang terbuka.Selebihnya dekat bahagian hujung satu lagi ada dua bilik.Satu bilik waden dan satu lagi bilik pertama tapi takda orang tinggal dekat dua dua bilik tu.Bilik kita orang dekat hujung satu lagi.

Okay,masa semua dah turun ke bilik study dan ke surau dekat aras atas pun gelap cuma bertemankan lampu koridor.Masa dah lepas sembahyang maghrib aku pun baring atas katil balik sebab demam aku ni dah tak boleh bawa bincang dah.Aku pun terlena diulit mimpi dan masa tu si Zafri pun masih baring dekat katil dia.Posisi katil aku berhadapan dengan katil si Zafri ni cuma aku dekat tingkat atas dia pulak dekat tingkat bawah.Aku pun tiba-tiba bangun menangis sebab badan aku memang panas tahap bila masak air pun boleh mendidih air.

Habis saja azan Isyak,sembahyang pun dah habis beberapa minit kemudian tengah aku menangis sambil mulut aku terkumat-kamit melafaz surah2 lazim yang aku hafal ni si Zafri tengok aku lepastu dia marah dan tikam penyapu,buku apa semua benda yang ada dekat sekitar dia tu untuk dia tikam.Waktu tu aku buat tak kisah mungkin dia boring tulaa yang main tikam-tikam.Lepastu aku tidur balik dan tak lama lepas tu si Zafri bercakap dengan suara yang serak-serak basah dan sambil duduk dekat katil dia dan tengok ke arah aku.Jadi aku pun turun dari katil aku nak pergi jenguk dia nak pastikan dia okay ke tak.Mana tak terkejut aku dibuatnya aku tanya dia elok-elok dia okay tak terus dia tolak aku ke dinding dan cekik aku.Masa tu aku dah gelabah gila aku cuba lepaskan tangan dia dari leher aku dan pada masa yang sama dia cakap dekat aku “jangan kacau tempat aku”….”korang bawa makhluk lain tinggal tempat aku,aku tak suka”.

Aku beranikan diri tanya.Siapa kau? Benda tu pun jawab aku orang yang dah lama jaga dan menetap dekat sini.Aku suka bilik korang sebab sesuai untuk aku tinggal.Aku pun tertanya tanya kenapa dia boleh suka duduk dalam bilik kita orang.Lepastu benda tu cakap bilik kita org ni lembap dan aku pun baru teringat yang waden kita orang ni pernah cakap,”Jangan sidai pakaian korang yang lembap lembap tu dalam bilik tak elok nanti ada benda tinggal” tapi kita orang masih tak pedulikan nasihat waden kita orang tu dan masih jugak degil tak dengar cakap nak jugak sidai baju dalam bilik.Maklumlah dalam minggu tu hujan jadi baju pun banyak yang belum kering.Masa tu aku cuba perlahan lahan jauhkan diri dari si Zafri.Aku pun terus larilah bila dah jauh dari dia sebab dah takut sangat tapi aku boleh lagi nak buka lampu dan masa aku nak buka lampu,lampu pulak buat hal kelip-kelip lama betul nak buka selalunya terus terbuka.Tak pasal pasal dia marah masa lampu nak terbuka dan aku tutuplah balik lampu tu.Aku pun larilah risau dia buat apa apa dekat aku lagi.Masa ni sempat lagi aku tutup pintu rapat rapat untuk elak si Zafri tu keluar.Aku punya tahap takut tu sampai aku langkah dalam 6-7 anak tangga aku lompat.

Sampainya aku dekat aras bawah aku minta tolong dekat roommates aku yang lain dan cun pulak waktu tu ada senior yang tinggal satu blok dengan kita orang.Jadi ramai-ramai lah dia org naik atas pergi tengok apa yang si Zafri ni buat dan aku tinggal dengan beberapa orang dekat bawah sebab waktu tu aku takut sangat sangat.Masa dia orang naik dia orang tengok dalam bilik aku yang si Zafri ni dah takda dalam bilik.Nak tahu mana perginya si Zafri ni dia boleh pulak pergi koridor hujung satu lagi nak melompat terjun.Nasiblah senior senior aku dan roommates aku cepat cepat lari ke hujung pergi tahan dia daripada terjun.Dia pulak melawan sampai senior kita orang yang berbadan besar bedar ni pun boleh lagi dia lawan.Dahysat betul benda yang ada dalam badan si Zafri ni.Dah kena tumbuk sekali kat muka baru dia tak melawan dan terus pengsan.

Bawalah si Zafri turun ke bilik study kecoh sampai ke blok sebelah sebab dengar bunyi orang menjerit.Nasib baik jugalah masa tu ada waden blok sebelah tengah pantau dari blok ke blok memandangkan waktu tu minggu dia yang bertugas.Aku masih lagi nangis terbaring dekat atas meja bilik study.Waden pun call aunty aku suruh aku balik juga malam tu.Jadi aku pun naik atas pergi bilik kemas barang aku dengan ditemani kawan aku.

Naik saja masuk bilik tengoklah keadaan si Zafri yang tadinya dekat bawah dibawa oleh roommate aku naik atas dan dalam bilik tu ada lecturer disiplin aku,lecturer sorang lagi tu lecturer BM (pak cik kepada si Zafri & isteri dia.Boleh pulak waktu tu si “zafri” tengok aku dengan matanya yang kemerah-merahan dan muka bengis.Aku terus mengemas barang untuk dibawa balik pada malam itu dibantu oleh kawan aku.Dalam perjalanan aku balik mak cik aku tak tanya dengan aku kenapa dengan aku sebab dia dah tahu apa yang jadi dekat aku sebab waden tadi dah terangkan apa yang dah jadi dekat aku.

Tengah dalam perjalanan balik rumah dalam pukul 11 lebih sebab jarak dari rumah aku ke kolej aku tu agak jauh.Mak cik aku ni jenis yang wajib ada teman bila keluar malam sebab mak cik aku ni jenis yang takut drive malam jadi dia bawaklah suami dia.Bila nak balik tu kenalah lalu tanah perkuburan dekat kampung tapi taklah guna jalan kubur cuma kawasan kubur tu lebih tinggi sebab kubur tu berada dekat tanah yang lebih tinggi dari jalan raya.Aku pun tengoklah macam biasa bila lalu jalan tepi kubur aku suka sangat tengok dekat kawasan kubur tu dan aku nampak macam ada benda tengah duduk atas pelepah pokok pinang.Aku pun diam tanpa beritahu siapa siapa.

Setibanya di rumah nenek aku,nenek aku pun tak banyak tanya sebab nenek aku pun jenis yang boleh tengok benda tu.Keesokan harinya barulah aku cerita dekat nenek aku sebab malam tu aku masih ada rasa takut takut.Nenek aku pun faham dia pergi bawa aku pergi pusat ruqyah dekat perumahan yang tak jauh dari kampung kita orang takut benda tu ikut aku balik.Dah sah dah benda tu ikut aku balik sebab masa tengah ruqyah tu nenek cakap aku muntah d***h keluar paku.Ustaz tu pun cakap yg benda tu ikut aku sejak aku masuk hostel.Ustaz tu cakap dekat nenek aku yang aku ni jenis yang lemah semangat sampai benda tu senang sangat masuk dalam badan aku.Masa tengah berubat tu nenek cakap aku tak sedarkan diri sekitar dua jam lebih.Dah habis berubat apa semua aku pun balik rumah.Dah berlalu dua hari selepas hari kejadian aku pun balik hostel lagi.

Aku tanya roomates aku yang sekampung dengan si Zafri ni,dia kata Zafri belum balik masih berubat.Dah dua minggu tak nampak kelibat si Zafri akhirnya dia muncul juga pada hujung minggu.Dia menceritakan segalanya kepada kami semua tentang apa yang berlaku pada dirinya.Rupa rupanya masa dia mandi terdetik dalam hatinya nak pergi ke ampaian bersebelahan dengan tempat cuci baju tu.Dia pun pergi korek tanah tu dan jumpa dua kain yang berlainan warna.Satu warna kuning dan satu lagi warna merah.Rupa rupanya kain tersebut telah lama ditanam di situ sebelum kolej ini ditubuhkan dan bertujuan kegunaan kain itu untuk menjaga tempat tinggal benda tersebut dan memerlukan tuan yang baru dan bneda yang aku nampak masa perjalanan balik itulah yang telah merasuki fikiran dan badan si Zafri.Difahamkan bahawa sebelum bertukar menjadi tempat belajar di situ merupakan hutan tebal ketika waktu dahulu.Akhirnya kedua dua kain tersebut telah pun diuruskan oleh seorang ustaz dan mengembalikannya ke tempat yang sepatutnya.

Sekian sahaja dari saya.

Hantar Kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Danial Yusri

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Zafri Kerasukan, Nak Melompat Terjun”

  1. Biase org kena santau je yang muntah d***h campur paku ni…takde pulak dengar org kena rasuk muntah cmtu..hmm mcm kurg benar je..ke aku yg salah???

    Reply
    • Ko ingat sakit ni memain ke, dia tgah demam teruk tu sbb mental jdi x kuat.. Tipu ah ko x nangis bila ko kna sakit. Spatutnya ko ptut doakan kebaikan & perlindungan pda si penulis , bkn kutuk

      Reply
  2. aku pun pernah jumpa botol dbalut kain kuning ms duk asrama zaman sklh men dulu. tp x brani pegang. trus timbus balik dgn tanah. mujur x jd apa2 ms tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.